Bila Dah Kalah Farhash Kata Reformasi Tak Ada Dalam Pkr



Tidak berpuas hati dengan keputusan Pemilihan PKR 2022, calon naib presiden yang tewas, Farhash Wafa Salvador meminta supaya Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) mengambil serius pandangan mereka yang mengemukakan bantahan terhadap keraguan keputusan itu.
“Saya amat berharap pihak JPP dan parti mengambil serius pandangan-pandangan ramai calon-calon yang telah mengemukakan bantahan secara rasmi dan mengambilkira cadangan-cadangan untuk penambahbaikan.
“Jika kita melaungkan ‘reformasi’, ia haruslah dipraktikkan dalam parti kita sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Selain jawatan naib presiden, Farhash turut mencabar Amirudin Shari yang adalah Pengerusi PKR Selangor dan Menteri Besar untuk jawatan ketua bahagian Gombak tetapi juga tewas.
Menurutnya, bantahan selepas keputusan tidak rasmi disiarkan pada Ahad lalu bukan sahaja disuarakan dari pihaknya tetapi juga oleh ramai calon yang bertanding.
“Ini bukan soal tidak berlapang dada menerima kekalahan, tetapi persoalannya ada berbangkit keraguan atas kemungkinan sistem dan mekanisme pemilihan parti ini telah dikompromi dan berlakunya manipulasi oleh pihak-pihak tertentu.
“Jika dilihat secara kasar pun persoalan terhadap sistem pengundi atas talian (PAT) sudah mendedahkan satu mekanisme dan prosedur yang diragui ketelusannya.
“Di sini, semua undi dikumpul dan dikira oleh JPP yang terdiri dari ahli-ahli parti, lalu diumumkan, tanpa sebarang check and balance,” katanya.
Dua hari lalu, Farhash yang adalah juga bekas pembantu kepada presiden PKR, Anwar Ibrahim menggesa audit forensik dilakukan terhadap proses pemilihan PKR kali ini dan menuntut badan bebas yang dipersetujui semua pihak untuk meneliti dakwaannya.
Farhash turut menekankan beberapa kelemahan berhubung proses keputusan tersebut, di antaranya kelewatan pengumuman keputusan.
Dia juga mengesyorkan supaya pertikaian-pertikaian yang dibangkitkan tidak berulang pada pemilihan yang akan datang, manakala aplikasi-aplikasi yang digunakan untuk pemilihan tersebut dikendalikan oleh entiti bebas.
Selain itu, katanya, proses kiraan undi sepatutnya dilakukan dengan lebih terbuka, dengan ana keputusan disiarkan secara langsung.
“Kelewatan pengumuman keputusan sehingga beberapa hari selepas pemilihan sedangkan pengundian atas talian sepatutnya lebih memudahkan dan mempercepatkan proses, juga mendedahkan keputusan kepada manipulasi.
“Bayangkan, dalam pilihan raya umum yang melibatkan jutaan rakyat yang mana undi dan kiraan dibuat secara fizikal sahaja pun, keputusannya boleh didapati dalam beberapa jam sahaja,” katanya lapor Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/05/bila-dah-kalah-farhash-kata-reformasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Polls Unhappy Farhash Wants Forensic Audit After Gombak Defeat

Pkr Polls Unhappy Farhash Wants Forensic Audit After Gombak Defeat

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 373 hits
Fresh from an unofficial loss in the PKR Gombak division chief race to Selangor Menteri Besar Amirudin Shari defeated candidate Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak is calling for a forensic audit of the voting process In a statement posted ...
Farhash Repeats Call For Probe Into Possible Manipulation Of Pkr Polls

Farhash Repeats Call For Probe Into Possible Manipulation Of Pkr Polls

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 269 hits
PKR vice president candidate Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak today repeated his call for into the party election process In a statement he said many candidates have filed objections against the election s unofficial results and raised t...
Pkr Man Refutes Farhash S Claim Of Missing Votes In Party Polls

Pkr Man Refutes Farhash S Claim Of Missing Votes In Party Polls

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 291 hits
Chiew Choon Man who was the PKR Youth legal bureau chief and a PKR Youth central committee candidate has refuted defeated vice presidential candidate Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak s claim that more than 25 000 votes in the PKR polls h...
Kemenangan Rafizi Isyarat Ahli Pkr Tolak Anwar Kata Puad

Kemenangan Rafizi Isyarat Ahli Pkr Tolak Anwar Kata Puad

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 273 hits
malaysiakini comDiterbitkan May 30 2022 2 27 PMAhli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi secara sinis menyindir kemenangan tidak rasmi Rafizi Ramli sebagai timbalan presiden PKR Sambil menyifatkan kemenangan itu sebagai mengejutka...
Kecewa Prestasi Ph Punca Ahli Pkr Tak Keluar Undi Kata Kumpulan Pro Anwar

Kecewa Prestasi Ph Punca Ahli Pkr Tak Keluar Undi Kata Kumpulan Pro Anwar

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 222 hits
Faiz Zainudin May 29 2022 8 00 AM Kumpulan Otai Reformis berkata keahlian PKR sebanyak 1 2 juta orang sebenarnya tidak tepat dan jumlah itu menyebabkan peratusan keluar mengundi pada pemilihan parti kali ini kelihatan rendah PETALING JAYA K...
Kini Semangat Reformasi Pkr Dikata Kian Pudar

Kini Semangat Reformasi Pkr Dikata Kian Pudar

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 281 hits
Tidak dapat dinafikan semangat reformasi yang menjadi asas penubuhan PKR kian kendur akibat kemelut politik dalaman parti itu sendiri Felo Majlis Profesor Jeniri Amir berkata selain kekalahan dalam pilihan raya negeri di Sarawak Melaka dan ...
Umno Takut Berlakunya Reformasi Dalaman Seperti Apa Yang Berlaku Pada Dap Dan Pkr

Umno Takut Berlakunya Reformasi Dalaman Seperti Apa Yang Berlaku Pada Dap Dan Pkr

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 295 hits
Pemilihan parti DAP dan PKR membuktikan yang ahli parti sudah muak dengan kepimpinan dinosaur Disebabkan itu Umno enggan mengadakan pemilihan parti Mereka takut pemimpin lama dan yang bermasalah akan kena reject oleh ahli
Ahli Mahukan Pkr Kembali Ke Landasan Reformasi Sebenar Rafizi

Ahli Mahukan Pkr Kembali Ke Landasan Reformasi Sebenar Rafizi

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 235 hits
agendaily com30 05 2022Bekas Naib Presiden Rafizi Ramli mendapat mandat paling besar dalam sejarah PKR sebagai timbalan presiden pada pemilihan 2022 mengalahkan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail Bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli me...
Lirik Lagu Teristimewa Pu Fendi Ustaz Fadhil Abdul Rahman Ustaz Huri

48 Words That Shamed Malaysian Football

Kalau Diberi Peluang Travel Mana Destinasi Korang Suka

Peranan Penting Rekod Pergigian Dalam Pengecaman Forensik

How Ai Agents Will Transform E Commerce In 2025 What Every Online Entrepreneur Must Know

British Iron Our Favorite Norton Customs

Masakan Simple Daging Masak Kicap

Lunch Nasi Ayam Penyet Dan Tauhu Telur


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa 10 Oktober 2025

Hiburan Pergi Ride Ke Apa Saya Tak Benarkan Ubai Mz Alami Kecederaan Serius Shila Amzah Beri Amaran

Intern Last Day All The Best Eisya

Ruu Pindaan Keuntungan Pemberi Pinjaman

Kisah Saka Tua Dan Peranan Dia

Haji Tak Sempat Tunaikan Ini Cara Upah Haji Selepas Kematian