Nasi Lemak Kegemaran Saya Dan Mengingati Kematian
Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang bab kematian. Bersembanglah realiti bab kita akan mati. Seorang ayah seorang ibu seorang suami atau isteri, bercakaplah bab kematian, sekarang kita bersama anak anak kita, berdoa semoga kita juga akan bersama dengan mereka di akhirat. Kita semya akan mati. Bercakaplah bab kematian.
Jangan bercakap bab angan angan dan kenangan. Angan angan ada yang tak mungkin menjadi kenyataan sepenuhnya. Kenangan tak mampu lagi kembali pada nya walaupun sehebat mana kenangan itu.
Teringat pada kedua arwah ibubapa saya yang sentiasa mengingatkan bab kematian, bab syurga neraka dari saya masih kecil lagi sehingga saya merasa sangat takut dengan kematian.
Bila saya dah berusia juga, arwah ibu sentiasa bercakap bab kematian. Sentiasa bercakap bab soalan mungkar dan nakir, bab solat dan surah al Mulk yang perlu dihafal sebagai peguambela di dalam kubur. Malahan di rumah saya dulu, ada persiapan barang yang digunakan saat kematian seperti tikar mengkuang, kain kafan dsb. Tapi sekarang, saya tak pasti samada ini masih diamalkan.
Saya juga berpesan pada anak anak tapi menggunakan group WhatsApp dengan menulis pesanan atau berkongsi petikan dari sosial media. Saya juga mengikut cara arwah ibu saya, di mana saya akan bertanya kalau dah solat atau tidak. Jangan segan segan untuk menegur anak anak kalau nampak mereka seperti tidak lagi solat. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.
Saya kalau makan nasi lemak tak perlu lauk banyak banyak. Cukup ada sambal ikan bilis, telur rebus dan timun. Baru rasa lengkap. Kalau ada sambal sardin, tu kira bonus.
Nasi lemak nak sedap kena cukup lemaknya. Kalau di London, saya guna santan semata tanpa dicampur air pun. Sedap dan rasa lemaknya. Kalau suka, kita boleh masak dulu santan seketika sehingga mendidih, baru masukkan garam daun pandan dan beras yang telah dibasuh. Kemudian masak seperti biasa.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini.
Nasi Lemak Dan SambalOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan Sambal4 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
½ cawan ikan bilis - kisar halus
Pes asam jawa
3 senduk cili kering kisar
½ cawan gula - atau secukup rasa
¾ sudu besar garam
Cara cara:
Panaskan ¾ -1 cawan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan ikan bilis kisar dan tumis sehingga terbit minyak. Nota: Jika suka, boleh masak bahan kisar dan cili kisar tanpa minyak sehingga air kering, baru dimasukkan minyak. Lebih cepat dan tidak mercik.
Setelah itu, masukkan cili kering kisar. Ulang masuk air sebanyak beberapa kali untuk pastikan sambal benar benar masak atas api perlahan. Masukkan asam jawa, gula dan garam secukupnya.
Nota:
Sambal nasi lemak ini saya masukkan ikan bilis yang dibasuh dan dimasukkan ke dalam sambal yang telah masak dan terbit minyak.
Bahan bahan Nasi Lemak2 cawan beras3 cawan santanSedikit minyak - jika suka1 sudu kecil garamDaun pandan
Cara cara:Masak dalam periuk elektrik. Nota: nisbah beras dengan air ialah 1:1 ½.
Nota:Saya guna santan kotak sahaja. Tak dicampur air.
Jika suka, boleh masakkan santan terlebih dahulu sehingga mendidih, sebelum dimasukkan bahan lain. Kemudian masak seperti biasa dalam rice cooker.
Bahan Lain:Telur rebus TimunIkan bilis gorengLauk pauk yang disukai.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2025/12/nasi-lemak-kegemaran-saya.html