Antara Makanan Cina Popular Di Malaysia Yang Perlu Cuba
Bersama dengan makanan Melayu dan India, makanan kaum Cina juga tidak kurang hebatnya. Apa yang lebih menariknya lagi, makanan cina di Malaysia turut boleh di cuba oleh kaum lain kerana ada banyak restoran cina muslim di sini.
Dari gerai tepi jalan yang sederhana hingga restoran makanan laut yang mewah, menu makanan chinese food di Malaysia menawarkan pelbagai rasa yang pastinya boleh memenuhi selera hampir semua orang
Sama seperti masyarakat Cina tempatan, masakan cina di Malaysia ini sendiri ada yang telah wujud selama berabad-abad lamanya dan terus diperturunkan dari generasi ke generasi. Antara lokasi paling ramai penggemar makanan cina muslim ini adalah seperti di Ipoh Perak dan juga di George Town Pulau Pinang.
Apakah antara sajian makanan cina lain yang boleh memenangi hati rakyat Malaysia? Di sini akan di kongsikan lima daripadanya untuk pengetahuan kita bersama. Ada kesempatan mungkin boleh mencubanya sendiri nanti.
# Yee Sang
Yee Sang yang juga lebih dikenali dengan nama Kantonis daripada bahasa Mandarin sebagai "yusheng" merupakan sejenis makanan yang sering ada pada hari perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia. Hidangan Kantonis ini selalunya di dalam bentuk gabungan sayur-sayuran seakan salad yang turut digandingkan dengan potongan ikan, keropok dan juga sos
Yee Sang seakan sebuah tradisi di mana ketika ingin menikmatinya, semua yang ada akan menyepit Yee Sang dengan chopstick lalu mengangkatnya tinggi-tinggi. Yee Sang akan diangkat dan digaul semua bahan sambil mengucapkan selamat maju jaya kepada semua orang.
Tradisi berkaitan makanan ini turut mengatakan bahawa semakin tinggi lemparan Yee Sang, semakin banyak keberuntungan yang dapat diharapkan pada tahun berikutnya.
# Ipoh White Coffee
Minuman kopi sudah dikenali di seluruh dunia termasuk negara barat. Tetapi kopi di Malaysia ini tidak sama dengan kopi yang popular di negara barat itu. Antara kopi yang popular di seluruh Malaysia adalah Ipoh White Coffee.
White Coffee adalah sebahagian daripada sejarah Ipoh dan merupakan salah satu daripada banyak makanan yang ditawarkan di bandar ini. Ia dikatakan telah diciptakan oleh kedatangan kaum Hainan yang mengolah kopi Barat kepada kopi dengan rasa baru yang lebih sesuai dengan citarasa mereka sendiri.
Dikatakan juga, kaum Hainan ini telah cuba memaksa diri untuk minum kopi negara barat tersebut tetapi mendapati minuman itu agak sukar untuk ditelan. Dengan perlahan-lahan mereka mula memanggang biji kopi dalam marjerin dan hasilnya kopi tersebut lebih kuat aromanya hingga boleh dikesan dari jarak yang jauh. Kopi ini dihidangkan secara tradisional dengan susu pekat.
# Char Kuey Teow
Char Kuey Teow sejenis mi yang digoreng dan tak dinafikan ianya agak berminyak tetapi mempunyai rasa yang sangat sedap hingga boleh menjadi salah satu daripada menu makanan cina yang sangat popular di Malaysia. Hidangan Char Kuey Teow ini turut juga digemari oleh rakyat Singapura
Char Kuey Teow terdiri sejenis mee (kuey teow) yang digoreng dalam kuali panas bersama kicap pekat manis, pes cili, udang, kerang, telur dan sayur taugeh. Dulu ia sering dihidangkan di atas daun pisang tetapi kini tidak lagi.
Char Kuey Teow ini juga dulunya hidangan ini sangat murah dan sering dihidangkan pada golongan pekerja berkolar biru, kerana kandungan lemaknya yang tinggi memberi mereka tenaga untuk menjalani kehidupan seharian.
Dalam Malaysia, negeri Pulau Pinang sangat terkenal dengan Char Kuey Teow dan adalah perkara biasa bagi rakyat Malaysia dari negeri lain untuk melakukan ziarah ke negeri ini demi untuk menikmati hidangan Char Kuey Teow yang terbaik
# Nasi Ayam Hainan
Nasi Ayam Hainan, ini juga salah satu hidangan makanan cina yang turut popular dikalangan rakyat Malaysia dan Singapura. Nasi ayam Hainan mendapat nama dari kaum Hainan itu sendiri.
Suatu masa dulu, orang Hainan ini merupakan salah satu kumpulan Cina selatan yang lebih kecil seperti kaum Kantonis dan Hokkien juga. Mereka ini berhijrah ke Tanah Melayu pada zaman penjajahan. Mereka terkenal dengan kemahiran dalam bidang masakan dan telah menjadi perkara biasa pada ketika itu bagi golongan Hainan ini untuk membuka restoran atau menjadi tukang masak peribadi di rumah orang Barat.
Sejak itu hidangan demi hidangan muncul termasuklah nasi ayam Hainan ini. Set nasi yang dihidangkan dengan ayam yang direbus, kukus atau panggang bersama sup benar-benar menambat selera ramai orang pada ketika itu hinggalah ke hari ini. Manu Makanan Cina Boleh Juga Order Online Teringin nak makan menu apa-apa, tak perlu keluar dari rumah pun tak apa. Lagi-lagi dalam musim covid19 yang penuh mencabar ni. Tak perlulah risikokan diri sendiri kerana masih ada pihak seperti Foodpanda yang sudi berkorban dalam membantu urusan kita.
Sana sini orang dah kenal siapa Foodpanda. Dari kanak-kanak hingga dewasa tahu untuk sebut tentang Foodpanda. Dengan warna pink sebagai tema mereka gah di sana sini untuk menghantar pesanan makanan terhadap para pelanggan.
Apapun, tatkala membuat pesanan untuk menu makanan cina ini, pastikan dibaca semua detail tentang menu dan restoran yang ada di website Foodpanda dengan lengkap sebelum membuat pesanan.
Takut juga kalau tersalah membuat pesanan terdapat menu non-halal. Pastinya dulu menu yang diorder itu berstatus Halal sebelum membuat sebarang pesanan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miminadam.com/2020/11/antara-makanan-cina-popular-di-malaysia.html