Sembilan Individu Di Tahan Jual Mercun Bunga Api Tanpa Lesen Di Negeri Pahang


 


KUANTAN - Sembilan individu ditahan susulan menjual bunga api dan mercun tanpa lesen atau permit di sekitar daerah ini dan Pekan.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, penahanan kesemua individu itu dibuat hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh 40 pegawai dan anggota unit penguat kuasa cawangan lesen Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang sejak 28 Mac lalu.
"Dalam pemeriksaan itu, kita telah menahan lima individu di daerah Kuantan manakala empat lagi di daerah Pekan.
"Mereka yang ditahan berusia antara 24 hingga 49 tahun. Malah, kita turut merampas mercun dan bunga api bernilai RM13,060," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Polis Pahang Peringkat Zon A di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada malam Rabu.
Ramli menjelaskan kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Katanya, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tujuh tahun atau denda RM7,000 atau keduanya sekali.
Ramli beramah mesra dengan pegawai dan anggota polis pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Polis Pahang Peringkat Zon A di pekarangan IPD Kuantan pada malam Rabu.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan polis Pahang menerima 414 permohonan menjual bunga api dan mercun sejak awal Ramadan.
Ujarnya, daripada jumlah itu sebanyak 340 permohonan diluluskan, 50 ditolak dan 34 lagi masih dalam proses.
"Ada permohonan terpaksa ditolak susulan pemohon gagal (melepasi) tapisan ditetapkan seperti mereka yang mempunyai rekod jenayah, tiada surat sokongan daripada agensi lain dan lokasi penjualan tidak sesuai.
"Malah, terdapat juga permohonan ditolak disebabkan melanggar syarat ditetapkan seperti berniaga secara dalam talian dan melebihi had simpanan ditetapkan," jelas beliau.
Sehubungan itu, Ramli mengingatkan orang ramai bahawa kebenaran menjual mercun dan bunga api bukanlah bermakna ia boleh dijual secara bebas.
Tegasnya, larangan bermain bunga api dan mercun masih berkuat kuasa dan tertakluk kepada Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).
Ramli menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Polis Pahang Peringkat Zon A di pekarangan IPD Kuantan pada malam Rabu.
"Kelonggaran diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri melalui kelulusan dasar bagi mengimport, menyimpan dan berniaga bunga api untuk jualan umum sempena (musim) perayaan," katanya.
Ramli memaklumkan sehingga Rabu, pihaknya belum menerima laporan mengenai insiden atau kejadian tidak diingini akibat bermain mercun dan bunga api di negeri ini.
"Setakat ini belum ada insiden seperti di negeri jiran yang kita lihat dan dilaporkan dalam media. Kita harap orang ramai sentiasa berhemah dan berhati-hati ketika bermain mercun dan bunga api," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/04/sembilan-individu-di-tahan-jual-mercun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cap Kesal Kerajaan Benar Penjualan Mercun Bunga Api

Cap Kesal Kerajaan Benar Penjualan Mercun Bunga Api

papar berkaitan - pada 16/4/2023 - jumlah : 406 hits
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLIGEORGETOWN Persatuan Pengguna Pulau Pinang kesal apabila kerajaan memberi kebenaran penjualan mercun dan bunga api Presidennya Mohideen Abdul Kader berkata dengan kebenaran tersebut ia menyebabkan peniaga haram akan...
Bunga Api Tiba Tiba Meletup Di Tangan Anak Melecur Sampai Ke Siku Warga Maya Minta Ibu Bapa Lebih Bertanggungjawab

Bunga Api Tiba Tiba Meletup Di Tangan Anak Melecur Sampai Ke Siku Warga Maya Minta Ibu Bapa Lebih Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 16/4/2023 - jumlah : 349 hits
Tular video di Twitter memaparkan seorang kanak kanak perempuan sedang bermain bunga api di beranda sebuah rumah dan ditemani individu dewasa Baca Juga Menerusi video tersebut pada awalnya mereka sedang seronok bermain namun di akhir video ...
Tiga Individu Kena Tahan Dalam Serbuan Dadah Di Felda Bukit Damar Lanchang

Tiga Individu Kena Tahan Dalam Serbuan Dadah Di Felda Bukit Damar Lanchang

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 313 hits
KUANTAN Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan ditahan polis dalam serbuan di Felda Bukit Damar Lanchang pada Khamis lalu Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata dalam serbuan itu pihaknya meramp...
Sprm Tahan 3 Individu Bantu Siasatan Kes Terima Suapan

Sprm Tahan 3 Individu Bantu Siasatan Kes Terima Suapan

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 239 hits
SEORANG ketua pegawai eksekutif sebuah perbadanan berkaitan kerajaan adalah antara tiga individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima suapan berjumlah kira kira RM600 000 M...
Ibu Ayah Tengok Tv Dalam Rumah Tak Sedar Anak Main Bunga Api Sampai 50 Peratus Melecur

Ibu Ayah Tengok Tv Dalam Rumah Tak Sedar Anak Main Bunga Api Sampai 50 Peratus Melecur

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 515 hits
Siapa menyangka anak yang riang bermain sebelum menyambut Syawal berakhir dengan keadaan tubuh yang teruk melecur Tragedi hitam menyayat hati di Kampung Senara Kubur Panjang Kedah itu menyaksikan seorang kanak kanak perempuan berusia empat ...
Ayam Masak Lemak Negeri Sembilan

Ayam Masak Lemak Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 16/4/2023 - jumlah : 802 hits
ayam masak lemakBahan bahannya 1 2 ekor ayam4 biji cili hidup 2 ulas bawang merah1 inci kunyit hidup1 asam kepingGaramGulaDaun limau purut atau daun kunyitSantan secukupnyaKentang jika sukaCara membuatnya Kisar cili bawang merah dan kunyit ...
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Kesan Kegiatan Pindah Balak Tanpa Kebenaran

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Kesan Kegiatan Pindah Balak Tanpa Kebenaran

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 181 hits
KUANTAN Unit Penguatkuasa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Zon Pahang Timur berjaya mengesan kegiatan memindahkan balak secara haram ekoran penemuan sejumlah tual balak tanpa pas memindah di kawasan sebuah kilang papan di Jalan Gambang Muad...
Jumlah Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Untuk Negeri Pahang

Jumlah Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Untuk Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 1014 hits
Beberapa hari yang Menteri Besar Pahang YAB Dato Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail telah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri untuk tahun 2023 kepada semua penjawat awam bagi negeri Pahang Ini memang biasa akan diberi setiap tahun apabila ti...
Penceramah Agama Di Pahang Wajib Ada Tauliah Daripada Pihak Berkuasa Negeri

Penceramah Agama Di Pahang Wajib Ada Tauliah Daripada Pihak Berkuasa Negeri

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 1152 hits
LIPIS Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah agar penceramah di negeri Pahang perlu mempunyai tauliah daripada pihak berkuasa agama negeri Penceramah atau pengajar perlu mendapatkan tauliah dar...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia