1 Syawal Di Negeri Sembilan
Hari Raya Aidilfitri tahun 2023, raya tak kalut macam tahun lepas. Tiba-tiba Hurry Raya, tiba-tiba huru hara raya. Tahun ni kita raya santai-santai je tak kalut walaupun ramai dah balik kampung awal kononnya Jumaat dah raya. Rupanya kita raya hari Sabtu.
Jumaat atau Sabtu, raya tetap raya. Tahun ni kami berdua raya di kampung suami dulu. Kami raya berempat je lah tahun ni. Wajib bergambar simpan kenangan dalam album. Kami sekeluarga tak ada tema baju raya. Saya perasan tahun ni ramai tema hitam.
Tapi kami suami isteri sedondon tema wine dan Amethyst (kecubung). Macam biasa baju encik suami beli baju sahaja style teluk belanga warna wine. Dipadankan dengan pants warna hitam ikut style orang Johor gitu.
Malas dah nak beli sepasang sebab seluarnya pun jarang pakai. Baju Melayu tu bolehlah dipakai buat sembahyang Jumaat ke kan.
Saya pula memilih baju raya loose yang function dia boleh sorok lemak. Puasa tak sempat kurus macam tu lah. Masih memilih untuk kain pareo ikat senang nak adjust tinggi rendah kain. Kalau beli kain jenis getah tu confirm kena potong atau 3 kali lipat. Nasiblah jadi orang rendah.
Baju dipadankan dengan shawl warna wine purple. Kita mathing lah juga tema kami berdua ni kannn..
Di tangga ni port wajib bergambar. Rumah adik beradik arwah Uwan. Rumah orang lama cantik senibina tangganya kan. Sayang tak bergambar di tempat yang cantik. Sempat masuk beraya kejap makan laksa.
Seusai sesi bergambar, ziarah kubur arwah abah dan arwah uwan. Lepas tu baru kita pergi ke destinasi seterusnya beraya di rumah uwan sebelah arwah abah di Pilah juga sebelum kami berdua gerak balik kampung saya di Segamat.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Semoga bergembira di hari raya bersama keluarga dan hati hati di jalan raya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2023/04/1-syawal-di-negeri-sembilan.html