Mudahkan Rakyat Warga Emas Peroleh Vaksin




Mudahkan rakyat, warga emas peroleh vaksinOleh: Redzuan RF8 MediaMay 26, 2021ShareKerajaan Perikatan Nasional bukan sahaja diseru agar menyegerakan proses menyuntik vaksin kepada rakyat Malaysia malah digesa untuk memudahkan rakyat mendapatkan vaksin berkenaan.
Hal itu diputuskan dalam mesyuarat Pengerusi-pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN, semalam.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan sejurus mesyuarat berakhir, MPN KEADILAN mendesak agar memperbanyak pusat pemberian vaksin kepada rakyat.
“MPN sedar terdapat aduan terkait dengan pusat pemberian vaksin (PPV) yang dipusatkan di bandaraya sahaja seperti pusat pemberian vaksin AstraZeneca (PPVAZ) untuk warga emas di Johor, iaitu hanya di Persada Johor International Convention Center, Johor Bahru.
“Maklumat rasmi dikeluarkan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 pada 22 Mei lalu menyatakan demikian sedangkan ciapan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada 17 Mei menyebutkan AstraZeneca juga akan dihantar kepada rumah jagaan warga emas. Mana satu yang betul?” tanya mereka.
Sehubungan itu, MPN mahu kerajaan PN menambahbaik beberapa perkara dalam program vaksinasi Covid 19 kebangsaan dengan menggunakan saluran dan media yang jelas supaya maklumat yang sampai kepada rakyat selari dan mudah diikuti
Kerajaan juga, kata mereka, perlu meningkatkan kejelasan dan ketelusan dalam sistem pengganti penerima vaksin sekiranya penerima asal tidak dapat hadir atau menolak. Kekeliruan dalam hak pengagihan vaksin dan SOP juga perlu diselesaikan dengan melantik jurucakap yang sesuai
Kerajaan perlu membuka seberapa luas ruang pemberian vaksin termasuk menambah PPV di hospital dan klinik swasta supaya lebih mudah dicapai rakyat, termasuk di luar bandar dan membenarkan negeri-negeri membeli sendiri vaksin tanpa banyak karenah birokrasi.
Selain itu, kata mereka, usaha mendaftarkan semua rakyat Malaysia bagi mendapatkan vaksin perlu dipergiat dan dipermudahkan.
“Usaha pendaftaran bagi vaksinasi Covid-19 wajar disokong dan digerakkan sebagai sebahagian daripada program imunisasi kebangsaan untuk melindung diri dan semua daripada sebarang jangkitan.
“Negeri-negeri wajar bekerjasama dengan wakil-wakil rakyat dan agensi yang berkenaan supaya pendaftaran dapat diluaskan, termasuk di kawasan luar bandar juga kalangan masyarakat rentan serta warga emas.
“MPN bagaimanapun mendesak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri memudahkan serta menyegerakan pemberian vaksin kerana masih terdapat jurang yang besar antara jumlah yang berdaftar dan jumlah yang divaksin.
“Terdapat jurang yang besar antara unjuran pemberian harian sebanyak 75,000 suntikan dengan angka sebenar sebanyak 30,000 – 40,000 suntikan sehari. Malahan terdapat jurang amat besar antara jumlah dos vaksin yang diperolehi rakyat dengan unjuran oleh Kementerian iaitu perbezaan kekurangan hampir 3.6 juta dos,” kata mereka lagi.
Oleh itu, MPN khuatir dengan kelemahan dan kelembapan kerajaan PN menangani isu Covid-19 dan vaksin. Sementara rakyat dan peniaga terus diminta waspada terhadap wabak.
“Kegagalan kerajaan memahami keadaan sebenar rakyat boleh menambahburuk keadaan. MPN mendesak kerajaan untuk melibatkan wakil-wakil rakyat dalam usaha melawan Covid-19 dengan membuka parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta bekerjasama di peringkat Negeri, Daerah dan Mukim,” kata mereka lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/mudahkan-rakyat-warga-emas-peroleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendaftaran Suntikan Vaksin Kini Dibuka Buat Warga Emas Berusia 60 Tahun Dan Penjaga

Pendaftaran Suntikan Vaksin Kini Dibuka Buat Warga Emas Berusia 60 Tahun Dan Penjaga

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 285 hits
Perhatian buat semua warga emas berusia 60 tahun ke atas dan penjaga nbsp Pendaftaran suntikan vaksin kini dibuka buat warga emas berusia 60 tahun ke atas yang menetap di Johor Kuala Lumpur Pulau Pinang Sarawak dan Selangor nbsp Daftar seka...
10 000 Warga Emas Tak Hadir Suntik Vaksin Rina Perlu Jawab

10 000 Warga Emas Tak Hadir Suntik Vaksin Rina Perlu Jawab

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 245 hits
Wanita KEADILAN memandang berat 10 000 penerima vaksin Covid 19 di Kelantan yang kebanyakannya warga emas tidak hadir menerima suntikan vaksin baru baru ini Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Loh Ker Chean berkata jumlah itu tidak boleh di...
40000 Dos Vaksin Covid 19 Untuk Warga Emas Dan Oku

40000 Dos Vaksin Covid 19 Untuk Warga Emas Dan Oku

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 376 hits
Sebanyak 40 000 dos vaksin Covid 19 akan diasingkan bagi tujuan vaksinasi kumpulan warga emas dan orang kurang upaya yang menjadi kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dalam Program Imunisasi Covid 19 fasa ke...
Wow Sayu Lihat Warga Emas Usung Bakul Raya Di Sempadan Kedah Perlis

Wow Sayu Lihat Warga Emas Usung Bakul Raya Di Sempadan Kedah Perlis

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 479 hits
Sayu lihat warga emas usung bakul raya di sempadan Kedah Perlis bakal menantu akui makan sambil menangis Mak memang masak untuk saya dan tunang Khamis 13 Mei 2021 12 00 PMOleh HAWA SOLEHA SALEEMAziera tidak dapat menahan sebak melihat bakal...
Hiburan Siapa Nak Tengok Saya Dekat Kubur Fauziah Nawi Rayu Rakyat Dapatkan Vaksin Gara Gara Ramai Tak Hadir

Hiburan Siapa Nak Tengok Saya Dekat Kubur Fauziah Nawi Rayu Rakyat Dapatkan Vaksin Gara Gara Ramai Tak Hadir

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 262 hits
Seniwati Fauziah Nawi ketika dalam sebuah program temu bual bersama Astro Awani pada Sabtu lalu merayu agar mereka yang dijadualkan untuk menerima vaksin untuk hadir ke program vaksinasi itu Kes harian COVID 19 yang semakin meningkat dari h...
Warga Emas Maut Mendaki Bukit Soga

Warga Emas Maut Mendaki Bukit Soga

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 255 hits
ZULHISHAM ISAHAKAnggota bomba mengusung mayat seorang warga emas yang maut semasa mendaki bersama sama isteri dan anaknya di Bukit Soga Batu Pahat pada Rabu BATU PAHAT Seorang warga emas meninggal dunia semasa mendaki bersama sama isteri da...
Rentasan 895 Panas Rakyat Diberi Suntikan Vaksin Kurang Dos Amara

Rentasan 895 Panas Rakyat Diberi Suntikan Vaksin Kurang Dos Amara

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 209 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8951 HASIL MAINAN SCHEME OF THING GAGAL 2 ADAKAH DOS VAKSIN JUGA DUA DARJAT 3 INILAH HASIL BILA LANTIKAN POLITIK KUASAI GLC
Semua Rakyat Malaysia Di Jangka Akan Di Beri Suntikan Vaksin Sebelum Hujung Tahun 2021

Semua Rakyat Malaysia Di Jangka Akan Di Beri Suntikan Vaksin Sebelum Hujung Tahun 2021

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 365 hits
SHAH ALAM Semua rakyat Malaysia dijangka akan diberi suntikan vaksin Covid 19 sebelum hujung tahun ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia berikutan lebih banyak bekalan vaksin akan diterima Perkara itu diumum Muhyiddin pada...
Semua Rakyat Disuntik Vaksin Covid 19 Menjelang Akhir Tahun Pm

Semua Rakyat Disuntik Vaksin Covid 19 Menjelang Akhir Tahun Pm

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 305 hits
Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR Muhyiddin ketika menerima suntikan vaksin Covid 19 PETALING JAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya semua rakyat Malaysia akan menerima suntikan vaksin Covid 19 pada akhir tahun ini Menurutnya b...
Telefilem Hati Di Bibir

World S First Tri Fold Phone Huawei Mate Xt Ultimate Design Makes Its Grans Debut In Malaysia

Elevate Your Workplace Efficiency With The Revolutionary Tablet Huawei Matepad Pro 13 2

Bekal Breakfasttertinggal

Minister Denies Upnm A Dumping Ground For 3 Star Generals

Resepi Biskut Pistachio

Play88 Malaysia Online Casino Exciting Games Big Wins

Carcosa Seri Negara To Reopen With New Look By July


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


Demi Untung Tak Kira Ramadhan

Skop Tugas Sebenar Ahli Muzik Gred B1

Betul Ke Teh Dan Kopi Punca Gastrik Meh Baca Ni

Shell Fuelsave Diesel Baharu Pemanduan Sehingga 19km Lebih Jauh

The Hidden Environmental Impacts Of Tropical Fish Aquariums Earth Com

The World S Forgotten Fishes Practical Fishkeeping