Risiko Kesihatan 40 Kali Ganda Tanpa Vaksin


Oleh Luqman Arif Abdul Karim Kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19 berdepan risiko 40 kali ganda untuk mengalami kesan kesihatan berpanjangan sekiranya tidak diberikan suntikan imunisasi. - fotoBERNAMA KUALA LUMPUR: Kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19 berdepan risiko 40 kali ganda untuk mengalami kesan kesihatan berpanjangan sekiranya tidak diberikan suntikan imunisasi.
Antara risiko yang bakal dihadapi termasuk miokarditis atau radang otot jantung dan sindrom keradangan pelbagai sistem (MISC) sehingga menjejaskan kualiti kehidupan kanak-kanak bagi tempoh lama.
Ketua Jabatan Pakar Perunding Pediatrik dan Perubatan Remaja, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Dr N Thiyagar, berkata perangkaan semasa menyaksikan sebanyak 74 kes, membabitkan bayi hingga kanak-kanak dan remaja berusia 15 tahun mengalami miokarditis berikutan jangkitan COVID-19.
Risiko kesihatan sedemikian bagaimanapun berupaya ditangani menerusi suntikan vaksin COVID-19 yang ketika ini sudah disyorkan untuk remaja dan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.
Ramai yang sering kaitkan dengan kesan sampingan susulan vaksin (AEFI) seperti miokarditis sehingga mempengaruhi keputusan ibu bapa untuk membenarkan anak mereka menerima suntikan imunisasi COVID-19.
Data dari luar negara setakat ini menunjukkan bahawa miokarditis lazimnya dialami remaja lelaki, berusia 16 hingga 18 tahun dan risiko sebegini dimaklumkan kepada penjaga.
Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman saya memberikan suntikan imunisasi kepada beribu remaja kita di sini, belum ada satu kes kesan sampingan miokarditis yang direkodkan atau kemasukan ke wad selepas mendapat pelalian.
"Sebaliknya, miokarditis dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang belum mendapat suntikan imunisasi adalah 74 kes dan kajian mendapati mereka berdepan risiko 40 kali ganda tanpa perlindungan vaksin," katanya kepada BH, hari ini.
Menyedari kebimbangan ibu bapa, Dr Thiyagar menjelaskan, tanggapan bahawa pembentukan sistem pertahanan badan secara semula jadi, selepas mendapat jangkitan COVID-19 adalah percaturan yang lebih berbahaya.
Beliau berkata, hal itu kerana kanak-kanak yang lazimnya tidak mempunyai sistem pertahanan badan secara sempurna berdepan risiko kesan kesihatan berpanjangan, malah sebarang jangkitan virus tidak semestinya menghasilkan antibodi atau tahap perlindungan mencukupi.
"Memang betul, jika kita dijangkiti COVID-19, badan akan menghasilkan antibodi tetapi risiko jauh lebih tinggi berbanding kaedah terkawal menerusi vaksin, selain kita perlu pertimbangkan kesan kesihatan berpanjangan yang bakal dialami kanak-kanak," katanya.
Ketua Perkhidmatan Pediatrik Hospital Tunku Azizah (HTA), Dr Sabeera Begum Kader Ibrahim, pula mendedahkan seramai 200 pesakit berusia bawah 12 tahun yang dimasukkan ke wad kerana mengalami MISC, susulan penularan gelombang varian Delta sejak Ogos tahun lalu.
Lebih membimbangkan, katanya, 10 kes kematian dalam kelompok usia berkenaan direkodkan berikutan MISC, iaitu keradangan secara serentak pada dua atau lebih organ tubuh badan seperti jantung, paru-paru, buah pinggang, otak, kulit, mata dan usus.
"Sebenarnya ibu bapa bukan enggan, sebaliknya mungkin mereka perlukan sedikit masa untuk mempercayai keberkesanan dan keperluan vaksin bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.
"Justeru, langkah terbaik ialah dapatkan nasihat daripada pakar kanak-kanak anda seandainya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai keperluan suntikan vaksin bagi anak mereka.
"Nasihat saya, kanak-kanak dengan rekod masalah kesihatan seperti diabetes, obesiti, asma, komplikasi jantung dan paru-paru adalah golongan paling utama yang wajar mendapatkan vaksin secepat mungkin.
"Ini kerana COVID-19 berupaya menyebabkan masalah kesihatan sebegini menjadi lebih teruk, sehingga mengundang risiko kematian," katanya.
Bagi memastikan perlindungan menyeluruh, Dr Sabeera berkata kanak-kanak yang sihat tubuh badan juga amat digalakkan untuk mendapatkan suntikan imunisasi COVID-19 bagi memutuskan risiko rantaian jangkitan.
Memberi contoh situasi dalam sebuah keluarga, beliau berkata, warga emas yang tinggal di kediaman sama berkemungkinan mempunyai kontraindikasi sehingga tidak membenarkan mereka untuk mengambil suntikan vaksin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/02/risiko-kesihatan-40-kali-ganda-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelaburan Dalam Sektor Mata Wang Kripto Dan Blockchain Di Singapura Meningkat Lebih Daripada 10 Kali Ganda

Pelaburan Dalam Sektor Mata Wang Kripto Dan Blockchain Di Singapura Meningkat Lebih Daripada 10 Kali Ganda

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 172 hits
Pada tahun 2021 pelaburan dalam sektor mata wang kripto dan blockchain di Singapura meningkat lebih daripada 10 kali ganda mencipta rekod baharu Data sedemikian mengukuhkan status negara kota sebagai hab kripto walaupun ia masih takut denga...
Risiko Bayi Tanpa Tempurung Kepala Ibu Hamil Ada Gdm Jangan Buat Main Ini Pesanan Doktor

Risiko Bayi Tanpa Tempurung Kepala Ibu Hamil Ada Gdm Jangan Buat Main Ini Pesanan Doktor

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 206 hits
Benar kita tidak cukup ilmu mengenai kehamilan yang kita lalui Namun bila mana setiap pemeriksaan bulanan atau apa jua rutin kehamilan yang diminta doktor jangan sekali kita abaikan Setiap temujanji amatlah penting lebih lebih lagi bagi ibu...
Kesan Vaksin Kepada Kanak Kanak

Kesan Vaksin Kepada Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 201 hits
Bismillahi tawakkalna ilallah Kepada Allah kami berserah dan bertawakkal Selesai cucuk vaksin untuk anak saya umur 8 tahun tadi untuk dos pertama Mula2 kami menolak untuk cucuk vaksin ni tapi beberapa hari lepas tu kami decide nak cucuk jug...
Kkm Sembunyi Kesan Teruk Vaksin

Kkm Sembunyi Kesan Teruk Vaksin

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 112 hits
KKM Sembunyi Kesan Teruk Vaksin Kementerian Kesihatan hari ini menyangkal dakwaan bahawa data mengenai kesan sampingan vaksinasi Covid 19 dimanipulasi untuk menutup situasi sebenar daripada orang ramai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Dr H...
Nak Vaksin Ke Tak Doktor Ini Jelaskan Kenapa Anak Perlu Ambil Vaksin Covid 19

Nak Vaksin Ke Tak Doktor Ini Jelaskan Kenapa Anak Perlu Ambil Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 208 hits
Masih dalam pandemik Covid 19 dengan kemunculan banyak varian baru yang senang menjangkiti orang ramai pastinya buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil bimbang tentang keselamatan dan kesihatan anak Namun ramai juga ibu bapa yang masih berk...
Selesai Dos Pertama Vaksin

Selesai Dos Pertama Vaksin

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 171 hits
Alhamdulillah Hero dah divaksin Temujanji PICKids pada 5 Februari 2022 Hari pertama program vaksin kanak kanak di PPV Seroja Serius lah ramai gila orang yang bawa anak anak Kebanyakannya kaum Cina Ada yang datang dengan janjitemu dan ada ya...
Bukan Ratusan Tapi Rubuan Aduan Bakal Diterima Pusat Aduan Terkesan Vaksin Ppim Samudera My 09 02 2022

Bukan Ratusan Tapi Rubuan Aduan Bakal Diterima Pusat Aduan Terkesan Vaksin Ppim Samudera My 09 02 2022

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 237 hits
KUALA LUMPUR 09 Februari 2022 Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Pertubuhan Anti Diskriminasi Dan Salah Laku dan Pusat Aduan Terkesan Vaksin memaklumkan jumlah sebenar mereka yang mengalami kesan sampingan selepas vaksin mungkin akan men...
Pencapaian Kemajuan Pusat Aduan Terkesan Vaksin Sidang Media Ppim 10 02 2022

Pencapaian Kemajuan Pusat Aduan Terkesan Vaksin Sidang Media Ppim 10 02 2022

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 194 hits
Sedang berlangsung sidang media bagi memaklumkan perkembangan pencapaian sambutan orang ramai mengenai Pusat Aduan Terkesan Vaksin semenjak sepuluh hari yang lalu Alhamdulillah setakat ini pencapaian PATV adalah amat menggalakkan Ini menunj...
10 Vacuum Cordless Terbaik Untuk Bersihkan Rumah 2024

Jangan Bersangka Sudah Beriman

Aku Menyesal Kahwin Dengan Warga Asing Enggan Tunaikan Nafkah Sebab Tak Tahu

Laporan Dosm Inflasi Malaysia Naik 2 Mei 2024

For Winning Games Slot Gacor123 Apply Strategies

Alliance Bank Rakan Mytaman Untuk Meluaskan Kebolehcapaian Kad Kredit Maya Kepada 150 000 Pengguna

Plan Nak Pergi Holiday

Kak Jane Pergi Selamanya



10 Fakta Biodata Harissa Adlynn Halim Pelakon Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Astro Ria Gandingan Redza Rosli

6 Makhluk Mitos Yang Digeruni dan Disanjung Masyarakat Asia Tenggara

10 Filem Komedi Lawak Terbaru Yang Best Juga Tersedia Online Netflix Prime Video HBO GO Dengan Sarikata Bahasa Melayu

Info Dan Sinopsis Filem Ipar Adalah Maut 2024 Kini Di Pawagam Malaysia

Kahwin Beristerikan Bella Hanna Bella Luna Ini 10 Fakta Biodata Pelakon Redza Rosli Yang Ramai Tak Tahu


Ramlan Dilantik Pengerusi Spr Baharu

Kembali Kepada Pencipta

Meet The Perfect Multi Vita Lea

Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu Lakonan Harissa Adlynn Redza Rosli

Panduan Praktis Mengetahui Umur Burung Cendet

Aidil Adha