10 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Berhenti Kerja Untuk Jadi Usahawan




Menceburkan diri dalam perniagaan memang tidak mudah. Cabaran bermula sebaik saja anda buat keputusan nekad berhenti kerja dan berniaga. Anda sudah mula membuatkan semua orang yang ambil peduli tentang diri anda rasa risau.
Bila dah jadi usahawan anda tak ada pilihan selain dari berusaha untuk berjaya agar tidak berterusan menyusahkan diri sendiri dan orang lain. 
Bagi yang ada hasrat nak berhenti kerja dan berniaga, berikut beberapa perkara yang anda perlu tahu terlebih dahulu sebelum terjun ke dunia keusahawanan.
1. Berdiri depan cerminBila berdiri depan cermin, anda akan jumpa satu-satunya orang yang dapat bantu anda untuk berjaya. Dia saja yang boleh. Jangan berharap pada pertolongan orang selain diri dia dan Dia.
Ramai yang putus asa dari berusaha dan letakkan kegagalannya disebabkan orang tak sudi memberikan pertolongan. Jika anda rasa orang perlu tolong untuk anda berjaya, anda benar-benar buang masa, elok makan gaji saja dan teruskan salah semua orang selain dari diri anda sendiri.
Ingat! sebagai usahawan bila gagal, anda seorang sahaja yang dipersalahkan. Sebaliknya, bila berjaya semua orang mahu tumpang ambil bahagian, sekalipun dia hanya pernah dengar sekali saja masalah anda dan beri sedikit pendapat. Itu sudah dianggap yang anda telah berhutang kejayaan kepadanya.

Salahkan orang lain, perjalanan anda masih jauh. Salahkan diri sendiri, perjalanan anda sudah separuh. Tiada sesiapa yang disalahkan, anda sudah sampai.
- Pepatah Cina

2. Tiada bantuan percumaSetiap yang menolong mahukan sesuatu. Tak ada dalam dunia, terutamanya sekarang ini, yang membantu percuma. Perlu ada balasan samada dalam bentuk wang atau lain-lain ganjaran yang lebih spesifik. 
Oleh itu sentiasa pastikan apa yang orang yang mahukan sebagai balasan apabila membantu anda dan berikan padanya. Kalaupun dia tak minta, sediakan sesuatu dan berikan padanya. Jika tidak mampu, lupakan saja niat nak minta pertolongan.
3. Kesukaran buat anda bergerakBayangkan anda tinggal dipulau yang tak ada apa-apa sumber makanan yang anda perlukan. Semuanya ada di sebuah pulau satu lagi. Hanya disebabkan masalah itu, anda akan berusaha tebang pokok buat perahu dan mendayung ke pulau satu lagi itu. Ketiadaan sumber buat anda bergerak.
Orang yang tinggal di pulau yang ada semua keperluan hidupnya, akan banyak buang masa dan tiada berusaha untuk bergerak selesaikan masalah. Mereka lebih banyak cipta segala benda yang merosakkan kehidupan sendiri.
Segalanya bermula dengan kesukaran. Tak ada manusia yang lahir terus pandai segalanya. Perlu lalui proses pembelajaran dan membina kekuatan. Itu resam kehidupan. 
Tidak ada benda mudah bila anda baru memulakan sesuatu. Ia perlahan-lahan jadi makin mudah hanya apabila anda tidak jemu mengulang dan mencuba bertubi-tubi. Contoh paling mudah faham yang majoriti manusia moden lalui adalah proses belajar memandu kenderaan. Anda boleh ingat kembali saat awal belajar bawa kereta dulu macam mana, dan sekarang anda masuk dan pandu kereta tanpa perlu sedar sedikitpun.
Oleh itu jika anda menghadapi kesukaran, terima dengan hati yang terbuka. Itu tanda anda sedang belajar. Teruskan juga sehingga ianya menjadi senang. Anda hanya perlu faham 2 limit penting. Pertama, limit yang mampu buatkan anda mati terus, kedua limit yang tidak beri apa-apa pelajaran dan kuatkan diri anda. Duduk antara 2 limit itu. Dalam bahasa Nassim Nicholas Taleb, dinamakan "Antifragile".
4. Apa orang mahuAnda perlu tawarkan apa yang orang mahu, bukan apa yang anda mahu. Jangan syok sendiri, ingat apa yang anda suka tentu orang lain juga suka. Kalau anda suka apa yang pelanggan suka, itu adalah yang terbaik.
Perniagaan adalah urusan menyelesaikan masalah yang orang mahu ia diselesaikan tapi tak ada kepakaran atau kemampuan untuk selesaikannya sendiri. Hanya sesuatu yang mampu selesaikan masalah pelanggan sahaja yang dianggap bernilai. Selain dari itu ia adalah sekadar hobi anda sahaja.
Ulang sekali lagi. Anda mesti bersedia untuk memenuhi kehendak orang lain, bukan kehendak anda sendiri. Jangan paksa orang menerima sesuatu yang anda suka sedangkan mereka tak ingin sedikitpun.
5. Ikhtiar dan tawakalAnda hanya perlu berusaha, yang menentukan kejayaan adalah Allah. Dengan berusaha, anda akan dapat 2 jawapan. Pertama anda tak dapat tapi anda sedar bahawa apa yang dikejar itu bukan apa yang anda mahukan. Alhamdulillah!, ubah haluan dan cari benda lain.
Anda dapat apa yang diusahakan. Alhamdulillah!, memang sudah ditentukan itu milik anda, jangan sombong dan merasakan diri pandai dan semua itu atas usaha anda. Tuhan nak bagi dan itu hanyalah ujian untuk melihat apa yang anda buat dengan rezeki yang anda dapat. 
Jangan paksa orang beli, hanya perlu fahami apa yang pelanggan mahu dan nyatakan tawaran anda sebaik mungkin. Belajar proses bagaimana orang memasarkan produk atau servis dan menjual dengan berkesan.
Samada dia akan beli atau tidak bukan urusan anda. Jangan mendesak atau bersikap seperti terdesak. Biarkan orang beli dengan sukarela. Elakkan bersikap seperti jurujual insuran dan MLM, sehingga kawan atau sesiapa saja melarikan diri apabila terlihat kelibat anda.
6. Bersedia jadi muridAda pepatah cina menyebut begini.

Bila anda murid bersedia, guru muncul ..
Orang yang tidak bersedia jadi murid, walaupun guru paling hebat di dunia ada di depannya tidak akan dapat belajar apa-apa ilmu yang baru. Sebaik saja anda ingatkan diri bahawa anda seorang murid, sesiapa saja yang ada di depan akan jadi guru anda, hatta batu sekalipun. Ada saja perkara baru yang anda dapat baca dan belajar dari kejadian yang sedang berlaku.
Buang sikap yang anda serba tahu. Pepatah yang sama di atas bersambung begini.

Bila anak murid sangat bersedia, guru hilang ..
Masalah usahawan yang ego adalah merasakan dia serba tahu lalu tidak menerima cadangan orang lain. Tak ada apa-apa lagi yang anda dapat masukkan ke dalam kepala sebaik saja anda rasa dah jadi tok guru.
Sentiasa buka minda pada sebarang cadangan. Hakikatnya, terlalu banyak yang anda tidak tahu, apa yang anda tidak tahu, yang sepatutnya anda tahu.
Maksud saya, ada perkara yang anda tak tahu yang anda tahu - ertinya itu adalah kecekapan anda.
Ada pula yang anda tahu yang anda tahu - itu yang anda sudah belajar dan sedang amalkan untuk kuasainya.
Ada yang anda tahu yang anda tak tahu - itu yang anda baru sedar dan sedang cari kelas atau guru untuk belajar.
Yang ke-4 tadi, yang anda tak tahu yang anda tak tahu biasanya merupakan lubuk baru yang bakal membaca anda ke tahap yang lebih tinggi lagi.
7. Jangan tunggu sempurnaTak ada yang sempurna di muka bumi ini sebab semuanya berada dalam keadaan sementara. Jangan bersikap terlalu sempurna asyik menunggu semua benda sempurna.
Orang yang berniaga tidak pernah berada dalam keadaan cukup segala-galanya. Jika anda menunggu segalanya sempurna untuk berbuat sesuatu, anda langsung tidak akan memulakan apa-apa pun. Buatlah apapun, asalkan buat. Dari situ nbelajar dan mula ubah haluan sampai kena.
Berikan kesempatan pada semua orang untuk belajar dari kesilapan termasuklah diri anda.
8. Biar kecil asal berhasilBerikan tumpuan terlebih dahulu pada perkara kecil yang terbukti berhasil yang sering dilakukan. Perbaiki menjadi lebih sempurna ke tahap pakar yang tak ada orang boleh lawan.
Ramai usahawan yang memberikan tumpuan hanya pada perkara-perkara besar yang berlaku sekali-sekala dalam kehidupan. Sebab dia lihat dan bandingkan orang yang dari zero tiba-tiba jadi hero luar biasa.
Jangan tertipu pada nasib baik. Ada orang yang dari muflis, tiba-tiba jadi jutawan apabila berlaku wabak covid-19 dan apa yang dia ada kebetulan sangat diperlukan dalam keadaan negara dilanda wabak tersebut. Maka jadilah dia jutawan. Itu tak salah.
Yang salahnya dia sangka dia jadi jutawan tu sebab dia pandai dan semuanya adalah hasil usahanya selama ini. Sedangkan dia sendiri tahu wabak covid tak pernah berlaku sejak tok kepada toknya dilahirkan sehinggalah dia bertemu dengan fenomena itu. Sama macam yang disebut oleh Nassim Nicholas Taleb, "Fool by randomness".
Anda adalah apa yang anda sering ulangi melakukannya, ingat perkara itu dan dari situlah kejayaan datang. Kejayaan sederhana berkadar terus dengan usaha kerja kuat dan kepandaian. Kejayaan luar biasa tidak ada kaitan dengan usaha kerja keras dengan kepandaian.
Mengharapkan perkara jarang berlaku adalah seumpama bermain nombor ekor, entah dapat entah tak dapat. Jangan beli nombor ekor, lebih baik simpan RM5 tu setiap minggu dan jadikan ianya tabiat menyimpan sehingga berkumpul jadi satu jumlah yang memberikan perbezaan. Itu jauh terbukti berkesan dari kaya sebab main tikam ekor.
9. Hebat itu kawannya susahSemua perkara hebat tidak datang dengan mudah. Semua benda bernilai tidak mudah untuk didapatkan. Kalau intan ada di halaman semua rumah orang, ia tidak akan jadi sesuatu yang berharga.
Kejayaan, peluang, pekerja yang baik, rakan niaga yang bagus, pelanggan yang setia dan apa-apa saja yang hebat-hebat adalah perkara yang sukar ditemui. Hanya mereka yang bersabar dan terus mencari akan temuinya, oleh itu jangkakan kesukaran tersebut.
10. Jangan harap pada makhlukMakhluk atas dasar ia lemah, hanya datang membantu bila lihat anda senang. Sebab anda ada sesuatu yang dia mahukan. Atau anda ada sesuatu yang menggugat kedudukannya. Selain dari itu, dia sedikitpun tak lapaq nak ambil tahu pasal anda.
Bank menawarkan pinjaman bila anda ada wang, bila aliran duit dalam perniagaan anda mantap dan menjana keuntungan. Kalau bisnes anda suam-suam kuku, jangan harap dia nak bagi duit. 
Kawan-kawan tidak lokek membantu hanya bila anda berjaya, atau jika anda perempuan lawa janda, selain dari itu jangan harap. Bila anda dalam kesukaran semuanya menghilang, malah mereka akan lari bila anda cari kawan nak pinjam duit.
Ingat!, semakin sukar masalah yang anda hadapi semakin jauh makluk menjauhkan diri. Itu asas utama. Tapi semakin sukar dugaan hidup yang anda alami, makin hampir doa anda dimakbulkan Tuhan dan makin dekat datangnya pertolongan Nya. Jadi, susah atau senang buat kerja hanya untuk Nya dan sentiasa pohon hanya pada Tuhan semata, sebagaimana yang anda sering ulang dalam bacaan Fatihah, ayat Q1; 5.
Renungkan semua yang saya sebutkan di atas dan sediakan diri anda untuk berjaya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2024/09/10-perkara-penting-yang-anda-perlu-tahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dobi Bangunan Kerja Kawasan Baharu Larangan Merokok

Dobi Bangunan Kerja Kawasan Baharu Larangan Merokok

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 111 hits
PUTRAJAYA Premis dobi dan bangunan tempat kerja adalah dua kawasan baharu yang digazetkan sebagai kawasan tempat larangan merokok yang akan mula dikuatkuasakan selepas 1 Januari depan Ia antara 28 kawasan yang disenaraikan dalam tempat lara...
Pekerja Terjatuh Semasa Lakukan Kerja Penyelenggaraan Kereta Kabel Langkawi

Pekerja Terjatuh Semasa Lakukan Kerja Penyelenggaraan Kereta Kabel Langkawi

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 160 hits
ALOR SETAR Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang terjatuh ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan kereta kabel di Langkawi hari ini Ketua Zon 4 Langkawi JBPM ...
Ramai Pekerja Berhenti Kerana Bos Yang Teruk

Ramai Pekerja Berhenti Kerana Bos Yang Teruk

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 136 hits
Anda suka bekerja di syarikat sekarang Kerja bersesuaian dengan minat rakan sekerja bertanggungjawab dan gaji juga lumayan Tetapi ada satu perkara yang mengganggu ketenteraman ketika bekerja Bos anda orangnya sangat sukar difahami Emosinya ...
Hiburan Tindakan Saya Mungkin Mengejutkan Rakyat Malaysia Fattah Amin Kerja Keras Bawa Diri Jual Kambing Perap

Hiburan Tindakan Saya Mungkin Mengejutkan Rakyat Malaysia Fattah Amin Kerja Keras Bawa Diri Jual Kambing Perap

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 156 hits
Pelakon sensasi difahamkan membawa diri apabila mula menjual kambing perap di Instagram Difahamkan Fattah tampil dalam satu video marketing satu syarikat makanan perap terkenal Advertisement Dalam video itu Fattah membawa watak sebagai pemi...
Kerja Seronok Pendapatan Lumayan Hidup Lebih Fleksibel Bahagia Lelaki Ini Kongsi Apa Yang Dia Buat

Kerja Seronok Pendapatan Lumayan Hidup Lebih Fleksibel Bahagia Lelaki Ini Kongsi Apa Yang Dia Buat

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 125 hits
Memang kagum dengan semangat seseorang yang masih rajin bekerja biarpun sudah berusia Semangat untuk mencari rezeki sambil melakukan sesuatu yang diminati harus dijadikan contoh terutamanya buat ayah ayah muda yang masih kuat dan mempunyai ...
Lelaki Bawa Pistol Mainan Pergi Interview Kerja

Lelaki Bawa Pistol Mainan Pergi Interview Kerja

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 175 hits
Oleh Syeikh Baran Perbuatan seorang lelaki yang membawa pistol mainan dan melakukan vandalisme semata mata untuk memohon pekerjaan mengundang perhatian orang ramai lapor saluran berita Tribunnews semalam Kejadian berlaku di Kilang Pemproses...
Fattah Bawa Diri Kerja Dengan Pak Mat Western

Fattah Bawa Diri Kerja Dengan Pak Mat Western

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 137 hits
nbsp Tangkap layar video pemasaran syarikat terkenal memaparkan Fattah menjual kambing yang dimuat naik di media sosial PETALING JAYA Di sebalik kemelut yang melanda rumah tangganya pelakon popular Fattah kini membawa diri dengan menjual ka...
Mui Jangan Pernah Berhenti Boikot Israel

Mui Jangan Pernah Berhenti Boikot Israel

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 147 hits
Serangan militer Israel ke Palestina khususnya Gaza terus berlanjut Oleh karena itu Majelis Ulama Indonesia menyerukan masyarakat Indonesia untuk tetap konsisten memboikot produk produk yang terafiliasi dengan Israel Jangan pernah berhenti ...
Tegaknya Khilafah Di Baitul Maqdis Sebelum Munculnya Imam Mahdi

Tegaknya Khilafah Di Baitul Maqdis Sebelum Munculnya Imam Mahdi

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 246 hits
Kemunculan al Mahdi sebagai pemimpin kaum muslimin suatu keniscayaan kerana 10 tanda kiamat besar tidak akan terjadi sebelum kehadirannya Namun tahun kemunculannya tidak seorang pun tahu tapi yang jelas ia akan muncul di akhir zaman Dari se...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik