Kuala Lumpur Terus Mengatasi Sabah Dengan 1 103 Kes Hari Ini




Sejumlah 1,103 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, dengan Kuala Lumpur terus mengatasi Sabah sebagai negeri dengan jangkitan tertinggi.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, Kuala Lumpur mencatatkan 392 kes baru manakala Sabah dengan 288 kes baru.
Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 48,520 kes manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 12,601 kes.
“Penurunan kes positif Covid-19 di Sabah menunjukkan keberkesanan tindakan kawalan dan pencegahan penyakit yang telah dijalankan secara agresif sejak berlaku peningkatan kes di sana.
“Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 544 kes positif atau 49.3 peratus pada hari ini.
“Daripada jumlah ini, sebanyak 484 kes atau 89 peratus adalah daripada kluster-kluster. Kluster yang melaporkan kes yang tertinggi adalah kluster tapak bina Damanlela di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu sebanyak 385 kes,” katanya.
Jumlah kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut: Kuala Lumpur (392), Sabah (288), Selangor (151), Perak (116), Negeri Sembilan (90), Pulau Pinang (26), Kedah (10), Labuan (8), Johor (8), Kelantan (7), Terengganu (4), Sarawak (1), Melaka (1) dan Putrajaya (1).
Pahang dan Perlis tidak mencatatkan sebarang kes.
Dia juga berkata, kebanyakan kes positif di Perak adalah daripada kluster Tembok iaitu sebanyak 111 kes.
Perak hari ini mencatatkan 116 kes atau 10.5 peratus daripada keseluruhan kes positif, iaitu peningkatan sebanyak 5.5 kali ganda daripada 21 kes positif semalam.
Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 139 kes atau 12.6 peratus yang dilaporkan pada hari ini adalah berkaitan kluster-kluster di penjara.
“Ini melibatkan Kluster Tembok (111 kes), kluster Matambai (15 kes), kluster penjara Sandakan (4 kes), kluster penjara Seberang Perai (4 kes), kluster penjara Kepayan (2 kes), kluster rumah merah (2 kes), dan kluster Benteng LD (1 kes),” katanya.
Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baru dikenal pasti pada hari ini yang dikenali sebagai kluster Matambai di Sabah.
“KKM ingin memaklumkan bahawa, kluster Jeram telah tamat pada hari ini. Kluster ini melibatkan daerah Kubang Pasu di negeri Kedah,” katanya.
Daripada 1,103 kes baru pada hari ini, Selangor melaporkan satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes itu melibatkan seorang warganegara yang tiba dari Arab Saudi.
Dr Noor Hisham berkata terdapat sebanyak 821 kes pulih Covid-19 dan dengan perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 35,606 atau 73.4 peratus.
“Sehingga kini, terdapat 102 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 39 kes memerlukan bantuan pernafasan.
"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan Covid-19," katanya sambil menambah semua mangsa adalah dari Sabah.
Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sekarang adalah sebanyak 313 kes atau 0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
 




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/11/kuala-lumpur-terus-mengatasi-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Ini 1 208 Kes Di Kuala Lumpur Sahaja Mengatasi Sabah

Hari Ini 1 208 Kes Di Kuala Lumpur Sahaja Mengatasi Sabah

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 264 hits
Sejumlah 1 208 kes baru Covid 19 dilaporkan setakat tengah hari ini dengan Kuala Lumpur mengatasi Sabah sebagai kawasan dengan jangkitan tertinggi Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah Kuala Lumpur mencatatkan 475 kes bar...
Hari Ini 1 755 Kes Rekod Lama Dipecah Sabah Paling Tinggi

Hari Ini 1 755 Kes Rekod Lama Dipecah Sabah Paling Tinggi

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 284 hits
Terdapat 1 755 kes baru Covid 19 setakat jam 12 tengah hari ini menjadikannya rekod jangkitan harian paling tinggi sejak wabak itu melanda negara maklum KKM Daripada 1 755 kes itu 1 752 melibatkan penularan tempatan manakala tiga lagi kes i...
Kkm Beri Maklumat Kurang Jelas Kes Covid 19 Di Kuala Lumpur Fahmi

Kkm Beri Maklumat Kurang Jelas Kes Covid 19 Di Kuala Lumpur Fahmi

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 180 hits
Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menegur kualiti maklumat yang diterbitkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Crisis Preparedness and Response Centre Kementerian Kesihatan Malaysia kerana kurang memperincikan jangkitan Covid 19 di K...
Pecah Rekod Lagi Tertinggi Pernah Dilaporkan 1884 Lagi Kes Baru Positif Direkodkan Hari Ini

Pecah Rekod Lagi Tertinggi Pernah Dilaporkan 1884 Lagi Kes Baru Positif Direkodkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 257 hits
240 total views 240 views today Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat 1 884 lagi kes positif COVID 19 dicatatkan hari ini Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kini turut meningkat ke 56 659 kes bersamaan 13 842 kes aktif dengan k...
Kes Covid 19 Kekal Empat Digit Tiga Hari Berturut Enam Kematian

Kes Covid 19 Kekal Empat Digit Tiga Hari Berturut Enam Kematian

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 266 hits
SHAH ALAM 5 NOV Kes positif Covid 19 kekal empat angka untuk tiga hari berturut apabila mencatatkan 1 009 kes baharu hari ini berbanding 1 032 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 36 434 Ketua pengarah kesihatan berkata jumlah pesakit ...
Covid 19 Kekal 4 Angka 1 168 Kes Hari Ini

Covid 19 Kekal 4 Angka 1 168 Kes Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 242 hits
November 7 2020 6 20 PMPUTRAJAYA Jangkitan Covid 19 kekal 4 angka dengan mencatatkan 1 168 kes dan 3 kematian dalam tempoh 24 jam lalu Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata semua jangkitan hari ini melibatkan penularan te...
Skuad Kebangsaan Korea Selatan Rekodkan 10 Kes Positif Covid 19 Dalam Tempoh 5 Hari

Skuad Kebangsaan Korea Selatan Rekodkan 10 Kes Positif Covid 19 Dalam Tempoh 5 Hari

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 251 hits
Skuad kebangsaan Korea Selatan yang baru sahaja mencatatkan kemenangan keatas Qatar 2 1 dalam perlawanan antarabangsa kini berdepan dengan kebimbangan serius selepas seorang pemain dan pegawai mereka disahkan positif COVID 19 Penjaring gol ...
Part 1 Akhirnya Dapat Kuarters Kerajaan Jalan Cochrane Kuala Lumpur

Part 1 Akhirnya Dapat Kuarters Kerajaan Jalan Cochrane Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 398 hits
Part 1 Akhirnya Dapat Kuarters Jalan Cochrane Kuala Lumpur Selamat petang semua eh harini Cikza nak berkongsi berita gembira Baru baru ini korang ingat lagi tak Cikza ada buat rayuan dekat BPH Putrajaya untuk dapatkan kuarters di Jalan Coch...
6065 Aktiviti Kunjungan Hormat Ppim Ke Pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur Ppim 09 11 2020

6065 Aktiviti Kunjungan Hormat Ppim Ke Pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur Ppim 09 11 2020

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 521 hits
Pengerusi PPIM Nadzim Johan toqqi hari ini mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur YBhg Datuk Hj Mahadi Che Ngah di Menara DBKL 1 Jalan Raja Laut Kuala Lumpur Turut serta Timbalan Pengerusi PPIM Dato Noorazman Idris...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment