1 Adunan Boleh Buat 2 Resipi Apam Lempeng Apam Kukus Memang Terimbau Zaman Dulu Dulu
Bila sebut sahaja tentang apam lempeng terus terimbau sarapan zaman dulu-dulu dihidang bersama kopi panas. Nak lebih lengkap boleh hidang dengan kari ikan atau kari ayam sebagai pencicah. Memang padu!
(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)
Bagi yang teringin nak mencuba resipi apam lempeng dan apam kukus, boleh cuba resipi yang dikongsi.
Saya selalu guna 1kg tepung sebab ramai…hihi
Bahan-bahanya:
1kg tepung
Gula ikut manis sebab pakai agak je..hihi( manis yang buat sedap)
Mauripan 1 paket
Air ikut pekat macam kita bancuh apam tu
Cara penyediaan:
Bancuh ke semua bahan macam kita buat apam tu, biarkan kembang.
Kemudian dah kembang panaskan minyak sedikit dalam kuali dan letakkan bancuhan yang kita buat tadi dalam 3 senduk gulai tu (sebab tu apam gebu)..buat macam masak lempeng kelapa tu…biarkan dia garing baru terbalikkan, pastikan tutup ye kuali tu.
Pastikan api yang paling slow kita guna. Kalau api besar nanti hangus tak sedap…hihi
Dah garing atas dan bawah boleh angkat dan hidangkan.
Biasa kalau banyak lebih bahan tu saya buat apam kukus..sebab cara buat apam lempeng dan apam kukus sama je..bezanya masak dalam kuali ..selamat mencuba!
*maaf kalau ada yang kurang faham..sebab pakai agak je bahan-bahan tu tak ada sukatan.
Kredit: Norafizah jani via masak apa hari ni
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
The post 1 Adunan Boleh Buat 2 Resipi, Apam Lempeng & Apam Kukus. Memang Terimbau Zaman Dulu-Dulu! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/1-adunan-boleh-buat-2-resipi-apam-lempeng-apam-kukus-memang-terimbau-zaman-dulu-dulu/