10 Khasiat Kacang Kuda Kepada Kesihatan Yang Anda Perlu Tahu


Apakah khasiat kacang kuda kepada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan khasiat kacang kuda, kandungan nutrisi dan kompaun sihat di dalamnya.
Kredit Foto : Google
Siapa sahaja yang tidak kenal akan kacang kuda, sejenis makanan yang sering dijadikan snek oleh rakyat Malaysia. Pelbagai kaedah penyediaan kacang kuda sebagai snek antaranya adalah merebus ataupun digoreng bersama sambal.

Selain dijadikan snek, kacang kuda juga digunakan di dalam penyediaan makanan terutamanya penyediaan makanan masyarakat India. Kacang kuda atau nama saintifiknya Cicer arietinum merupakan sejenis legum yang berasal dari keluarga Fabaceae. Pokok kacang kuda mempunyai ketinggian antara 20 ke 50 cm dan mempunyai daun yang bersaiz kecil.

Kacang pula boleh didapati di dalam pod pada pokok tersebut di mana setiap pod mempunyai antara 2 ke 3 biji kacang kuda. Adakah anda tahu apakah kebaikan kacang kuda terhadap kesihatan tubuh badan? Artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut akan kebaikan kacang kuda kepada kesihatan.


Setiap 100 g kacang kuda dapat membekalkan sebanyak 365 kcal tenaga. Bagi makronutrisi pula, ianya dapat membekalkan sebanyak 20.4 g protein, 59.4 g karbohidrat, 2.6 g serat dan 5.1 g lemak. Bagi kandungan mikronutrisi pula, ianya dapat membekalkan sebanyak 144 mg kalsium, 6.9 mg zat besi, 835 mg kalium dan 7 mg natrium.

Berikut merupakan antara komponen berkhasiat yang boleh didapati di dalam kacang kuda.

1. Karotenoid


Karotenoid adalah sejenis pigmen yang memberikan warna yang terang kepada tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Kehadiran karotenoid ini memberikan warna seperti merah, kuning dan jingga kepada tumbuh-tumbuhan. Antara karotenoid yang terdapat di dalam kacang kuda adalah B-karotin, lutein, zeaxanthin, B-crytoxanthin dan likopena.

2. Isoflavon

Isoflavon adalah komponen yang tidak asing lagi bagi kumpulan legum. Benih kacang kuda mengandungi beberapa kandungan fenolik seperti isoflavon biochanin A dan formononetin.

Berikut merupakan antara 10 khasiat kacang kuda terhadap kesihatan.

1. Mengurangkan paras kolesterol

Terdapat dua jenis kolesterol di dalam darah iaitu kolesterol baik seperti HDL dan kolesterol tidak baik seperti TG, LDL dan VLDL. Peningkatan jumlah kolesterol tidak baik dapat meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit yang berkait dengan sistem kardiovaskular.

Kacang kuda mengandungi komponen serat larut yang dapat mengurangkan paras kolesterol di dalam darah. Kandungan isoflavon yang terdapat di dalamnya juga dapat membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

2. Mengawal paras gula di dalam darah

Penyakit kencing manis adalah penyakit di mana paras gula di dalam darah melebihi paras normal dan ini boleh disebabkan oleh kekurangan insulin ataupun insulin yang kurang sensitif di dalam badan.

Kacang kuda mengandungi kandungan kanji tahan dan amilosa yang tinggi yang menyebabkan gula lambat diserap masuk ke dalam salur darah.

3. Mencegah kanser

Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pembahagian sel yang tidak terkawal lalu membentuk sekumpulan sel yang tidak normal.

Pengambilan kacang kuda menyumbang kepada pengambilan butyrate, sejenis komponen yang dapat menghentikan pembahagian sel dan mengurangkan risiko kanser kolon.

Kandungan karotenoid di dalamnya juga dapat mengurangkan risiko mendapat kanser.

4. Membantu menurunkan berat badan

Pernahkah anda cuba untuk menurunkan berat badan? Menurunkan berat badan merupakan antara proses yang sukar dan memakan masa yang lama namun ianya tidak mustahil dengan cara dan kaedah yang betul.

Tahukah anda bahawa makanan yang mengandungi serat yang tinggi dapat membuatkan kita berasa kenyang dengan lebih lama. Ini mengurangkan pengambilan makanan yang berlebihan dan membantu proses penurunan berat badan.

5. Meningkatkan kesihatan usus

Masalah sembelit dan cirit-birit merupakan antara masalah yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Kajian mendapati bahawa pengambilan kacang kuda membantu meningkatkan kesihatan usus di mana ianya meningkatkan frekuensi untuk membuang air besar, memudahkan proses pengeluaran najis dan melembutkan najis.

6. Kaya dengan sumber karotenoid

Seperti yang diterangkan di atas, karotenoid merupakan antara komponen berkhasiat yang terdapat di dalam kacang kuda. Antara kepentingan karotenoid adalah meningkatkan aktiviti sel natural killer iaitu sejenis sel di dalam sistem imunisasi badan.

7. Digunakan di dalam perubatan tradisional

Selain dijadikan makanan, kacang kuda juga digunakan untuk perubatan tradisional. Antara penggunaan kacang kuda untuk tujuan perubatan adalah untuk mengubati penyakit kecacingan, mengurangkan kepanasan di dalam perut, mengubati masalah tekak, penyakit kulit dan lain-lain.

8. Kaya dengan sumber zat besi

Anemia adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah. Antara komponen yang diperlukan untuk penghasilan sel darah merah adalah zat besi. Kacang kuda merupakan antara makanan yang kaya dengan sumber zat besi.

Pengambilan makanan yang tinggi zat besi bersama makanan yang tinggi vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi. Oleh itu, setiap kali anda mengambil kacang kuda, jangan lupa tambahkan sekali makanan ataupun minuman yang tinggi kandungan vitamin C.

9. Mengawal paras tekanan darah

Penyakit darah tinggi adalah apabila paras tekanan darah melebihi paras normal tekanan darah dan ini boleh mendatangkan bahaya seperti serangan angin ahmar. Kacang kuda mengandungi kandungan kalium yang tinggi di mana makronutrisi ini dapat membantu untuk menurunkan paras tekanan darah. Kacang kuda juga mengandungi kandungan natrium yang rendah.

Namun anda harus berhati-hati jika membeli kacang kuda yang sudah siap dimasak kerana mungkin terdapat tambahan garam di dalamnya.

10. Menjaga kesihatan sistem saraf

Kacang kuda mengandungi kandungan kolin sejenis komponen yang dapat menyokong fungsi otak dan sistem saraf. Kolin diperlukan untuk penghasilan acethycholine sejenis komponen yang diperlukan untuk fungsi mood, memori, pengawalan otot dan lain-lain.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kebaikan yang dapat diperolehi daripada kacang kuda. Namun pengambilannya haruslah secara bersederhana kerana pengambilan yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan.

SUMBER

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sekejung.com/2022/02/10-khasiat-kacang-kuda-kepada-kesihatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kacang Kuda Bersalut Untuk Kudapan

Kacang Kuda Bersalut Untuk Kudapan

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 126 hits
Siapa saja yang tidak suka kudapan seperti kacang Jika membeli pun tidak puas makan Jadi apa kata jom buat sendiri kacang kuda bersalut ni untuk kudapan anda Kacang ni lebih sedap kalau dah masuk peti sejuk kemudian baru makan Sebab salutan...
Kyoor Is Cure Gabungan Makanan Superfood Membantu Keseimbangan Kesihatan Secara Menyeluruh

Kyoor Is Cure Gabungan Makanan Superfood Membantu Keseimbangan Kesihatan Secara Menyeluruh

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 211 hits
Kyoor Is Cure Gabungan Makanan Superfood Membantu Keseimbangan Kesihatan Secara Menyeluruh Assalamualaikum semua Pernah tak korang alami masalah cepat letih pening kepala kerap jatuh sakit anxiety isomnia dan pelupa aishh zaman sekarang ni ...
Kyoor Is Cure Makanan Tambahan Bagi Mengekalkan Kesihatan Badan Di Kala Pandemik Covid 19 Ini

Kyoor Is Cure Makanan Tambahan Bagi Mengekalkan Kesihatan Badan Di Kala Pandemik Covid 19 Ini

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 198 hits
Hi Korang Di kala zaman millennium ini segalanya berlandaskan teknologi Apa jua yang di lakukan secara digital dan kita agak selesa dengan gaya hidup sebegini yang mana mengakibatkan kesihatan kita mula merudum akibat kurang aktif setiap ha...
Masyarakat Cina Paling Ramai Ambil Dos Penggalak Berbanding Bangsa Lain Menteri Kesihatan

Masyarakat Cina Paling Ramai Ambil Dos Penggalak Berbanding Bangsa Lain Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 217 hits
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini memaklumkan bahawa pemberian dos penggalak atau booster vaksin Covid 19 harian di negara ini mula menunjukkan peningkatan berbanding sebelum ini Menurut Khairy masyarakat Cina mencatatkan peratus...
Perlu Ke Ibu Hamil Ambil Booster Risau Bayi Kesihatan Diri Ini Pencerahan Dari Doktor

Perlu Ke Ibu Hamil Ambil Booster Risau Bayi Kesihatan Diri Ini Pencerahan Dari Doktor

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 194 hits
Selepas mengambil vaksin kini ramai mula berasa takut untuk mengambil booster atau dos penggalak Semuanya kerana gara gara kesan terlebih yang sering diwar warkan di media sosial Hal ini turut memberi kesan kepada ibu hamil yang mula bimban...
Fakta Atau Auta Minum Air Sejuk Beri Kesan Buruk Pada Kesihatan Apa Kata Kajian

Fakta Atau Auta Minum Air Sejuk Beri Kesan Buruk Pada Kesihatan Apa Kata Kajian

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 188 hits
Fakta Atau Auta Minum Air Sejuk Beri Kesan Buruk Pada Kesihatan Apa Kata Kajian SETIAP kali mengalami demam atau sakit tekak pasti ramai di antara kita yang mengelak daripada minum minuman sejuk atau berais kerana ia dikatakan dapat memburu...
Kesan Pakai Pelitup Muka Kepada Kesihatan

Kesan Pakai Pelitup Muka Kepada Kesihatan

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 174 hits
Klik Join Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat Kesan pakai pelitup muka kepada kesihatan Memakai pelitup muka atau mask sudah menjadi norma baru bagi masyarakat dunia hari ni berikutan pandemik Covid 19 yang me...
Deadly Mist Usaha Amerika Merosakkan Kesihatan Dunia

Deadly Mist Usaha Amerika Merosakkan Kesihatan Dunia

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 207 hits
Tajuk buku ini cukup menggerunkan Deadly Mist Tambah menggerunkan penulisnya juga terancam nyawanya kerana menulis buku ini Namun perkara yang paling berbahaya dan menggerunkan adalah konspirasi terancang dajal dunia iaitu Amerika dan Yahud...
Risiko Kesihatan 40 Kali Ganda Tanpa Vaksin

Risiko Kesihatan 40 Kali Ganda Tanpa Vaksin

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 206 hits
Oleh Kanak kanak yang dijangkiti COVID 19 berdepan risiko 40 kali ganda untuk mengalami kesan kesihatan berpanjangan sekiranya tidak diberikan suntikan imunisasi fotoBERNAMA KUALA LUMPUR Kanak kanak yang dijangkiti COVID 19 berdepan risiko ...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok