04 Jalan Terus Mengakui Kesilapan Diri Dan Tolong Jangan Lari Darinya



Pada suatu petang.

Beberapa minggu sebelumnya.

Aku membesarkan langkah tapak kaki.

Sekiranya boleh aku ingin berlari kerana jarum pendek pada jam tangan hampir menyentuh angka 5. Aku perlu segera dan pantas ke perhentian bas kerana bas tidak pernah menunggu aku walau hanya satu saat.

Sebuah kereta, berwarna hijau gelap tiba-tiba muncul dari arah hadapan. Aku memperlahankan langkah ingin memberi laluan.

Aku tunduk dan meneruskan hayunan kaki menelusuri susur bahu jalan. Tiba di selekoh menuju ke pintu pagar utama, kereta berwarna hijau tadi tiba-tiba berhenti, kira-kira 2 meter sahaja jaraknya dari bahu kiri aku.

Aku kaget lalu mematikan langkah.

Pemandu itu menurunkan cermin sisi keretanya.

"Huh! kenapa berhenti?". Aku mengeluh dalam hati.

Aku memandang kosong ke arah pemandu kereta itu. Dia tersenyum-senyum. Entah kenapa aku merasakan seolah seperti diejek dan ditertawakan. Telinga aku terdengar dia membisikkan sesuatu.

"Kesian dengan engkau, semua orang kat sini dah kenal kau, kau dah famous"

"Kenapalah engkau bodoh sangat?"

"Kau tak pernah buat ke atau kau tak pernah belajar sebelum ini?"

Hembusan bisikan itu menerobos ke rongga telinga seperti tiupan angin menderu-deru. Sakit, pedih dan tajam menusuk. Aku cuba mengumpulkan sisa-sisa semangat yang masih ada dalam diri dan menenangkan diri agar jiwa tidak berkecamuk.

Aku memeneruskan langkah tanpa menghiraukan pemandu itu.

Memang benar insiden malang yang berlaku beberapa minggu yang lalu berpunca daripada kejahilan, kebodohan dan kecuaian aku. Aku tidak pernah menafikan itu, malah aku telah mengakuinya tanpa segan silu di hadapan Dr. Nuraida, Ketua Unit Virologi merangkap 'bos' di situ. Aku bersedia menerima apa sahaja bentuk hukuman. Aku pasrah dan redha.

Seawal pagi hari yang bersejarah itu beberapa minggu yang lalu, setibanya aku di hadapan bilik staf makmal, aku terpandang satu kertas putih yang ditampal di daun pintu.

          URGENT!
          Cik Husna, sila jumpa saya di pejabat.

          Dr. Zurina Zulkifli
          7.11 a.m

Tanpa berlengah, aku terus meluru ke pejabat.

"Apa yang awak dah buat ini Husna?", tanya Dr. Zurina sebaik aku menghulurkan muka di pintu masuk biliknya selepas dia menjawab salamku.

"Buat apa Dr.?"

"Jom, ikut saya!", Keras bunyi suaranya dan aku patuh tanpa soal bicara. Dr. Zurina bingkas bangun dan meluru keluar. Firasat aku kosong dan kabur seperti kehilangan lima panca indera.

Kami tiba di bilik Radas 2 dan terus meluru masuk kerana bilik itu tidak berpintu.

Dr. Zurina menghala ke arah sebuah autoclave yang agak uzur dan nampak usang tapi masih digunakan. Dia membuka pintu mesin tersebut dan menundingkan jari telunjuknya.

"Ini awak punya kan?"

"Allahuakbar, lupa nak off!", denyutan jantungku tiba-tiba laju. Tanpa sedar aku menggaru-garu dahi yang tidak pernah gatal pun. Secepat kilat semua rakaman tentang peristiwa semalam kembali semula dalam bayangan akal fikiran.

"Astagrhfirullahalazim...langsung tak ingat, petang semalam saya terus balik", Mulutku terkumat-kamit tidak putus-putus meluahkan zikir kemaafan kepada tuhan. Dengan jelas dapat aku lihat kesan pemanasan akibat haba melampau melebihi had masa yang ditetapkan. Hampir keseluruhan bahan-bahan plastik yang diletakkan ke dalam mesin itu petang semalam hangus terbakar dan berubah bentuk. Bahan yang terbakar pula sudah tentulah mengeluarkan asap. Asap yang dihasilkan secara berlebihan pula dapat dikesan oleh alat pengesan asap atau smoke detector yang terdapat dalam bilik itu.

"Patutlah...",

Menurut Dr. Zurina, malam semalam yang biasanya sunyi sepi di institut penyelidikan bertukar suasananya seperti siang hari di sebuah sekolah rendah apabila loceng rehat dibunyikan. Alat penggera keselamatan berderingan memecah keheningan malam memberi isyarat adanya kebakaran. Mujurlah tindakan pantas barisan pengawal keselamatan memanggil pasukan bomba dapat menyelamatkan keadaan.

"Awak perlu jumpa Dr. Nuraida bila dia sampai pejabat nanti dan bersihkan semua ini", arah Dr. Zurina sebelum dia bergegas keluar dari bilik itu.

Aku mengeluarkan semua botol kaca dengan penutup plastik yang hampir keseluruhannya terbakar dan meletakkannya di tempat pelupusan untuk kitar semula. Dapat aku perhatikan terdapat tulisan yang agak kabur tertera namaku di atas penutup botol-botol tersebut dan ada juga tulisan yang samar-samar ditulis nama 'CT'.

Aku tersenyum kelat dan terteguk air liur ke rongga esofagus, terasa masin dan pahit hari ini. Hari yang malang dan penuh dengan kejutan seawal pagi hari.

Aku juga sedar sejak insiden malang itu, batang tubuhku menjadi tumpuan para pekerja di situ. Kemana sahaja aku pergi sama ada di kafetaria, surau, perpustakaan waima tandas sekalipun, orang pasti memalingkan wajah mereka ke arahku.

Ada yang berbisik-bisik sesama mereka sambil menjeling-jeling ke arahku, ada juga yang menghadiahkan senyuman penuh sindiran, ada yang hanya tersenyum penuh makna tersirat, namun semua reaksi yang dipertontonkan tidak sedikit pun melekat dan membekas di jiwaku.

Kerana apa yang berlaku, tidak pernah aku mahu ia berlaku. Setelah ia berlaku, aku tahu bahawa aku perlu ambil tahu banyak perkara tentang pekerjaanku. Aku tahu, aku perlu banyak bertanya dan berguru.

Ramai yang meneka dan meramal bahawa hayat aku di situ tidak akan bertahan lama. Pertama, sama ada aku sendiri yang akan melarikan diri atau yang kedua khidmat aku tidak diperlukan lagi.

"Ketua Pengarah akan jumpa awak, so better you ready for it", Dr. Nuraida menekan suaranya dan memandang tajam ke anak mataku. Aku hanya mampu membalas pandangannya itu dengan senyuman yang padanya langsung tiada nilai.

Namun, selepas bulan demi bulan, aku masih di situ.

#PART3
#kisahdarihati
#menulisbiarsampaijadi
#sekolahpenulisanramadan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jurnalepalhijau.blogspot.com/2020/06/04-jalan-terus-mengakui-kesilapan-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bapak Ini Hampir Saja Tertipu Di Atm Tolong Sebarkan Jangan Sampai Ada Yang Ketipu

Bapak Ini Hampir Saja Tertipu Di Atm Tolong Sebarkan Jangan Sampai Ada Yang Ketipu

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 382 hits
Seorang muslim tidak boleh mendzalimi saudaranya dan membiarkan saudaranya terdzalimi Ia wajib memberikan kebaikan kepada saudaranya dan menghindarkan saudaranya dari kedzaliman Diantara salah satu bentuknya adalah tidak membiarkan saudaran...
Monolog Jangan Pernah Lelah Baiki Diri

Monolog Jangan Pernah Lelah Baiki Diri

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 234 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Monolog Jangan pernah lelah baiki diri Jangan pernah lelah untuk memperbaiki diri Sebab Allah tak pernah lelah memberikan nikmat nikmatNya Setiap hamba berhak menjadikan hidupnya lebih baik dari masa ke...
Pru 15 Segera Najib Jangan Pentingkan Diri Sendiri Hannah Yeoh

Pru 15 Segera Najib Jangan Pentingkan Diri Sendiri Hannah Yeoh

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 320 hits
Bekas PM Najib Razak ditempelak oleh Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh kerana tergesa gesa mencadangkan pilihan raya umum ke 15 ketika wabak Covid 19 masih bergejala sekolah ditutup dan ekonomi menderita Menurut Ahli Parlimen Segambut itu ...
05 Jalan Terus Menjadi Orang Lebih Bijak Dengan Belajar Dari Kesilapan Orang Lain

05 Jalan Terus Menjadi Orang Lebih Bijak Dengan Belajar Dari Kesilapan Orang Lain

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 1017 hits
Dari minggu ke minggu aku menunggu Ketua Pengarah akan jumpa awak so better you ready for it Kata kata keras Dr Nuraida itu menghantui aku saban hari Aku menjadi si penunggu yang setia Hanya tuhan tempat aku mengadu segala keluh kesah yang ...
Ibu Hamil 9 Bulan Yang Ditinggal Dan Bergantung Tetangga Tolong Jangan Cari Suami Saya

Ibu Hamil 9 Bulan Yang Ditinggal Dan Bergantung Tetangga Tolong Jangan Cari Suami Saya

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 249 hits
Bantuan untuk SR seorang istri hamil sembilan bulan yang ditinggal suaminya di Samarinda Kalimantan Timur terus berdatangan Bantuan tersebut berupa uang sembako perlengkapan bayi tanggungan biaya persalinan hingga tawaran adopsi anak Hari i...
Anak Buat Hal Jangan Terus Marah Sebenarnya Dia Frust Tak Cukup Perhatian Mak Ayah

Anak Buat Hal Jangan Terus Marah Sebenarnya Dia Frust Tak Cukup Perhatian Mak Ayah

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 338 hits
Seawal usia dua tahun anak anak sudah mula faham dengan persekitaran mereka Biasanya pada usia begini mereka banyak ragam dan kerap tantrum jika tidak dikawal Adalah normal untuk anak anak menjerit berkelakuan agresif meniru gaya dan sebaga...
Jangan Buang Topeng Muka Merata Rata Ia Boleh Menyebarkan Virus Covid 19

Jangan Buang Topeng Muka Merata Rata Ia Boleh Menyebarkan Virus Covid 19

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 659 hits
Jutaan rakyat Malaysia mula memakai penutup muka sejak COVID 19 menyerang namun tidak ramai sedar cara membuangnya dengan betul dan selamat kerana cara pembuangan topeng muka yang tidak betul boleh menyebabkan virus itu tersebar Cara paling...
Musa Bebas Jangan Buat Terkejut

Musa Bebas Jangan Buat Terkejut

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 268 hits
Ya tak payah nak buat buat terkejut Benar lagi sahih Musa Aman hari ini digugurkan kesemua 46 kesnya sekali gus oleh Peguam Negara lantikan PN Kemudian cytro cytro diam kejap sebab pening nak jawab macam mana sehinggalah bos bos mereka beri...
Jangan Cat Kereta Warna Pink Netizen Kongsi Tips Elak Dirompak Khas Untuk Wanita

Jangan Cat Kereta Warna Pink Netizen Kongsi Tips Elak Dirompak Khas Untuk Wanita

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 427 hits
Penjenayah sentiasa mencari ruang dan peluang untuk melakukan kerja mereka terutama ketika mangsa leka Betapa banyak video video detik rompakan ragut dan sebagainya yang berlaku dalam sekelip mata Justeru kita perlu maju selangkah ke hadapa...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp