Ramai Pekerja Berhenti Kerana Bos Yang Teruk


Anda suka bekerja di syarikat sekarang. Kerja bersesuaian dengan minat, rakan sekerja bertanggungjawab dan gaji juga lumayan. Tetapi ada satu perkara yang mengganggu ketenteraman ketika bekerja.

Bos anda orangnya sangat sukar difahami. Emosinya tidak tentu hala. Kadang kala dia dengan senang hati mempelawa makan tengahari bersama tetapi ada masa dia mengamuk menghentak-hentak meja!


Walaupun gembira bekerja di samping rakan sekerja yang baik hati, perangai bos yang kurang senang itu membuatkan anda mahu berhenti kerja.

Mungkin ada yang menganggap berhenti kerja di syarikat yang bagus hanya disebabkan bos teruk itu merugikan. Namun, siapa sahaja yang mempunyai kesabaran dan keimanan setaraf malaikat?

Mahu berhenti sebab bos atau pengurus yang teruk sebenarnya normal dan tidak merugikan malah menguntungkan pekerja itu dari segi kesihatan mental.

Merujuk kajian sebuah firma perunding kepimpinan, Development Dimensions International (DDI) di Amerika Syarikat, 57 peratus responden berhenti kerja disebabkan bos.

Manakala 37 peratus responden mempertimbangkan untuk berhenti kerja kerana pengurus.

Apa sebenarnya yang bos jahat lakukan sehingga pekerjanya berhenti kerja?

Tidak menunjukkan teladan yang baik sebagai pemimpin

Arahan yang ditetapkan oleh ketua menentukan jalan yang akan diikuti oleh pasukannya.

Sebagai pembuat keputusan, pengurus dan 'kepala' sebuah organisasi, bos mengharapkan pekerja mematuhi setiap rukun bekerja. Oleh itu, bos juga perlu melakukan perkara yang sama sebagai teladan yang baik.

Tunjukkan contoh yang baik, maka baiklah perangai pekerja. Tunjukkan contoh yang tidak baik, begitulah juga sikap pekerja.

"Alah, bos boleh. Takkan kita tak boleh!"

Jika seorang pemimpin mengharapkan pekerja mereka menjalankan tanggungjawab dengan baik, bosnya juga perlu begitu.

Kalau seorang ketua mahu pekerja menghormatinya, bos juga perlu menghormati pekerjanya.

Tidak menawarkan sokongan dan pengiktirafan

Bos yang toksik hanya mementingkan keuntungan dirinya sendiri.

Mereka lebih memilih untuk memberi tumpuan kepada kemajuan diri sendiri daripada menyokong dan mengiktiraf pekerjanya.

Bos yang baik pula menyokong dan mengiktiraf hasil kerja keras pekerjanya serta menyumbang kepada perkembangan kerjaya mereka.

Pengiktirafan dan penghargaan untuk pekerja cemerlang tidak memerlukan kos yang besar tetapi ia memerlukan masa, ketulusan hati dan perasaan.

Sekiranya anda seorang bos, tanyakan kepada diri sendiri – pernahkah anda menulis nota atau pesanan penghargaan kepada pekerja? Atau pernahkah anda melabur masa dan berjumpa secara bersemuka dengan pekerja untuk mengucapkan 'tahniah dan terima kasih'?

Sanggupkah anda mencemar duli dan berkhidmat kepada pekerja dengan cara ini?

Tidak berkomunikasi dengan efektif

Salah satu perangai bos yang teruk ialah tidak responsif dan tidak boleh dipercayai. Perkara ini menyebabkan pekerjanya bergelut untuk mendapatkan panduan atau cara untuk menyiapkan tugasan dengan cemerlang.

Dalam apa jua senario kehidupan, komunikasi itu ibarat oksigen. Tanpa oksigen, kita lemas atau lebih teruk, mati. Tanpa komunikasi, bagaimana organisasi mahu berfungsi?

Selain itu, bos toksik juga mempunyai tabiat komunikasi yang buruk seperti:
Berkomunikasi pada waktu yang salah. "Hentam sahajalah!" – Bersikap halai-balai apabila ia berkaitan dengan perancangan dan penyediaan. Tidak memberikan notis awal yang mencukupi bila keputusan perlu dibuat atau kerja perlu dilakukan. Bertindak balas secara reaktif kepada masalah dan bukannya berkomunikasi secara proaktif untuk mengelak daripada masalah berlaku.
Pengurusan mikro dan mengongkong

Tiada siapa sukakan bos yang mempunyai mentaliti "take it or leave it".

Pada dasarnya, bos yang mempunyai mentaliti begini tidak memberi kebebasan kepada pekerjanya untuk melaksanakan tugas dengan cara mereka tersendiri.

Meskipun hasilnya tetap sama, bos itu berkeras mahu pekerja mengikut caranya.

Untuk dapat 5, pekerja boleh menggunakan formula 1+4. Tetapi bos itu tetap mahu menggunakan formula 2+3.

Keputusannya sama, cara melaksanakan sahaja yang berbeza. Jadi, apa salahnya?

Malangnya, bos yang melakukan pengurusan mikro dan terlalu mengongkong itu sama ada:
Tidak faham bahawa meskipun cara kerja berbeza, hasilnya tetap sama. Atau, tidak peduli dan tidak mahu peduli.
Memupuk persekitaran kerja yang tidak sihat

Hasil daripada kepimpinan yang lemah akan mewujudkan persekitaran kerja yang tidak sihat. Ia bukan sahaja menambah tekanan yang tidak diperlukan tetapi juga menurunkan motivasi pekerja.

Apa yang bos teruk lakukan sehingga wujudnya persekitaran kerja yang tidak sihat?
Hina secara terbuka, puji disorok-sorok. Memaksa pekerja bekerja berlebihan tanpa pengiktirafan atau ganjaran. Menetapkan jangkaan yang tidak jelas pada hasil kerja. Menabur janji palsu. Merendah-rendahkan dan memecah-belahkan pekerja. Tidak mewujudkan ruang untuk berbincang mengenai pertumbuhan dan perkembangan kerjaya.
Setiap perkara yang disebutkan di atas akan meningkatkan kekerapan pekerja cemerlang berhenti dan menyimpan pekerja yang tidak endah dengan perkembangan syarikat.

Setiap pekerja cemerlang yang berhenti perlu diganti. Bermula dengan pengiklanan jawatan kosong, proses temu duga dan memberi latihan bekerja, semuanya melibatkan kos yang mahal dari segi wang dan masa.

Sebagai bos, anda mahu selesa dengan keadaan syarikat yang porak-peranda atau mahu lakukan perubahan? Fikir-fikirkan.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2024/09/berhenti-kerja-kerana-bos-teruk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aku Hantar Surat Resign Dekat Bos Sekali Kena Marah Teruk Rupanya Ini Yang Terjadi Sebelum Ni

Aku Hantar Surat Resign Dekat Bos Sekali Kena Marah Teruk Rupanya Ini Yang Terjadi Sebelum Ni

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 211 hits
Majikan tiada hak untuk menghalang pekerja daripa berhenti jika surat perletakan jawatan dan notis diberi lebih awal Tapi ada juga syarikat bermasalah yang berang dengan tindakan pekerja sedangkan kebajikan mereka tidak dipeduli oleh majika...
Salam20k Missing Person Dimana Wan Paisal Banjir Teruk Di Kedah Ad

Salam20k Missing Person Dimana Wan Paisal Banjir Teruk Di Kedah Ad

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 118 hits
Usikan Salam 20k merujuk pada majoriti 20 648 undi diperoleh BN pada Pilihan Raya Kecil DUN Mahkota kelmarin dilihat terus menghujani Perikatan Nasional Komentar tersebut turut dilihat singgah di media sosial milik Ahli Parlimen Machang Wan...
Kalah Teruk Di Mahkota Bersatu Perlu Pemimpin Baharu Kata Penganalisis

Kalah Teruk Di Mahkota Bersatu Perlu Pemimpin Baharu Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 297 hits
freemalaysiatoday com01 Oct 2024Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari USM berkata pemimpin kanan seperti Hamzah Zainudin dan Azmin Ali sekalipun mesti memberi laluan kepada pemimpin muda Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dan Pengarah Pilihan ...
Dah Teruk Kena Balun Dengan Netizen Baru Walaun Cari Alasan

Dah Teruk Kena Balun Dengan Netizen Baru Walaun Cari Alasan

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 143 hits
Dah kena balun dgn netizen baru kalut cari alasan Tapi yg lebih kenot brain ada yg nak backup dia atas alasan jgn buat Cyb r Bully ng Pi nasihat walaun jangan dok Bul Siber terhadap PMX dulu Baru adil UPDATE Viral kununnya permohonan maaf d...
Sentuhan Dah Tak Menjadi Program Terbaru Yoo Jaesuk Raih Rating Teruk

Sentuhan Dah Tak Menjadi Program Terbaru Yoo Jaesuk Raih Rating Teruk

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 151 hits
Kenapa rancangan kelolaan Yoo Jae suk semakin kurang mendapat perhatian Artikel Berkaitan Walaupun episod awal gagal mendapat perhatian yang baik rancangan itu tetap dikeluarkan sebagai siaran tetap dengan episod pertama ditayangkan semasa ...
Kelantan Teruk Dibalun Netizen Penganjur Batal Acara Lumba Kura Kura

Kelantan Teruk Dibalun Netizen Penganjur Batal Acara Lumba Kura Kura

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 101 hits
Penganjur tak jadi buat lumba race kura kura di KelantanMalaysiakini nbsp Penganjur Expo Kelate Event hari ini membuat keputusan untuk membatalkan acara lumba kura kura yang dirancang mereka berlangsung pada program itu 30 Sept nanti Pengum...
Bibir Pun Tak Gerak Sama Lisa Bp Teruk Dikritik Dek Didakwa Miming Di Pentas Vma

Bibir Pun Tak Gerak Sama Lisa Bp Teruk Dikritik Dek Didakwa Miming Di Pentas Vma

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 101 hits
Selepas keluar dari YG Entertainment Lisa nampaknya sedang sibuk dengan pelbagai aktivti solonya kini Artikel Berkaitan Terbaru Lisa telah mencipta rekod baru sebagai artis K Pop dan berjaya membawa pulang anugerah K Pop Terbaik buat kali k...
Jem Teruk Ada Yang Tidur Ditepi Jalan Seorang Meninggal Sesak Nafas

Jem Teruk Ada Yang Tidur Ditepi Jalan Seorang Meninggal Sesak Nafas

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 173 hits
Tidur atas jalan sebab jem teruk seorang meninggal duniaKOSMOKenderaan memenuhi jalan di sekitar Puncak Bogor Detik JabarJAKARTA Seorang wanita meninggal dunia selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk di Bogor wilayah Jaw...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Petua Cara Membersihkan Hati

Tragedi Pilu Anak Lelaki 6 Tahun Mati Akibat Didera Ibu Sendiri

Umur Berkurang Setiap Masa

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino