10 000 Warga Emas Tak Hadir Suntik Vaksin Rina Perlu Jawab



Wanita KEADILAN memandang berat 10,000 penerima vaksin Covid 19 di Kelantan yang kebanyakannya warga emas tidak hadir menerima suntikan vaksin, baru-baru ini.
Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean berkata, jumlah itu tidak boleh dipandang ringan kerana warga emas adalah golongan yang kurang daya tahan dan lebih banyak diserang Covid 19 berdasarkan statistik.
Katanya, kegagalan proses vaksinasi di Kelantan itu wajar ditangani oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Harun yang bertanggungjawab menjaga kebajikan golongan tersebut.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Rina kerana akhirnya muncul dan memaklumkan kepada rakyat mengenai perkembangan terkini pemvaksinan warga emas selepas satu minggu lebih saya mempersoalkan isu ini dalam kenyataan saya pada 15 dan 18 Mei.
“Bagaimanapun kerisauan yang ingin saya sampaikan melalui kenyataan saya pada 15 Mei itu ternyata telah berlaku di Negeri Kelantan.
“Berdasarkan penjelasan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) pada 25 Mei, dimaklumkan bahawa terdapat warga emas yang tidak mahir menggunakan MySejahtera dan kekurangan maklumat tepat dan menjadi punca utama 10,000 warga emas di negeri itu tidak hadir janji temu untuk menerima vaksin.
“Perkara ini menunjukkan pelan komunikasi kesedaran pemvaksinan kepada kumpulan sasar warga emas gagal teruk dan Rina juga gagal memahami dan menekankan keperluan warga emas kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
“Perlu untuk Rina sedar bahawa perkhidmatan panggilan telefon dan peringatan adalah kemudahan asas bagi mengurus golongan warga emas ini. Tambahan lagi, kita mempunyai 2.3 juta warga emas berusia 65 ke atas (angka Jabatan Perangakaan Malaysia),” katanya dalam satu kenyataan.
Ker Chean berpendapat untuk mendorong lebih ramai warga emas keluar menerima suntikan vaksin dicadangkan agar kerajaan bekerjasama dengan pemimpin masyarakat, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua Kampung dan Ahli Majlis tempatan menyusun pengangkutan untuk membawa warga emas dari rumah ke Pusat Pemberian Vaksi.n khususnya di kawasan luar bandar.
Selain itu, beliau juga membangkitkan kegagalan KPWKM mengutamakan pemvaksinan penghuni di pusat jagaan seluruh negara
“Hanya 652 penghuni warga emas telah mendapatkan suntikan vaksin dos pertama di pusat jagaan berdaftar dengan KPWKM walaupun sudah satu bulan lebih Fasa Kedua PICK dilaksanakan sejak 19 April lalu.
“Tambahan pula, Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, masih terdapat 1,300 pusat jagaan dan kira-kira 22,000 orang penghuni dan penjaga pusat jagaan warga emas yang bukan dalam radar kerajaan, belum tampil mendaftar apatah lagi menerima vaksin.
“Seharusnya semua penghuni warga emas pusat jagaan tidak kira berdaftar atau tidak berdaftar dengan KPWKM telah menerima suntikan vaksin pada bulan pertama.
“Keutamaan pemvaksinan di pusat jagaan warga emas adalah genting kerana menurut data Kementerian Kesihatan, kadar kematian warga emas di pusat jagaan adalah tinggi sebanyak 1.48%, berbanding dengan kadar kematian kebangsaan sekitar 0.38%,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32210

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rina Lebih Gemar Jadi Model Pelakon Daripada Jaga Kebajikan Warga Emas

Rina Lebih Gemar Jadi Model Pelakon Daripada Jaga Kebajikan Warga Emas

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 245 hits
By 16 May 2021 Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun KUALA LUMPUR Wanita Keadilan hari ini menuntut Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun memberi penjelasan berhubung pemberian vaksin ...
Rina Perlu Teliti Elak Lebih Banyak Warga Emas Mati Akibat Covid

Rina Perlu Teliti Elak Lebih Banyak Warga Emas Mati Akibat Covid

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 363 hits
Klip video Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Rina Harun yang berlakon sebagai penghantar makanan ke rumah seorang warga emas terus mendapat kecaman warga net Selain isu itu kecaman juga tertumpu kepada ketidakpekaan R...
40000 Dos Vaksin Covid 19 Untuk Warga Emas Dan Oku

40000 Dos Vaksin Covid 19 Untuk Warga Emas Dan Oku

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 370 hits
Sebanyak 40 000 dos vaksin Covid 19 akan diasingkan bagi tujuan vaksinasi kumpulan warga emas dan orang kurang upaya yang menjadi kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dalam Program Imunisasi Covid 19 fasa ke...
Pendaftaran Suntikan Vaksin Kini Dibuka Buat Warga Emas Berusia 60 Tahun Dan Penjaga

Pendaftaran Suntikan Vaksin Kini Dibuka Buat Warga Emas Berusia 60 Tahun Dan Penjaga

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 273 hits
Perhatian buat semua warga emas berusia 60 tahun ke atas dan penjaga nbsp Pendaftaran suntikan vaksin kini dibuka buat warga emas berusia 60 tahun ke atas yang menetap di Johor Kuala Lumpur Pulau Pinang Sarawak dan Selangor nbsp Daftar seka...
Mudahkan Rakyat Warga Emas Peroleh Vaksin

Mudahkan Rakyat Warga Emas Peroleh Vaksin

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 177 hits
Mudahkan rakyat warga emas peroleh vaksinOleh May 26 2021Kerajaan Perikatan Nasional bukan sahaja diseru agar menyegerakan proses menyuntik vaksin kepada rakyat Malaysia malah digesa untuk memudahkan rakyat mendapatkan vaksin berkenaan Hal ...
Mengejutkan Hampir 10 000 Penduduk Kelantan Tak Hadir Janji Temu Vaksin

Mengejutkan Hampir 10 000 Penduduk Kelantan Tak Hadir Janji Temu Vaksin

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 305 hits
Hampir 10 000 penduduk di Kelantan dengan sebahagian besar berusia 60 tahun ke atas dikesan gagal hadir menerima suntikan vaksin sehingga semalam Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata antara puncanya ialah...
Ahli Parlimen Guna Gaji Sebulan 9 Hari Bina Rumah Bagi Warga Emas

Ahli Parlimen Guna Gaji Sebulan 9 Hari Bina Rumah Bagi Warga Emas

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 318 hits
Steven Sim bergambar dengan Uncle Ah Hock di luar rumah baharunya GEORGE TOWN Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim menggunakan wang sendiri untuk membina rumah baharu dalam sembilan hari bagi seorang warga emas yang tinggal di rumah usan...
Warga Emas Ditemukan Mati Di Kebun Pisang

Warga Emas Ditemukan Mati Di Kebun Pisang

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 246 hits
Oleh NORLIA RAMLI MAYAT Kamaludin Safei ditemukan di kebun pisang miliknya di Kampung KEDA Sungai Semiar Mukim Jeneri Sik Kedah hari ini SIK Seorang lelaki warga emas berusia 69 tahun ditemukan meninggal dunia di kebun pisang miliknya di Ka...
Steven Sim Bantu Warga Emas

Steven Sim Bantu Warga Emas

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 427 hits
Selepas sentiasa dilihat membantu orang Melau yang memerlukan semalam ahli parlimen Bukit Mertajam Steven Sim menceritakan bagaimana beliau membantu seorang Cina pula yang selama ini dibantu oleh jian jirannya berbangsa MelayuBeliau membant...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba