1 Februari 1948 Memperingati Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu


Ramai yang malu mengaku Melayu, jauh sekali berjuang ubah nasib anak bangsa
SAYA yakin ramai yang tidak mengetahui bahawa tarikh 1 Februari adalah hari penubuhan Persekutuan Tanah Melayu di mana negeri-negeri Melayu telah diisytiharkan sebagai sebuah persekutuan, ataupun negara.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ini adalah hasil perjuangan jitu orang Melayu yang bersatu-padu menggagalkan penubuhan Malayan Union yang sepatutnya menjadi satu entiti koloni mahkota British. Tidak lama selepas itu, Tanah Melayu pun diisytiharkan merdeka dan kemudiannya terbentuknya Persekutuan Malaysia selepas Sabah, Sarawak dan Singapura menyertainya.

Saya tidak ingin menceritakan lanjut mengenai perincian-perincian sejarah tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu, tetapi saya ingin menulis mengenai iktibar dan refleksi realiti masa kini terhadap perkara ini.

Kini, bukan sahaja tidak ramai yang tahu akan asalnya Malaysia adalah Persekutuan Tanah Melayu tetapi memang sudah jadi norma bahawa apabila disebut perkataan “Tanah Melayu” maka dilabelnya sebagai rasis dan pelbagai konotasi negatif. Ini membimbangkan kita kerana hakikat ini akan menjadikan generasi akan datang tidak mengetahui akan asal usul negara bangsa yang kita ada hari ini. Malah, ‘Melayu’ mereka akan hanya pada nama sahaja.

Konotasi Tanah Melayu memberikan makna bahawa bangsa Melayu berdaulat di tanah airnya sendiri, maka mereka perlu ada rasa izzah dan bersungguh-sungguh untuk menjaga izzah itu dengan berusaha bersungguh-sungguh membangun anak bangsa dari segenap aspek.

Bangsa lain bangga menyebut tentang bangsa mereka, menyebut tentang tanah mereka. Namun, semakin ramai orang Melayu malu mengaku Melayu, jauh sekali ingin berjuang mengubah nasib anak bangsa mereka sendiri yang ketinggalan.

Bukan setakat itu, saya bimbang jika naratif sejarah akan ditukar dimana hakikat tanah ini adalah asalnya Tanah Melayu akan lenyap dan akhirnya orang Melayu tidak merasakan ini adalah tanah keramat yang diwariskan nenek moyang mereka.

Jika kita lupa akan asalnya tanah ini, maka kita akan tidak merasakan apa-apa apabila tanah-tanah Rizab Melayu hilang digadai kepada orang lain. Itu yang kita sudah mula lihat berlaku pada masa kini. Apatahlagi apabila menjadi pemimpin; tiada rasa bersalah menggadai tanah dan maruah bangsa.

Apa salahnya tarikh 1 Februari dijadikan cuti umum di semua negeri yang pernah menganggotai Persekutuan Tanah Melayu. Bukan sahaja cuti, kita jadikannya sebagai sambutan tahunan sebagaimana kita menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Kita sambut kemenangan kita menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu setelah berjaya menumbangkan Malayan Union yang penuh tipu daya. Bayangkan apa yang akan terjadi jika kita terus dengan Malayan Union, dan tidak berjaya menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu?

Alangkah baiknya jika perkara ini direalisasikan suatu hari nanti.

Oleh: Aminuddin Yahaya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/02/1-februari-1948-memperingati-penubuhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pindah Milik Tanah Rizab Kepada Bukan Melayu Satu Pengkhianatan

Pindah Milik Tanah Rizab Kepada Bukan Melayu Satu Pengkhianatan

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 334 hits
ISMA harap pihak bersalah mesti dikenakan hukuman tegas BANGI Tanah rizab Melayu yang didakwa berpindah tangan kepada bukan Melayu di Sitiawan Perak adalah suatu pengkhianatan kepada bangsa Melayu Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia Prof...
Tanah Rizab Melayu Hilang

Tanah Rizab Melayu Hilang

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 634 hits
KUALA LUMPUR Seluas 641 6 hektar tanah rizab Melayu di Perak didakwa telah dipindah milik kepada bukan Melayu akibat penyelewengan sindiket yang didakwa didalangi oleh pegawai kerajaan Bercakap kepada Mingguan Malaysia Naib Presiden Parti B...
Pengkhianat Tanah Rizab Melayu Harus Dilucut Kerakyatan

Pengkhianat Tanah Rizab Melayu Harus Dilucut Kerakyatan

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 225 hits
Rampas semula tanah demi kedaulatan undang undang negaraBANGI Hanya pengkhianat sanggup melakukan penyelewengan Tanah Rizab Melayu di Sitiawan yang kini didakwa sudah berpindah milik kepada bukan Melayu Sebelum ini Naib Presiden Parti Bumip...
Lebih 640 Hektar Tanah Rizab Melayu Di Sitiawan Hilang Sejak 2005

Lebih 640 Hektar Tanah Rizab Melayu Di Sitiawan Hilang Sejak 2005

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 260 hits
MALAYSIA DATELINESeluas 641 6 hektar tanah rizab Melayu di mukim Sitiawan daerah Manjung Perak didakwa bertukar milik kepada orang Cina sejak tahun 2005 Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia Datuk Hamidah Osman berkata tanah terse...
Sakitnya Tanah Rizab Melayu

Sakitnya Tanah Rizab Melayu

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 463 hits
ISU Tanah Rizab Melayu berlegar dilaporkan Utusan Malaysia dalam seminggu ini Berbahang Datuk Hamidah Osman dedahkan isu TRM begini Pejabat Tanah dan Galian jawab begitu Polis ada ketegasannya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pula ada...
Top Teachers To Give Spm Bahasa Melayu Paper Tips On Ez Learning Web Portal

Top Teachers To Give Spm Bahasa Melayu Paper Tips On Ez Learning Web Portal

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 378 hits
PETALING JAYA Top teachers will be on hand from Feb 8 to 19 to give Sijil Pelajaran Malaysia 2020 candidates some tips for their Bahasa Melayu papers A special SPM BM revision series will be conducted on the EZ Learning Web portal over the ...
Wah Kemaih Kerajaan Melayu Isle Pas Suboh Boleh Dah Masuk Pub

Wah Kemaih Kerajaan Melayu Isle Pas Suboh Boleh Dah Masuk Pub

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 228 hits
Shahbudin HusseinSatu lagi cuba teliti SOP yang dikeluarkan MKN ini pub dan kelab malam sama seperti restoran dan kedai makan dibenarkan beroperasi bermula 6 00 pagi lagi dan ditutup jam 10 00 malam Wowww hanya di era kerajaan Melayu Islam ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash