1 000 Plastik Air Ketum 90kg Daun Ketum Dirampas Di Permatang Damar Laur


ROSMAN Ismail (kanan) pada sidang akhbar mengenai rampasan air dan daun ketum di sebuah rumah tidak bernombor di Permatang Damar Laut, Pulau Pinang petang ini. - UTUSAN ONLINE
PULAU PINANG 8 April – Polis Marin negeri dengan kerjasama polis ibu pejabat daerah Barat Daya merampas sebanyak 1,000 plastik cecair dipercayai air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Permatang Damar Laut di sini pukul 10 pagi tadi.

Kesemua air ketum itu dibungkus di dalam plastik lutsinar dan disembunyikan di dalam tong ais di rumah tidak bernombor berkenaan bersama-sama 90 kilogram daun ketum yang belum diproses.


Menurut Komander Pasukan Polis Marin Wilayah (1), Asisten Komisioner Rosman Ismail, serbuan menerusi Op Landai itu juga menahan tiga individu di dalam rumah berkenaan masing-masing dua lelaki berusia 20 dan 24 tahun serta seorang wanita berusia 35 tahun.

Tambah beliau, serbuan itu dibuat hasil maklumat orang awam yang curiga dengan aktiviti yang berlaku di rumah berkenaan selain intipan pihaknya sejak beberapa hari lalu.

“Kesemua rampasan ini bernilai RM9,600 dan kita percaya air ketum ini diproses untuk pasaran tempatan.

“Ketiga-tiga suspek kini ditahan dan barangan rampasan dibawa ke pangkalan Polis Marin, Batu Uban di sini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Rosman mengingatkan orang ramai yang mana pengambilan air ketum yang dilaporkan menjadi kebiasaan khususnya dalam kalangan nelayan dan pekerja buruh adalah merupakan satu kesalahan.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya akan sentiasa menjalankan operasi membanteras penyalahgunaan bahan itu dari semasa ke semasa dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Dalam masa sama, kita juga menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti tidak sihat ini menyalurkannya kepada pihak berkuasa supaya tindakan segera dapat diambil,” katanya. –

Kredit : UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/04/1000-plastik-air-ketum-90kg-daun-ketum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Untung Rm525 Sehari Jual Air Ketum

Lelaki Untung Rm525 Sehari Jual Air Ketum

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 618 hits
Penjual air ketum di Sekendi Sungai Besar akhirnya tumpas apabila ditahan sepasukan anggota polis di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam Penjualan air ketum yang telah dijalankan selama 2 tahun itu mendapat untun...
4 Penagih Ditahan Dadah Rm1 600 Dirampas Di Permatang Tok Jaya

4 Penagih Ditahan Dadah Rm1 600 Dirampas Di Permatang Tok Jaya

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 334 hits
KEPALA BATAS 26 Mac Seramai empat penagih dadah berusia antara 35 hingga 58 tahun ditahan polis di tepi tapak kilang di Kampung Permatang Tok Jaya di sini petang semalam Kesemua mereka ditahan kira kira pukul 2 30 petang oleh sepasukan angg...
Ramai Yang Tak Tahu Kenapa Orang Boleh Ketagih Air Ketum Ikuti Perkongsian Pdrm Ini Untuk Jawapannya

Ramai Yang Tak Tahu Kenapa Orang Boleh Ketagih Air Ketum Ikuti Perkongsian Pdrm Ini Untuk Jawapannya

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 736 hits
Ketum adalah satu tumbuhan dimana daunnya yang mempunyai kesan khayal dan seringkali disalah guna oleh segelintir individu untuk berseronok Ramai Yang Tak Tahu Kenapa Orang Boleh Ketagih Air Ketum Ikuti Perkongsian PDRM Ini Untuk Jawapannya
5 Resepi Air Balang Best Seller Di Bazaar Ramadan 2019

5 Resepi Air Balang Best Seller Di Bazaar Ramadan 2019

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 1321 hits
As Salam 5 Resepi Air Balang Best Seller Di Bazaar Ramadan 2019 Semangat betul saya nak update tentang bisnes air balang bila saya dapat tahu ramai kalangan rakan dan saudara mara yang berminat menjalankan bisnes ini pada bulan Ramadan nant...
Pengguna Mampu Bayar Tarif Air Naik Dr Xavier

Pengguna Mampu Bayar Tarif Air Naik Dr Xavier

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 433 hits
Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berkata cadangan kadar kenaikan tarif air di seluruh negara secara berperingkat tahun ini masih berada pada paras rendah dan mampu ditanggung pengguna Menurutnya kenaikan itu susulan pen...
Adakah Air Liur Basi Itu Najis

Adakah Air Liur Basi Itu Najis

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 780 hits
Umum mengetahui air liur hukumnya tidak najis Tetapi keadaan hukum berubah apabila air liur yang keluar ketika tidur atau lebih dikenali sebagai air liur basi mempunyai pandangan yang berbeza di kalangan pada ulama Penentuan hukum ke atas p...
Bakal Suami Tak Munculkan Diri Di Malam Berinai Air Mata Berlinang Tanpa Henti Pagi Esoknya Jam 7 Pagi Aku Nekad

Bakal Suami Tak Munculkan Diri Di Malam Berinai Air Mata Berlinang Tanpa Henti Pagi Esoknya Jam 7 Pagi Aku Nekad

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 1193 hits
Bakal suami tak munculkan diri di malam berinai Air mata berlinang tanpa henti Pagi esoknya jam 7 pagi aku nekad Majlis perkahwinan lagi berbaki 1 minggu saja lagi Kad jemputan sudah diedarkan mak andam katering pelamin baju semua sudah dit...
Will Indira Ever See Justice In This Country

Passport Malaysia Ketiga Terkuat Di Dunia

Tajuk Cabaran Redominasi Rupiah Indonesia Menghapus Tiga Nol Dan Implikasinya

A Brief Biodata

Keetas Cadangan Tanaman Kelapa Panduan

Kanser Kolon Realiti Tanpa Amaran

Impian Dan Realiti Alam Persaraan

Lunch Ayam Penyet Berlauk Dan Order Extra Dish


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bubur Berlauk Paling Meriah Dan Murah

Resepi Udang Masak Kuali

First Surgery Iol Intraocular Lens Mata Kanan

Jenis Daging Lembu Panduan Lengkap Power Untuk Pilih Potongan Terbaik

Wti Analisis Harga Ramalan Peningkatan Pengeluaran Menurunkan Nilai Minyak

Baim Tak Semudah Jalan Pergi Chord