Rina Perlu Teliti Elak Lebih Banyak Warga Emas Mati Akibat Covid



Klip video Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Rina Harun yang berlakon sebagai penghantar makanan ke rumah seorang warga emas terus mendapat kecaman warga net.
Selain isu itu, kecaman juga tertumpu kepada ketidakpekaan Rina terhadap penjagaan kesihatan warga emas sepanjang pandemik Covid 19 apabila Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Februari lalu mengesahkan hampir 70% daripada jumlah kematian akibat Covid di Malaysia terdiri daripada warga emas berusia lebih 60 tahun.
Bagi Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menerima hakikat bahawa Rina adalah Menteri yang paling gagal di antara anggota-anggota kabinet beliau
Katanya, dengan peranan Menteri dan Timbalan Menteri KPWKM yang seharusnya membela nasib golongan rentan namun mereka tidak berbuat yang terbaik dalam usaha melambatkan jangkitan wabak Covid-19, terutamanya di pusat jagaan warga emas, maka keberadaan mereka berdua dalam kabinet seharusnya dipersoalkan.
“Yang jelas dapat dilihat ‘peranan’ Rina adalah sewaktu menjadi model majalah. Dan kini menjadi pelakon? Timbalan Menteri KPWKM pula membisu.
“Tambahan lagi, menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham 4 Mac lalu, kadar kematian dalam kalangan penghuni pusat jagaan warga emas agak tinggi, iaitu 1.48% berbanding kadar kematian kebangsaan sebanyak 0.38%. Seramai 610 penghuni di pusat jagaan warga emas sudah dijangkiti wabak Covid-19.
“Hakikatnya, keresahan dan kemurungan yang dihadapi oleh penghuni warga emas di pusat jagaan semakin meningkat kerana berlakunya pengasingan diri dan penjarakkan fizikal dalam jangka panjang akibat penularan wabak Covid.
“Oleh yang demikian, penghuni warga emas kekurangan akses kepada maklumat luar dan peluang bagi berjumpa dengan ahli keluarga dan rakan,” kata Loh dalam satu kenyataan.
Menurut mantan Pengurus Program Warga Emas Chinese Welfare Services South Australia Incorporated itu lagi, isu kekurangan peralatan perlindungan peribadi (PPE) bagi pekerja penjagaan pusat warga emas juga menjadi salah satu punca golongan berkenaan mudah terdedah kepada jangkitan Covid.
Hal itu, katanya, kerana bantuan penjagaan fizikal menjadi keperluan harian buat penghuni yang tidak dapat mengurus penjagaan diri tanpa dibantu.
“Oleh itu, saya memohon Rina mengambil sedikit masa menjawab beberapa persoalan
“Apakah tindakan mitigasi yang diambil oleh Rina setakat ini untuk memelihara kesihatan mental warga emas terutamanya penghuni di pusat jagaan orang tua sejak negara dilanda Covid?
“Adakah Rina memastikan penjaga atau kakitangan di setiap pusat penjagaan warga emas di negara ini dibekalkan PPE asas yang cukup dan digunakan mengikuti panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia bertarikh 4 November 2020?” tanyanya.
Beliau juga bertanya sama ada menteri terbabit telah memohon Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) mengutamakan institusi penjagaan warga emas dan memberi kemudahan Pasukan Perubatan bergerak ke pusat penjagaan warga emas untuk memberikan suntikan vaksin?
Begitu juga dari segi sebaran media, Rina sepatutnya mengaktifkan Unit Komunikasi Korporat (UKK) dalam kementerian atau memohon kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) yang menjaga komunikasi dua hala bagi menyampaikan kesedaran pendaftaran vaksin kepada warga emas secara strategik.
“Adakah Rina telah memohon JKJAV bagi memastikan pemakluman jadual temujanji vaksin dijalankan melalui panggilan telefon memandangkan kebanyakkan warga emas kurang peka penggunaan SMS dan applikasi MySejahtera?
“Persoalan paling penting, adakah angka-angka kes kematian warga emas akibat Covid pada kaca mata Kabinet Perikatan Nasional (PN) cuma soalan matematik yang bukan melibatkan nyawa?
“Semua pihak telah memberi semua kemudahan termasuk proklamasi darurat yang dituntut oleh Kabinet PN. Mereka mempunyai kuasa mutlak bagi memerangi Pandemik Covid dan memimpin rakyat ke arah pemulihan pasca pandemik, apakah lagi Kabinet ini mahu daripada rakyat jika mereka sendiri terus gagal?” tanya beliau lagi.
Sehubungan tu, Loh mendesak Rina dan Timbalan Menteri KPWKM memohon maaf kepada ahli keluarga warga emas mangsa Covid-19 dengan segera dan berundur daripada jawatan masing-masing.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32146

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rina Lebih Gemar Jadi Model Pelakon Daripada Jaga Kebajikan Warga Emas

Rina Lebih Gemar Jadi Model Pelakon Daripada Jaga Kebajikan Warga Emas

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 245 hits
By 16 May 2021 Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun KUALA LUMPUR Wanita Keadilan hari ini menuntut Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun memberi penjelasan berhubung pemberian vaksin ...
Warga Emas Terus Jadi Korban Terbanyak Akibat Covid 19

Warga Emas Terus Jadi Korban Terbanyak Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 273 hits
Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR PUTRAJAYA Malaysia merekodkan peningkatan kes kematian akibat Covid 19 seramai 34 orang dengan 25 daripadanya adalah warga emas yang melibatkan pelbagai latar belakang penyakit Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr ...
Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 511 hits
HAMZAH RIE NADS Anwar pernah meminta bapanya memulangkan kembali pemberian tanah beribu ekar di Sabah kerana tidak mahu pemberian tanah tersebut kerana beliau ketika itu berjawatan Timbalan Perdana Menteri Anwar tidak mahu amalan kronisme m...
Emas Mengumpul Lebih Banyak Momentum Kenaikan Harga

Emas Mengumpul Lebih Banyak Momentum Kenaikan Harga

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 273 hits
Emas diniagakan pada tahap 1 868 42 di bawah tahap tinggi 1 875 04 Harga telah menurun sedikit setelah rali agresif terakhirnya cuba menangkap lebih banyak momentum kenaikan harga sebelum melonjak lebih tinggi Kecenderungan pasaran menaik w...
Warga Emas Ditemukan Mati Di Kebun Pisang

Warga Emas Ditemukan Mati Di Kebun Pisang

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 246 hits
Oleh NORLIA RAMLI MAYAT Kamaludin Safei ditemukan di kebun pisang miliknya di Kampung KEDA Sungai Semiar Mukim Jeneri Sik Kedah hari ini SIK Seorang lelaki warga emas berusia 69 tahun ditemukan meninggal dunia di kebun pisang miliknya di Ka...
Wanita India Disangka Mati Akibat Covid 19 Hidup Balik Sebelum 039 Mayat 039 Dibakar

Wanita India Disangka Mati Akibat Covid 19 Hidup Balik Sebelum 039 Mayat 039 Dibakar

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 232 hits
Images Gambar AFP KONGSI ARTIKEL KUALA LUMPUR Seorang wanita berusia 76 tahun dari sebuah kampung di Baramati India yang dipercayai sudah meninggal dunia mengejutkan keluarganya ketika dia bangun beberapa saat sebelum mayatnya disema
40000 Dos Vaksin Covid 19 Untuk Warga Emas Dan Oku

40000 Dos Vaksin Covid 19 Untuk Warga Emas Dan Oku

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 370 hits
Sebanyak 40 000 dos vaksin Covid 19 akan diasingkan bagi tujuan vaksinasi kumpulan warga emas dan orang kurang upaya yang menjadi kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dalam Program Imunisasi Covid 19 fasa ke...
Warga Emas Kena Denda Rm5 000 Gara Gara Tanggal Gelang Pink Positif Covid 19 Di Raub

Warga Emas Kena Denda Rm5 000 Gara Gara Tanggal Gelang Pink Positif Covid 19 Di Raub

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 586 hits
RAUB Seorang warga emas dikompaun RM5 000 kerana tidak mematuhi perintah pencegahan penyakit oleh pihak berkuasa selepas dia menanggalkan gelang yang menandakan dia diawasi semasa ke klinik Tindakan wanita berusia 72 tahun itu menanggalkan ...
Disahkan Meninggal Dunia Warga Emas Ini Buka Mata Sebelum Dibakar

Disahkan Meninggal Dunia Warga Emas Ini Buka Mata Sebelum Dibakar

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 248 hits
Seorang warga emas India berusia 76 tahun yang dipercayai telah meninggal dunia akibat positif COVID 19 membuka matanya beberapa minit sebelum upacara pembakaran mayatnya dilakukan Mengikut portal berita tempatan di India wanita yang bernam...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities