10 Kunci Rezeki Menurut Al Quran Dan Al Sunnah


Rezeki termasuk dalam urusan yang dirahsiakan Allah subhanahu wa ta’ala. Tidak ada seorang manusia pun mengetahui pada waktu bilakah rezekinya akan ditentukan. Harta, wang dan kerjaya merupakan sebuah nikmat rezeki yang kurniakan kepada manusia baik cepat mahupun lambat.
Kelebihan yang dimiliki terkadang menyebabkan sebahagian pihak cemburu melampau-lampau sehingga menghunuskan api kebencian dan permusuhan secara senyap. Allahul Musta’an. Rezeki mahupun nikmat dan kelebihan yang dianugerahkan kepada seseorang tidak sepatutnya memutuskan hubungan persaudaraan. Sebaliknya, setiap manusia perlu mempelajari bagaimana usaha, doa dan kunci ibadah mereka kepada Allah ta’ala.
Mempertekunkan diri dalam mengerah tenaga demi mencapai puncak rezeki yang halal dan berlipat ganda. Bersangka baik bahawa mereka ialah hamba-hamba yang terpilih kerana berhasil menjadi hamba yang soleh, taat dan bertakwa. Tidak mengabaikan apa pun perkara yang boleh menolak rezeki daripada diturunkan.
Islam telah memberikan syarat-syarat yang perlu dilaksanakan untuk mempermudahkan lagi urusan rezeki agar tidak sempit di dunia. Syaikh Dr. Fadhl Ilahi menyenaraikan terdapat 10 syarat bagi seorang muslim mendapatkan rezekinya.
Syarat 1 – Istighfar Dan Taubat
Memohon ampun kepadaNya dan bertaubat melalui perkataan dan perbuatan. Ada 3 syarat agar dosa-dosa itu diampuni.
Pertama, hendaknya dia menjauhi maksiat tersebut. Kedua, dia harus menyesali perbuatan (maksiat) nya. Ketiga, dia harus berkeinginan untuk tidak mengulanginya lagi. Jika salah satunya hilang, maka taubatnya tidak sah. Jika taubat itu berkaitan dengan manusia maka syaratnya termasuk empat.
Ketiga syarat di atas dan keempat, hendaknya dia membebaskan diri (memenuhi) hak orang tersebut. Jika berbentuk harta benda atau sejenisnya maka dia harus mengembalikannya. Jika berupa had (hukuman) tuduhan atau sejenisnya maka ia harus memberinya kesempatan untuk membalasnya atau meminta maaf kepadanya. Jika berupa ghibah maka dia harus meminta maaf.
Syarat 2- Bertakwa
Takwa bermaksud menjaga jiwa daripada melakukan perbuatan dosa, meninggalkan apa yang diharamkan. Dengan adanya sifat takwa ini, Allah membukakan pintu-pintu rezeki kepada hambaNya.
Syarat 3- Tawakal Kepada Allah
Tawakal bermaksud menyandarkan diri atas urusan dunia yang dilakukan. Termasuklah dalam soal rezeki. Orang yang berusaha dan bersabar apabila meletakkan sandarannya kepada Allah melalui sifat tawakal, maka Allah akan beri rezeki dari arah tidak disangka-sangka. Sungguh, kesabaran itu sangatlah payah kecuali orang-orang yang beriman.
Syarat 4- Beribadah Sepenuhnya kepada Allah
Beribadah dengan hati dan jasad yang khusyuk, dan merendahkan diri di hadapan Maha Pencipta. Sesiapa yang beribadah kepada Allah dengan niat yang ikhlas, Allah beri kekayaan baginya. Betapa ramai, yang beribadah tetapi tidak ikhlas dan khusyuk.
Syarat 5- Mengerjakan Haji Dengan Umrah.
Imam Ahmad, At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Ibnu Hibban meriwayatkah daripada Abdullah bin Mas’ud berkata Rasulullah SAW bersabda :
“Kerjakanlah haji dengan umrah, kerana sesungguhnya keduanya menghilangkan kemiskinan dan dosa, sebagaimana api dapat menghilangkan kotoran besi, emas dan perak. Dan tidak ada pahala haji yang mabrur itu melainkan Syurga.”
Syarat 6- Silaturrahim
Dalam hadis riwayat Al-Bukhari daripada Anas bin Malik bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
“Siapa yang suka untuk dilapangkan rezekinya dan di akhirkan usianya (dipanjangkan umurnya), hendaklah dia menyambung silaturrahim.”
Syarat 7- Infak Di Jalan Allah
Yang dimaksudkan adalah infak yang dianjurkan dalam agama. Seperti berinfak kepada orang-orang fakir dan berinfak di jalan Allah untuk menolong agama.
Syarat 8- Berinfak Kepada Penuntut Ilmu Syari’ Sepenuhnya
Firman Allah ta’ala,
“(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah, mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi, orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri daripada meminta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” [Surah Al-Baqarah 2:273]
Syarat 9- Berbuat Baik Kepada Orang-orang Yang Lemah
Imam Ahmad, Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Ibnu Hibban dan Al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Darda bahawasanya dia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :
“Carilah (keredaan) ku melalui orang-orang lemah di antara kalian. Kerana sesungguhnya kalian diberi rezeki dan ditolong dengan sebab orang-orang lemah di antara kalian.”
Syarat 10- Hijrah Di Jalan Allah
Yakni keluar dari negeri kafir ke negeri orang-orang beriman untuk mencari keredaan Allah sesuai dengan syar’iatNya yang memungkinkan untuk dia mendapatkan kebaikan dan kenikmatan.
Sesungguhnya, rezeki mempengaruhi tingkah laku, pekerjaan dan cara interaksi seseorang kepada Maha Pencipta dan manusia. Setiap manusia senantiasa diperingatkan agar menjaga hubungannya sebaik mungkin kepada Ar-Razzaq (Yang Maha Pemberi Rezeki), mengerjakan segala kewajipan dan memelihara hubungan sesama manusia, tidak menyakiti hati jiran mahupun rakan taulan.
Tuntasnya, jika antara 10 syarat yang dinyatakan berjaya dipraktikkan dalam kehidupan, yakinlah bahawa Allah pasti menjaga lubuk rezekinya dengan izinNya. Ketahuilah, syarat-syarat tersebut ialah jambatan menuju pintu-pintu rezeki dibukakan.
 
Sumber: tzkrh.com
The post 10 Kunci Rezeki Menurut Al-Quran Dan Al-Sunnah appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/10-kunci-rezeki-menurut-al-quran-dan-al-sunnah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Huawei Adalah Antara Lima Syarikat Yang Mengancam Keselamatan A S Menurut Fcc

Huawei Adalah Antara Lima Syarikat Yang Mengancam Keselamatan A S Menurut Fcc

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 231 hits
Adakah dengan pelantikan Joe Biden nasib Huawei akan berubah Jawapannya setakat ini ialah tidak dengan pentadbiran beliau ingin meneruskan halangan perdagangan yang dikenakan ke atas gergasi telekomunikasi dunia ini Terkini pihak Suruhanjay...
Al Quran Fayyadh Istimewa Keluaran Sahabat Enuur

Al Quran Fayyadh Istimewa Keluaran Sahabat Enuur

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 364 hits
AL QURAN FAYYADH SESUAI SESANGATT UNTUK LELAKI AL QURAN TERBARU SAHABAT ENUURAl Quran Fayyadh mempunyai 5 pilihan warna HARGA ASAL RM205HARGA PROMOSI RM192Tempahan Al Quran Sahabat Enuur dibuka secara peringkat by batch buat masa ni Insha A...
Poster Majlis Khatam Al Quran Azzikrulhakim

Poster Majlis Khatam Al Quran Azzikrulhakim

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 574 hits
Poster Majlis Khatam Al QuranAzzikrulhakim3 April 2021 Sabtu 8 45 pg 11 00 pgMasjid At Taqwa Tg Gading Batu 5Tangkak Johor Bersama1 Ustaz Syed Esaanageb Bin Yahya2 Ustaz Ahmad Fauzan3 Tuan Guru Haji Mohammad IsmailSemua dijemput hadir Bermi...
Al Quran Tagging Deboss Engrave Buat Seisi Keluarga

Al Quran Tagging Deboss Engrave Buat Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 361 hits
Al Quran Untuk Keluarga Tercinta Ukir Nama setiap ahli keluarga dan amalan harian sebagai bekalan akhirat Masya Allah Kasih sayang ibu bapa buat anak anak tercinta YA ALLAH MASUKKANLAH KAMI DAN KELUARGA KAMI KE SYURGAMU Syurga Adn yang mere...
Menurut Kajian Beg Plastik Boleh Dikitar Semula Untuk Dijadikan Kain Bagi Kurangnya Pencemaran

Menurut Kajian Beg Plastik Boleh Dikitar Semula Untuk Dijadikan Kain Bagi Kurangnya Pencemaran

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 276 hits
Perlambakan sisa buangan terutama yang berasal daripada plastik bukanlah isu yang baru Di mana mana negara di dunia ini berhadapan dengan masalah yang sama tetapi apa yang membezakan ialah cara mereka menangani masalah tersebut Ekoran isu t...
Bin Menurut Teroris Waktu Tepat Amaliyah Saat Jelang Ramadan Targetnya Kafir

Bin Menurut Teroris Waktu Tepat Amaliyah Saat Jelang Ramadan Targetnya Kafir

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 196 hits
Selain itu lanjut Wawan adanya pemahaman makna jihad yang sempit Bahwa jihad dengan melakukan aksi kekerasan berupa bom bunuh diri atau amaliyah akan mati syahid dan masuk surga
Dah Ada 7 Nama Bermula Nur Eliesya Ada Rezeki Tetap Nak Seorang Geng Papa

Dah Ada 7 Nama Bermula Nur Eliesya Ada Rezeki Tetap Nak Seorang Geng Papa

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 573 hits
Selalu dengar orang kata ada anak perempuan jangan ambil mudah Jangan buat tak endah kerana tanggungjawab berat tugasnya amat besar Bukan itu saja bagi ibu bapa yang mempunyai anak perempuan dan berjaya mendidik mereka dengan sebaiknya mere...
Hiburan Eshaal Dah Tanya Bila Nak Ada Adik Stacy Tak Tolak Rezeki Jika Hamil Lagi

Hiburan Eshaal Dah Tanya Bila Nak Ada Adik Stacy Tak Tolak Rezeki Jika Hamil Lagi

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 719 hits
Penyanyi yang sering beraksi lincah di atas pentas Stacy Anam mengakui sama sekali tidak akan menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata lagi Sumber Instagram Stacy Anam Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam turut berkat...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan