05 Jalan Terus Menjadi Orang Lebih Bijak Dengan Belajar Dari Kesilapan Orang Lain




Dari minggu ke minggu aku menunggu.
"Ketua Pengarah akan jumpa awak, so better you ready for it"
Kata-kata keras Dr. Nuraida itu menghantui aku saban hari. Aku menjadi si penunggu yang setia. Hanya tuhan tempat aku mengadu segala keluh kesah yang membadai di jiwa yang resah gelisah, kerana aku tahu, aku sebagai hambaNYA tidak mempunyai hak untuk menolak apatah lagi mempersoalkan setiap aturan dariNYA.
"Saya ingatkan awak dah serik nak datang kerja sejak kes kebakaran hari tu", puan Siew memulakan bicara sambil menghirup nescafe 'o' panas yang masih berasap di dalam cawan. 
Pagi itu, hanya kami berdua menjamah minum pagi di bilik pantry, bilik kecil bersebelahan dengan pejabat kerana pagi masih terlalu awal. Bilik pantry itu nampak kecil tetapi boleh memuatkan kira-kira lima belas orang pada satu-satu masa. Pernah diadakan majlis harijadi staf di situ.
Aku tersenyum simpul sambil mengimbas kembali reaksi puan Siew sebaik terpandangkan wajahku di bilik Makmal 1 sehari selepas kejadian kebakaran berlaku. Matanya bulat memandang ke arahku seperti nampak si pencuri.
Belum sempat aku membuka mulut, puan Siew terus memotong, 
"Ingatkan dah tak datang kerja hari ini"

"Berani betul you... kalau i dah cabut dah", luahnya bertalu-talu tanpa segan silu.

"Memang salah saya puan, my ignorance, jadi tak patut saya lari", balasku dengan niat supaya dia berhenti memberikan kritikan atau pun komentar yang lebih panjang. 

Tiba-tiba bunyi pintu dibuka. Aku menoleh dan senyum.

"Good morning semua", sapa puan Rashidah, salah seorang staf senior di situ. Dia meluru ke arah rak pinggan mangkuk dan mencapai sebuah mug.

"Husna, i tahu, kejadian hari tu bukan you seorang yang buat, kesian i dengan you, you seorang yang tanggung kesalahan tu, tak patut kawan baik you buat you macam tu", bisik puan Siew sambil matanya menjeling ke arah kiri dan kanan silih berganti.

"Dia ada cakap apa-apa tak dengan you? Kami ada tanya dia tapi dia kata you yang buat, dia tak tahu", redup mata puan Siew memandangku menampakkan keikhlasannya untuk memahami aku melebihi seorang teman sekerja yang aku anggap kawan baik.
"Takpelah puan, saya yang on autoclave tu, dia hanya tumpangkan barang-barang dia sahaja", 
"Sabarlah Husna ya, Allah Maha Tahu. Kami di sini memang dah 'masak' dengan perangai kawan baik awak tu", sampuk puan Rashidah sambil mengusap-usap lembut sisi bahu kananku.

"Terima kasih kak Shidah, puan Siew. Saya gerak dulu ok, dah lewat ni", aku bingkas bangun dari kerusi untuk kembali menyambung tugas sebagai pekerja.

Dalam perjalanan ke bilik Staf 2, sayup-sayup aku terdengar namaku dipanggil seseorang. Aku berpusing dan memalingkan badan lantas menjawab panggilan tersebut.

"Ya, puan Saras". Puan Saraswathy merupakan penyelia aku. Walaupun dia adalah penyelia, akan tetapi segala perkembangan tugasan, aku perlu laporkan terus kepada Dr. Nuraida dan bukannya kepada puan Saraswathy.

"You no need to see Ketua Pengarah because the report already submitted to him. Last two week, he came here to see the autoclave by himself. You should be happy to hear this. He told us that the incident was not your fault. That was a technical problem.", jelas puan Saras dengan senyum lebar. Terserlah barisan gigi-giginya yang putih tersusun rapi.

"One more thing, there will be a new autoclave for us, fully automated. Yang you bakar tu sepatutnya sudah tak boleh digunakan lagi, too old", sengeh puan Saras mengusikku.
"Thanks puan, lega saya", 
"Ok, sambung kerja", balas puan Saras dengan raut wajah yang manis menyerlahkan aura keibuannya. Dia berpaling dan beredar meninggalkan aku tersenyum-senyum seorang diri.
"Patutlah...berminggu-minggu aku tunggu bila nak kena pergi jumpa dia. Rupa-rupanya masalah sudah selesai, huh...", getusku dalam hati.
"Okey, sambung kerja", dan aku menyambung langkah ke Makmal 2 dengan hati yang berbunga-bunga kegirangan.
Aku memang ada terdengar perbualan rakan-rakan pekerja di situ tentang kes kebakaran yang berlaku. Kata mereka, sudah ada beberapa kes yang berlaku sebelum ini disebabkan usia mesin tersebut yang terlalu lama dan sudah tidak dapat berfungsi secara automatik lagi. Yang berbezanya, kes yang terbaharu merupakan kes yang paling besar pernah berlaku, berlaku pada waktu malam hari dan melibatkan sepasukan anggota bomba.
Siapa sangka dan jangka, kedatangan aku ke situ memberikan impak sebegitu rupa. Aturan Allah tiada siapa yang tahu. Sama ada ia positif atau negatif, ia terpulang kepada sikap seseorang itu dalam membuat penilaian. 
Belajar dari kesilapan, sama ada kesilapan diri sendiri atau bagi orang yang lebih bijak, belajar dari kesilapan orang lain.

#PART5#kisahdarihati#menulisbiarsampaijadi#sekolahpenulisanramadan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jurnalepalhijau.blogspot.com/2020/06/05-jalan-terus-menjadi-orang-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
04 Jalan Terus Mengakui Kesilapan Diri Dan Tolong Jangan Lari Darinya

04 Jalan Terus Mengakui Kesilapan Diri Dan Tolong Jangan Lari Darinya

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 620 hits
Pada suatu petang Beberapa minggu sebelumnya Aku membesarkan langkah tapak kaki Sekiranya boleh aku ingin berlari kerana jarum pendek pada jam tangan hampir menyentuh angka 5 Aku perlu segera dan pantas ke perhentian bas kerana bas tidak pe...
Setelah Dinikahi Kenapa Wanita Lain Lebih Menarik Dari Istri Kita

Setelah Dinikahi Kenapa Wanita Lain Lebih Menarik Dari Istri Kita

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 362 hits
Sekedar renungan buat para suami entah ada yang punya pikiran seperti ini apa tidak berikut ada sebuah cerita yang dapat dipetik hikmahnya Percakapa antara seorang suami dan seorang Syech ILustrasiSeorang suami mengadukan apa yang ia rasaka...
Makan Budu Jadikan Anda Lebih Bijak Dan Awet Muda

Makan Budu Jadikan Anda Lebih Bijak Dan Awet Muda

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 860 hits
Gabungan budu cili padi limau nipis dan tempoyak memang meletup Jenama budu paling glamerSiapa yang tak suka makan budu sila angkat tangan eh ramai tak angkat tangan maknanya ramai rupanya yang suka makan budu Budu ni adalah makanan tradisi...
Bermainlah Dengan Anak Bercakaplah Dengan Mereka Boleh Jadikan Anak Lebih Bijak Advance

Bermainlah Dengan Anak Bercakaplah Dengan Mereka Boleh Jadikan Anak Lebih Bijak Advance

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 274 hits
Bermain adalah perbuatan sukarela dan menyeronokkan bagi kanak kanak Bermain adalah sebahagian daripada aktiviti yang penting bagi kanak kanak untuk mempelajari bahasa dan pertuturan Kanak kanak meluahkan idea perasaan dan fikiran mereka se...
10 Quotes Tentang Fashion Yang Menegaskan Menjadi Diri Sendiri Itu Penting Bijak Banget

10 Quotes Tentang Fashion Yang Menegaskan Menjadi Diri Sendiri Itu Penting Bijak Banget

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 1061 hits
Kadang kamu aja yang terlalu gengsi buat tampila apa adanya demi mendapat pengakuan di luar sana
Mencecah 2 Tahun Ainul Dah Pandai Belajar Berdiri Keluarkan Suara Lebih Satu Bunyi

Mencecah 2 Tahun Ainul Dah Pandai Belajar Berdiri Keluarkan Suara Lebih Satu Bunyi

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 312 hits
Setelah setahun selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam mulut di London United Kingdom siapa sangka dengan kuasa Allah kini adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dilihat semakin membesar dengan baik Walaupun diusia yang bakal m...
Lebih 10 Kali Lori Berniaga Kena Tarik Che Nah Sujud Syukur Terima Lesen Perniagaan

Lebih 10 Kali Lori Berniaga Kena Tarik Che Nah Sujud Syukur Terima Lesen Perniagaan

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 324 hits
Penantian selama 35 tahun akhirnya tiba apabila seorang peniaga yang dikenali sebagai Minah Awang atau mesra dipanggil Che Nah melakukan sujud syukur sebaik sahaja menerima lesen perniagaan Tindakbalas itu ternyata mengejutkan Menteri Wilay...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba