10 Laman Beli Belah Menjimatkan Masa Tenaga Dan Wang Anda



Cuba bayangkan situasi ini.
Pengumuman perintah kawalan pergerakan diumumkan semalam tapi anda baru nak beli bekalan makanan. Sampai di pasar raya, semua rak dah kosong, apa nak buat?
Pasti anda sedang mengangguk lemah kerana anda tahu situasi ini dilalui oleh anda hari ini. Bukannya anda tak nak beli tetapi kewajipan menyiapkan segala urusan sebelum mula mengurungkan diri di rumah membuatkan anda tak sempat membeli barang lebih awal. Jadi, adakah jalan penyelesaian kepada masalah ini? Takkan anda nak berpuasa pula? Artikel ini ada segala jawapan masalah anda.
Pesan, Bayar & Hantar Pada zaman ini, isu kesuntukan masa ini sepatutnya tidak timbul lagi. Segala-galanya ada di hujung jari anda sahaja. Untuk anda guna atau tidak kelebihan ini, itu terpulang pada diri anda. Namun begitu, mungkin anda tidak tahu cara untuk memudahkan lagi hidup anda khususnya apabila melibatkan urusan pembelian barangan dapur dan memasak.
Oleh itu, saya sediakan artikel ini khas bagi anda yang sudah penat dan jemu asyik terkejar-kejar masa tetapi tidak dapat siapkan walau satupun kerja dapur seperti yang dirancang. Saya menyenaraikan 5 laman barangan dapur yang menyediakan perkhidmatan penghantaran.
5 Kriteria Penting Sebelum kita terus melihat lima laman tersebut, kita mestilah tahu ciri-ciri yang ingin kita teliti supaya anda dapat membuat pilihan terbaik untuk diri anda.
Lima kriteria tersebut adalah seperti berikut:
Kepelbagaian Produk
Perkara pertama yang kebanyakan individu lihat sebelum membeli dari laman beli-belah ialah kepelbagaian produk yang boleh didapati di laman tersebut.Tujuan utama anda membeli-belah di alam maya adalah untuk memudahkan diri anda. Kalau laman yang dipilih tak menyediakan barang yang anda mahu, memang sia-sia sahaja. Julat Harga
Selain daripada kepelbagaian, faktor penentu seorang pembeli kerap menggunakan suatu laman beli-belah ialah harga.Siapa yang nak membeli-belah secara maya jika barang dijual mahal? Anda lebih rela keluar dan beli sendiri di pasar raya, jika begitu. Penghantaran
Walaupun laman beli-belah menawarkan harga yang berpatutan dan mempunyai pilihan barangan yang pelbagai, tetapi jika upah penghantaran mahal dan masa yang diambil untuk menghantar barangan yang dipesan terlalu lama, sia-sia sahaja.Iyalah, sebab utama anda memilih untuk beli-belah secara maya adalah untuk menjimatkan masa anda. Betul tak? Susun Letak Laman Sesawang
Sekarang, anda sudah semak kriteria 1 hingga 3 dan anda dapati laman beli-belah pilihan anda menepati kesemua kriteria tersebut. Tetapi, tunggu dulu! Jangan mula membeli belah lagi.Satu lagi kriteria yang anda perlu beri perhatian ialah susun letak laman tersebut. Susun letak hendaklah ringkas dan mesra pengguna agar anda tidak terlalu pening kepala.Bayangkan, nak beli bawang sebungkus pun perlu tekan bermacam-macam butang. Lebih baik anda ke kedai sahaja! Kualiti
Kriteria terakhir anda perlu titik beratkan sebelum mula membeli-belah secara maya ialah kualiti. Kualiti di sini merujuk pada tiga perkara; perkhidmatan yang disediakan, penghantaran dan barang yang dibeli.Barangan yang murah seringkali menjadi pilihan ramai kerana siapa yang tak nak berjimat? Tetapi, jika barangan yang anda beli itu tidak sepadan dengan apa yang dipaparkan di laman beli-belah tersebut, apa gunanya anda membeli barangan tersebut? 10 Laman Beli-Belah Terbaik Untuk Anda Adakah anda sudah bersedia untuk membeli-belah secara maya? Jangan risau, dengan panduan 5 kriteria yang saya sudah terangkan di atas, pengalaman beli-belah secara maya anda yang pertama pasti membuatkan anda terus kekal menggunakan perkhidmatan laman beli-belah tempatan.
Namun begitu, bagaimana anda nak mula membeli-belah? Anda tak tahu laman beli-belah mana yang boleh dipercayai. 10 laman beli-belah di bawah menepati kesemua kriteria yang saya senaraikan di atas. Anda boleh cuba mana-mana yang kena dengan bajet anda dan berada berdekatan dengan kawasan perumahan anda.
Ayuh kita lihat senarai tersebut!
1. Happy Fresh Kredit: happyfresh.com
Happy Fresh merupakan laman beli-belah yang  menghubungkan anda dengan semua pasar raya  berdekatan anda. Pilihan barangan yang pelbagai, dari produk tenusu, produk segar hinggalah ke barangan keperluan harian, boleh didapati di Happy Fresh pada harga yang berpatutan.
Nak tahu lebih lanjut lagi tentang harga, waktu penghantaran dan maklumat lain tentang perkhidmatan Happy Fresh, klik di sini.
2. MyMarket Bermula sebagai sebuah pasar segar di Kangar Perlis pada Julai 2014, MyMarket mengembangkan operasi mereka secara dalam talian sebelum diluaskan ke kawasan Lembah Klang pada September 2016. Perkhidmatan mereka tertumpu pada jualan barangan basah seperti daging lembu, ayam dan makanan laut selain daripada barang keperluan asas lain seperti sayur-sayuran dan bawang.
Perkara menarik tentang MyMarket ialah mereka menawarkan pakej penghantaran dalam julat harga sekitar RM 45 hingga RM 115 yang dapat membantu anda menjimatkan wang selain daripada memudahkan proses pemilihan barang untuk anda. Untuk mula membeli-belah dengan MyMarket, klik di sini.
3. MyFishMan Kredit: happygokl.com
Untuk mendapat makanan laut dan daging segar, khususnya di kawasan bandar, memang susah. Satu-satunya tempat anda boleh harap untuk mendapatkan makanan segar ialah pasar. Namun begitu, jika anda terlambat, banyak barang yang akan habis.
Oleh sebab terdapat kekurangan dalam lokasi untuk penduduk bandar seperti anda untuk mendapatkan barangan basah segar, MyFishMan ditubuhkan dengan hasrat untuk membolehkan sesiapa sahaja mendapatkan makanan laut segar terus dari laut.
Seperti MyMarket, MyFishMan juga menawarkan pakej barangan untuk memudahkan anda membuat jadual menu disamping mengelakkan pembaziran. Pakej ini adalah dalam lingkungan RM100 hingga RM 300 dan mereka juga menyediakan pakej makanan laut yang sesuai bagi anak kecil, ibu mengandung dan ibu berpantang.
Jika anda peminat makanan steambot, MyFishMan juga menawarkan pakej steambot bermula pada harga RM150. MyFishMan sememangnya laman beli-belah makanan laut yang holistik dan memenuhi keperluan setiap individu.
4. Tesco Online Credit: Tesco.com.my
Tesco Online merupakan pasar raya pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan penghantaran. Kebanyakan daripada penduduk bandar pasti sudah menggunakan perkhidmatan penghantaran Tesco ini. Namun begitu, bagi yang tidak pernah, saya sediakan 3 sebab anda perlu cuba perkhidmatan penghantaran Tesco ini.
Sebab pertama ialah kemudahan. Lingkungan kawasan yang dibuka untuk penghantaran adalah cukup luas. Hal ini demikian kerana cawangan Tesco di sekitar Lembah Klang, malah di seluruh Malaysia adalah banyak. Jadi, tiada kawasan yang tidak dapat dihantar oleh Tesco.
Sebab kedua ialah promosi dan harga. Tesco dikenali sebagai pasar raya murah kerana kebanyakan barangan yang dijual adalah pada julat harga yang lebih rendah berbanding pasar raya lain. Selain itu, promosi musim yang ditawarkan memberikan lebih banyak penjimatan kepada pelanggan mereka.
Sebab ketiga dan terakhir ialah kepelbagaian produk. Seperti Happy Fresh, Tesco menawarkan pelbagai jenis barangan daripada barangan dapur, barangan basah hinggalah ke kelengkapan rumah yang lain. Namun begitu, barangan yang ditawar oleh Tesco merupakan barangan yang dijual khas di Tesco sahaja. Tidak seperti Happy Fresh yang menghubungkan anda dengan pasar raya lain.
5. MarketMarket Kredit: marketmarketmalaysia
Laman beli-belah kelima yang disenaraikan ialah MarketMarket.
MarketMarket boleh diibaratkan seperti kedai runcit maya. Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan dapur di sini. Berbanding Happy Fresh, MarketMarket bertindak sebagai landasan untuk pembekal-pembekal barangan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan makanan laut, khususnya peniaga skala kecil untuk menjual produk mereka pada volum yang lebih besar.
Oleh itu, mereka cukup menitikberatkan kualiti dan kredibiliti pembekal mereka agar para pengguna akan mendapat yang terbaik pada harga yang berbaloi.
6. Jaya Grocer Credit: Jaya Grocer FB
Dalam kekalutan ini, pasti ramai yang tak tahu bahawa bukan Tesco sahaja yang menawarkan perkhidmatan penghantaran online. Pasar raya lain seperti Jaya Grocer juga menawarkan perkhidmatan penghantaran barangan runcit ke pintu rumah anda terus setiap hari.
Namun begitu, bagi yang ingin berbelanja secara bajet, mungkin Jaya Grocer bukanlah pilihan yang terbaik kerana harga barangan yang dijual di sana agak mahal. Oleh itu, anda boleh melihat pilihan pasar raya lain yang menawarkan perkhidmatan penghantaran barang.
7. Giant Kredit: Giant
Bagi golongan yang ingin berbelanja secara bajet dan pukal, Giant ialah pasar raya untuk anda. Selain menawarkan pelbagai produk pada harga berpatutan, Giant juga menawarkan perkhidmatan penghantaran barang terus kepada anda melalui laman beli-belah Shopee  dan juga di laman sesawang Giant sendiri.
Pada pendapat saya, kalau anda ingin membeli barangan dari Giant, sebaiknya, anda membeli bekalan makanan asas seperti bawang, beras dan telur di sana. Hal ini demikian kerana harga barangan asas di Giant adalah lebih murah berbanding pasar raya lain.
8. Foodpanda Mart Credit: Food panda
Foodpanda merupakan pilihan penghantaran yang sedikit unik. Selain daripada penghantaran makanan, Foodpanda kini menyediakan perkhidmatan bahan runcit juga menesrusi platform Panda Mart.
Namun begitu, pilihan kedai yang menggunakan Panda Mart adalah terhad, jadi pada pendapat saya, lebih baik anda menggunakan Panda Mart untuk mendapatkan barang keperluan diri seperti sabun, syampu dan sebagainya. Untuk menggunakan Panda Mart, anda boleh ke aplikasi Foodpanda dan pilih opsyen ‘Panda Mart’.
9. Grabmart Credit: Grab.my
Seperti Foodpanda, Grab juga kini menawarkan perkhidmatan penghantaran barang melalui platform Grab Mart. Grab Mart juga mempunyai pilihan kedai yang terhad tetapi berbanding Foodpanda, Grab Mart memberi pilihan kedai dari julat harga yang rendah hinggalah ke pasar raya mewah.
Untuk mengakses Grab Mart, masuk ke aplikasi Grab anda dan pilih opsyen ‘Grab Mart’.
10. Mydin Credit: Mydin.com.my
Pasar raya terakhir yang menawarkan perkhidmatan penghantaran barang ialah Mydin. Mydin sesuai bagi anda yang ingin membeli barangan keperluan rumah seperti pencuci pinggan, pencuci pakaian dan kelengkapan rumah yang lain.
Harga barangan yang ditawarkan adalah berpatutan dan terdapat pelbagai pilihan barang yang anda boleh pilih di sana.
Beli-Belah di Hujung Jari Pada era teknologi yang serba canggih dan maju, tiada istilah ‘mustahil’. Segala-galanya yang anda mahu boleh ditunaikan. Segala masalah boleh diselesaikan jika anda tahu apa yang nak dicari.
Sekarang, anda tak perlu risau merisikokan diri untuk keluar membeli barangan keperluan asas semasa tempoh perintah kawalan pergerakan ini. Apapun, kekal selamat dan sihat bersama keluarga anda dan patuhi perintah kawalan pergerakan yang diumumkan semalam.
The post 10 Laman Beli-Belah Menjimatkan Masa, Tenaga dan Wang Anda appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/open-house/how-to-guides/10-laman-beli-belah-menjimatkan-masa-tenaga-dan-wang-anda

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Untuk Beli Beli Bitcoin Wang Digital Kripto

Masa Untuk Beli Beli Bitcoin Wang Digital Kripto

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 378 hits
GRAFF MERAH menunjukkan penurunan dalam pelaburan saham mata wang digital hartanah atau apa sahaja berbentuk pelaburan ketika graph merah adalah waktu paling sesuai untuk mula membeli dan melaburAssalammualaikum wbt dan salam sejahtera Keti...
Ronaldo Habiskan Masa Kuarantin Untuk Beli Bugatti Rm46 Juta

Ronaldo Habiskan Masa Kuarantin Untuk Beli Bugatti Rm46 Juta

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 111 hits
Saingan liga bola sepak dunia kini ditangguhkan akibat COVID 19 Boleh dikatakan kesemua pemain bola sepak sedang menjalani kuarantin serta melakukan latihan kecergasan di rumah masing masing Ini termasuk pemain bintang dunia Cristiano Ronal...
Boleh Keluarkan Kwsp Akaun 2 Rm500 Setiap Bulan Guna Wang Sebaik Mungkin Beli Barang Berpada Pada Pm

Boleh Keluarkan Kwsp Akaun 2 Rm500 Setiap Bulan Guna Wang Sebaik Mungkin Beli Barang Berpada Pada Pm

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 299 hits
Akibat penularan wabak Covid 19 ramai rakyat Malaysia mula berasa bimbang dengan ekonomi diri dan negara Ada yang mula terjejas dan tidak bergaji malahan ada yang kehilangan kerja ketika ini Prihatin dengan situasi yang dialami negara Perda...
Beli Belah Dengan Selamat Dari Rumah Dengan S Mart Sabah

Beli Belah Dengan Selamat Dari Rumah Dengan S Mart Sabah

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 347 hits
SHOPPING DENGAN SHOPEE S MART SABAHKOTA KINABALU 26 Mac 2020 Perintah Kawalan Pergerakan telah menghadkan pergerakan rakyat Malaysia demi menangani penularan COVID 19 Rakyat Sabah berasa semakin sukar untuk membeli barangan penting dalam te...
Beli Belah Barangan Elektrik Online Dan Peluang Menang Tunai Rm100000

Beli Belah Barangan Elektrik Online Dan Peluang Menang Tunai Rm100000

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 286 hits
Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP ini sedikit sebanyak menjejaskan pergerakan terutama yang berkeperluan malah ada yang sebelum ini merancang untuk menukar petiais yang rosak atau televisyen yang bermasalah tidak dapat ke gedung elektrik...
Tips Bagaimana Manfaatkan Pengeluaran Wang I Lestari Kwsp Untuk Masa Depan

Tips Bagaimana Manfaatkan Pengeluaran Wang I Lestari Kwsp Untuk Masa Depan

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 309 hits
Keluar wang KWSP menerusi i Lestari Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang masing masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tem...
Malaysiagazette Mgtv Terkini Apek Naik Angin Sejam Beratur Bagi Masa 20minit Je Beli Barang

Malaysiagazette Mgtv Terkini Apek Naik Angin Sejam Beratur Bagi Masa 20minit Je Beli Barang

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 266 hits
Orang ramai beratur panjang mengikut jarak sosial dan menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum dibenarkan masuk ke dalam pasar semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan Perintah Kawalan Pergerakan masuk hari ke 9 bagi membendung penu...
Bantu Tenaga Medis Pengusaha Galang Dana Beli Alat Pelindung Diri

Bantu Tenaga Medis Pengusaha Galang Dana Beli Alat Pelindung Diri

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 161 hits
Ketua Umum APTIKNAS Soegiharto Santoso mengatakan saat ini pihaknya tengah bekerjasama dengan Asosiasi Sistem Integrator dan Sekuriti Indonesia untuk menggalang dana Nantinya dana yang dikumpulkan akan diberikan untuk keperluan tenaga medis...
Potret Masyarakat Wuhan Beri Penghormatan Untuk Tenaga Medis Sampai Sujud Di Jalan

Potret Masyarakat Wuhan Beri Penghormatan Untuk Tenaga Medis Sampai Sujud Di Jalan

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 174 hits
Masyarakat Wuhan menyambut dengan hangat kepulangan tenaga medis Sepanjang jalan diberi penghormatan dari masyarakat
Absolute Power Corrupts Absolutely

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Overcoming Funding Challenges

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur