10 Resepi Sedap Ikan Siakap Pasti Buat Terliur


Ikan Siakap dikenali dengan nama Pla Krapong di Thailand dan dan ianya juga adalah antara ikan paling popular untuk masakan Thai di Thailand Thai cuisine. Ikan siakap sering dimasak stim dengan air limau dan bawang putih garlic, atau digoreng bersama serai lemongrass dan lain-lain cara masakan. Ikan Siakap sering diletakan di dalam akuarium di restoran makanan laut di seluruh Thailand, di mana ianya sering dilabel ikan Kerapu (snapper) atau sea-bass di dalam menu.


1. Resepi Kengsom Siakap

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap
1/4 biji nenas
1/2 ikat kangkung
2 batang serai, diketuk
1 biji limau nipis, diambil jusnya
2 sudu sos nampla
Garam dan gula secukupnya


Bahan kisar
10 biji cili api (saya guna cili akar warna merah yang pedas tu)
1 biji bawang besar (saiz sederhana)
6 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
Sedikit belacan (kalau tak letak pun boleh terutama mereka yang ada resdung)
1/2 cawan air


Cara membuatnya:

Masukkan kesemua bahan kisar dan air secukupnya dalam kuali. Masak kuah hingga mendidih.Masukkan nenas dan serai, biarkan mendidih dan kemudian masukkan garam dan gula.  Pastikan rasa masin dan masam serta manis seimbang kemudian masukkan ikan. Balik-balikkan ikan dengan hati-hati supaya isi ikan tidak hancur dan tak perlu memasak ikan terlalu lamaSetelah ikan dah masak, masukkan masukkan kangkung dalam 3-5 minit dan tutup api bagi memastikan kangkung tidak terlalu layu.Perahkan limau nipis dan kacau supaya sekata dan sedia untuk dihidangkan.
sumber : dapursweetsourleyra



2. Ikan Siakap Kuah Lemak Nenas


Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
1 mangkuk santan
2 sudu gula (tak perlu banyak)
garam secukup rasa


Bahan untuk dikisar
1/4 biji isi nenas
7 - 10 tangkai cili api (ikut tahap kepedasan yang disukai)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup


Cara membuatnya:

Nenas dibuang kulit dan mata. Potong ikut kesukaan yang mudah untuk dikisar nanti. Goreng ikan separuh masak dan letak tepi. Masukkan santan dan bahan dikisar di dalam periuk, kacau biar sebati dan direnih dalam api sederhana dalam 5 minit. Bila kuah dah nampak hampir mendidih, masukkan gula, kacau sebentar dan masukkan ikan. Masak dalam 5 - 7 min dan perasakan dengan garam. Tak perlu garam yang banyak sekiranya ikan telah dilumur dengan garam sewaktu menggoreng.


Nota:

Ikan tak perlu digoreng kalau dimasukkan seekor atau dipotong dua. Saya goreng ikan sebab sukakan rasa ikan yang rangup bila dimakan atau diratahBoleh letak hirisan nenas yang dipotong kecil jika suka dan jika ada lebih.

sumber : dapursweetsourleyra


3. Ikan Siakap Stim Limau ala Thai
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk siakap steam:
1 ekor ikan siakap
2 batang serai
1 mangkuk besar air
1/2 -1 ketul kiub ayam atau stok ayam homemade
5 ulas bawang putih
perahan jus dari 3 biji limau nipis, lebihkan jika bersaiz kecil
1 sudu besar parutan gula melaka/Thai palm sugar
6-7 biji cili padi
hirisan daun ketumbar
1-2 sudu besar sos ikan


Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk kukus siakap:

Bersihkan ikan siakap dan kelar bahagian sisi kedua belah ikan.Titik serai dan masukkan ke dalam perut ikan.Panaskan periuk kukusan, kukus ikan selama lebih kurang 15 minit atau sehingga ikan masak.Sementara menunggu, sediakan kuah untuk dituang ke atas ikan.
Cara-cara untuk kuah cili limau:

Panaskan air di dalam periuk.Masukkan kiub ayam, atau stok ayam homemade jika ada. Kalau guna stok ayam homemade boleh kurangkan sikit air. Masak sehingga mendidih dan tutup api.Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan bawang putih yg dicincang halus, jus limau nipis, parutan gula melaka, hirisan cili padi, hirisan daun ketumbar dan sos ikan. Kacau sebati. Kita memang tak didihkan bahan-bahan ni semua, ia cuma akan masak dalam air stok yg suam-suam panas tu aja. Dengan cara ini aroma dan kesegaran bahan-bahan dapat dikekalkan.Tuang kuah ke atas ikan yang sudah dikukus tadi.
Tips:

Jika air kukusan ikan banyak sangat, boleh buang tinggal sedikit sahaja sebelum dituang kuah. Jangan bimbang, rasa tetap akan sedap nanti.Kalau kurang masin, tambah sos ikan. Kalau kurang manis, tambah lagi parutan gula melaka.Macam mana nak tau ikan kukus dah masak, tolak isi ikan dekat bahagian tulang yang dikelar tadi dengan menggunakan garfu. Jika isi mudah tertanggal dari tulang maksudnya ikan dan betul-betul masak.


kredit : che nom 




4. Ikan Siakap Bakar Berempah Harum


Bahan-Bahannya:-
1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
1 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar kicap pekat
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
gula dan garam secukupnya
sedikit air


Cara-caranya:-

Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar.Kelar ikan terlebih dahulu Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.Kemudian bakar ikan sehingga masak.Setelah masak, hidangkan. Boleh juga diperahkan sedikit dengan jus limau kasturi/limau nipis jika suka. 
kredit : DayangJack


5. Siakap 3 Rasa Ala Thai


Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk kuah 3 rasa:
3-4 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih
1 inci halia
biji bawang holland
Sedikit capsicum
1 batang serai (**boleh titik serai jika tak suka hirisan serai)
2 pokok ketumbar
1 biji tomato
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
mangkuk kecil sos cili
1 mangkuk nenas didadu
3-4 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
1 sudu besar pes cili Thai (**boleh ganti cili kisar 1 sudu besar kalau tak ada)
1 sudu besar sos ikan
Garam, secukup rasa
1 sudu kecil gula perang
2-3 helai daun limau purut
Sedikit perahan jus limau nipis
Sedikit air, untuk lebih berkuah
Bahan-bahan untuk ikan siakap:
1 ekor ikan siakap
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Tepung jagung
Bahan-bahan untuk hiasan:
Daun ketumbar
Daun salad
Hirisan nenas
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk kuah 3 rasa:

Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia cincang serta bawang holland dadu. Kacau sehingga naik bau.Masukkan sedikit capsicum, hirisan nipis serai, akar dan batang ketumbar serta tomato dadu. Gaul sehingga tomato kelihatan sudah lembut.Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, nanas yang didadu, cili padi, cili merah dan sedikit air sebagai kuah.Tambah pes cili Thai, minyak cili, sos ikan, garam secukup rasa, gula perang dan taburan hirisan daun limau purut.Masukkan sedikit perahan jus limau nipis dan kacau seketika lalu tutup api.
Cara-cara untuk siakap 3 rasa:

Kelar isi ikan pada kedua belah bahagian.Gaul ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, lalu salutkan dengan taburan tepung jagung.Panaskan minyak dan goreng ikan siakap sehingga garing kedua belah bahagian.Tuang kuah 3 rasa diatas ikan dan hias dengan taburan daun ketumbar, hirisan nenas dan lapisan daun salad.Kemudian, ikan siakap 3 rasa sudah siap untuk dihidang.
Tips:
Seeloknya bagi salutan tepung pada bahagian dibuat apabila hendak digoreng dan minyak mulai panas.
Jika tiada minyak cili, boleh digantikan dengan cili kisar untuk bahan kuah 3 rasa.


kredit : Che Nom


6. Siakap Stim Lemon 
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk siakap stim lemon:
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 biji bawang besar
4-5 biji cili padi
1 biji tomato
Daun ketumbar
1 biji lemon (tambah lebih jika suka)
1 ekor ikan siakap
Sedikit garam
2-3 sudu besar sos ikan
3 sudu kecil tepung jagung
Sedikit air
1/2 kiub ayam
1 1/2 cawan air
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk siakap stim lemon:

Cincang kasar bawang putih, bawang besar, dan cili padi manakala cincang halus halia secara memanjang. Kemudian, potong tomato.Hiris halus sebiji lemon untuk dijadikan hiasan dan sebiji lemon lagi diperah jusnya untuk dijadikan kuah ikan siakap stim.Bersihkan ikan dan kelar kedua belah bahagian ikan siakap tersebut.Didalam bekas kukus, gaul ikan dengan sedikit garam dan masukkan 2-3 sudu sos ikan serta serai kedalam ikan.Taburkan kesemua bahan cincang kasar dan halus serta tomato dan batang ketumbar.Bancuh 3 sudu kecil tepung jagung. Masukkan kiub ayam kedalam bancuhan tepung dan gaul sedikit. Kemudian, tuang kedalam bekas kukus. (bancuhan tepung jagung adalah pilihan ya. Nak letak boleh, tak nak letak pun tidak mengapa).Masukkan air, perahan jus lemon dan tambah sedikit lagi sos ikan.Kukus ikan dalam anggaran 15-20 minit.Buka tudung pengukus dan hias dengan hirisan lemon. Selepas itu, sambung kukus lagi 5 minit.Setelah siap dikukus, taburkan hirisan daum ketumbar dan cili merah untuk kelihatan lebih menarik. Kemudian, ikan siakap stim lemon sedia untuk dihidang.
Tips:

Jika anda tidak suka tergigit halia semasa makan, tidak perlu cincang halus dan boleh dicincang secara kepingan agar senang boleh diasingkan.Daun ketumbar boleh digantikan sama ada dengan daun sup ataupun daun bawang.Jika sebiji perahan jus lemon cukup masam, anda boleh menambahnya lagi mengikut cita rasa anda.


7. Siakap Stim Asam Boi


Bahan-Bahan:
1 ekor siakap, bersihkan
5 biji asam boi
3 ulas bawang putih, hiris nipis
3 biji bawang merah, hiris nipis
2 inci halia, potong halus seperti batang mancis
1/2 batang karot, potong halus seperti batang mancis
2 sudu besar sos ikan Thai
1 sudu kecil tepung jagung
1 biji kimau nipis
1/2 cawan air
1 biji tomato, potong 4
4-5 tangkai daun ketumbar
Cara Penyediaan:

Letak ikan di atas loyang, atau dulang tahan panas.Tabur hirisan bawang putih, bawang merah, halia, asam boi dan karot.Tuang bancuhan air tepung jagung, sos ikan Thai dan perahan jus limau nipis.Tabur garam sedikit gula. Kukus selama 15 minit.Selepas 15 minit, buka kukusan dan tabur daun ketumbar bersama tomato. Sambung kukus selama 5 minit. Angkat dan hidangkan.


8. Kari Ikan Siakap

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap
1 pek serbuk kari ikan, atau dalam anggaran 2 1/2 sudu besar
1 sudu besar serbuk cili
2 tangkai daun kari
sedikit air asam jawa
1 mangkuk santan cair
1 mankuk santan pekat
3 biji tomato
bendi
minyak untuk menumis
Bahan hiris nipis atau tumbuk halus:
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 inci halia
Bahan rempah tumis:
1 sudu kecil halba campur
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Cara Penyediaan:

Potong ikan siakap kepada blok kecil. Basuh dan toskan.Bancuh rempah kari ikan bersama serbuk cili dengan sedikit air supaya menjadi pes.Panaskan minyak. Masukkan bahan hiris nipis, bahan rempah tumis dan daun kari. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.Masukkan pes serbuk kari tadi, air asam jawa dan kacau sehingga pecah minyak dan juga warna rempah berubah menjadis sedikit gelap. Boleh tambah air sedikit demi sedikit semasa proses menumis supaya rempah tidak hangus.Masukkan ikan dan santan cair. Tutup periuk dan biarkan ikan masak seketika.Masukkan pula santan pekat bersama tomato atau bendi.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tips:

Anda boleh juga gunakan santan kotak. Tapi haruslah pandai mengagak banyak mana air yang hendak dimasukkan supaya dapat kepekatan kuah kari seperti yang anda suka.Gunakan periuk yang tebal permukaannya supaya rempah kari tidak cepat hangus semasa proses menumis.Semasa proses memasak kari ikan, hati hati semasa mengacau kuah supaya ikan tidak hancur.


9. Ikan Siakap Sos Thai


Bahan Menumis:
1 biji bawang holand, jika besar guna sebelah je.
6 ulas bawang putih.
1 batang serai.
1 biji cili besar.
5 @ 10 biji cili padi.
5 helai daun limau purut.
2 batang akar ketumbar.
(Semua bahan dihiris nipis)


Bahan Sos
2 sudu besar sos cili.
2 sudu besar sos tiram.
2 sudu besar sos ikan.
2 inci belacan.
Sedikit gula kabung atau gula biasa.
1 biji limau kasturi.
Cara Memasak:


1. Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dicincang tadi. Kacau hingga layu di tasik madu. Letak 2 sudu besar cili kisar. Kacau sebati. Masuk belacan. Masa ni harum semerbak.


2. Letak sos cili, sos tiram, dan sos ikan sekali jalan. Benda boleh mudah buat apa nak susahkan. Masuk gula. Gula apa pun takpa. Kacau sampai pecah minyak. Masuk 1 cawan air.


3. Perah 1 biji limau kasturi. Nak guna limau nipis pun boleh. Tak dosa pun. Kacau dan kacau sampai mesra. Semesra kasihku padamu. Tabur daun ketum. Eh, ketumbar. Ha siap!, boleh tuangkan atas ikan siakap tadi.


Kredit : Liza Idris


10. Siakap Sambal Kicap Pedas Thai


Bahan buat kuah cukup mudah.


1 biji bawang besar.
5 ulas bawang putih.
3 ke 5 biji cili api.
(Kisar je semua bahan di atas)


2 sudu cili kisar.
2 sudu cuka.
5 sudu kicap biasa.
1 sudu maggie cukup rasa.
Sedikit sayur kubis dan carrot.
Daun sup dan daun ketumbar. 
Cara Buat Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai
Cara-cara penyediaan:
1. Bersihkan ikan siakap, kelar serong ke belakang. Bedakkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung.
2. Panaskan minyak, goreng ikan yang dah siap dibedak tadi. Angkat dan ketepikan dulu. Bukan disisihkan.
3. Kisar 1 biji bawang besarm 5 ulas bawang putih dan 3@5 biji cili api. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai kekuningan. Saya guna balik sedikit minyak ikan goreng tadi.
4. Masuk 2 sudu cili kisar. Kacau dan biar cili masak sedikit. Bahasa mudahnya, pecah minyak.
5. Masuk 5 sudu besar kicap.
6. Letak 2 sudu besar cuka dan kacau.
7. Masuk 1 cawan air.
8. Masuk bunga kubis dan carrot. Kacau dan kacau lagi sampai sayur dah lembut sedikit.
9. Perasakan dengan maggie cukup rasa.
10. Tabur daun bawang dan ketumbar. Kacau dan kacau lagi.
12. Tuangkan ke atas ikan siakap. Selamat mencuba!


kredit : Liza Idris




Siakap Laprik Ala Thai."

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4305120756185417&id=100000626043049








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/09/10-resepi-sedap-ikan-siakap-pasti-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Maggi Goreng Thai Viral Nampak Sedap Komfirm Terliur Dibuanya

Resepi Maggi Goreng Thai Viral Nampak Sedap Komfirm Terliur Dibuanya

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 232 hits
Kalau anda selalu sangat makan maggi goreng versi Malaysia apa kata kali ini cuba pula resipi maggi goreng dari negara sempadan Thailand yang pasti rasanya sedikit berbeza Resepi maggi goreng thai ini biarpun memerlukan bahan bahan yang aga...
4 Resepi Ikan Kerapu

4 Resepi Ikan Kerapu

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 280 hits
Untuk mak mak yang tak ada idea untuk masak apa dengan ikan kerapu kali ini kami kongsikan pelbagai resepi ikan kerapu untuk anda masak di rumah Jom kita try 1 Resepi Ikan Kerapu Masak Cili Api Bahan bahan 1 ekor ikan Kerapu 15 biji cili pa...
Lauk Terpaling Sedap Ikan Rebus Goreng Style Pantai Timur Simple Je Nak Buatnya

Lauk Terpaling Sedap Ikan Rebus Goreng Style Pantai Timur Simple Je Nak Buatnya

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 241 hits
Orang dulu dulu untuk pastikan ikan dapat disimpan lama meskipun tidak mempunyai peti sejuk mereka ada caranya yang tersendiri Selain ikan boleh dikeringkan menjadi ikan masin atau diperam menjadi pekasam bahkan kerap kali juga akan dijadik...
Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai

Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 290 hits
AssalamualaikumResepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai Dah lama teringin nak makan Nak beli tak berbaloi Sebab sebekas yang kecil tu mahal betul Lagipun nak masak nie bahan bahannya mudah dan cara pun simple je Sambal tempoyak ikan bilis pe...
Resepi Asam Pedas Tulang Sedap Dan Mudah

Resepi Asam Pedas Tulang Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 253 hits
Selalunya kalau kita membeli daging bahagian tulang apa yang terfikir di fikiran mesti nak masak sup tulang atau gulai tulang tapi jarang sekali yang akan memasak asam pedas tulang Asam pedas tulang selalunya daging tetel yang dibuat asam p...
4 Resepi Ikan Selar

4 Resepi Ikan Selar

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 336 hits
Ikan selar memang lauk yang wajib ada dalam peti ais mak mak Seperti ikan kerisi resepi ikan selar juga sedap dimasak dengan pelbagai cara Anda jangan runsing kami bantu anda berkongsi resepi ini Jom kita try 1 Resepi Singgang Tumis Ikan Se...
Resepi Kimchi Senang Gila Nak Buat Sedap

Resepi Kimchi Senang Gila Nak Buat Sedap

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 352 hits
Resepi kimchi senang gila nak buat sedap Kenapa tak teringin sebelum niiiiii Patutla ramai yang suka Resepi ni untuk separuh kubis ja sebab sha nak try jaa takut tak kena dengan tekak Rupanya sedap
Resepi Rahsia Ayam Goreng Sedap Sampai Ke Tulang

Resepi Rahsia Ayam Goreng Sedap Sampai Ke Tulang

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 212 hits
Rahsia keenakan ayam goreng hingga ke tulang ialah brine atau rendam ayam dalam air garam 1 Guna 3 sudu garam untuk seekor ayam sebaiknya garam bukit untuk rasa lemak masin 2 Cucuk2 daging ayam dengan garfu supaya garam meresap ke dalam 3 R...
Dijamin Sedap Ikuti Resepi Makanan Korea Hanya Di Rumah Dari 5 Youtuber Ini

Dijamin Sedap Ikuti Resepi Makanan Korea Hanya Di Rumah Dari 5 Youtuber Ini

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 268 hits
Orang ramai semakin mencari resepi memasak makanan Korea di rumah kerana banyak manfaatnya kalau masak sendiri Baca Ramai YouTuber makanan Korea menawarkan resepi yang mudah untuk semua jenis hidangan Maangchi Dari tahun 2007 hingga sekaran...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok

Berhasrat Tamatkan Zaman Duda Jofliam Akui Belum Ada Calon Sesuai Saya Tak Confess Mana Mana Wanita Lagi

Umno Tidak Mampu Bertahan Sendiri Zahid Hamidi Bertaruh Nasib Dengan Pakatan Harapa

Meriah Sambutan Program Csr Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam