10 K Drama Pilihan Ramai Bagi Pertengahan Pertama 2020
Sudah pun hampir memasuki pertengahan kedua 2020, banyak K-drama yang telah menyapa para peminat pada awal pertengahan tahun ini.
Berikut merupakan senarai pilhan drama popular bagi pertengahan pertama 2020!
Crash Landing On You
Drama ini mengisahkan tentang seorang waris orang kaya iaitu Yoon Se-ri (Son Ye-jin) dan pegawai dari Korea Utara iaitu Ri Jung-hyuk (Hyun Bin). Kisah cinta mereka bermula apabila Yoon Se-ri terpaksa mendarat di Korea Utara selepas paragliding yang dinaikinya sedikit goyang kerana angin yang kuat. Semasa pendaratannya itu, dia tanpa sengaja telah terserempak dengan Ri Jung-hyuk dan lelaki itu telah berusaha menyembunyikannya agar tidak diberkas oleh pegawai Korea Utara yang lain.
The World Of The Married
Ji Sun-woo (Kim Hee-ae) ialah seorang doktor perubatan keluarga. Mempunyai suami, Lee Tae-oh (Park Hae-joon) dan seorang anak lelaki, kehidupan wanita ini adalah sangat sempurna. Tetapi panas tidak sampai ke petang apabila wanita hebat ini telah dikhianati oleh suaminya sendiri serta orang terdekat.
Itaewon Class
Drama ini berdasarkan webtoon dengan nama yang sama dan mengisahkan tentang sekumpulan orang muda yang degil, bersemangat dan penuh dengan keberanian darah muda. Menelusuri lorong sempit di Itaewon, mereka memulakan tentangan ke atas stigma masyarakat yang tak masuk akal. Dalam masa yang sama, mereka turut mengejar impian dan kebebasan untuk hidup mengikut perspektif tersendiri yang unik.
Hi Bye, Mama!
Cha Yoo-ri (Kim Tae-hee) ialah seorang roh yang gembira dan penyibuk. Secara lahiriahnya dia sememangnya merupakan seorang yang girang dan optimistik tetapi dia tidak mampu untuk ke dunia lain kerana sesal tidak dapat memegang anaknya buat kali terakhir. Untuk sebab yang tidak pasti, dia tidak dibawa ke pentas penghakiman di akhirat tetapi diberi peluang untuk kembali ke dunia sekiranya dia berjaya membuktikan kemampuannya dalam masa 49 hari.
The King: Eternal Monarch
Drama ini mengisahkan tentang dua dunia selari di mana Korea dengan Perlembagaan Diraja dan Korea zaman sekarang. Raja Lee Gon berusaha melawan anasir jahat dan cuba untuk menutup gerbang di antara dua dunia tersebut manakala detektif Jung Tae-eul bekerja keras untuk menyelamatkan nyawa orang ramai.
Hospital Playlist
Kisah lima sekawan belajar di sekolah perubatan yang sama pada tahun 1999 sebelum bertugas di dalam sebuah hospital yang sama. Setiap daripada mereka mempunyai personaliti berbeza, Ik-joon (Jo Jung-seok) yang pandai tetapi liar, Seok-hyeong (Kim Dae-myung) yang anti-sosial, Joon-wan (Jung Kyung-ho) dibenci ramai kerana kebengisannya, Jung-won (Yoo Yeon-seok) yang sensitif dan Song-hwa (Jeon Mi-do) yang merupakan ’emak’ kepada kumpulan tersebut. Bersama-sama dengan lima doktor hebat ini, penonton akan dibawa melalui kehidupan harian dan biasa para kakitangan hospital dan pesakit.
Kingdom S2
Bersambung daripada kejadian musim pertama, satu wabak misteri telah menghuru-harakan Joseon. Ketamakan keluarga Cho menyebabkan neraka di dunia apabila ramai penduduk dijangkiti wabak serius yang merubah mereka menjadi zombi. Bagi memulihkan keadaan tersebut, Putera Raja Lee Chang (Ju Ji-hoon) telah melalui misi berdarah tanpa dapat mempercayai sesiapa pun.
Stove League
Drama ini membawa kisah satu pasukan besbol ‘Dreams’ yang sudah tidak mendapat perhatian daripada orang ramai bahkan ditolak oleh peminat mereka sendiri. Bagi mengubah situasi pasukan itu, Baek Seungsu (Namgoong Min) telah hadir sebagai pengurus baru. Lee Seyoung (Park Eun-bin) pula ialah satu-satunya pengurus wanita untuk pasukan besbol di Korea dan dia sudah hampir 10 tahun bertungkus-lumus menguruskan ‘Dreams’.
Dr Romantic 2
Pelajar lama Dr. Kim (Han Seok-kyu) terpaksa pergi dan mulalah kehidupannya dengan orang baru. Selain itu, pergelangan tangannya yang cedera beberapa tahun lalu kembali sakit. Kerana mempunyai masalah kekurangan staf di Hospital Doldam, dia telah ke sana untuk membantu mereka namun mula berkenalan dengan dua orang doktor baru yang mempunyai iras dengan pelajar lamanya. Seo Woo-jin (Ahn Hyo-seob) yang sanggup melakukan apa sahaja demi duit dan Cha Eun-jae (Lee Sung-kyung) yang sentiasa menghilangkan diri apabila diperlukan dalam bilik pembedahan.
Nobody Knows
Cha Young-jin (Kim Seo-hyung) ialah seorang detektif yang kehilangan sahabat baik di tangan seorang pembunuh bersiri. Wanita tersebut masih memendam rasa bersalah dan berasa trauma setiap kali teringatkan kematian rakannya itu. Selepas 19 tahun mendiamkan diri, pembunuh bersiri itu kembali dan Young-jin memulakan misinya bagi membanteras penjenayah tersebut
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kimchidaily.my/10-k-drama-pilihan-ramai-bagi-pertengahan-pertama-2020/