Tanah Rizab Melayu Hilang


KUALA LUMPUR: Seluas 641.6 hektar tanah rizab Melayu di Perak didakwa telah dipindah milik kepada bukan Melayu akibat penyelewengan sindiket yang didakwa didalangi oleh pegawai kerajaan.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hami­dah Osman mendedahkan, sindiket itu menyasarkan tanah di daerah Sitiawan yang telah digazetkan sebagai tanah rizab Melayu pada 1930.

“Tanah ini asalnya diwartakan sebagai rizab Melayu pada 7 Januari 1930 melalui gazet kerajaan dalam dokumen rizab berjudul F.M.S Go­vernment Gazette, British yang te­lah merizabkan tanah seluas 16,800 hektar,” katanya.

Katanya, pada 21 November 1997, kerajaan Negeri Perak telah memberi pajakan selama 99 tahun sebahagian tanah tersebut, yang berkeluasan 641.6 hektar kepada sebuah syarikat.

“Dalam dokumen Hak Milik Sementara tanah itu, ada satu catatan memorial pengisytiharaan yang mengesahkan tanah itu merupakan sebahagian daripada tanah seluas 16,800 hektar yang telah digazetkan,” ujarnya.

Menurutnya, kemusykilan timbul apabila pada 3 Februari 2005 apabila pihak berkuasa negeri telah mengeluarkan satu dokumen Pajakan Ne­geri ke atas tanah yang sama, namun memadamkan status tanah tersebut sebagai rizab simpanan Melayu.

“Di sinilah kita musykil, bagaimana satu perkara yang amat penting iaitu rizab Tanah Melayu boleh hilang dengan tiada sebarang prosedur yang dibuat melalui enakmen dan Akta Kanun Tanah Negara,” jelasnya.

Lebih memeranjatkan, katanya, dalam dokumen itu, tanah 641.6 hektar telah dipindah milik kepada syarikat lain beralamat di Sitiawan, Perak yang pengarahnya ialah seorang bukan Melayu.

Sehubungan itu, pihaknya telah menubuhkan satu pasukan forensik tanah bagi menyia­sat penyelewengan tersebut.

Hasil siasatan mendapati, tanah tersebut kini telah dipecah kepada 317 plot berbeza yang 100 peratus dimiliki orang bukan Melayu, yang mana ia dibangunkan sebagai ladang kelapa sawit.

Susulan itu, beliau berkata, pada 24 September 2020, pihaknya membuat laporan polis dan meminta siasatan terhadap penyelewengan tersebut dibuat.

Pihak polis, pada 12 Januari 2021, mengesahkan kepada Mingguan Malaysia bahawa mereka menerima laporan tersebut.

Justeru, Hamidah berkata, sindiket itu perlu dibongkar dan dalang haruslah diheret ke muka pengadilan.

“Kami harap sindiket tanah rizab Melayu ini dapat dibongkar dan semua tanah yang telah dipindah milik secara tidak sah dibatalkan kelulusan tersebut, seterusnya dikembalikan kepada kerajaan negeri,” tegasnya. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/01/tanah-rizab-melayu-hilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 640 Hektar Tanah Rizab Melayu Di Sitiawan Hilang Sejak 2005

Lebih 640 Hektar Tanah Rizab Melayu Di Sitiawan Hilang Sejak 2005

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 255 hits
MALAYSIA DATELINESeluas 641 6 hektar tanah rizab Melayu di mukim Sitiawan daerah Manjung Perak didakwa bertukar milik kepada orang Cina sejak tahun 2005 Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia Datuk Hamidah Osman berkata tanah terse...
Pengkhianat Tanah Rizab Melayu Harus Dilucut Kerakyatan

Pengkhianat Tanah Rizab Melayu Harus Dilucut Kerakyatan

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 218 hits
Rampas semula tanah demi kedaulatan undang undang negaraBANGI Hanya pengkhianat sanggup melakukan penyelewengan Tanah Rizab Melayu di Sitiawan yang kini didakwa sudah berpindah milik kepada bukan Melayu Sebelum ini Naib Presiden Parti Bumip...
Pindah Milik Tanah Rizab Kepada Bukan Melayu Satu Pengkhianatan

Pindah Milik Tanah Rizab Kepada Bukan Melayu Satu Pengkhianatan

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 328 hits
ISMA harap pihak bersalah mesti dikenakan hukuman tegas BANGI Tanah rizab Melayu yang didakwa berpindah tangan kepada bukan Melayu di Sitiawan Perak adalah suatu pengkhianatan kepada bangsa Melayu Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia Prof...
Siasat Modus Operandi Pindah Milik Tanah Rizab

Siasat Modus Operandi Pindah Milik Tanah Rizab

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 304 hits
PETALING JAYA Modus operandi tukar hak milik tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu semakin banyak dan dilakukan dengan sangat halus bagi menghalalkan pemilikan yang sebenarnya tidak boleh berlaku Presiden Jaringan Bertindak Tanah Pemilikan...
Sering Pelupa Ketahui Sebab Hilang Ingatan Dan Cara Mengatasinya

Sering Pelupa Ketahui Sebab Hilang Ingatan Dan Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 970 hits
Masalah lupa atau hilang ingatan adalah satu keadaan kegagalan atau kesukaran untuk mengingat sesuatu Ia adalah gejala gangguan memori yang berlaku pada seseorang yang menyebabkan otak individu itu gagal mengimbas sesuatu perkara atau kejad...
Barang Kemas Pesakit Htj Tidak Hilang Serah Pada Waris Jknns

Barang Kemas Pesakit Htj Tidak Hilang Serah Pada Waris Jknns

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 198 hits
BH ONLINE SEREMBAN Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengesahkan barang kemas milik pesakit COVID 19 yang meninggal di Hospital Tuanku Ja afar Seremban yang didakwa hilang berada dalam simpanan pihak hospital dengan selamat Pengarahnya Dati...
Pelaburan Merudum Pengangguran Meningkat Kerajaan Pn Hilang Hala Tuju Anwar

Pelaburan Merudum Pengangguran Meningkat Kerajaan Pn Hilang Hala Tuju Anwar

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 206 hits
POSTED BY AMIR WRLRKerajaan Perikatan Nasional tidak mempunyai hala tuju yang jelas dalam ekonomi sehingga menghilangkan keyakinan pelabur asing untuk menanam modal di negara ini Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata p...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda