10 Petua Hilangkan Ketumbit Dengan Berkesan


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Apa khabar buat semua pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, perkongsian kali ini adalah mengenai ketumbit. Apa itu ketumbit? Malu kerana dikatakan suka mengintai orang sebab itu terkena  jangkitan ketumbit? Atau malu untuk bekerja kerana rakan-rakan sepejabat mengata anda secara depan-depan sehinggakan anda mula merancang untuk menulis surat letak jawatan

STOP! Sebenarnya semua itu adalah mitos sahaja. Anda tunjukkan sahaja entri ini pada mereka! Dalam entri kali ini, aku akan berkongsi dengan anda punca sebenar terjadinya ketumbit dan pastinya bukan kerana tabiat anda yang suka mengintai. Jika anda mempunyai tabiat sebegitu, sila berhenti. Selain itu, dalam entri ini juga aku kongsikan sebanyak 10 petua hilangkan ketumbit menggunakan cara semulajadi dan diyakini berkesan. Selamat membaca.✌😅
10 PETUA HILANGKAN KETUMBIT DENGAN BERKESAN
😎APA ITU KETUMBIT
Ketumbit merupakan ketumbuhan pada kelopak mata sama ada melibatkan satu mata sahaja atau kedua-dua belah mata

Untuk memahami apakah itu ketumbit, kita haruslah mengetahui serba sedikit mengenai struktur yang berada pada mata. Biasanya, ketumbit ini melibatkan bahagian folikel iaitu akar rambut, atau kelenjar meibomian yang terletak di tepi mata. Ketumbit boleh dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan bahagian mata yang terlibat

Hordeolum:
Hordeolum ini merujuk kepada ketumbuhan akut pada kelopak mata akibat jangkitan kuman dan boleh dibahagikan kepada hordeolum luaran dan hordeolum dalaman. Hordeolum luaran berlaku apabila jangkitan kuman berlaku pada folikel bulu mata. Keadaan ini merupakan kes yang lazim berlaku kepada orang ramai. Manakala, hordeolum dalaman pula jarang berlaku dan merupakan jangkitan kuman kelenjar meibomian yang terletak pada permukaan kelopak mata yang menghadap bebola mata

Chalazion:
Chalazion merujuk kepada halangan kelenjar meibomian. Kelenjar meibomian ini berfungsi untuk menghasilkan sejenis cecair berminyak pada bola mata supaya dapat mengelakkan lapisan air mata daripada menjadi kering

Apabila kelenjar ini tersumbat, kandungan minyak dalam kelenjar ini akan bertakung dan mengakibatkan kawasan kelopak mata menjadi bengkak. Keadaan ini boleh diibaratkan sebagai pertumbuhan jerawat pada kelopak mata kerana jerawat berlaku disebabkan oleh halangan pada kelenjar lemak

Kedua-dua jenis ketumbit ini boleh berubah kepada satu sama lain. Contohnya, chalazion boleh dijangkiti kuman lalu menjadi hordeolum. Hordeolum dalaman juga boleh menjadi chalazion sekiranya nanah dalam kelenjar tersumbat dan tidak dikeluarkan untuk jangka waktu yang panjang

Baca Juga : 10 Petua Kecilkan Liang Pori Di Muka Dengan Berkesan
SENARAI PETUA-PETUA HILANGKAN KETUMBIT SEMULAJADI
😎BERSIHKAN BAHAGIAN KELOPAK MATA

Langkah pertama yang boleh anda lakukan apabila terkena ketumbit adalah dengan membersihkan bahagian kelopak mata dengan kerap menggunakan air bersih

Untuk penjagaan kebersihan yang lebih rapi, anda boleh menggunakan putik kapas dan ‘mild shampoo’ seperti syampu bayi yang tidak memedihkan untuk membersihkan kelopak mata anda dan bahagian bulu mata sekitarnya

😎GUNAKAN BAWANG PUTIH


Antara cara menghilangkan ketumbit paling popular di kalangan orang lama adalah menggunakan bawang putih kerana ia dipercayai mengandungi ciri anti radang. Namun, cara ini akan memedihkan sedikit. Maka, tidak sesuai kalau dilakukan pada kanak-kanak

Caranya, ambil seulas bawang putih dan guris sedikit bahagian hujungnya dengan pisau agar keluar jusnya. Sapukan pada kelopak mata yang berketumbit sebanyak 3 kali sehari. Ia dikatakan berkesan sekiranya bengkak ketumbit baru nak ‘naik’ dan belum membesar. Apa pun, berhati-hatilah dan pastikan kebersihan tetap diutamakan

😎GUNA SUDU YANG DIRENDAM DALAM AIR SUAM

Selain menggunakan bawang putih, anda juga boleh menggunakan sudu untuk dituam pada mata

Caranya, rendamkan sudu tadi dalam air suam dan rasa kepanasannya agar tidak terlalu panas. Agak-agak selesa, bolehlah dituamkan pada bahagian mata yang terkena ketumbit tadi. Tuamkan sekitar 3 minit setiap kali

😎DAUN SIRIH DIREBUS


Ambil beberapa helai daun sirih dan bersihkan. Kemudian, panaskan sedikit di atas api atau badan cerek dan tekapkan pada mata ketumbit

Satu lagi cara, rebuskan daun sirih hingga mendidih. Angkat daun sirih tersebut dan perah untuk mendapatkan airnya. Guna air perahan ini untuk membersihkan mata yang ketumbit

😎TUAMAN PANAS

Cara paling selamat dan berkesan untuk melegakan ketumbit adalah dengan tuaman air yang sederhana panas. Cara ini juga amat sesuai untuk kanak-kanak dan juga bayi

Rendamkan kain dalam air suam dan kompreskan pada kelopak mata yang terkena ketumbit tadi untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata. Ulangi langkah ini sebanyak tiga kali sehari selama seminggu. Pastikan kain yang anda gunakan bersih ya

😎GUNA GARAM

Satu lagi petua yang dikatakan dapat menyurutkan ketumbit dengan cepat adalah dengan menambahkan garam pada tuaman

Mudah saja, bubuhkan sedikit garam pada air panas / suam yang akan digunakan untuk tuaman. Selepas ia melarut, celupkan tuala bersih dan perah airnya. Boleh juga gunakan kapas. Tuamkan 2-3 minit pada ketumbit. Lakukan 3 atau 4 kali sehari

😎GUNA TOMATO

Jika ada tomato di dapur, anda boleh gunakan untuk menghilangkan ketumbit. Terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan iaitu:
🌿Hiris tomato kepada hirisan kecil. Ambil satu hirisan dan tekapkan pada mata yang ada ketumbit. 🌿Biarkan selama 5 minit, cuci mata sehingga bersih
🌿Hiris tomato, dan simpan didalam peti sejuk. Apabila sejuk, ambil satu hirisan dan lekapkan pada ketumbit. Biarkan tomato melekap pada mata sehingga hilang sejuknya. Cuci mata sehingga bersih
Kisar sebiji tomato. Masukkan dalam ice tray dan bekukan. Ambil satu kiub ais tomato, dan sapukan ke ketumbit

😎GUNA TIMUN

Timun juga sangat membantu untuk mengecutkan ketumbit. Caranya sama seperti penggunaan tomato. Anda boleh pilih salah satu cara yang disenaraikan di atas

😎CUKA EPAL


Anda boleh juga cuba menggunakan cuka epal (apple cider vinegar) dengan cara yang sama seperti garam. Namun, elak menggunakan cuka kepada kanak-kanak kerana ia agak ‘kuat’. Pastikan cuka epal ini dilarutkan terlebih dahulu supaya asidnya tidak terlalu kuat

Selain itu, bagi orang dewasa, anda boleh meminum sesudu cuka epal yang dilarutkan dalam air suam untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan

😎UNCANG TEH HIJAU

Anda boleh cuba menuam mata dengan uncang teh hijau. Selain melegakan rasa tidak selesa, teh hijau mengandungi asid tanik yang membantu melindungi daripada jangkitan

Caranya, rendamkan uncang teh hijau ke dalam air panas. Selepas 5 minit, angkat dan keluarkan lebihan air pada uncang teh. Jika ia terlalu panas, tunggu sebentar sebelum meletakkannya pada mata. Bila suhunya sesuai, biarkan pada mata selama 5 minit. Lakukan beberapa kali sehari

Baca Juga :  Buat Rawatan Dermapen di Dr Medispa & Wellness, Kajang
Bagaimana? Menjadi atau tidak? Adakah anda sudah berjaya hilangkan ketumbit walaupun sedikit demi sedikit? Alhamdulillah jika berjaya. Kini anda sudah boleh bekerja atau berjumpa rakan-rakan dengan penuh keyakinan. Peringatan ya, jika tidak berjaya dan ketumbit kelihatan makin teruk, yang terbaik adalah berjumpa dengan mereka yang pakar yakni para doktor. Mereka lebih arif tentang mata dan kesihatan. 
SEKIAN
Sumber : Siraplimau | Bidadari | Doctoroncall | Google Image

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2020/06/10-petua-hilangkan-ketumbit-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Petua Hilangkan Kesan Tumit Kaki Merekah

Petua Hilangkan Kesan Tumit Kaki Merekah

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 583 hits
sumber gambar dari googleAssalamualaikum Mesti ramai diantara kita yang merekah tumit kaki kan tapi kita tak perasan Kalau tak dicegah memang nampak buruk Rekahan ini bukan sebab kita tak menjaga kaki tapi sebab kita kekurangan air dalam ba...
Petua Hilangkan Pening Yang Perlu Anda Tahu

Petua Hilangkan Pening Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 580 hits
Rasa pening kadang kadang kita alami dalam hidup kita Ia tidak berbahaya Rasa pening ini kadang kala kita rasa seperti kepala ringan rasa tidak seimbang tubuh dan adakala rasa seperti mahu pengsan Petua Hilangkan Pening Yang Perlu Anda Tahu...
Cara Hilangkan Kotoran Degil Pada Baju Sekolah Anak Cara Ini Paling Berkesan

Cara Hilangkan Kotoran Degil Pada Baju Sekolah Anak Cara Ini Paling Berkesan

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 379 hits
CARA HILANGKAN KOTORAN DEGIL PADA BAJU SEKOLAH Assalamualaikum Melihat keghairahan ibu bapa yang berkongsi mengenai anak anak mula memasuki fasa baru dalam kehidupan mereka iaitu sesi persekolahan Ia pengalaman baru dan berbeza dari fasa se...
Cara Simple Ibu Ini Ajar Anaknya Minum Air Kosong Tanpa Paksa Berkesan

Cara Simple Ibu Ini Ajar Anaknya Minum Air Kosong Tanpa Paksa Berkesan

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 429 hits
Susahnya nak suruh anak minum air kosong Asyik nak minum air kotak dan air botol je yang banyak perisa Anak saya tak suka minum air kosong Dan kurang sangat minum air Macam mana ye nak ajar anak suka minum air kosong Persoalan dia atas seri...
Cara Hilangkan Hasad Dengki

Cara Hilangkan Hasad Dengki

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 1368 hits
Cara Hilangkan Hasad Dengki Pernah tak korang rasa ada orang dengki pada korang Itu rasanya perkara biasa kan Ada orang seronok bila tengok kita bahagia ada kalanya tak suka tengok kita ada segalanya Tapi pernah tak rasa korang yang sebenar...
Makan Buah Naga Waktu Tengah Hari Dapat Membantu Hilangkan Perut Buncit

Makan Buah Naga Waktu Tengah Hari Dapat Membantu Hilangkan Perut Buncit

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 376 hits
RAMAI di antara kita mempunyai masalah berat badan yang berlebihan dan menurut kajian Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai rakyat yang paling obes Pelbagai cara dan tips untuk kempiskan perut secara semulajadi dan salah satunya d...
Mamz Spray Formula Berkesan Untuk Bayi Dan Kanak Kanak 100 Habatus Sauda

Mamz Spray Formula Berkesan Untuk Bayi Dan Kanak Kanak 100 Habatus Sauda

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 881 hits
Hi korang SA harap korang sihat seadanya dan rasa happy setelah Perdana Menteri mengistiharkan PKPB di tukar kepada PKPP yang lebih kepada pemulihan Giler la tak happy tetapi norma baru masih tetap perlu diamalkan oleh kita semua kan Masih ...
Masker Homemade Terbukti Berkesan Untuk Rambut Gugur Bak Salji

Masker Homemade Terbukti Berkesan Untuk Rambut Gugur Bak Salji

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 393 hits
Masker Homemade Terbukti Berkesan Untuk Rambut Gugur Bak SaljiGais ketepikan sekejap resepi pada malam iniSaya nak share satu petua untuk rambut gugur Ramai yang mengalami masaalah ini kan
Saintis China Yakin 99 Peratus Vaksin Keluarannya Berkesan Rawat Covid19

Saintis China Yakin 99 Peratus Vaksin Keluarannya Berkesan Rawat Covid19

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 267 hits
Para saintis di China melahirkan keyakinan vaksin yang dibangunkan mereka 99 peratus berkesan untuk merawat COVID 19 Vaksin tersebut dibangunkan oleh firma bioteknologi Sinovac yang berpusat di Beijing Firma itu mendakwa ketika ini mereka b...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip