Kuasa Dan Manusia Yang Mudah Lupa






Sebelum ini, saya ada menulis kata-kata bahawa syaitan paling besar dalam kehidupan manusia ialah kuasa.


Kadang-kadang dengan dapat kuasa sebagai Pengerusi JKKK atau ketua cawangan saja pun ada yang semacam sudah hidup bagai terawang-awang di angkasa.


Kerana kuasa, manusia boleh lupa kepada banyak perkara – lupa kawan lama dan paling kerap, lupa janji-janji sebelum dapat kuasa.


Sebab itu, sering diperingatkan, jika mahu tahu watak sebenar seseorang itu, tunggu sehingga dia beroleh kuasa.


Sejak dulu, cerita-cerita tentang mereka yang tiba-tiba berubah setelah dapat kuasa tidak pernah habis dijadikan cerita.


Sepanjang masa ada saja kisah manusia yang berubah kulit muka setelah mendapat kuasa.


Tun Mahathir Mohamad setelah dapat kuasa kali kedua pada 2018, disebabkan gagal menunaikan banyak janji-janji dalam manifesto pilihan raya telah berhelah dengan mengatakan buku manifesto bukanlah kitab suci.


Maknanya bagi beliau, janji sebelum dapat kuasa bukanlah wajib untuk ditunaikan.


Bagaimanapun, sejak mengungkapkan kata-kata itu, markah dirinya sebagai negarawan secara automatik telah menurun.


Anwar Ibrahim, disebabkan berjuang paling lama untuk merebut kerusi Perdana Menteri, beliau boleh dianggap sebagai pemimpin paling banyak sekali berjanji.


Banyak sekali video-video lamanya yang mengungkap pelbagai janji yang tersimpan di arkib maya dikorek semula dan dikongsi di pelbagai platform media sosial.


Paling banyak ialah janji untuk menurunkan harga minyak setelah mendapat kuasa.


Kali terakhir janji itu dijampi-serapahkan ke telinga rakyat ialah pada 2022 di Kongres PKR.


Sebab itu, bila subsidi bersasar diesel yang bakal dikuatkuasakan tidak lama lagi, selepasnya nanti giliran petrol pula dipotong subsidi, banyak sekali kata-kata sinis ditujukan kepada Anwar


Paling banyak terdengar – yang dijanji turun harga minyak, tetapi yang dibagi naik harga minyak.


Meskipun difahami tentang keperluan semasa untuk memotong subsidi berikutan kosnya yang makin meningkat, apa yang terlihat lemah di sini adalah Anwar nampaknya tidak mengambil iktibar daripada sejarah.


Setelah Tun Mahathir terperangkap kerana gagal memenuhi janji manifesto PRU 2018, kenapakah beliau masih berani mengungkapkan kata-kata janji pada 2022 yang antara lain menyebut – tiada sebab harga minyak tidak boleh diturunkan jika PH menang PRU akan datang?


Lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji, maka bukanlah salah rakyat bila janji-janji turun minyak itu sentiasa diejek dan diperlekeh hingga kini.


Tetapi Anwar tidak pernah meninta maaf secara terbuka kerana gagal menunaikan janji turun harga minyak itu.


Apa yang pernah disebutnya ialah itu janji 20 tahun lalu serta membandingkan kedudukan harga minyak di Malaysia dengan di Arab Saudi serta kos pengeluaran yang kian meningkat.


Dalam hal ini, rakyat sebenarnya boleh faham jika janji 20 atau 15 tahun dulu yang tidak dapat ditunaikan pada tahun 2024 ini.


Namun, jika janji tahun 2022 pun gagal dipenuhi, janji pemimpin mana lagi yang boleh rakyat percayai selepas ini?


Lebih-lebih lagi, dengan subsidi bersasar diesel yang bakal diperkenalkan nanti, mahu tidak mahu dan sama ada sikit atau banyak, kenaikan harga barang tentunya tidak dapat dielakkan lagi.


Dulu ketika era Tun Abdullah Badawi, sokongan rakyat terhadap beliau secara mendadak menurun susulan kenaikan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen.


Sekali lagi, sama ada sikit atau banyak, kerajaan madani harus bersedia menghadapi ulangan penurunan sokongan seperti era Pak Lah dahulu. – ShahbudinHusin 31Mei2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/05/31/kuasa-dan-manusia-jadi-lupa.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/06/kuasa-dan-manusia-yang-mudah-lupa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Ada Kuasa Lupa Nak Laksanakan Atau Tiada Keupayaan

Masa Ada Kuasa Lupa Nak Laksanakan Atau Tiada Keupayaan

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 219 hits
Masa ada kuasa Mahiaddin dan PN sendiri bercakap tentang subsidi bersasar Mahiaddin sendiri sebut tentang serta fakta majoriti subsidi 20 Tapi sekarang bila tanpa kuasa otak mereka dah jadi terbalik pula Mereka pula sibuk nak Bagi aku ini p...
Tanjong Karang Deposit Tetap Pn Menang Mudah Jika Prk Dakwa Pemimpin Bersatu

Tanjong Karang Deposit Tetap Pn Menang Mudah Jika Prk Dakwa Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 31/5/2024 - jumlah : 132 hits
Nurul Syazwani Noh menerima watikah pelantikan ketua bahagian Bersatu Tanjong Karang daripada Ketua Bersatu Selangor Azmin Ali PETALING JAYA Seorang pemimpin Bersatu mendakwa Parlimen Tanjong Karang yang sebelum ini kubu kuat Umno kini dian...
Video Prabowo Menggelegar Keras Di Atas Podium Mudah Mudahan Kau Tak Berkhianat

Video Prabowo Menggelegar Keras Di Atas Podium Mudah Mudahan Kau Tak Berkhianat

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 173 hits
Menteri Pertahanan Prabowo Subianto melakukan kunjungan kerja ke Akademi Militer Magelang Minggu
12 Zikir Pilihan Yang Mudah Diamalkan

12 Zikir Pilihan Yang Mudah Diamalkan

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 165 hits
Zikir pilihan yang sering diamalkan oleh umat Islam termasuk 12 zikir pilihan yang mudah diamalkan Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar La ilaha illallah Astaghfirullah La hawla wala quwwata illa billah Hasbiyallahu la ilaha illa huwa Sub...
Tiga Resepi Sos Mudah Dan Sedap Untuk Buat Jualan Sandwich

Tiga Resepi Sos Mudah Dan Sedap Untuk Buat Jualan Sandwich

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 194 hits
Assalamualaikum Tiga Resepi Sos Mudah dan Sedap Untuk Buat Jualan Sandwich Kali ini saya ingin kongsikan resepi sos buat sandwich yang ramai tak tahu Kita ingat bila buat inti sandwich kat rumah tu letak mayonis dan sapu butter dah paling s...
Tips Supaya Bilik Terlihat Kemas Dan Cantik Dengan Mudah Kena Rajin Kemas Ya Kredit Amirul Aiman

Tips Supaya Bilik Terlihat Kemas Dan Cantik Dengan Mudah Kena Rajin Kemas Ya Kredit Amirul Aiman

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 231 hits
tips nampak kemas dan cantik senang je kena rajin kemas Kredit Amirul Aiman The post appeared first on
Spm 2023 27 Mei 2024 Tarikh Keputusan Spm 2023 3 Cara Semakan Yang Mudah

Spm 2023 27 Mei 2024 Tarikh Keputusan Spm 2023 3 Cara Semakan Yang Mudah

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 259 hits
Seramai 395 870 pelajar yang menduduk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 akan memperoleh keputusan peperiksaan mereka pada 27 Mei 2024 daripada sekolah masing masing bermula jam 10 00 pagi Tarikh Keputusan SPM 2023Pengumuman keputusa...
Syl Bantah Tudingan Bisa Ganti Eselon I Kementan Seenaknya Tidak Mudah Diganti

Syl Bantah Tudingan Bisa Ganti Eselon I Kementan Seenaknya Tidak Mudah Diganti

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 108 hits
SYL membantah tuduhan bisa sesuka hatinya dapat mengganti pejabat Eselon I di Kementerian Pertanian
Cara Mudah Hentikan Aplikasi Cadangan Untuk Peranti Xiaomi

Cara Mudah Hentikan Aplikasi Cadangan Untuk Peranti Xiaomi

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 149 hits
Seperti yang anda cakna beberapa peranti mudah alih keluaran Xiaomi bermula daripada siri Xiaomi 13 sehinggalah yang terkini telah pun terima kemas kini sistem operasi yang terbaru iaitu berubah daripada MiUI kepada HyperOS Walaupun pada pa...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan