10 Laman Sesawang Terbaik Bagi Menggantikan Aplikasi Desktop



Sama ada aplikasi web atau laman sesawang yang mempunyai pelbagai ciri seakan pada aplikasi asal, keduanya memberikan peluang kepada pengguna komputer untuk menyiapkan kerja atau memainkan media tanpa perlu memasang aplikasinya.
Oleh itu tanpa melengahkan masa lagi berikut disenaraikan 10 laman sesawang berguna yang dapat diguna pakai bagi menggantikan aplikasi desktop.
1. Online-Convert
Penukaran format fail media dari satu format kepada jenis lainnya dapat dilakukan hanya dengan menggunakan Online Convert. Tidak perlu bersusah payah lagi mencari aplikasi, di mana laman ini dapat melakukan semuanya dalam satu.
Lawati: Online Convert

2. Clipchamp Create
Kadang-kadang kita nak sunting dengan cepat, terutamanya video. Laman Clipchamp Create adalah salah satu dari pelbagai laman yang menawarkan kemudahan ini. Ia sudah semestinya ringkas, tidak membebankan pelayar web, sistem operasi serta peranti, dan ia percuma.

Hala ke sini: Clipchamp Create
3. Aconvert
Aconvert ialah satu lagi laman penukaran format fail. Ini adalah laman kegemaran saya sendiri, di mana saya selalu gunakan ia untuk menukar format fail gambar webp kepada jpg. Nampak seperti ‘biasa’ sahaja, tetapi laman ini punyai pelbagai lagi jenis media untuk ditukarkan formatnya.
Klik: Aconvert

4. Spotify Web
Seriuslah, ada lagi yang tak tahu apa itu Spotify ke? Baiklah. Jika masih ada yang belum kenal, Spotify adalah aplikasi atau servis penstriman muzik paling popular, setara dengan Google Play Music, TIDAL, Deezer dan sebagainya lagi.
Saya selalu menggunakan Spotify versi web ini pada PC-PC tua milik kerajaan yang masih belum ditukar kerana alasan ‘kerajaan tiada peruntukan’. Tak mengapalah, selagi PC tua ini bernyawa, ia akan diguna untuk memberikan faedah kepada semua orang.
Strim di: Spotify Web Player

5. Photopea
Saya telah pun mengulas sedikit sebanyak mengenai Photopea di sini. Ia adalah penyunting gambar versi web yang mampu membantu para penggunanya menyelesaikan tugas di mana-mana sahaja, asalkan peranti tersebut berhubung dengan internet.
Sunting gambar anda di: Photopea

6. DesignCap
DesignCap adalah sebuah laman yang membolehkan anda untuk mencipta poster sendiri tanpa perlukan kepada bantuan pakar, melainkan anda memang sangat-sangat noob. Laman ini ada ratusan templat yang boleh dipilih berdasarkan kepada kategorinya. Hanya tinggal sunting sedikit, dan simpan (save) poster tersebut ke peranti anda.
Cipta poster di: DesignCap

7. Budget Tracker
Menguruskan kewangan tidaklah mudah, terutamanya apabila bil sudah mula bertambah, tanggungan pula bersusun paku. Tetapi itu semua cerita lama, kerana laman Budget Tracker ini boleh menyusun sumber kewangan anda hinggalah kepada bil-bilnya.
Macam cerita sedih pula.
Kunjungi penjejak kewangan anda di sini: Budget Tracker

8. Prezi
Dalam senarai ini, Prezi adalah satu-satunya laman yang paling menarik bagi saya. Ia adalah laman pembuat tayangan slaid percuma, dengan animasi dari templat-templatnya yang penuh kreatif. Akaun percumanya seperti biasa tidaklah menawarkan sesuatu yang sangat menawan hati, tetapi cukuplah untuk menyiapkan projek terbengkalai dengan idea yang pasti akan datang dengan sendirinya saat anda memilih salah satu dari templat tersedia.
Cipta tayangan slaid anda di: Prezi

9. VirusTotal:
VirusTotal sangat terkenal sebagai laman pengimbas virus percuma yang akan menggunakan kuasa imbasan dari 72 jenis antivirus terkenal. Ia tidak dapat menggantikan sepenuhnya aplikasi natif desktop, namun untuk tugasan ‘ringan’ bagi mengimbas fail-fail yang mencurigakan, VirusTotal tidak akan menghampakan anda.

Imbas fail anda di: VirusTotal
10. LastPass
‘Last but not least’, laman LastPass adalah laman pengurus kata laluan paling popular di mana ia dikombinasikan dengan extension/addon untuk menyimpan, menjana, serta memasukkan kembali kata laluan anda di mana-mana laman sesawang yang sudah anda simpan datanya.
Tidak perlu lagi pening kepala untuk menghafal, apatah lagi orang zaman sekarang terlalu kuat makan semut.
Oleh itu tiada isu terlupa, kerana betapa kompleks sekalipun kata laluan anda, ia tersimpan rapi dan dapat diguna semula apabila anda memerlukannya.

Jana, simpan, dan jaga kata laluan anda di: LastPass


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/10-laman-sesawang-terbaik-bagi-menggantikan-aplikasi-desktop/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sedang Cari Sarikata Untuk Filem Atau Drama Kegemaran Ini 5 Laman Terbaik Yang Boleh Gunakan

Sedang Cari Sarikata Untuk Filem Atau Drama Kegemaran Ini 5 Laman Terbaik Yang Boleh Gunakan

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 357 hits
Perasaan menonton filem atau drama hebat boleh bertukar menjadi kurang menarik sekiranya kita tidak faham apa yang dituturkan oleh pelakon Seperti contoh filem The Foreigner Pierce Brosnan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan dialek Irish ...
Aplikasi Teka Teki Terbaik 360 Buatan Anak Tempatan

Aplikasi Teka Teki Terbaik 360 Buatan Anak Tempatan

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 1772 hits
Baru baru ini saya telah membangunkan aplikasi android yang bertemakan kuiz teka teki yang saya namakan sebagai Teka Teki Terbaik 360 Aplikasi ini mengandungi ratusan teka teki yang pertama dalam bahasa melayu yang mencabar minda dan menguj...
Daftar Lagu Hits Oasis Terbaik Dan Enak Didengar

Daftar Lagu Hits Oasis Terbaik Dan Enak Didengar

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 359 hits
Zonanesia Oasis adalah sebuah grup band yang berasal Manchester Inggris beraliran Rock britpop dan alternative rock serta dibentuk pada tahun 1991 Pada awalnya menggunakan nama The Rain grup ini dibentuk oleh Liam Gallagher Paul Arthurs Pau...
Perkongsian Amalan Terbaik Pak21 Di Mrsm Beseri

Perkongsian Amalan Terbaik Pak21 Di Mrsm Beseri

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 868 hits
Sesi perkongsian tahun 2018 di tutup dengan peluang berkongsi ilmu amalan terbaik PAK21 dengan guru guru MRSM Beseri Perlis Seingat saya perkongsian ini adalah yang kelima bersama kumpulan guru MRSM selepas Kubang Pasu Jeli Langkawi dan KJ ...
Jangan Ikut Sangat Apa Anak Nak Ketegasan Mak Ayahlah Terbaik Untuk Masa Depan Anak

Jangan Ikut Sangat Apa Anak Nak Ketegasan Mak Ayahlah Terbaik Untuk Masa Depan Anak

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 410 hits
Anak anak ini bukan tahu apa yang mereka nak itu elok atau tak Apa yang penting mereka tunjuk dapat Anak tak kan fikir harganya kesan pada kesihatan dan sebagainya Sebagai ibu bapa kita kena main peranan ini Jangan terlalu ikut sangat apa a...
10 Filem Terbaik 2018

10 Filem Terbaik 2018

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 356 hits
10 Filem Terbaik 2018 It s been a year Sebagai seorang peminat filem tegar saya mengumpulkan 10 filem terbaik sepanjang tahun ini It is time to look back dan lihat naskah manakah yang terbaik pernah dihasilkan sepanjang 2018 Oh ya sebelum i...
Antutu Mengeluarkan Senarai Peranti Dengan Prestasi Terbaik Sepanjang Disember 2018

Antutu Mengeluarkan Senarai Peranti Dengan Prestasi Terbaik Sepanjang Disember 2018

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 304 hits
Tahun baru sudah tiba dan tahun ini pasti akan ada banyak lagi peranti pintar yang bakal dilancarkan Tetapi tidak semestinya peranti pada tahun 2018 sudah tidak relevan Akhir bulan 2018 iaitu Disember Antutu telah hadir dengan senarai peran...
Sri Mulyani Jadi Menteri Keuangan Terbaik 2019 Versi The Banker

Sri Mulyani Jadi Menteri Keuangan Terbaik 2019 Versi The Banker

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 264 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati telah dinobatkan sebagai Finance Minister of The Year 2019 oleh Majalah Keuangan The Banker Penobatan ini menandakan Sri Mulyani dinilai mampu mendorong dan menstabilkan perekonomian
Hotel Jepun Menggantikan Kakitangan Robot Dengan Manusia

Hotel Jepun Menggantikan Kakitangan Robot Dengan Manusia

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 362 hits
Menjelang 2020 sebanyak 5 juta manusia akan kehilangan kerja kerana digantikan dengan robot Ini ialah kerana robot boleh bekerja dengan lebih lama tanpa perlu masa berehat Hotel Hen Na dibuka pada tahun 2015sebagai yang pertama di dunia yan...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa

Mont Kiara Traffic A Nightmare


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence

Resep Thailand Milk Bun Viral Sajian Berbuka Puasa Yang Bikin Ketagihan

Masak Ayam Berlado Cili Merah Kesukaan Anak Anakku

Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman

Doorgift Kenduri Dapat Numee Gardenia

Iftar 2025 Dengan Buffet Murah Iftar Citarasa Nusantara Fbi Bayu Event Hall Jb