Pinggan Viral Ini Nampak Cantik Tapi Mungkin Boleh Mudaratkan Kesihatan Anda Ini Sebabnya


Barang perhiasan dengan kaum perempuan memang tidak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi jika ia bergaya, berguna dan viral, memang penuh satu troli akan diborong.
Antara yang selalu menjadi perhatian adalah peralatan meja makan seperti pinggan, mangkuk, dulang atau cawan. Mungkin tidak salah untuk mengumpulnya, namun perlu lebih berwaspada.
Baru-baru ini, telah tular satu trend di media sosial di mana pinggan viral bercorak menjadi bualan dan rebutan. Tidak dinafikan, ia memang cantik namun ada bahaya di sebaliknya.
Ingin tahu apakah bahaya pinggan viral yang cantik ini? Jom sama-sama kita ikuti perkongsian dari laman Hello Doktor dengan lebih lanjut!
Pinggan viral mungkin cantik tapi bahaya! Peralatan meja makan seperti pinggan, mangkuk, dulang atau cawan yang bercorak memang nampak cantik lebih-lebih lagi jika ia dihias dengan warna-warni seakan pelangi.
Namun di sebalik keanggunannya, tersembunyi beberapa mudarat. Ketahuilah ia mungkin tidak begitu selamat untuk kegunaan harian kalian.
Dalangnya adalah bahan utama pembuatan peralatan ini yang dikenali sebagai plumbum.
Plumbum adalah dalangnya? Buat anda yang belum tahu, plumbum sudah lama digunakan sebagai bahan utama dalam pembuatan peralatan meja makan terutamanya yang berasaskan seramik.
Ia digunakan sebagai sentuhan dekorasi ekoran sifatnya yang sangat menyerlah. Bahan inilah juga yang terdapat dalam pinggan viral yang sedang menjadi topik hangat kini.

Pun begitu, masih ramai yang belum sedar kerana kurang prihatin dengannya. Jadi, kalian perlu teliti semula minat dan hobi ini dengan mengenali peralatan meja makan yang wujud unsur plumbum.
Antara ciri-ciri peralatan meja makan yang mempunyai plumbum termasuklah:
Bercorak dan mempunyai warna-warni yang sangat menarik Diperbuat secara tradisional dengan tanah liat Diperbuat oleh pengilang yang tidak diketahui asal-usul Mempunyai permukaan tidak rata dengan corak yang tampak timbul Mempunyai pelbagai variasi rupa dan bentuk yang unik Sebaiknya, sila beli produk yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia terlebih dahulu okay!
Mengapa plumbum berbahaya terhadap kesihatan? Plumbum adalah sebatian toksik yang boleh memberi kesan negatif terhadap semua individu yang mungkin menggunakannya tanpa sedar.
Apa yang lebih membimbangkan adalah ia lebih berbahaya terhadap golongan yang lebih mudah terdedah seperti kanak-kanak, ibu hamil serta bayi dalam kandungan.
Jika ada yang berfikiran bahawa ia cuma sekadar alas untuk meletakkan makanan atau minuman dan tidak mendatangkan bahaya, fikirkan semula.
Ini kerana plumbum yang terdapat pada pinggan viral atau peralatan meja makan yang lain boleh meresap ke masakan yang dihidangkan di atasnya.

Kesannya, anda berkemungkinan menghidapi keracunan plumbum yang akan menjejaskan sistem organ jika ia masuk ke dalam tubuh badan dengan amaun yang terlalu banyak.
Jadi, apa yang kalian boleh lakukan? Seperti yang kita sudah tahu, plumbum akan menjejaskan fungsi dan sistem organ tubuh badan kita jika ia masuk dengan amaun yang terlalu banyak.
Dalam usaha mengelakkan ini terjadi, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian jika ingin terus menggunakan peralatan meja makan ini.
Buat para penggemar dan pengumpul pinggan viral, sila ambil perhatian terhadap 7 perkara penting ini:
#1. Elak dari meletakkan masakan yang masih panas di atasnya
#2. Elak dari meletakkan masakan berasid seperti tomato, limau, teh, kopi dan jus buah di atasnya
#3. Elak basuh ia dengan sabun pencuci pinggan yang kuat
#4. Elak sental ia dengan berus dawai kerana corak boleh tertanggal lalu meningkatkan risiko kebocoran plumbum
#5. Elak panaskan atau masukkan ia ke dalam ketuhar gelombang mikro
#6. Elak simpan masakan terlalu lama di atasnya
#7. Elak dari menghidangkan masakan yang beralaskan peralatan ini kepada golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan ibu hamil.
Gunakan alternatif selain pinggan viral! Hakikatnya, mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Daripada kalian mengambil risiko dengan terus gunakan pinggan viral ini, apa kata kalian gunakan alternatif yang lebih selamat?
Jika anda masih tertanya-tanya, cara untuk mengelak risiko keracunan plumbum ini adalah dengan tidak langsung menggunakan peralatan meja makan yang mungkin mempunyai plumbum.
Antara alternatif yang paling selamat adalah dengan gunakan pinggan, mangkuk, dulang atau cawan yang berwarna putih tanpa corak serta yang diperbuat dari bahan lain seperti kaca atau plastik.
Jika masih khuatir dengan corak yang terdapat pada permukaannya, kalian boleh gunakan peralatan meja makan yang mempunyai corak di bawah atau luar yang tidak akan menyentuh masakan.
Kredit gambar: vitdaily.com
Sumber: Hello Doktor
The post Pinggan Viral Ini Nampak Cantik Tapi Mungkin Boleh Mudaratkan Kesihatan Anda, Ini Sebabnya appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/04/pinggan-viral-ini-nampak-cantik-tapi-mungkin-boleh-mudaratkan-kesihatan-anda-ini-sebabnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pinggan Viral Nampak Cantik Tapi Bahaya Kanak Kanak Ibu Hamil Elak Guna Pinggan Ni

Pinggan Viral Nampak Cantik Tapi Bahaya Kanak Kanak Ibu Hamil Elak Guna Pinggan Ni

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 525 hits
Pinggan viral cantik dan bercorak abstrak sememangnya menjadi trend semasa bagi semua ibu ibu kini Dengan rekaan coraknya yang cantik abstrak sekata malah penggunaan warna yang cantik seperti hitam putih juga biru seakan menjadi satu tarika...
Pinggan Mangkuk Corak Timbul Cantik Tapi Bahaya

Pinggan Mangkuk Corak Timbul Cantik Tapi Bahaya

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 467 hits
Pinggan Mangkuk Corak Timbul Cantik Tapi BahayaPINGGAN mangkuk dengan corak dan berwarna warni terang pernah menjadi kegilaan ramai suatu ketika dulu
Cantik Tapi Bahaya Pinggan Mangkuk Corak Timbul Diperbuat Daripada Plumbum Jangan Hidang Untuk Kanak Kanak Wanita Hamil

Cantik Tapi Bahaya Pinggan Mangkuk Corak Timbul Diperbuat Daripada Plumbum Jangan Hidang Untuk Kanak Kanak Wanita Hamil

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 574 hits
Cantik tapi bahaya Pinggan mangkuk corak timbul diperbuat daripada plumbum Jangan hidang untuk kanak kanak wanita hamil Pinggan mangkuk bercorak dan berwarna warni masih menjadi kegilaan ramai ketika ini PINGGAN mangkuk dengan corak dan ber...
Kalau Semua Ikut Sop Kita Boleh Putuskan Rantaian Penularan Covid 19 Walau Tanpa Vaksin Kp Kesihatan

Kalau Semua Ikut Sop Kita Boleh Putuskan Rantaian Penularan Covid 19 Walau Tanpa Vaksin Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 403 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan positif bahawa COVID 19 boleh ditamatkan walau tanpa vaksin Menurutnya terdapat beberapa negara yang berjaya menamatkan rantaian COVID 19 tanpa vaksin sepe...
Dukacita Tak Dapat Adakan Rumah Terbuka Tapi Kesihatan Perlu Diutamakan Najib

Dukacita Tak Dapat Adakan Rumah Terbuka Tapi Kesihatan Perlu Diutamakan Najib

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 394 hits
Dari Laman Facebook Datuk Seri Najib Tun Razak Tahun ini saya berasa amat dukacita kerana kita tidak dapat mengadakan rumah terbuka dan menyambut hari raya bersama Terutamanya dengan penduduk di kawasan Parlimen saya di Pekan dan rakyat Mal...
Cara Susun Atur Dapur Tanpa Kabinet Cuma Guna Meja Banquet Tetap Nampak Kemas Cantik

Cara Susun Atur Dapur Tanpa Kabinet Cuma Guna Meja Banquet Tetap Nampak Kemas Cantik

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 1286 hits
Kalau menyewa rumah selalunya memang dapur tiada kabinet Yang ada cuma singki Cara Susun Atur Dapur Tanpa Kabinet Cuma Guna Meja Banquet Tetap Nampak Kemas Cantik
Misteri Punca Keracunan Puding Buih Viral Akhirnya Dibongkar Oleh Pakar Kesihatan Ini

Misteri Punca Keracunan Puding Buih Viral Akhirnya Dibongkar Oleh Pakar Kesihatan Ini

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 2411 hits
Baru pertama kali saya dengar nama kuih ni Terkejut juga bila dengar berita keracunan makanan pada akhir Ramadhan Baru nak buat claim yang saya tak dengar kes keracunan makanan daripada bazar Ramadhan tahun ni Berbanding tahun tahun lepas r...
Boleh Berkhemah Di Hutan Tapi Tak Boleh Bermalam

Boleh Berkhemah Di Hutan Tapi Tak Boleh Bermalam

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 440 hits
Forest Eco Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung menyarankan pengunjung melakukan aktiviti yang tidak memerlukan mereka bermalam dengan tempoh pendakian sehari dan jarak denai tidak jauh KUALA LUMPUR Kegiatan pendakian ...
Nampak Macam Sama Tapi Rupanya Rasa Lain Lain Tip Pilih Pes Tom Yam Paling Sedap Pekat

Nampak Macam Sama Tapi Rupanya Rasa Lain Lain Tip Pilih Pes Tom Yam Paling Sedap Pekat

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 754 hits
Kita mungkin sudah sering melihat pes tom yam yang di jual di kedai namun hati hati kerana bukan semua pes tom yam Thai yang dijual sama rasa dan enaknya Anda harus kenal pasti pes tom yam yang mana satu paling sedap dan kuahnya pekat tanpa...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids