1 Lagi Varian Bermutasi Berulang Kali Lebih Kebal Vaksin Dikesan Di Afrika Selatan
Seorang jururawat melakukan ujian swab untuk Covid-19 di Johannesburg. Jurugambar: Michele Spatari / AFP / Gtty Images
CAPE TOWN, Afrika Selatan – Satu varian baharu Covid-19 yang lebih mudah berjangkit dan kebal terhadap vaksin dilaporkan dikesan oleh saintis di Afrika Selatan, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.
Varian dikenali sebagai C.1.2 dan lebih mudah berjangkit itu dipercayai bermutasi berulang kali berbanding varian asal dari Wuhan, demikian menurut pakar Institut Nasional Penyakit Berjangkit Afrika Selatan dan Platform Inovasi Urutan Penyelidikan KwaZulu-Natal.
Virus itu pertama kali dikenal pasti pada Mei lalu dan sejak itu, ia dikesan di England, China, Republik Demokratik Congo, Mauritius, New Zealand, Portugal dan Switzerland.
Berdasarkan kajian, saintis mendapati varian ini mempunyai kadar mutasi sekitar 41.8 kali setahun.
Kadar itu adalah hampir dua kali ganda daripada kadar mutasi global semasa koronavirus yang tergolong dalam Varian Membimbangkan (VOC) lain setakat ini.
Seorang wanita menjalani ujian saringan Covid-19 di Fourways Life Hospital di Johannesburg pada 28 Jun lalu. - AFP Penyelidik turut mendapati berlaku peningkatan genom jangka pendek yang konsisten dalam varian C.1.2 dan beberapa varian lain seperti Alpha, Beta dan Gamma.
Meskipun lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menentukan kesan jelas daripada mutasi ini, para saintis mengingatkan bahawa varian baharu yang bermutasi dengan ketara boleh menjadikan virus Covid-19 mampu menembusi antibodi dan imunisasi sedia ada badan manusia.
“Kami memperincikan garis kewujudan SARS-CoV-2 (virus penyebab Covid-19) yang baru dikenali ini dengan beberapa mutasi yang mungkin muncul di kawasan metropolitan utama di Afrika Selatan.
“Garis asal kewujudan varian ini berkembang dengan pantas dan menjadi jangkitan dominan di tiga wilayah yang turut mengakibatkan penularan dalam skala besar,” demikian hasil kajian yang ditulis dalam jurnal perubatan Nature. – Agensi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/1-lagi-varian-bermutasi-berulang-kali.html