The Habitat Bukit Bendera


…baca Bahagian 1 DI SINI

Kami seterusnya menuju ke tarikan utama ke-2 di The Habitat, iaitu Curtis Crest Tree Top Walk. Tarikan utama yang ke-3, Flight of The Colugo (zipline/flying fox) tidak dibuka semasa kami datang. Bayaran tambahan dikenakan untuk aktiviti zipline. 
Curtis Crest Tree Top Walk
1. Curtis Crest Tree Top WalkInilah Curtis Crest Tree Top Walk, kita perlu mendaki anak tangga untuk naik ke atas. Masa mula-mula nampak, terus terasa gayat nak naik Tree Top Walk ni. 
2. Gambar pandangan dari udara Curtis Crest Tree Top Walk dan kedudukannya di Bukit Bendera. Sumber : thehabitat.myMenurut staf di sini, nama Curtis diambil sempena nama seorang tukang kebun di sini (pada era British). Kemudiannya baru saya perasan, kebanyakkan nama-nama tempat di Bukit Bendera menggunakan nama ‘orang putih’. Contohnya, Cliff Cafe (Asataka Bukit Bendera) dan David Brown’s Restaurant. Kenapa agaknya kita masih perlu ‘mengangkat’ bangsa penjajah? Mungkin atas faktor nilai komersial

3. Tangga dan laluan ke atas.Jom kita naik Tree Top Walk! Mendaki anak tangga pun dah terasa gayat bila mata memandang bawah. Dalam pada gayat, tetap mampu ambil gambar untuk catatan memori

4. Sudut pandang dari tangga, sebelum sampai ke atas.5. Tree Top WalkPlatform Curtis Crest Tree Top Walk ini berketinggian 13m, merupakan public view point yang tertinggi di bahagian pulau Pulau Pinang iaitu berada di ketinggian 800m di atas paras laut. Apa perasaan berada di atas ni? Gayat bercampur seronok! Bila dah mula melangkah, lama-lama rasa gayat saya berkurangan. Tambahan pulak mata sibuk menikmati pemandangan yang terbentang

6. Pemandangan dua buah jambatan Pulau Pinang dan bandar Georgetown. (Sila klik gambar untuk lebih jelas)7. Banglo lama.Dari sini, kita juga dapat melihat bangunan kediaman tinggalan era British. Menurut info yang saya baca di Internet, terdapat lebih 20 buah banglo lama di Bukit Bendera. Sebahagiannya milik kerajaan negeri dan ada juga milik persendirian

8. Abadikan memori…Berbanding berjalan di jambatan gantung Langur Way, saya rasa lebih gayat dan seram sewaktu berjalan di Tree Top Walk ni. Sebabnya laluan lebih kecil, lantai berlubang boleh nampak bawah dan angin bertiup terasa lebih kuat. Tapi pemandangan lebih menariklah sebab lebih jauh dan luas

Kami menghabiskan masa di sini sekitar 20 minit. Eksplorasi diteruskan dengan kembali ke laluan denai…
9. Discovery Station - melihat secara dekat sebahagaian flora dan fauna yang telah dikeringkan dan diawetkan.10. Antara laluan yang indah dengan taburan bunga merah oren yang gugur dari pokok.Kedai & Kafe
11. Bahagian dalam kedai.Eksplorasi di The Habitat berakhir sebaik saja kita sampai di penghujung jalan dan tiba di bangunan berdinding kaca. Inilah kedai & kafe The Habitat. Pelbagai cenderamata, pakaian, buku dan lain-lain dijual di sini. Sesuai dengan The Habitat, barangan yang dijual di sini bertemakan alam semulajadi. Menarik semuanya. 
12. Bahagian luar kafe.Kami kemudiannya duduk ‘mengopi’ di kafe ini, di bahagian luar. Lebih dekat dengan hijau alam. Terasa nikmatnya. Bahagian atas (naik melalui tangga spiral) ditutup kepada pengunjung. Kalau nak ke tandas, turun tangga di sebelah kiri

Untuk kembali ke dataran Bukit Bendera, kami menaiki buggy yang disediakan secara percuma untuk pengunjung The Habitat. Cuma perlu tunggu di tempat yang disediakan (berhampiran jalan utama), buggy akan datang setiap 15 minit. Kalau rasa nak berjalan kaki pun boleh, jaraknya kira-kira 1.2km.
Tamat sudah catatan di taman hutan The Habitat. Alhamdulillah tercapai jua hasrat saya nak ke sini. Kami menghabiskan masa di The Habitat selama 4 jam (masuk sekitar pukul 9.40 pagi dan keluar menaiki buggy sekitar pukul 1.40 petang). Bagi pencinta hutan/alam semulajadi, The Habitat sangat menarik dan berbaloi untuk dikunjungi. Pastikan pakai pakaian termasuk kasut yang bersesuaian ya. Bawa juga air minuman (boleh buat isian semula di stesen water dispenser) dan makanan ringkas (jika bercadang berlama-lama di sini macam kami)

Sampai dataran, kami terus je naik funikular untuk turun dari Bukit Bendera. Nak kena cepat turun sebab tadi naik tak bawa kelengkapan solat (tinggal di kereta), ingatkan sejam dua je di Bukit Bendera. Rupanya dari awal pagi membawa ke petang. Kalau bawa, kita boleh terus solat di Masjid Bukit Bendera


Rakaman video oleh suami semasa kami menaiki buggy untuk kembali ke dataran Bukit Bendera

—————————————————————————THE HABITATBukit Bendera, Pulau Pinang

Waktu operasi : 9 pagi - 7 petang
Harga tiket (Standard Entry) : Dewasa - RM55Kanak-kanak/Pelajar/Warga Emas - RM35
Facebook : thehabitatpenanghillLaman web : thehabitat.my
*terdapat pilihan pakej lain, sila rujuk laman web
*nak tiket standard entry pada harga promo? Baca caranya DI SINI



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2021/10/the-habitat-bukit-bendera-bahagian-2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menikmati Keindahan Taman Hutan Di The Habitat Bukit Bendera

Menikmati Keindahan Taman Hutan Di The Habitat Bukit Bendera

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 219 hits
Ahad 10 10 2021Inilah aktiviti pilihan kami sewaktu di Bukit Bendera iaitu menikmati keindahan taman hutan hujan tropika di The Habitat Untuk ke pintu masuk The Habitat kita hanya perlu berjalan kaki sejauh kira kira 0 1km dari dataran Buki...
Jom Naik Funikular Bukit Bendera

Jom Naik Funikular Bukit Bendera

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 532 hits
Ahad 10 10 2021Bukit Bendera atau dikenali juga sebagai Penang Hill merupakan antara tarikan utama pelancongan di Pulau Pinang Walaupun dah pernah ke PP suatu masa dulu tapi saya dan suami belum pernah ke Bukit Bendera Perkhidmatan funikula...
Ada Apa Di Bukit Bendera

Ada Apa Di Bukit Bendera

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 423 hits
Ahad 10 10 2021 sambungan dari catatan sebelum ini Keluar dari Stesen Atas Bukit Bendera kita akan nampak dataran di sebelah kiri Juga bangunan Astaka Disebabkan dah bawa bekalan makanan kami terus je cari tempat duduk di sekitar dataran un...
Why Impact Of Long Covid Could Outlast The Pandemic

Why Impact Of Long Covid Could Outlast The Pandemic

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 199 hits
Millions of people who have gotten COVID 19 and survived are finding that a full recovery can be frustratingly elusive Weeks or even months after seemingly recovering from even a mild case many patients still confront a wide range of health...
Twice Masuki Carta 100 Single Terbaik Uk Buat Kali Pertama Dengan The Feels

Twice Masuki Carta 100 Single Terbaik Uk Buat Kali Pertama Dengan The Feels

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 308 hits
TWICE telah membuat penampilan pertama sepanjang karier mereka dengan single pertama berbahasa Inggeris mereka iaitu The Feels yang telah dilancarkan 1 Oktober lalu The Feels memasuki carta di nombor 80 sekaligus secara rasmi bergabung deng...
Young K Day6 Sertai Servis Tentera Hari Ini Selesai Sebagai Dj Di Day6 Kiss The Radio

Young K Day6 Sertai Servis Tentera Hari Ini Selesai Sebagai Dj Di Day6 Kiss The Radio

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 353 hits
Pada 10 Oktober yang lalu Young K dari kumpulan DAY6 telah menamatkan hari terakhirnya sebagai seorang DJ radio di KBS Cool FM untuk program DAY6 Kiss The Radio setelah 322 hari Young K dipertanggungjawabkan untuk membaca segala cerita atau...
Ecrl Northern Alignment More Than Meets The Eye

Ecrl Northern Alignment More Than Meets The Eye

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 452 hits
From Sheila DankerThere has been plenty of hullabaloo recently on social media and in the mainstream media on a crucial section of the East Coast Rail Link In one corner is the federal government which has reverted to the original northern ...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau