15 Hotel Resort Dengan Private Pool Untuk Percutian Penuh Mewah Dan Berkelas Atasan


15 Hotel & Resort Dengan ‘Private Pool’ Untuk Percutian Penuh Mewah Dan Berkelas Atasan. Disclaimer: Harga yang ditunjukkan bagi setiap villa mungkin berubah-ubah mengikut musim dan mengikut pilihan tarikh penginapan.
BACA: 5 Hotel Terbaik Malaysia Yang Korang Patut Pergi!
15 Hotel & Resort Dengan ‘Private Pool’ Untuk Percutian Penuh Mewah Dan Berkelas Atasan 1. Mangala Resort & Spa @ Kuantan

Mangala Resort & Spa merupakan hasil daripada pembangunan hijau selama 15 tahun yang mengubah tanah perlombongan kering kontang kepada sebuah pusat percutian. Ia terdiri daripada 31 villa, yang mana empat iaitu Forest Villa mempunyai private pool di dalam bilik.

Harga: RM720 satu malam dan ke atas
Mangala Resort & Spa: Laman web rasmi | Facebook | Instagram
2. The Shorea @ Seremban

The Shorea adalah Boutique Eco-Resort yang terletak di Hutan Berembun, Negeri Sembilan. Ia terdiri daripada 8 villa mewah dilengkapi private pool dengan 15 bilik yang mampu menampung sehingga 40 orang dewasa. Sangat sesuai untuk group stay atau family gathering!

Harga: RM2,000 satu malam dan ke atas
The Shorea: Laman web rasmi | Facebook | Instagram
3. The Villas at Sunway Resort Hotel & Spa @ Petaling Jaya

Sama ada anda sedang mencari pengembaraan masakan eksotik, terapi yang menenangkan, atau keseronokan taman tema, semuanya ada di sini. Rasai pengalaman dikelilingi suasana hutan tropika di dalam bandar di The Villas yang mewah dan amat menakjubkan.

Harga: RM1,699 satu malam dan ke atas

The Villas: Laman web rasmi | Facebook
4. The Datai @ Langkawi

Terletak di salah satu daripada 10 Pantai Terbaik di seluruh dunia menurut National Geographic, resort 5 bintang The Datai sememangnya dilimpahi dengan kemewahan abadi. Dua villa mewah, Rainforest Pool Villa dan Two Bedroom Beach Villa pastinya akan memberi pengalaman epik yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Harga: RM5,000 satu malam dan ke atas

The Datai: Laman web rasmi | Facebook | Instagram
5. The Westin @ Langkawi

Tinggalkan kehidupan bandar yang sibuk dan nikmati keindahan semula jadi yang menakjubkan. Terletak bersebelahan dengan dedaunan tropika yang subur dan pemandangan indah Laut Andaman, villa di sini direka khas untuk menyediakan tetamu dengan privasi mutlak yang jauh dari dunia luar.
Harga: RM2,000 satu malam dan ke atas
The Westin: Laman web rasmi | Facebook | Instagram
6. The Andaman @ Langkawi

Semua 178 bilik dan suite mewah berhawa dingin di The Andaman menawarkan kehangatan elemen tradisional Malaysia. Kedudukannya yang terletak di tepi Laut Andaman yang biru dan sangat memukau mata memandang pastinya menjadikan resort ini sebuah oasis yang sempurna untuk berehat dan memanjakan diri dengan ketenangan alam.

Harga: RM2,500 satu malam dan ke atas
The Andaman: Laman web rasmi | Facebook | Instagram
7. La Villa @ Langkawi

Walaupun terletak di kawasan sibuk di Pantai Cenang, La Villa direka khas untuk memberi ketenangan kepada pengunjung dengan suasana yang tersembunyi daripada hiruk pikuk kota. Setiap villa di sini dilengkapi dengan private pool bagi pengunjung merasai pengalaman mewah dan bergaya.

Harga: RM1,700 satu malam dan ke atas
La Villa: Laman web rasmi | Facebook | Instagram
8. The Banjaran Hotsprings Retreat @ Ipoh

Dikenali sebagai resort percutian mewah pertama di Malaysia dengan air panas semula jadi untuk kesihatan, resort ini direka secara holistik bagi menyerap kedamaian sambil bersantai, mengembalikan kesejahteraan badan, menyemarakkan cinta, mencetuskan idea inspirasi, dan mewujudkan pengalaman berbeza yang pasti sukar dilupakan.

Harga: RM1,100 satu malam dan ke atas
The Banjaran Hotsprings Retreat: Laman web rasmi | Facebook | Instagram
9. Lexis Suites @ Penang

Lexis Suites menonjol sebagai satu-satunya hotel di Pulau Pinang yang menawarkan private pool dan bilik sauna di setiap 222 buah suite. Setiap bilik penginapan juga mempunyai dua katil bersaiz king dilengkapi pelbagai kemudahan dengan pemandangan laut yang mengagumkan.

Harga: RM450 satu malam dan ke atas

Lexis Suites: Laman web rasmi | Facebook | Instagram
10. Lexis Hibiscus @ Port Dickson

Pada 14 Oktober 2016, Lexis Hibiscus dikurniakan dengan dua rekod dunia Guinness iaitu ‘Most swimming pools in a resort’ dan ‘Most overwater villas at a single resort’. Resort ini dilengkapi dengan private pool dan bilik sauna dalam setiap 639 bilik yang ditawarkan.

Harga: RM750 satu malam dan ke atas

Lexis Hibiscus: Laman web rasmi | Facebook | Instagram
11. Grand Lexis @ Port Dickson

Dianugerahkan ‘Most number of swimming pools in a resort’ oleh Malaysia Book of Records, setiap satu daripada 317 villa bertaraf lima bintang berkonsep Bali ini didatangkan dengan private pool untuk privasi dan kemudahan yang tiada tandingannya. Pengunjung boleh menikmati kedamaian dan ketenangan dalam keselesaan mewah sambil terapung di atas laut.

Harga: RM500 satu malam dan ke atas
Grand Lexis: Laman web rasmi | Facebook | Instagram
12. Borneo Beach Villas @ Karambunai

Temui syurga keindahan semula jadi yang menawarkan pantai pasir putih sepanjang 6 km dengan pemandangan laut yang menakjubkan. Resort tersembunyi ini cukup sempurna untuk keluarga dan pasangan melarikan diri daripada gaya hidup bandar yang sibuk.

Harga: RM750 satu malam dan ke atas
Borneo Beach Villas: Laman web rasmi | Facebook | Instagram
13. Bunga Raya Island Resort @ Kota Kinabalu

Bersantai di syurga tropika dan nikmati percutian mewah yang terletak di lereng Teluk Poland di Pulau Gaya. Resort ini menawarkan 48 villa dengan pemandangan pantai pasir putih yang indah. Sesuai dengan namanya, resort ini sentiasa mekar dengan keseronokan sama ada ketika berada pantai, bersantai di spa, atau ketika menikmati hidangan bertaraf antarabangsa.

Harga: RM2,300 satu malam dan ke atas

Bunga Raya Island Resort: Laman web rasmi | Facebook | Instagram
14. Villa Samadhi @ Kuala Lumpur

Bandaraya Kuala Lumpur terasa sunyi tatkala pengunjung meluangkan masa di Villa Samadhi. Diterjemah dari bahasa Sanskrit, ‘SAMADHI’ adalah peringkat tertinggi dalam ketenangan minda ketika meditasi. Villa ini menawarkan pengalaman yang luar biasa kepada tetamu dalam keadaan minda yang sangat santai yang panggil ‘Pengalaman SAMADHI’.

Harga: RM1,000 satu malam dan ke atas
Villa Samadhi: Laman web rasmi | Facebook | Instagram
15. Japamala Resort @ Pulau Tioman

Bersembunyi dalam pengasingan sejati, di tengah hutan tropika 11 ekar dan pantai peribadi di Japamala Resort, Pulau Tioman. Mewah di sini bukan hanya pada keselesaan, perkhidmatan, dan destinasi yang indah, tetapi juga bermakna kemewahan ruang, masa dan kebebasan untuk benar-benar menenggelamkan diri dalam kadamaian mutlak.

Harga: RM2,400 satu malam dan ke atas
Borneo Beach Villas
The post 15 Hotel & Resort Dengan ‘Private Pool’ Untuk Percutian Penuh Mewah Dan Berkelas Atasan appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/hotel-terbaik-di-cameron-highland-penginapan-menarik-dan-istimewa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Viral Harga Seporsi Singkong Goreng Di Hotel Mewah Dibandrol Rp 187 Ribu

Viral Harga Seporsi Singkong Goreng Di Hotel Mewah Dibandrol Rp 187 Ribu

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 346 hits
Niko Al Hakim Suami selebgram dan pebisnis Rachel Vennya membagikan postingan menarik di Instagram story nya baru baru ini Ayah dari Xabiru yang akrab disapa Okin ini membagikan foto daftar menu di sebuah hotel mewah yang diduga berlokasi d...
A Complete Harmony With The Context Congo Kintele Congress Centre And Resort Hotel

A Complete Harmony With The Context Congo Kintele Congress Centre And Resort Hotel

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 289 hits
Project Congo Kintele Congress Centre Architects Avci Architects Location Brazzaville Congo Area 807 293 sf Photographs by Emre Dorter Congo Kintele Congress Centre by Avci Architects The Congo Kintele Congress Centre and Resort Hotel which...
Lexis Hibiscus 2 Port Dickson Tawar Pengalaman Percutian Mewah 5 Bintang

Lexis Hibiscus 2 Port Dickson Tawar Pengalaman Percutian Mewah 5 Bintang

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 538 hits
Lexis Hibiscus 2 Port Dickson Tawar Pengalaman Percutian Mewah 5 Bintang Dengan kerjasama antara Perbadanan Menteri Besar dengan Kuala Lumpur Metro Group projek pembangunan resort lima bintang iaitu Lexis Hibiscus 2 yang terletak kira kira ...
10 Hotel Terbaik Di Langkawi Untuk Percutian Pulau Yang Istimewa

10 Hotel Terbaik Di Langkawi Untuk Percutian Pulau Yang Istimewa

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 471 hits
Pulau bebas cukai yang terkenal di Malaysia Pulau Langkawi bukan sahaja menjadi tarikan pelancong tempatan malahan pelancong yang datang dari jauh beribu batu Ini sudah cukup membuktikan betapa istimewanya Pulau Legenda ini Aktiviti menarik...
Rumah Flat 3 Bilik Tampak Mewah Macam Hotel

Rumah Flat 3 Bilik Tampak Mewah Macam Hotel

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 1266 hits
Assalamualaikum Hi Semua Rumah Flat 3 Bilik Tampak Mewah Macam HotelCredit Aida Love Kitty MowSiapa sangka rumah flat 3 bilik pun boleh nampak mewah seolah olah macam dalam hotel gitu Semuanya bergantung pada kreativiti seseorang Bagaimana ...
Ucapan Penuh Yab Mb

Ucapan Penuh Yab Mb

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 398 hits
UCAPANYANG AMAT BERHORMATDATO SERI UTAMA HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIRMENTERI BESAR KEDAHAHAD 20 OKTOBER 2019BismillahirrohmanirrahimAlhamdulillah Hi Robbil Alamin Wassolatu Wassalamu Ala Asyrafil Anbiya Iwalmursalin Saidina Muhammadin Sallalla...
Nggak Ikut Hadir Di Wisuda Teuku Rassya Tamara Belszynski Tulis Pesan Singkat Namun Penuh Cinta

Nggak Ikut Hadir Di Wisuda Teuku Rassya Tamara Belszynski Tulis Pesan Singkat Namun Penuh Cinta

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 516 hits
Meski nggak sepenuhnya ikut membesarkan Rassya tapi Tamara tetaplah ibu kandung yang bangga atas pencapaian anaknya
Saluran Irigasi Penuh Sampah Di Banyuwangi Disulap Jadi Kolam Ikan Ala Jepang

Saluran Irigasi Penuh Sampah Di Banyuwangi Disulap Jadi Kolam Ikan Ala Jepang

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 248 hits
Perang terhadap sampah terus dilakukan oleh masyarakat Banyuwangi Banyaknya sampah yang mencemari saluran irigasi sawah membuat sekumpulan pemuda Desa Kluncing Kecamatan Licin Banyuwangi menyulap saluran tersebut bersih dari sampah Tak hany...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching