Bujang Senang Lagenda Raja Sungai Sarawak


Siapa Bujang Senang
Bujang Senang :King Monster of Sarawak River.!!




Bujang Senang adalah merupakan seekor buaya hitam putih gergasi yang telah hidup pada zamannya di sepanjang Sungai Batang Lupar di Sri Aman. (coolfacts)

Kita mengetahui sepanjang sejarah Malaysia segala serangan buaya terkini yang dilaporkan kebanyakanya berlaku di Sarawak dan sejak akhir-akhir ini adalah satu tragedi yang biasa berlaku sejak 1940-an lagi. Sarawak bumi Kenyalang terkenal dengan keganasan buayanya sejak serangan yang terakhir Bujang Senang pada tahun 1992 yang menjadi lipatan sejarah Sarawak. Kemunculan buaya pemangsa terbaru, Bujang Seblak mengikut mentornya yang terdahulu iaitu Bujang Senang , Bujang Samarahan dan Bujang Tisak adalah seekor buaya gergasi hitam yang kini dipercayai masih menganas dan terus memburu mangsanya di sepanjang Sungai Seblak. Memandangkan tiada maklumat terperinci tentang Bujang Seblak ini maka ada lebih baiknya kita meneropong kembali sejarah kehebatan buaya terdahulu iaitu Bujang Senang sekiranya kita ingin mengetahui lebih mendalam tentang Bujang Seblak yang kini telah membunuh 3 orang sejak tahun 2007.

Ketika Bujang Senang menganas dahulu, pelbagai versi cerita tentang buaya ini boleh kita dengar dari pelbagai lapisan masyarakat di Sarawak pada masa itu, ketika mengikuti ayah saya bertugas sebagai tentera pada tahun 1992 di Sarawak banyak cerita saya terima dari masyarakat sana sehingga ketika kecil saya melancong di Kuching dengan menaiki bot express dan perahu penambang cerita tentang kehebatan Bujang Senang ini disampaikan kepada saya sedikit sebanyak telah mengerunkan jiwa saya kerana diberitahu buaya ini adalah sebesar sebuah bas express dan sekiranya ia mahu ia boleh melibas botexpress  dengan ekornya sahaja dan memakan semua isi di dalam bot ketika itu. Ia juga digambarkan mempunyai sepasang mata yang besar dan merah menyala dan boleh dilihat 1 kilometer jauhnya.  Perjalanan yang jauh ini diselubungi dengan cerita Bujang Senang menyebabkan saya tidak dapat tidur lena sehinggalah saya sampai ke destinasi yang dituju iaitu sibu.

Lagenda Bujang Senang yang cuba dikuti kembali oleh Bujang Seblak mempunyai cerita yang pelbagai versi bagi mencantikkan kehebatannya. Terdapat mitologi Iban mengenai Bujang Senang. Ia dikatakan jelmaan dari seorang lelaki yang dikenali sebagai Simalungun, mengikut cerita dari orang-orang lama, Simalungun telah dibunuh dan seterusnya menjadi gergasi legenda buaya putih yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman Sarawak. Sejak dari hari itulah dia telah bersumpah bahawa dia akan mengganas semua keturunannya. Adalah dipercayai Simalungun aka Bujang Senang ini telah menganas sejak 50 tahun (1941-1992) sebelum menemui ajalnya.

Bujang Senang adalah dari spesis CROCODYLUS POROSUS berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakangnya. Adalah dipercayai lebih kurang 100 orang telah jatuh ditangannya sepanjang beliau bermaharajalela di Batang Lupar. Mangsa terakhirnya pada 22 mei 1992, seorang gadis Iban, Dayang anak Bayang dibunuh di Sungai Pelaban , satu lagi anak sungai Batang Lupar berhampiran Lingga di Bahagian Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Buaya ini yang kemudiannya menjadi legenda telah ditembak mati oleh beberapa penembak tepat polis dan pemburu Iban selepas meburunya selama empat jam. Ia adalah buaya yang terbesar dan tertua yang pernah ditangkap di kawasan itu. Tulang rahang Bujang Senang telah disimpan di Jong Crocodile, Miri Sarawak.



Perihal sejarah pembunuhan bujang senang ini saya temui di artikel Ketam batu bahawa
Kejatuhan Bujang Senang berlaku iaitu. Pada Mei 1992, Bujang Senang menyambar mangsa ke-14, Dayang anak Bayang, 20, ketika gadis Iban itu menyeberang Sungai Pelaban, cabang Batang Lupar bersama ibunya.  Air Sungai Pelaban hanya sedalam separas pinggang tetapi sebaik sahaja ibunya naik ke tebing, tiba-tiba satu deburan kuat menyebabkan Dayang hilang daripada pandangan. Abang Dayang, Enie Bayang dengan bantuan rakan-rakannya segera membantu. Bersama mereka ialah si bomoh Mandau yang tidak henti-henti membaca mantera. Setelah lebih dua jam, Enie menjumpai mayat adiknya yang masih sempurna di celah-celah puing di salah satu lubuk sungai itu.

Dengan tidak disangka, kelibat buaya itu timbul semula di permukaan sungai. Dengan pantas bak pahlawan Iban di masa dulu, Mandau melemparkan lembing ke kepala buaya itu namun lembing itu patah. Beberapa das tembakan yang dilepaskan Enie pula gagal membunuhnya. Buaya itu lantas melarikan diri ke arah Batang Lupar namun terhalang oleh sebatang kayu besar yang merentangi mulut Sungai Pelaban.

Ketika itulah penduduk dari tiga buah kampung iaitu Pelaban, Suduku dan Lingga mengepungnya. Sebanyak 40 das tembakan dilepaskan dengan 22 daripadanya tepat di kepala haiwan itu. Semua tembakan itu menggunakan peluru paku sepanjang 10 sentimeter. Akhirnya buaya itu menemui ajal dan bangkainya kemudian diangkut ke rumah panjang yang mengambil masa empat jam perjalanan dari tempat kejadian. Pada ketika itulah barulah disedari di belakang buaya itu ada garisan putih. Penduduk percaya itulah Bujang Senang yang diperkatakan orang selama ini. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kampung Lingga, Awang Mahda Pengiran Mat mengesahkan buaya yang dibunuh itu seekor buaya jantan. Katanya, orang yang membelah perut buaya itu menemui tulang dan rambut yang tidak dapat dipastikan kepunyaan manusia atau binatang, selain timah dan tali nilon.  Buaya itu berukuran 5.46 meter (18.5 kaki) panjang dengan lilitan perut 2.12 meter (6.9 kaki). Berita kematian Bujang Senang itu mengejutkan rakyat Malaysia selepas ia disiarkan akhbar-akhbar arus perdana. Malangnya bangkai buaya itu dibuang ke sungai begitu sahaja. Hanya beberapa hari kemudian kepalanya dikerat dan dibawa pulang oleh seorang lelaki, Johnson Jong untuk tatapan umum di ladang buayanya di Siburan, Sarawak. Johnson, 65, percaya buaya itu adalah Bujang Senang seperti yang didakwa penduduk.  Itulah kali pertama saya berjumpa dengan buaya yang mempunyai jalur putih di belakangnya, imbau Johnson yang membuka Ladang Buaya Jong sejak tahun 1963 lagi. Katanya kepada Jurnal, selepas kejadian 1992 itu, tiada lagi serangan oleh buaya berjalur putih berlaku di sekitar Batang Lupar. Sementara itu, Kurator Sejarah Zoologi dan Semula Jadi Muzium Sarawak, Dr. Charles Leh berkata, sungai-sungai di Sarawak sememangnya terdapat banyak sarang buaya.

Mengikut sejarah, buaya sudah wujud sejak lebih 160 juta tahun lalu. Jadi kewujudan banyak buaya besar di Sarawak adalah perkara biasa. Jalur putih di belakang buaya yang didakwa Bujang Senang itu berkemungkinan seekor buaya separa albino, ujarnya.  Walau apa pun, masih ada lagi orang yang mempertikaikan kesahihan Bujang Senang sudah mati. Malah terdapat masyarakat Iban di sepanjang Batang Lupar percaya Bujang Senang masih hidup malah bersaiz lebih besar. Oleh kerana itulah jika pukat mereka terjerat anak buaya, mereka akan melepaskannya sambil memohon maaf. Ini semua bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada mereka dan keturunan mereka..


Apapun sejarh bujang senang merupakan salah satu mitos ataupun fakta yang masih lagi menjadi misteri sehingga ke akhir ini wallahuaklam…

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akufisio.blogspot.com/2019/04/bujang-senang-lagenda-raja-sungai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
120 Mangsa Bencana Sungai Kim Kim Mahu Saman Kerajaan Negeri Johor

120 Mangsa Bencana Sungai Kim Kim Mahu Saman Kerajaan Negeri Johor

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 425 hits
JOHOR BAHRU Seramai 120 mangsa pembuangan bahan sisa kimia di Sungai Kim Kim Pasir Gudang membuat laporan polis bagi menuntut ganti rugi pencemaran yang berlaku 7 Mac lalu 120 mangsa bencana Sungai Kim Kim mahu saman Kerajaan Negeri Johor
Hanya Jumpa Kasut Budak 10 Dikhuatiri Lemas Di Sungai Manir

Hanya Jumpa Kasut Budak 10 Dikhuatiri Lemas Di Sungai Manir

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 344 hits
KUALA TERENGGANU Budak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh di Sungai Manir di sini malam ini Murid tahun empat itu dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga lewat petang hari ini sebelum bapanya berikhtiar me...
Hilang 13 Hari Akhirnya Ditemui Dalam Keadaan Merangkak Dalam Semak Di Tebing Sungai

Hilang 13 Hari Akhirnya Ditemui Dalam Keadaan Merangkak Dalam Semak Di Tebing Sungai

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 408 hits
Hilang 13 Hari Akhirnya Ditemui Dalam Keadaan Merangkak Dalam Semak Di Tebing Sungai SEJAK ditemui selepas hilang 13 hari dia tidak pernah memijak tanah dan cuma duduk atas rumah saja kata Asiah Noh 55 ibu kepada Muhamad Anuar Elias 36 yang...
Sungai Meluap 2 Desa Di Pantura Subang Terendam Banjir

Sungai Meluap 2 Desa Di Pantura Subang Terendam Banjir

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 233 hits
Tingginya intensitas hujan yang mengguyur wilayah hulu sungai di Subang mengakibatkan Sungai Ciasem meluap serta mengakibatkan permukiman warga sepanjang aliran sungai terendam banjir Badan Penanggulangan Bencana Daerah Subang mencatat daer...
Banjir Akibat Sungai Cimanuk Meluap Jalur Jatibarang Indramayu Ditutup

Banjir Akibat Sungai Cimanuk Meluap Jalur Jatibarang Indramayu Ditutup

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 186 hits
Polres Indramayu Jawa Barat melakukan rekayasa lalu lintas dengan menutup jalur Jatibarang Indramayu akibat terdampak banjir luapan Sungai Cimanuk
Sungai Cimanuk Meluap Banjir Rendam Ribuan Rumah Di Indramayu

Sungai Cimanuk Meluap Banjir Rendam Ribuan Rumah Di Indramayu

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 207 hits
Banjir juga merendam areal persawahan jalan jalan desa sehingga menyulitkan aktivitas warga Warga dibantu petugas gabungan dari Polisi TNI dan BPBD bekerjasama membuat tanggul darurat untuk membendung derasnya luapan sungai namun tak berhas...
Nobody Told Me About A Sungai Rui Task Force Says Perak Environment Committee Chairman

Nobody Told Me About A Sungai Rui Task Force Says Perak Environment Committee Chairman

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 244 hits
IPOH There was no mention of setting up a special task force to handle pollution in Sungai Rui says Perak Environment Committee chairman Dr Abdul Aziz Bari He said he did not know about the taskforce until a few people reached out to him Th...
Hilang Mandi Di Sungai Pekerja Migas Ditemukan Tewas Di Kolong Jembatan

Hilang Mandi Di Sungai Pekerja Migas Ditemukan Tewas Di Kolong Jembatan

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 319 hits
Keterangan diperoleh dari keluarga Hendri dini hari tadi Hendri diduga pergi mandi di pinggir sungai di belakang rumahnya Tidak lama orang tuanya pun terbangun melihat pintu dapur terbuka
Berkunjung Ke Sma Negeri 4 Sungai Raya Menjelang Unbk 2019

Berkunjung Ke Sma Negeri 4 Sungai Raya Menjelang Unbk 2019

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 354 hits
Pertemuan secara tidak sengaja dengan salah seorang guru dari Sekolah Menengah Atas Negeri 4 Sungai Raya ketika sedang akan mengurus proses Lapor SPT di KPP Mempawah membuat Blogger Borneo tahu bahwa ternyata di Kabupaten Kubu Raya ada seko...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025