10 Rahsia Kecantikan Dari Thailand Yang Mesti Anda Amalkan Petua No 7 Tu Memang Senang Je Nak Amalkan




Kecantikan wanita Thailand memang tidak dapat dinafikan. Lihat selebriti Thailand antaranya Pattie Ungsumalynn dan Aom Sushar Official memiliki kecantikan yang memukau.


Kecantikan wanita Thailand memang tidak dapat dinafikan.Admin kumpulkan rahsia kecantikan terbaik dari Negara Gajah Putih ini, cubalah!

THAILAND, sebuah negara yang kaya dengan budaya, adat resam dan menjadi tumpuan pelancong kerana terkenal dengan kecantikan pulaunya. Bukan pulau sahaja yang cantik, malah kecantikan wanita Thailand juga dikagumi semua. Daripada petua kekal awet muda agar tidak dimamah usia hinggalah cantik luar dan dalamnya, wanita Thailand ada rahsia dan ritual cantik mereka. Eksklusif kami bongkar rahsia cantik wanita Thailand agar jadi panduan buat kamu semua.

1. Makanan yang Kaya dengan Herba dan Rempah-ratus


Herba dan rempah-ratus mempunyai khasiatnya yang tersendiri untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman. Maka, tidak hairanlah kebanyakan masakan Thai menggunakan herba dan rempah-ratus dalam setiap menu. Antara herba dan rempah-ratus yang sering digunakan seperti kunyit, serai, asam jawa, rempah kari, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, daun kesum dan daun pudina.


Herba dan rempah-ratus berkesan untuk kesihatan dalaman kerana ia melancarkan peredaran darah, melawaskan sistem pencernaan dan meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Selain itu, bahan-bahan ini juga merupakan sumber semula jadi pelbagai vitamin seperti vitamin A dan C yang baik untuk kecantikan kulit dan rambut.

2. Minuman Ala ‘Detox’

Minuman ala ‘detox’ pula cukup sinonim dalam kalangan wanita Thai. Selain menghilangkan dahaga, ia juga berfungsi menyingkirkan toksik dan lelemak daripada badan. Salah satu jus ‘detox’ yang terkenal dalam kalangan masyarakat Thai ialah jus serai.

Jus ini adalah campuran serai dan limau nipis. Untuk membuang lemak dan angin dalam badan, ambil tiga batang serai dan rebus bersama dua cawan air. Biarkan ia mendidih sehingga tinggal satu cawan air. Kemudian, minumlah semasa masih panas. Amalkannya selalu agar badan terasa lebih ringan.

3. Amalan Berurut
Amalan berurut juga menjadi simbolik kepada negara gajah putih ini. Golongan wanita di sana lebih senang menjadikan amalan berurut sebagai rutin kecantikan mereka. Ini kerana berurut dapat melancarkan peredaran darah, merehatkan badan dan mampu menenangkan fikiran. Apa kata kamu cuba buat sendiri minyak urut dengan ramuan berikut:

Minyak kelapa (dibuat menggunakan santan daripada sebijik kelapa yang dimasak sehingga menjadi minyak)
3 camca besar halba
4cm halia
4cm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah

CARANYA: Tumbuk kasar halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah. Kemudian, masak bersama halba dan minyak sehingga panas. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kering agar tahan lama. Sapukan minyak ini pada seluruh tubuh ketika kamu berurut.

4. Santan Kelapa
Satu lagi rahsia cantik wanita Thai adalah rambut mereka yang sihat, hitam dan lebat. Ini kerana mereka lebih selesa menggunakan sumber asli untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik secara semula jadi. Caranya mudah saja, lembapkan rambut dengan santan pekat selama 30 minit, kemudian bilas. Hasilnya, rambut kelihatan hitam, bersinar dan lebat.

5. Limau Nipis


Limau nipis juga banyak digunakan dalam masakan dan minuman Thai. Kaya dengan kandungan vitamin C, limau nipis juga berupaya mengharumkan rambut. Jika kamu berkesempatan, cuba petua kecantikan wanita Thai ini. Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris, kemudian gosokkan ke seluruh kulit kepala. Biarkan beberapa minit, selepas itu cuci sehingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh meredakan pening dan menyejukkan kepala.

6. Rawatan Haba
Rawatan haba pula menjadi satu kemestian bagi kebanyakan wanita Thai. Amalan seperti bertungku menggunakan herba, stim wajah, sauna dan penggunaan batu sungai yang dipanaskan menjadi sebahagian daripada ritual cantik untuk memiliki tubuh yang langsing. Amalan ini juga dipercayai dapat membantu melancarkan sistem peredaran darah, memecahkan lelemak, menaikkan seri wajah serta menyingkirkan toksik melalui peluh. Tubuh terasa lebih ringan dan segar jika amalan rawatan haba dilakukan secara teratur.

7. Kunyit
Jika wanita India menggunakan kunyit untuk menyerikan wajah, begitu juga dengan wanita Thai. Kunyit sering digunakan dalam penghasilan produk kecantikan seperti skrub dan sabun di Thailand. Sifat kunyit yang mengandungi antiseptik berupaya menghilangkan jerawat malah membantu mencerahkan kulit. Berikut adalah ritual cantik wanita Thai untuk melicinkan kulit wajah meng- gunakan kunyit:

CARANYA: Ambil 1cm kunyit hidup, setengah camca asam jawa dan bedak sejuk. Campurkan semua bahan dan sapukan pada wajah setiap hari sebelum tidur. Insya-Allah kulit wajah lebih licin.




8. Lulur

Satu lagi kemestian dalam ritual cantik wanita Thai adalah amalan berlulur. Mereka melakukannya untuk memiliki kulit yang licin dan lembut. Selain kunyit, wanita Thai juga menggunakan beras, bunga-bungaan, halia, asam jawa serta buah-buahan sebagai bahan lulur. Antara kelebihan lulur badan adalah:

Kulit tubuh lebih halus.
Kulit lebih cerah dan gebu.
Menanggalkan sel-sel kulit mati.
Memudar dan menghilangkankesan parut.
Melancarkan peredaran darah.

9. Lidah Buaya

Tidak lengkap ritual wanita Thai tanpa menggunakan daun lidah buaya. Khasiat gel daripada daunnya berkesan menghilangkan jerawat. Maka tidak hairanlah mengapa daun lidah buaya sering digunakan dalam penghasilan produk kecantikan. Gel lidah buaya juga sesuai untuk menegangkan kulit wajah yang kendur sekali gus mengurangkan kedutan. Ia juga dapat dijadikan sebagai bahan pelembap untuk kulit dan rambut.

10. Masker Betik

Wanita Thai gemar menggunakan masker betik kerana ia kaya dengan Vitamin A yang menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru. Betik adalah sumber antipenuaan serta bahan pencerahan semula jadi yang dapat merawat kulit kendur.



credit

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rempahsegerahr.blogspot.com/2019/02/10-rahsia-kecantikan-dari-thailand-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Wajah Kelihatan Awet Muda Amalkan 8 Petua Cara Islam Ini Rugi Tak Amalkan

Nak Wajah Kelihatan Awet Muda Amalkan 8 Petua Cara Islam Ini Rugi Tak Amalkan

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 511 hits
Nak Wajah Kelihatan Awet Muda Amalkan 8 Petua Cara Islam Ini Rugi Tak Amalkan Bagaimanakah untuk kekal muda dan berseri Meskipun bertambahnya usia banyak orang yang tidak mahu wajah kelihatan tampak tua Hal itu membuatkan ramai berusaha unt...
7 Golongan Manusia Yang Diselamatkan Allah Ketika Di Padang Mahsyar No 3 Senang Nak Amalkan Tapi Susah Kita Nak Buat

7 Golongan Manusia Yang Diselamatkan Allah Ketika Di Padang Mahsyar No 3 Senang Nak Amalkan Tapi Susah Kita Nak Buat

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 433 hits
Rasulullah s a w pernah bersabda Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu 1 Imam yang adil 2 pemuda yang sentiasa beribadat ke...
Memang Bantuan Makanan Asrama Telah Dipotong Maszlee Nak Berbohong Apa Lagi

Memang Bantuan Makanan Asrama Telah Dipotong Maszlee Nak Berbohong Apa Lagi

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 668 hits
Ego Maszlee Malik seperti tercalar dan tergugat apabila Najib Abdul Razak terus menerus menjadikan dia sebagai mangsa penganjengan sekaligus membuktikan bahawa Maszlee Malik merupakan antara watak lelucon atau pak badut utama negara kebelak...
Sejak Hamil Anak Kedua Lagi Nourul Amalkan Senaman Ringan Berkesan Dan Senang Bersalin

Sejak Hamil Anak Kedua Lagi Nourul Amalkan Senaman Ringan Berkesan Dan Senang Bersalin

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 310 hits
Penyanyi Nourul Depp berkongsi cara yang diamalkan untuk kekal cergas dan memudahkan proses bersalin dengan melakukan senaman Nourul yang dijangka bersalin Mei ini berkata wanita mengandung yang ingin melakukan aktiviti senaman perlu mendap...
Amalkan Petua Ini Sebelum Tidur Esoknya Segala Toksin Dan Ra Cun Dalam Tubuh Badan Akan Hilang Rileks Media

Amalkan Petua Ini Sebelum Tidur Esoknya Segala Toksin Dan Ra Cun Dalam Tubuh Badan Akan Hilang Rileks Media

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 440 hits
Bawang putih merupakan salah satu makanan sihat yang perlu anda amalkan sebagai rutin harian Bawang putih kaya dengan vitamin mineral enzim yang diperlukan oleh tubuh badan serta mempunyai banyak manfaat dari sudut kesihatan Antara manfaat ...
Nak Bagi Ke Pangkuan Mak Dia Pun Senang Hati Datin Seri Nur Shahida Sedia Nak Serah Qayyum Pada Ibu Kandung

Nak Bagi Ke Pangkuan Mak Dia Pun Senang Hati Datin Seri Nur Shahida Sedia Nak Serah Qayyum Pada Ibu Kandung

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 594 hits
Selepas menderita demam akibat seluruh badannya diserang campak hingga terpaksa bermalam di hospital kini Qayyum sudah dibenarkan pulang Berita tersebut dimaklumkan penjaga kenapa kanak kanak berkenaan Datin Sei Nur Shahida yang juga merupa...
Amalkan Sapu Vaseline Sebelum Tidur Petua Jadi Cantik Semulajadi

Amalkan Sapu Vaseline Sebelum Tidur Petua Jadi Cantik Semulajadi

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 493 hits
Kita semua tahu Vaseline merupakan produk penjagaan kuulit yang mengagumkan dan sememangnya boleh dipercayai Penulis ingin kongsikan rutin kecantikan penulis amalkan dengan menggunakan Vaseline Sediakan Sesi 10 minit sebelum tidur1 bekas Va...
Tips Suami Sayang Isteri Lebih Dari Biasa Korang Kena Amalkan Jamu Rahsia Bidan Kampung

Tips Suami Sayang Isteri Lebih Dari Biasa Korang Kena Amalkan Jamu Rahsia Bidan Kampung

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 508 hits
Tips Suami Sayang Isteri Lebih Dari Biasa Korang Kena Amalkan Jamu Rahsia Bidan Kampung Salam Acecehhh baru sebulan lebih kawin dah update entry macam ni Hahaha geli tak Kahhhh baru baru kahwin ni lah kena cari cara supaya suami makin sayan...
Jagung Rebus Susu Viral Yang Senang Dan Sedap Budak Budak Mesti Suka

Jagung Rebus Susu Viral Yang Senang Dan Sedap Budak Budak Mesti Suka

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 593 hits
Jagung rebus susu viral yang senang dan sedap Budak budak mesti suka Assalamualaikum wbt Baru baru ni masa cikla pergi beli barang dekat kedai runcit berdekatan rumah terjumpa pulak orang jual jagung tongkol tu murah So rembatlah 3 bungkus ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids