10 Negeri Catat Peningkatan Kes Baharu Semalam Johor Tertinggi


AGENDA DAILY
Pecahan kes baharu mengikut negeri pada 11 November 2021.
Sepuluh negeri mencatat peningkatan jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang COVIDNOW hari ini.
Johor merekodkan jumlah jangkitan tertinggi sebanyak 649 kes berbanding 485 yang dicatatkan pada Rabu, menjadikan keseluruhan kes positif di negeri itu sejak awal tahun lalu sehingga semalam meningkat kepada 222,338 kes dengan 212,952 pesakit telah sembuh.
Sehingga semalam, Johor mencatat 6,175 kes aktif, naik 207 berbanding Rabu, dengan 5,019 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 635 dimasukkan ke PKRC; 491 ditempatkan di hospital; dan 30 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 22 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sejak awal tahun lalu hingga semalam, negeri itu juga merekodkan 3,709 kematian, termasuk 469 pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau kes ‘brought in death’ (BID).
Negeri lain yang mencatat peningkatan kes semalam membabitkan Sabah sebanyak 579 kes berbanding 573 pada Rabu; Pahang (403 kes baharu, 367 Rabu); Kuala Lumpur (339 kes baharu, 323 Rabu); dan Negeri Sembilan (275 kes baharu, 199 Rabu).
Perak pula merekodkan 246 kes baharu semalam berbanding 200 pada Rabu; diikuti Melaka (158 kes baharu, 125 Rabu); Putrajaya (84 kes baharu, 19 Rabu); Perlis (60 kes baharu, 33 Rabu); dan Labuan (25 kes baharu, tujuh pada Rabu).
Selangor walaupun mencatat penurunan kes daripada 1,597 pada Rabu kepada 1,568 semalam, kekal menjadi negeri tertinggi merekodkan kes baharu.
Sehingga semalam negeri itu mencatat 725,661 kes positif dengan 702,534 daripadanya telah sembuh. Sebanyak 9,667 kes kematian turut dilaporkan dalam tempoh itu.
Selangor juga sehingga semalam merekodkan 14,945 kes aktif, dengan 12,402 pesakit menjalani kuarantin kendiri di rumah; 1,453 ditempatkan di PKRC; 1,001 pesakit dimasukkan ke hospital; dan 89 pesakit dirawat di ICU termasuk 51 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Keseluruhannya sebanyak 2,523,290 kes positif dilaporkan sejak wabak Covid-19 melanda negara awal tahun lalu hingga semalam, dengan 2,435,459 pesakit disahkan sembuh.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/10-negeri-catat-peningkatan-kes-baharu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Kelantan Catat Penularan Kes Covid 19 Tertinggi Negeri Paling Rendah Kadar Vaksinasi

Hiburan Kelantan Catat Penularan Kes Covid 19 Tertinggi Negeri Paling Rendah Kadar Vaksinasi

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 187 hits
Menerusi sebuah laporan media negeri Kelantan telah merekodkan penularan COVID 19 tertinggi di Malaysia dengan bilangan kes sebanyak 820 jangkitan terbaru semalam ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementDilaporkan bahawa peningkatan itu adalah dua k...
Polkadot Tidak Sempat Meraikan Rekod Harga Semalam Dot Beralih Ke Paras Tertinggi Baharu Sepanjang Masa

Polkadot Tidak Sempat Meraikan Rekod Harga Semalam Dot Beralih Ke Paras Tertinggi Baharu Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 202 hits
Polkadot adalah salah satu aset kripto yang paling banyak dibincangkan dan dikehendaki untuk pelabur Ciri ciri asas dan keinovatifannya membolehkan aset kripto mengambil ayunan pada tahap tertinggi sejarah baharu Penganalisis terkenal Micha...
Covid 19 6517 Kes Baharu Kelantan Kedua Tertinggi

Covid 19 6517 Kes Baharu Kelantan Kedua Tertinggi

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 144 hits
Covid 19 6517 kes baharu Kelantan kedua tertinggi Kementerian Kesihatan melaporkan 6 517 kes baharu Covid 19 dalam tempoh 24 jam lalu Menerusi ciapan di Twitter Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah keseluruhan jan...
Covid 19 4626 Kes Baharu Hari Ini

Covid 19 4626 Kes Baharu Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 153 hits
Covid 19 4626 kes baharu hari ini Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 4 626 kes baru Covid 19 Kes kumulatif kini berjumlah 2 476 268 Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah dalam 133 hari sejak 21 Jun Jumlah kemas...
Terengganu Catat 2 433 Kes Cerai Sejak Januari Hingga Oktober 2021

Terengganu Catat 2 433 Kes Cerai Sejak Januari Hingga Oktober 2021

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 159 hits
BERNAMA Manakala sebanyak 4 132 kes perceraian dicatatkan pada 2020 di Terengganu Perintah kawalan pergerakan yang bermula tahun lalu menyaksikan perceraian meningkat dalam negara Sebanyak 6 565 kes perceraian melibatkan pasangan beragama I...
Covid 19 6243 Kes Baharu Naik Lagi

Covid 19 6243 Kes Baharu Naik Lagi

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 122 hits
Covid 19 6243 kes baharu naik lagi Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 6 243 kes Covid 19 direkod dalam tempoh 24 jam lalu Angka berkenaan menunjukkan peningkatan kes harian berbanding 5 403 kes yang dilaporkan semalam Dalam satu keny...
Dap Tak Layak Untuk Sehati Sejiwa

Dap Tak Layak Untuk Sehati Sejiwa

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 223 hits
Tema sambutan Hari Kebangsaan ke 58 pada tahun ini ialah SEHATI SEJIWA Walaubagaimanapun kerajaan DAP Pulau Pinang menggunakan tema mereka sendiri yang berlainan dari tema kebangsaan iaitu BERSIH CEKAP AMANAH Bagi aku tiada apa yang perlu k...
Covid 19 Kes Mula Tunjuk Peningkatan

Covid 19 Kes Mula Tunjuk Peningkatan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 101 hits
JUMLAH kes aktif COVID 19 dan kes harian negara menunjukkan trend peningkatan berdasarkan data dari laman web COVIDNOW setakat semalam Selain peningkatan kes baharu kepada lebih 6 000 kes semalam sebanyak 1 116 kes aktif dilaporkan semalam ...
Gelombang Covid 19 Dos Penggalak Jadi Harapan Elakkan Peningkatan Kes

Gelombang Covid 19 Dos Penggalak Jadi Harapan Elakkan Peningkatan Kes

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 239 hits
Orang ramai perlu memandang serius terhadap pengambilan dos penggalak atau booster shot kerana ia akan memberi imuniti terhadap seseorang SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https...
Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Filem Sheriff

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu

Cara Claim Towing Kereta Dengan Etiqa Auto Assist Care

15 Timeless Rustic Shed Designs With Unmatched Outdoor Versatility



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Resepi Ayam Masak Lemak Tak Pedas

Skeletal Remains Found At Abandoned Teachers Quarters In Membakut

Ex Judge Urges Govt To Apologise For Ops Lalang

Nep Influenced Policies In South Africa Created A Minority Elite Says Envoy

Lipat Baju Bersama Sofea

Al Kisahnya Raya 2024