102 Sekolah Menengah Di Sabah Mencatatkan Kes Positif Covid 19 Kata Masidi


 
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Masidi Manjun berkata semua sekolah yang ditutup telah dibuka semula.KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Masidi Manjun berkata, sebanyak 102 daripada 221 sekolah menengah di Sabah disahkan mempunyai kes Covid-19 sejak 16 Jan hingga hari ini.
Beliau berkata, daripada jumlah sekolah yang disahkan mempunyai kes Covid-19 berkenaan, sebanyak lapan terpaksa ditutup iaitu kesemuanya di Sandakan.
Bagaimanapun, katanya, sekolah-sekolah terbabit telah mula beroperasi semula, baru-baru ini, selepas tiada lagi jangkitan baharu dilaporkan.
“Sekolah-sekolah yang ditutup di Sandakan sebelum ini ialah di Sekolah Menengah (SM) St Mary, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Sapi, SMK Elopura Bestari, SMK Perempuan, SMK Sandakan, Kolej Vokasional Sandakan, SM St Cecelia dan SMK Agama Tun Juhar.
“Pecahan kes mengikut sekolah terbabit pula ialah satu kes membabitkan guru di St Mary; dua kes masing-masing membabitkan seorang guru dan pelajar di SMK Batu Sapi; SMK Elopura Bestari (dua pelajar, lapan guru); masing-masing seorang guru di SMK Sandakan, Kolej Vokasional Sandakan, SM Cecelia dan SMK Agama Tun Juhar,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media perkembangan Covid-19 di Sabah, di sini, hari ini.
Sementara itu, Masidi berkata Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan membuat penelitian dan penilaian bagi setiap kes yang dilaporkan di sekolah sebelum membuat keputusan sama ada ianya akan ditutup atau tidak.
Katanya, sekiranya terdapat bukti yang menunjukkan penularan virus menyebabkan terjadinya kluster di sekolah, pegawai kesihatan di daerah akan membuat keputusan untuk menutup sekolah dan menghentikan aktiviti persekolahan selama 10 hari bagi memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.
“Penutupan sekolah juga membolehkan kontak-kontak rapat kepada kes dapat disaring dengan lebih berkesan.
“Sekiranya pengesanan kes dapat dilakukan dengan awal sebelum terjadinya kluster, kontak-kontak rapat kepada kes akan disaring dan diasingkan dalam kuarantin.
“Aktiviti persekolahan boleh diteruskan dengan pengamalan SOP (prosedur operasi standard) yang ketat dan pemantauan simptom dalam kalangan pelajar-pelajar dan guru,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/02/102-sekolah-menengah-di-sabah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Know+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Empat Lagi Sekolah Di Sabah Ditutup Masidi

Covid 19 Empat Lagi Sekolah Di Sabah Ditutup Masidi

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 189 hits
Empat lagi sekolah di daerah Sandakan diarahkan tutup akibat jangkitan COVID 19 Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah Datuk Masidi Manjun berkata berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah sekolah yang terk...
Covid 19 Sebanyak 4 284 Kes Positif Baharu Dengan 18 Kes Kematian Di Rekodkan Hari Ini

Covid 19 Sebanyak 4 284 Kes Positif Baharu Dengan 18 Kes Kematian Di Rekodkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 161 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 4 284 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid 19 di Malaysia sebanyak 226 912 kes Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah tersebut enam kes import mendap...
Jangan Tertipu Dengan Penurunan Kes Covid 19 Kata Kumpulan Perubatan

Jangan Tertipu Dengan Penurunan Kes Covid 19 Kata Kumpulan Perubatan

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 173 hits
Imran AriffPETALING JAYA Walaupun jumlah kes baharu Covid 19 menurun ke bawah 4 000 daripada jumlah tertinggi pernah dicatatkan sebanyak 5 000 sejak seminggu lalu pakar kesihatan memberi amaran supaya tidak berasa terlalu selamat Mereka ber...
Terkini Paling Tinggi Hari Ini 5 728 Kes Positif Covid 19

Terkini Paling Tinggi Hari Ini 5 728 Kes Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 252 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan status terkini kes positif Covid 19 di Malaysia setakat hari ini 30 Januari 2021 adalah sebanyak 5 728 kes Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara kita meningkat kepada 209 661 ...
Covid 19 Sebanyak 3 585 Kes Positif Baharu Dengan Sebelas Kemafian Direkodkan Hari Ini

Covid 19 Sebanyak 3 585 Kes Positif Baharu Dengan Sebelas Kemafian Direkodkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 213 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 3 585 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid 19 sebanyak 190 434 kes Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah tersebut tiga kes import mendapat jangkitan...
Sabah Terus Catat Penurunan Kes Baharu Covid 19

Sabah Terus Catat Penurunan Kes Baharu Covid 19

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 234 hits
Oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun NSTP Malai Rosmah Tuah KOTA KINABALU Jumlah daerah di Sabah dalam kategori zon merah berkurangan dengan kes baharu positif COVID 19 turun kepada 118 kes semalam Jur...
4 522 Pesakit Sembuh 5 298 Kes Baharu Covid 19

4 522 Pesakit Sembuh 5 298 Kes Baharu Covid 19

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 200 hits
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kaedah alternatif untuk merawat Covid 19 perlu ada bukti serta kajian yang kukuh Foto oleh Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR 31 Jan Malaysia mencatatkan jumlah kes sembuh Covid 19 harian tertinggi hari ini a...
Dr M Arah Saya Elak Prosiding Mahkamah Terbuka Kes Zakir Naik Kata Thomas

Dr M Arah Saya Elak Prosiding Mahkamah Terbuka Kes Zakir Naik Kata Thomas

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 242 hits
PETALING JAYA Bekas peguam negara Tommy Thomas berkata Dr Mahathir Mohamad mengarahkannya mengelak sebarang prosiding mahkamah terbuka dalam usaha mengekstradisi penceramah kontroversi Zakir Naik Thomas berkata beliau menemui Mahathir yang ...
2 Rakyat S 039 Pura Antara 29 Kes Import Covid 19

2 Rakyat S 039 Pura Antara 29 Kes Import Covid 19

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 252 hits
SINGAPURA Singapura melaporkan 29 kes baru COVID 19 hari ini Demikian menurut Kementerian Kesihatan Semuanya adalah kes kes import dan sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah atau diasingkan sebaik saja mereka tiba di sini
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Mengopi Buttercream Latte Di Simpol Cafe Alor Setar

Happy Birthday

The Power Of Ai In Cybersecurity Cyrebro S Mdr With A Brain

Tahanan Rumah Adakah Peruntukan Seumpama Itu

Kkb By Election Boycott By Mca Mic A Walk In A Slippery Park For Ph Dap

Titah Adendum Tengku Zafrul Enggan Dedah Kesilapan Afidavit Difailkan Zahid