06 Jalan Terus Aku Mungkin Menang Tapi Gagal Memaknakan Sebuah Persahabatan



Mungkin aku telah menang.

Bukan bertarung di medan peperangan tetapi bertarung dengan maruah diri. Jika aku orang yang tidak bermaruah, sudah pasti aku melarikan diri dari segala masalah yang timbul. Jika aku seorang yang tidak mempunyai harga diri, sudah pasti aku telah lari menyembunyikan diri

Dari mana datangnya kekuatan itu, aku pasti ia datang dari pertolongan Sang Maha Pencipta. Aku sebagai hambaNYA sememangnya lemah, mudah kalah dengan bisikan hati sendiri

"Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan permudahkanlah urusanku, dan lepaskan kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku" - Surah Taha, ayat 25-28

Doa ini menjadi rutin doaku selepas menunaikan solat fardu lima waktu. Doa ini juga aku baca supaya aku menjadi fasih apabila berbicara di hadapan khalayak umum semenjak di universiti, Dengan izin Allah, ia dapat menghilangkan ketakutan bercakap di khalayak ramai, agar tidak gagap berkata-kata, dan juga dapat menghilangkan perasaan gementar atau darah gemuruh. Jika ia tidak menghilangkan terus, sekurang-kurangnya ia mengurangkan simptom dan gejala

.................................................................................................................................................................

"Husna, kaulah yang present nanti, aku tak boleh, nervous", getus Normona sambil digumpalnya kedua-dua belah tapak tangan lalu diuli-ulinya seolah-olah sedang menguli tepung roti canai

"Saya pun nervous juga kak. Akak ingat saya berani ke?" balasku cepat-cepat. Minggu depan kami sebagai satu kumpulan perlu membentangkan hasil tugasan kumpulan di hadapan pensyarah dan rakan-rakan sejurusan yang lain. Ia akan dinilai untuk pemarkahan tugasan kerja kursus yang akan digabungkan dengan markah peperiksaan akhir

"Please Husna, akak memang tak boleh" rayu Normona yang lebih dua tahun senior berbandingku. Kami satu jurusan yang sama tetapi berbeza umur kerana Normona menyambung pengajian di universiti menggunakan kelulusan diplomanya

"Okeylah, saya cuba", balasku dengan suara mendatar, kedengaran tidak yakin

"Sayang adik akak ni", balas Normona tersenyum girang sambil mencapai tanganku seperti ingin dicium. Aku cepat-cepat menjarakkan diri. Aksi Normona memang diluar jangkaan namun aku sudah dapat menjangkakan bentuk tindakannya setelah hampir satu tahun menjadi teman sebilik

"Akak belanja nanti okey!", laung Normona sayup-sayup kedengaran. Kami berpisah haluan kerana aku perlu segera ke satu tempat, mencari wang saku tambahan untuk menampung perbelanjaan di universiti yang sememangnya tidak pernah mencukupi

Kisah di universiti yang perit tetapi manis dan ingin diulang kembali. 
................................................................................................................................................................

"Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya", aku akui itu jauh di sudut hati.

Bahang sensasi insiden malang kebakaran sebuah alat sterilisasi yang dicetuskan seorang graduan lepasan universiti nombor satu di Malaysia hampir menuju ke noktahnya. Cakap-cakap orang di sekeliling sudah tidak lagi kedengaran. Jadual hidup aku kembali menjadi rutin seawal aku mula menjejakkan kaki di institut itu tiga bulan yang lalu

"Kau kerja di mana sebelum ini Husna?", soal puan Rashidah, staf senior yang selalu menyapa dan menemani aku menjamah sarapan pagi di bilik pantri. Aku selesa ditemani puan Rashidah berbanding rakan sepejabat yang lain. Puan Rashidah banyak mengisi perbualan dengan menjadi pendengar kepada cerita dan kisah hidupku.

"Hrmm, kerja kilang kak", jawabku pendek.

"Kilang?"

"Ya, macam-macam kerja dah saya buat sebelum ini. Lepas habis belajar, saya kerja RA di PPUM tapi tak lama. Mereka tak bayar gaji saya sampai 3 bulan kak, macam mana saya nak survive hidup di KL ni, nak kena bayar sewa bilik, makan minum, nasib baik boleh pergi kerja jalan kaki sebab dekat dengan rumah sewa", keluhku mengenangkan keperitan hidup yang dilalui di tengah-tengah kesibukan bertali arus kota metropolitan

"Saya ingat nak sambung belajar ambil master's degree, sebab tu apply jadi RA (Research Assistant) tapi selepas tiga bulan, mereka berhentikan saya sebab research grant tidak lulus", ceritaku lagi tanpa berselindung. "Lepas tu, macam-macam tempat saya apply kerja dan hantar resume. Tanya kerja kosong di tempat kerja kawan-kawan yang dah kerja, tapi kawan-kawan saya kebanyakannya jadi RA sebab mereka nak sambung belajar"

"Kilang tu kilang apa?", soal puan Rashidah penuh minat. Dia membuang pandangannya tepat ke anak mataku meminta pertanyaannya segera dibalas.

"ooo... kilang Cerebos"

"Cerebos...apa tu?", bulat matanya memandangku.

"Ala, kilang yang buat minuman dari stok pati ayam, sarang burung pun ada. Saya kerja di Lab bahagian Quality Control. Pernah dengar tak BRAND's?"

"Pernah juga tengok iklan di TV", puan Rashidah mengangguk-anggukkan kepala cuba membayangkan sesuatu dan menyambung perbualan, " Kan dah okey kerja macam tu, kenapa berhenti? Mereka tak bayar gaji ke?", sengeh puan Rashidah cuba berseloroh. Aku menyambut selorohannya dengan senyuman

"Gaji okey, kerja pun okey, kawan-kawan kerja pun okey, memang berat hati nak resign, tapi ... itulah. Adalah kisahnya, lain kalilah saya cerita", aku pandang bebola mata puan Rashidah yang meredup, mungkin sedikit kecewa kerana ceritaku tergantung tidak berkesudahan

"Banyak betul kisah engkau ni...", sambut puan Rashidah terkekeh-kekeh ketawa dan bingkas bangun menuju ke sinki pantri.
"Kau dengan kawan baik engkau okey ke? Aku selalu nampak kau berdua makan tengah hari, nampak macam tak ada apa-apa yang berlaku", ngomel puan Rashidah sambil membilas mug di tangan dengan air paip di sinki

Kata-kata puan Rashidah itu membuatkan bayangan kenangan lalu yang hitam dan kelam di Cerebos terpadam tiba-tiba

"Jom, sambung kerja", balasku perlahan  sambil  menghirup sisa-sisa baki air kuning keemasan nescafe 'o' yang sudah dingin di cawan. Nasi lemak yang hanya tinggal kertas pembungkus aku lipat dan renyukkan menjadi bebola kertas dan mencampakkannya ke dalam tong sampah. Aku bingkas bangun menuju ke sinki

Realitinya, pada ketika aku diserang kiri dan kanan, aku menghadapinya sendirian. Kawan-kawan yang selama ini dianggap kawan rapat hanya mendiamkan diri seribu bahasa. Mereka meneruskan kerja-kerja mereka dan aku terus dengan tugasan harianku seolah-olah tiada apa yang berlaku. Pada satu sisi, aku menganggap mereka sebenarnya memahami kerana cuba tidak menghidupkan situasi yang menghadirkan rasa kejanggalan dan rasa bersalah. Namun, pada satu sisi yang lain, aku menganggap mereka sebenarnya tidak mengganggap aku sebagai kawan mereka yang rapat tetapi hanyalah sekadar rakan sekerja

Ya, kami hanyalah rakan sekerja, tidak lebih dari itu

Mungkin juga kerana itu, aku kalah kepada sebuah makna persahabatan


#PART5#kisahdarihati#menulisbiarsampaijadi#sekolahpenulisanramadan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jurnalepalhijau.blogspot.com/2020/06/06-jalan-terus-aku-mungkin-menang-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pinggan Viral Ini Nampak Cantik Tapi Mungkin Boleh Mudaratkan Kesihatan Anda Ini Sebabnya

Pinggan Viral Ini Nampak Cantik Tapi Mungkin Boleh Mudaratkan Kesihatan Anda Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 457 hits
Barang perhiasan dengan kaum perempuan memang tidak dapat dipisahkan Lebih lebih lagi jika ia bergaya berguna dan viral memang penuh satu troli akan diborong Antara yang selalu menjadi perhatian adalah peralatan meja makan seperti pinggan m...
Kantor Tak Dipakai Tapi Tagihan Listrik Capai Rp2 1 Juta Tompi Dapat Penjelasan Setelah Meradang

Kantor Tak Dipakai Tapi Tagihan Listrik Capai Rp2 1 Juta Tompi Dapat Penjelasan Setelah Meradang

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 194 hits
Setelah ungkapkan kekesalan di Twitter barulah pihak PLN mengklarifikasi mengapa kantor kosongnya tetap dapat tagihan
6 Sebab Selalu Gaduh Tapi Hubungan Makin Erat

6 Sebab Selalu Gaduh Tapi Hubungan Makin Erat

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 1203 hits
Assalamualaikum6 Sebab Selalu Gaduh Tapi Hubungan Makin Erat Sedang bahagia menganyam bahagia sesekali akan ada badai datang menimpa Badai yang menimpa memberikan kesan yang maksima dalam diri dan hati masing masing Mampu ke bertahan Kerap ...
Covid 19 Ujian Berat Rakyat Malaysia Tapi Banyak Hikmah Tersembunyi Rupanya Ini Yang Jadi

Covid 19 Ujian Berat Rakyat Malaysia Tapi Banyak Hikmah Tersembunyi Rupanya Ini Yang Jadi

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 289 hits
Sesungguhnya wabak COVID 19 satu ujian buat kita semua Banyak yang berubah sejak ia melanda Malaysia Ramai yang kehilangan sumber pendapatan tahap kesihatan yang terjejas malah sesi persekolahan juga terpaksa dihentikan seketika sehingga ma...
Resipi Kek Carrot Simple Tapi Gerenti Jadi Punya

Resipi Kek Carrot Simple Tapi Gerenti Jadi Punya

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 335 hits
Nak try buat kek carrot Sedap kan kek carrot ni Korang boleh try resipi yang dikongsikan oleh Hidayati Hana di dalam facebook group Rasa Share Resipi Resipinya nampak mudah je Boleh try hujung minggu nanti ye KEK CARROT SIMPLEBAHAN BAHAN2 b...
Warga Asing Memiliki Mykad Palsu Tapi Macam Ori Hanya Berharga Rm200

Warga Asing Memiliki Mykad Palsu Tapi Macam Ori Hanya Berharga Rm200

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 374 hits
Lapan warga asing hari ini di tangkap kerana memiliki mykad palsu ketika ingin memohon kerja di sebuah kilang Status palsu mykad tersebut mengundang kehairanan netizen malaysia bagaimana warga asing boleh meniru mykad seperti original denga...
Tahu Durian Dah Rosak Setuju Beli Tapi Tiba Tiba Menyesal Rasa Nak Return Balik Boleh Ke Mari Baca Penjelasan Mufti

Tahu Durian Dah Rosak Setuju Beli Tapi Tiba Tiba Menyesal Rasa Nak Return Balik Boleh Ke Mari Baca Penjelasan Mufti

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 573 hits
Sekarang kan musim durian sudah tentu penggemar penggemar durian di luar sana rajin memburu gerai gerai durian di tepi tepi jalan Bila sudah nampak durian yang selonggok itu lagilah bertambah rasa geram apatah lagi jika baunya menusuk hidun...
Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Lanwuu Imagine By Aurora Design In Yunnan China

Raffa Affar Pelita Dalam Doa Chord

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Ringgit Closes Higher As Investors Shift From Safe Haven Currencies

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

Traditional Seats No More A Factor In Pn Says Gerakan