Dah Ada 7 Nama Bermula Nur Eliesya Ada Rezeki Tetap Nak Seorang Geng Papa


Selalu dengar orang kata ada anak perempuan jangan ambil mudah. Jangan buat tak endah kerana tanggungjawab berat, tugasnya amat besar. Bukan itu saja, bagi ibu bapa yang mempunyai anak perempuan dan berjaya mendidik mereka dengan sebaiknya, mereka ini akan menjadi pelindung daripada api neraka.
Ingat bagi pasangan suami isteri yang dikurniakan semua anak perempuan, anda hebat. Begitu juga untuk ibu ayah yang ada semua anak lelaki, Allah tahu anda boleh! Masing-masing ada tanggungjawab besar menjadikan anak-anak insan yang berkeperibadian baik dan berjaya dunia akhirat.

DARIPADA Aisyah R.A, Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
[HR Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi].
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah S.W.T akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-Nya untuk mereka.” Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?” Sabda Baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.” Seorang lelaki berkata, “Atau untuk seorang wahai Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab, “Juga untuk seorang.”
[HR Ahmad dan Al-Hakim]

Seperti kisah Puan Shaeriani A Hamat, yang dikurniakan 7 anak perempuan, itu semua anugerah yang teristimewa baginya dan suami. Walaupun suami hanya satu-satunya imam dalam keluarga setakat ini, inilah hero kami!
ARTIKEL BERKAITAN [Ini Cara Mak ‘Malas Didik 6 Anak Perempuan Buat Kerja Rumah, Barulah Anak Tak Bantah Kalau Kena Suruh!]
Mama jadi pemerhati
Berkongsi cerita, Shaeriani akui bila ada anak perempuan, tugasnya lebih mudah apabila anak-anak dah semakin besar. Masing-masing dah diajar dan tahu tugas apa yang perlu dilakukan.

“Soal kerja rumah dan uruskan adik-adik mereka dah boleh buat. Saya hanya pemerhati dan ajar apa yang patut. Seronok sebab anak-anak saling membantu. Ibaratnya ‘kami bebas bibik’.

“Tak perlu dah saya nak kelam kabut uruskan rumah tangga. Dah ramai pembantu, lagi cepat kerja diselesaikan. Biarpun orang kata wanita lemah, sesungguhnya di sebalik kelemahan itu ada kehebatannya. Bersyukurlah dengan apa yang ada,” katanya.

Ada 7 edisi bermula dengan NUR ELIESYA
Shaeriani berkata, tak sangka keluarga kami ada 7 edisi nama bermula Nur Eliesya. Hanya yang membezakannya adalah nama di belakang sahaja. Jadi apabila di sekolah cikgu pula panggil semua anak-anak Eliesya.

Terpaksa tanya cikgu, edisi ELIESYA yang mana??
1) NUR ELIESYA Nazzulia
2) NUR ELIESYA Qisstina
3) NUR ELIESYA Qhaisara
4) NUR ELIESYA Hussna
5) NUR ELIESYA Hussni
6) NUR ELIESYA Zakirah
7) NUR ELIESYA Zhafira

Mungkinkah selepas yang ke-7 akan ada geng papa untuk meriahkan suasana rumah. Insyaallah jika ada rezeki tetap harapkan kehadiran anak lelaki, tetapi semua itu rahsia Allah. Andai dapat alhamdulillah.
LAGI ARTIKEL BERKAITAN [“Ada Rezeki Mahu Anak Lelaki Sebelum Umur 40”. Meriah Berderet 7 Anak Perempuan]
“Bersalin normal dan czer, dua-dua dah rasa”
Sebagai ibu kepada 7 orang anak, Shaeriani akui ia bukanlah sesuatu yang mudah sewaktu anak-anak masih kecil. Tetap juga ada cabarannya.

Ramai yang ajukan soalan pada saya, semua anak normal atau bersalin secara pembedahan? Jawapan saya dua-dua dah rasa.
Ini kerana semasa kelahiran anak sulung, saya bersalin secara pembedahan kerana anak dah lemas dalam perut. Masa ni rasa besarnya ujian kami. Kini dia adalah anak istimewa saya dan suami.
Selepas beranak saya nekad dah tak nak beranak lagi. Tapi Allah Maha Kaya. Anak 5 bulan
saya mengandung lagi. Alhamdulillah kali ni dapat bersalin normal walaupun kena gunting sikit. Namun ketika anak 5 bulan saya mengandung lagi tetapi gugur.
Selepas itu saya mengandung lagi anak ketiga dan dapat bersalin normal tanpa jahitan. Syukur sangat. Bolehlah lasak sikit. Lepas itu anak usia 5 bulan, saya mengandung lagi tapi kali ini alahannya muntah darah. Perit sangat-sangat. Pergi scan doktor cakap kembar.

Kelahiran keempat dan kelima ini bersalin normal juga, tak berjahit dan paling senang. Selepas tu saya dan suami tertanya-tanya bila nak keluar anak lelaki ni?
Tidak putus asa, mencuba dan terus mencuba, selepas 4 tahun jarak dengan anak kembar, saya mengandung lagi. Kali ini bersalin normal tanpa jahitan juga. (Sebenarnya sebelum kelahiran ke-6, saya mengandung juga tetapi gugur)

Lepas dapat anak nombor enam, tiga tahun kemudian saya mengandung lagi sekali. Kali ni macam harapkan bayi lelaki tetapi Allah bagi anak perempuan. Bersalin normal, mudah dan tanpa jahitan.
Bila orang tanya nak cuba lagi ke? Saya cakap insyaAllah mesti cuba untuk misi dapatkan anak lelaki. Jika ada rezeki dalam masa terdekat, kami terima. Doakan saya ye semoga ada rezeki yang ke 8 ,9,10 anak lelaki. Mana tahu dapat kembar 3 terus.
Kredit: Shaeriani A Hamat

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Dah Ada 7 Nama Bermula Nur Eliesya. Ada Rezeki, Tetap Nak Seorang Geng Papa! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/dah-ada-7-nama-bermula-nur-eliesya-ada-rezeki-tetap-nak-seorang-geng-papa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Sampai Gitu Sekali Koyak Main Futsal 25 Geng Isarb Hafiz Balun Seorang Lelaki

Video Sampai Gitu Sekali Koyak Main Futsal 25 Geng Isarb Hafiz Balun Seorang Lelaki

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 662 hits
Tular rakaman video pergaduhan di sebuah gelanggang futsal di Subang Jaya yang didakwa melibatkan salah seorang ahli YouTuber Isa Isarb Isarb Hafiz Menurut seorang pengguna Twitter pergaduhan tercetus atas faktor tidak puas hati Berdasarkan...
Hiburan Eshaal Dah Tanya Bila Nak Ada Adik Stacy Tak Tolak Rezeki Jika Hamil Lagi

Hiburan Eshaal Dah Tanya Bila Nak Ada Adik Stacy Tak Tolak Rezeki Jika Hamil Lagi

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 717 hits
Penyanyi yang sering beraksi lincah di atas pentas Stacy Anam mengakui sama sekali tidak akan menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata lagi Sumber Instagram Stacy Anam Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam turut berkat...
Susulan Isu Antivaksin Zul Yahya Keluar Daripada Tabligh Kerana Nak Jaga Kemuliaan Jemaah

Susulan Isu Antivaksin Zul Yahya Keluar Daripada Tabligh Kerana Nak Jaga Kemuliaan Jemaah

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 426 hits
Bekas pelakon yang namanya sering disebut sebut netizen hingga mendapat perhatian pihak berkuasa gara gara pengakuannya bergelar antivaksin Zul Yahya sekali lagi mencuri perhatian apabila memberitahu dirinya keluar daripada jemaah tabligh S...
Alahai Tukang Jawab Pun Taik Tinggal Rata Ceruk Nak Jawab Zul Yahya

Alahai Tukang Jawab Pun Taik Tinggal Rata Ceruk Nak Jawab Zul Yahya

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 387 hits
Pas jawab Zul Yahya kata taknak layan orang kecewaMarch 7 2021 Secara peribadinya saya nak jawab PAS tak kesah pun kalau dengan sbb kekecewaan kamu itu kamu nak keluar dari PAS PAS bukan khadam yg nak kena layan agar manusia tak kecewa PAS ...
Nak Cuci Macamana Yang Janji Nak Buat Pun Tak Jadi Jadi Berabad Abad Dah

Nak Cuci Macamana Yang Janji Nak Buat Pun Tak Jadi Jadi Berabad Abad Dah

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 169 hits
MOHD SHAH RIM Masa PH Malaysia berjaya meningkatkan indeks persepsi rasuah dikedudukan yang credible masa PN merudum teruk dalam masa setahun saja Hadi tak peduli Pembenci PH adalah terdiri pada penyokong konservatif dan extremis mereka mem...
Cara Cara Nak Minum Madu Agar Ia Berkesan Untuk Kesihatan Anda

Cara Cara Nak Minum Madu Agar Ia Berkesan Untuk Kesihatan Anda

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 321 hits
Minumlah madu dicampur air sebagaimana yang disebut oleh Ibnul Qayyim dalam Kitab nya bahawa Bila kita campur Madu dengan air ikatan kimianya jadi seperti ini sahabat C6H12O6 Air Oksigen Menghasilkan Asid Glukonik Hidrogen Peroksida inilah ...
Kalau Umno Nak Keluar Dari Pn Keluar Saja Lah Berhenti Main Wayang Kulit

Kalau Umno Nak Keluar Dari Pn Keluar Saja Lah Berhenti Main Wayang Kulit

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 316 hits
March 7 2021 AWANG setuju sangat dengan pandangan Tengku Razaleigh Hamzah kalau UMNO nak keluar dari PN keluar sajalah Berhenti main wayang kulit Biarlah kerajaan PN tumbang kalau itu yang dimahukan oleh akar umbi UMNO Cakap biar terus tera...
Bila Burung Ini Lapar Semua Haiwan Dia Nak Makan

Bila Burung Ini Lapar Semua Haiwan Dia Nak Makan

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 581 hits
Burung ni pelik sebab bila dia dah lapar sangat segala makhluk dia bantai nak makan Ini ke burung pelikan macam dalam cerita Finding Nemo tu Ada yang kata ini burung stork yang hantar bayi manusia ke rumah rumah tu Pernahkah anda memiliki h...
Bukan Senang Kerja Cuci Dosa Ni Sama Payah Dengan Nak Belat Ayaq

Bukan Senang Kerja Cuci Dosa Ni Sama Payah Dengan Nak Belat Ayaq

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 227 hits
IBRAHIM MAT ISAku fikir kerja Menteri Besar itu membangunkan negeri meringankan kesusahan rakyat dan memajukan ekonomi Rupanya ketoi sekoq ni duk cuci dosa Aku bagitau apa hari tu
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall