10 000 Kes Positif Dijangka Minggu Kedua Mac


 Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR
NOOR HISHAM ABDULLAHPUTRAJAYA: Malaysia dijangka boleh mencecah sebanyak 10,000 kes pada minggu kedua bulan depan jika mengikut unjuran kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R0 1.15 berdasarkan kes seharian, kelmarin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pada minggu pertama Mac pula, jumlah kes positif dijangka mencapai 8,000 kes.
Beliau berkata, jangkaan itu juga berdasarkan kumulatif harian kes yang dicatatkan melebihi 5,000 kes tiga hari berturut-turut, hujung bulan lalu.
Noor Hisham berkata, kes positif semalam turun ke 3,455 kes dengan merekodkan jumlah kematian tertinggi sebanyak 21 kes sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini.
Bagaimanapun, kes sembuh Covid-19 negara iaitu 3,661 kes melebihi kes positif menjadikan keseluruhan kes sembuh meningkat sebanyak 173,990 kes manakala kes positif negara pula, sebanyak 222,628 kes.
Katanya, terdapat 327 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 145 kes memerlukan bantuan pernafasan dan tujuh kluster serta Selangor menjadi negeri tunggal mencatatkan kes melebihi 1,000 kes iaitu 1,145 kes.
“Johor pula menjadi negeri kedua kes tertinggi iaitu 708 kes; Kuala Lumpur, 619 kes; Sabah, 276 kes; Sarawak, 121 kes; Terengganu, 115 kes; Pulau Pinang, 85 kes; Perak, 84 kes; Negeri Sembilan 79 kes; Pahang, 63 kes; Melaka, 62 kes; Kedah, 59 kes; Kelantan, 31 kes; manakala Putrajaya, enam kes serta Labuan dan Perlis, masing-masing satu kes.
“Kes kematian melibatkan 12 kes di Selangor, empat kes di Sabah, masing-masing dua kes di Johor dan Kuala Lumpur dan satu kes di Kedah yang mana sebanyak 20 kes melibatkan warga tempatan dan satu warga asing,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas mengenai 21 kematian, Noor Hisham berkata, semua pesakit membabitkan sebanyak 13 lelaki dan lapan wanita termasuk satu warga asing yang berusia antara 36 tahun hingga 83 tahun.
“Hanya seorang tidak mempunyai penyakit manakala 20 pesakit mempunyai pelbagai latar belakang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dislipidemia, jantung, obesiti, strok dan kanser hati,” katanya.
Mengenai tujuh kluster baharu, beliau berkata, enam membabitkan kluster berkaitan tempat kerja manakala satu lagi kluster berkaitan komuniti.
Katanya, enam Kluster berkaitan tempat kerja iaitu dua di Selangor, Kluster Jalan Ragum melibatkan Klang dan Petaling, seramai 542 individu disaring yang mana 219 kes positif dan Kluster Bukit Rahman melibatkan Kuala Selangor, Petaling, dan Gombak, seramai 2,800 individu disaring, yang mana 48 kes positif.
“Kluster Parit Jamil Darat di Muar, Johor, seramai 189 individu disaring yang mana 26 kes, Kluster Tapak Bina Jalan Cheras di Cheras, Kuala Lumpur, sebanyak 332 kes dari 823 individu yang disaring.
“Kluster Taman Muhibbah melibatkan Temerloh dan Kuantan, Pahang, seramai 47 individu disaring yang mana 14 kes positif dan Kluster Industri Serkam melibatkan Jasin dan Melaka Tengah, Melaka, seramai 1,700 individu disaring, yang mana 69 kes dikesan positif,” katanya.
Tambahnya, kluster berkaitan komuniti iaitu Kluster Semarak Bersia di Hulu Perak, Perak, seramai 58 individu disaring yang mana 19 kes dikesan positif. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/10000-kes-positif-dijangka-minggu-kedua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Satu Daripada 48 Kes Baru Alami Simptom 2 Minggu Sebelum Disahkan Positif Covid 19

Satu Daripada 48 Kes Baru Alami Simptom 2 Minggu Sebelum Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 252 hits
SINGAPURA Singapura melaporkan 48 kes baru COVID 19 hari ini semuanya kes diimport Demikian menurut Kementerian Kesihatan Jumlah kes import itu yang tertinggi di Singapura sejak 23 Mac apabila 48 kes import dilaporkan ketika itu
Jangkaan 8 000 Kes Pada Mac Mungkin Jadi Lebih Awal Pakar Kesihatan

Jangkaan 8 000 Kes Pada Mac Mungkin Jadi Lebih Awal Pakar Kesihatan

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 183 hits
Unjuran 8 000 kes harian COVID 19 pada Mac depan berkemungkinan berlaku lebih awal sekiranya langkah drastik tidak dilaksanakan Pada masa sama Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UPM Profesor Madya Dr Malina Osman ber...
Kfc Malaysia Dijangka Menawarkan Burger Daging Ayam Daripada Tumbuh Tumbuhan Minggu Depan

Kfc Malaysia Dijangka Menawarkan Burger Daging Ayam Daripada Tumbuh Tumbuhan Minggu Depan

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 156 hits
Sejak dua tahun kebelakangan ini teknologi menghasilkan daging dari tumbuh tumbuhan mula mendapat perhatian ramai Phuture Foods dari Malaysia misalnya menghasilkan daging kambing ayam dan khinzik sintetik yang diperbuat daripada sayur sayur...
102 Sekolah Menengah Di Sabah Mencatatkan Kes Positif Covid 19 Kata Masidi

102 Sekolah Menengah Di Sabah Mencatatkan Kes Positif Covid 19 Kata Masidi

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 178 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata semua sekolah yang ditutup telah dibuka semula KOTA KINABALU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata sebanyak 102 daripada 221 sekolah menengah di Sabah dis...
Ujian Saringan Pelajar Hanya Kes Positif Kontak Rapat

Ujian Saringan Pelajar Hanya Kes Positif Kontak Rapat

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 178 hits
PUTRAJAYA Ujian saringan kepada pelajar yang pulang ke sekolah akan dijalankan sekiranya terdapat kes positif selain mereka yang terdedah kepada kes Covid 19
Terkini Paling Tinggi Hari Ini 5 728 Kes Positif Covid 19

Terkini Paling Tinggi Hari Ini 5 728 Kes Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 252 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan status terkini kes positif Covid 19 di Malaysia setakat hari ini 30 Januari 2021 adalah sebanyak 5 728 kes Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara kita meningkat kepada 209 661 ...
Harga Ikan Sayur Dijangka Akan Jatuh Dalam 2 3 Minggu

Harga Ikan Sayur Dijangka Akan Jatuh Dalam 2 3 Minggu

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 260 hits
Robin AugustinPETALING JAYA Bos rangkaian pasar raya besar Mydin berkata kenaikan harga makanan antara 30 hingga 250 baru baru ini dijangka kembali normal dalam tiga minggu Pengarah Urusan Mydin Ameer Ali Mydin berkata kenaikan harga baru b...
Malaysia Dijangka Memulakan Suntikan Pada Hujung Mac Kah Kah

Malaysia Dijangka Memulakan Suntikan Pada Hujung Mac Kah Kah

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 123 hits
Dulu bila Singapura lebih dulu terima vaksin ada menteri kata sebab negara tersebut punya kewangan yang kukuh dan mereka boleh tempah awal Ini sekarang macam mana pula bila Nepal Myanmar dan Bangladesh pun lebih dulu terima vaksin juga Rama...
Vaksinasi Covid 19 Dijangka Mulai Mac Untuk Petugas Barisan Hadapan

Vaksinasi Covid 19 Dijangka Mulai Mac Untuk Petugas Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 217 hits
KUALA LUMPUR 12 Jamadilakhir 1442H Isnin Kementerian Kesihatan menyasarkan program vaksinasi COVID 19 di negara ini dapat diselesaikan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ber
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix


Manusia Tidak Mengetahui Akhir Sesuatu Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Moira Dela Torre Artis Filipina Pilih Kuala Lumpur Sebagai Hentian Pertama Moira World Tour 2024

Dap Lagi Ambil Tindakan Begini Meggajarnya

Mengopi Buttercream Latte Di Simpol Cafe Alor Setar

Happy Birthday

The Power Of Ai In Cybersecurity Cyrebro S Mdr With A Brain