Sarapan Pagi Di Nasi Dagang Pak Malau Pulau Langkawi



"Nasi Dagang Pak Malau"

Bercerita tentang nasi dagang, perkara pertama yang akan terlintas di fikiran yang kenal akan hidangan ini adalah negeri Terengganu Darul Iman dan Kelantan Darul Naim.


Nasi Dagang Pak Malau LangkawiDua negeri ini merupakan tempatnya nasi dagang mula terkenal, meskipun kedua-dua negeri memiliki pengenalan 'signature' nasi dagang yang berlainan.


Nasi Dagang yang Dagang Di Tempat Orang

Namun, sebenarnya lebih kepada definisi nasi dagang itu sendiri. Jika diperhatikan perkataan 'dagang' merujuk kepada 'travel' atau perpindahan dalam istilah zaman dahulu kala.

Ada yang betul-betul menggunakan istilah 'dagang' pada menu yang dikatakan berasal dari pantai timur semenanjung Malaysia ini.

Pantun Pak Malau

"Dagang Pak Malau Dagang Bertempat, Dagang Hamba Musafir Lalu"

Itu adalah cebisan pantun oleh Damak kepada Pak Malau sebelum beransur ke negeri Pahang.

Kita tinggalkan sejenak kisah asal usul nasi dagang dan cerita damak dan pak malau.

Penulis berpeluang sekali lagi untuk menjejakkan kaki di Pulau Langkawi, kedah. Belum habis sebenarnya untuk dijelajahi Pulau Langkawi jika itinerary tidak melebihi 7 hari 6 malam.

Kebiasaan paling lama yang termampu 4 hari 3 malam.

Mencari Sarapan Di Langkawi

Mencari makanan pagi (sarapan) di Pulau Langkawi tidak begitu sukar. Kiri kanan jalan raya akan terdapat kedai makan yang menyediakan makanan, namun, untuk mendapatkan makanan pagi yang boleh memberikan kelainan kepada penulis agak sukar.

Jika boleh tiga makanan pagi yang selalu penulis dibiasakan ketika kecil untuk dijamah, nasi kerabu, nasi berlauk dan nasi dagang.

Sarapan Orang Pantai Timur Di Langkawi

Di Pulau Langkawi menemui tiga sarapan pagi masyarakat pantai timur Malaysia ini boleh dikatakan cukup jarang untuk ditemui.

Mujurlah terdapat satu kedai makan yang telah dibuka dengan tema nasi dagang ada di Pulau Langkawi ini.

Nasi Dagang Pak Malau, Langkawi.


Pintu Masuk Nasi Dagang Pak MalauTerubat sedikit rasa rindu kampung halaman meskipun sedang 'travel' jauh di penjuru peta semenanjung Malaysia.

Apalagi apabila berkunjung ke Langkawi dengan sanak saudara dari Kelantan.Apa lagi penulis berjaya menemui Kedai makan Pak Malau untuk sarapan.

Menu Nasi Dagang yang Di Rasa

Semestinyalah nasi dagang yang ditemui. Adakah sama versinya dengan yang biasa penulis temui di Pantai Timur ?

Terus penulis mencubanya.

Nasi Dagang Ikan Tongkol (Aya)

Bagi penulis, nasi dagang akan lengkap dengan lauk gulai ikan aya atau tongkol.
Sesuai juga dengan lauk lain namun, jika diletakkan meter keserasian, dua elemen ini cukup serasi.


Set Nasi Dagang Lauk Ikan TongkolBayangan penulis sebelum mencubanya adalah nasi dagang yang beraroma dan terasa 'sticky' nya apabila dikunyah.

Gulai ikan yang kaya dengan 'serabut-serabut' rempah dan kemasinan gulai. Isi ikan yang apabila digigit yang mampu mengeluarkan aroma ikan tongkol dan kepejalan isinya yang boleh dibezakan antara isi hitam dan putih.

Itu bayangan penulis.

Lauk Pauk Nasi Dagang Lain

Selera manusia tidak sama. Ada yang suka dengan ikan tongkol ada yang kurang suka. Bagi yang kurang menggemari ikan aya boleh memilih dua lagi gulai yang ada, gulai daging dan gulai ayam.

Penggemar kambing jangan lupa untuk mencuba lauk kambing kurma.

Agak kecewa sebenarnya tiada gulai serati disediakan.

Makanan Lain

Sarapan pagi kurang lengkap tanpa kuih muih. Banyak juga kuih muih yang ada disediakan di satu bahagian lain.


Kuih Muih Pun AdaUlasan Penulis

Rasa Makanan

Dua aspek yang perlu dilihat dalam rasa nasi dagang adalah lemak santan dan tektur pulut yang digunakan.

Dua elemen ini yang boleh dirasa dalam nasi dagang. 

Bagi rasa nasi dagang kukusan dan tanakkan restoran pak malau, pulutnya tidak begitu lembik dan keras, sedang-sedang cukup lembut.

Lemak santan juga tidak menutup rasa yang ada pada pulut. Cukup sedap sebenarnya. Agak sama rasanya dengan kita makan di sekitar pantai timur Malaysia.

Halba tetap ada namun tidak begitu banyak digunakan, itu yang penulis suka.

Dari segi lauk pula kita lihat pada tekstur gulai dan isi ikan tongkol. Gulai kuning pekat cukup rempahnya, memang kena dengan nasi dagang yang liat karakternya.

Ikan tongkol yang digunakan semestinya telah direbus untuk kadar waktu tertentu, tidak begitu keras dan terlalu lembut. Cukup mudah untuk mengasingkan tulang dan isi.

Secara amnya, gulai yang dimasak kedai makan ini kena dengan nasi dagang yang 'sticky' dan berlemak.

3.5/5.0

Harga Makanan

Bagi penulis, untuk set nasi dagang bersama lauk dibawah RM10 untuk satu set hidangan boleh dikatakan masih berpatutan.

Bayangkan makanan bukan kebiasaan orang Langkawi ada di sini. Hanya boleh bertemu hidangan ini di pantai timur untuk sarapan. Jadi bagi penulis, masih berpatutan.

3.0/5.0

Suasana

Terletak berdekatan monumen sejarah, Makam Mahsuri. Lagenda Mahsuri yang terkenal dengan resam kemelayuan asli. Nah, kawasan ini juga turut dikekalkan keaslian zaman dahulu.


Permandangan 'Backyard' Pak Malau LangkawiDengan latar belakang sawah padi dan nun di sana terlihat samar-samar bukit, memang 'instagrammable', cukup menarik.


Bersama Kereta AntikRuang makan dan hiasan dalaman dicorakkan dengan elemen klasik zaman gadis-gadis menutup kepala menggunakan kain sarung dan jejaka-jejaka giat berlatih silat di tepi sungai.

Majoriti binaan kedai dan kemudahan ruang makan diperbuat dari unsur alam semulajadi. 

4.0/5.0

Layanan Staf

Dari beratur mendapatkan makanan sehingga membuat bayaran penulis merasakan ketenangan. Ini menandakan tiada sebarang kegusaran untuk memberikan komen tentang layanan pekerja mahupun 'Pak Malau' sendiri.


Ayam Serama Jinak Pak MalauMengingatkan kembali kesantunan dan kesopanan orang zaman dulu-dulu. Lebih menarik jika staf juga mengenakan pakaian ala-ala zaman dahulu, sekadar mencadang.

4.0/5.0

Kemudahan/Lain - Lain

Kedai makan ini mengikut penulis mungkin untuk sarapan sahaja. Setelah viral dan agak popular penulis risaukan satu sahaja, kawasan parkir yang tidak mencukupi.

Jika dua buah bas datang, inshaAllah kawasan akan menjadi agak sempit. Jalan masuk juga agak sempit dan berselut jika hujan.

Terdapat satu parit menghala ke sawah-sawah padi, ketika penulis datang terdapat seumpama bau yang datang dari parit berkenaan, mungkin pengaliran kurang elok.
Hati-hati juga apabila di kawasan berair, bersemak dan seumpama belukar.

2.5/5.0

Jom lihat sedikit video yang mungkin membantu anda 'preview' apa yang ada di Nasi Dagang Pak Malau Langkawi. Untuk lebih senang dilihat tanpa digambarkan sahaja.



Jangan lupa subs channel untuk preview dan review di tempat lain.
Informasi Pengunjung

Lokasi Kedai Makan


Sawah Padi Ketika PagiTidak jauh dari monumen makam Mahsuri. Dengan permandangan sawah padi dan hutan-hutan kecil sampailah ke destinasi.

Kedai Makan Nasi Dagang Pak Malau,
Jalan Makam Mahsuri, 
Kampung Mawar, 
07000 Langkawi, 
Kedah



Harga Makanan

Nasi Dagang + Ikan Gulai (tongkol) : RM6.00
Nasi Dagang + Ayam Gulai : RM6.00
Nasi Dagang + Daging Kerutub : RM7.00
Nasi Dagang + Ayam Goreng : RM7.00
Nasi Dagang + Kambing Kurma : RM22.00

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa. Bermula jam 8 pagi sehingga 2 petang.


Tempat Makan 'Outdoor'Sama Rasa Dengan yang Asli ?

Jika ditanya apakah beza nasi dagang pak malau langkawi ini dengan nasi dagang asli dari Kelantan dan Terengganu ? 

Sukar sebenarnya untuk di jawab kerana Pak Malau berasal Terengganu dan Mak Malau (Isteri Pak Malau) orang Kelantan.

Nasi dagang yang ber'dagang' di Langkawi.


Makan Beramai - RamaiJangan lupa untuk dapatkan autograf pada seringgit duit baki dengan tanda tangan pak malau nasi dagang Langkawi sebagai 'bukti pembelian' haha.

Autograf Pak Malau Nasi Dagang Pada SeringgitAnda fikir anda tahu Sarapan Pagi Di Nasi Dagang Pak Malau Langkawi ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.belangtarung.com/2019/11/sarapan-pagi-di-nasi-dagang-pak-malau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarapan Pagi Di Pasar Awam Seberang Jaya Yang Baru

Sarapan Pagi Di Pasar Awam Seberang Jaya Yang Baru

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 755 hits
Bahagian barangan kering sayur sayur dan sebagainyabarangan basah ikan udang daging ayam dan sebagainyasebelah barang dapur sebelah medan seleraPasar Awam Seberang Jaya yang ni tak pasti la sama ada pasar ni akan kekal di situ selama lamany...
10 Hotel Terbaik Di Langkawi Untuk Percutian Pulau Yang Istimewa

10 Hotel Terbaik Di Langkawi Untuk Percutian Pulau Yang Istimewa

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 464 hits
Pulau bebas cukai yang terkenal di Malaysia Pulau Langkawi bukan sahaja menjadi tarikan pelancong tempatan malahan pelancong yang datang dari jauh beribu batu Ini sudah cukup membuktikan betapa istimewanya Pulau Legenda ini Aktiviti menarik...
Wapres Pak Jokowi Menguji Kekuatan Saya Malam Dari Jepang Pagi Pelantikan Menteri

Wapres Pak Jokowi Menguji Kekuatan Saya Malam Dari Jepang Pagi Pelantikan Menteri

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 179 hits
Menurut Ma ruf tugas sebagai Wapres merupakan tugas yang lebih berat daripada ketika kampanye pemenangan pasangan Jokowi Ma ruf pada pilpres
Tak Perlu Pergi Jauh Pesan Je Nasi Kerabu Dan Nasi Dagang Viral Terus Ke Rumah Anda Sekarang

Tak Perlu Pergi Jauh Pesan Je Nasi Kerabu Dan Nasi Dagang Viral Terus Ke Rumah Anda Sekarang

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 293 hits
NasiKerabuViral NasiDagangViral Mak 3ANAKGemukMenjualNasi Kerabu Daging Bakar RM 10Nasi Kerabu Ayam Bakar RM 10Nasi Kerabu Kambing Bakar RM 12Nasi Dagang Ikan Tongkol RM 10HomecookDelivery Lalamove RunnerOnline Tranfer CODUntuk tempahan sil...
Koleksi Sarapan Pagi Lunch Sa

Koleksi Sarapan Pagi Lunch Sa

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 343 hits
Hi korang Alaaaa sebenarnya tak tau apa nak update dah apa yg nak update dah publish dh semua ni semua sebab mood pemalas menyerangla ni resepi pun x sempat nak share sebab SA jarang plak masak nak kena pi bertapa semula ke apa ni cari mood...
Pak Wan Tak Faham Ka Sindiran Tun

Pak Wan Tak Faham Ka Sindiran Tun

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 387 hits
Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Md Yusof atau Pak Wan nampaknya tidak sudah sudah dengan projek kereta terbangnya walaupun tumpuan utama di kementeriannya itu sepatutnya lebih kepada membangunkan para usahawan dalam pelbagai bidang Ter...
Alor Setar Jadi Pulau Muar Tenggelam Klia Tepi Laut Pada 2050

Alor Setar Jadi Pulau Muar Tenggelam Klia Tepi Laut Pada 2050

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 916 hits
Isu alam sekitar sekarang memang jadi bualan hangat Banyak isu berlaku daripada pencemaran plastik dalam laut sehinggalah kepupusan binatang dan tumbuhan Tetapi yang paling menakutkan adalah isu pemanasan global yang menyebabkan suhu bumi n...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Masak Beef Kueteow Ala Cantonese

Minta Kado Ulang Tahun Tak Biasa Zaskia Adya Mecca Kunjungi Kamp Suriah

Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta