Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb


ULASAN

ESOK hari penamaan calon Pirake N: 06 Kuala Kubu Baru (KKB), Selangor. Hari mengundi 11 Mei depan. Pilihan raya kecil ini merupakan pilihan raya pertama di Selangor selepsas pilihan raya umum ke-15 yang diadakan 11 Mei 2024. Pilihan raya di KKB itu tidak memberi kesan besar kepada kerajaan PH Selangor, kerana jika kerusi itu gagal dipertahankan sekalipun ia tidak menjejaskan kerajaan pimpinan Amiruddin Shari.

Kedudukan di DUN Selangor waktu ini, PH 34 PN 22. 

Pun begitu, ia penting bagi pihak PH khasnya DAP untuk mengekalkan kerusi yang dimenangi mending Lee Kee Hiong yang meninggal 21 Mac lalu. Ini kerana kerusi itu menjadi milik DAP menerusi mendiang selama tiga penggal, berturut-rutut itu, 2013, 2018 dan 2023. Dalam pilihan terakhir Kee Hiong menang dengan 4,119 majoriti. Kegagalan mempertahankan kerusi itu memberi gambaran kekuatan DAP menurun dan boleh mencalar maruahnya.Selain itu, pirake itu akan menjawab beberapa perkara sampingan penting yang perlu diambil perhatian. Adalah suatu kejutan jika PH kalah kerana DAP kini berada dalam kerajaan. Kekalahan bukan saja memalukan, tetapi akan memberi implikasi buruk kepada kerajaan Madani. Kekalahan juga akan diterjemahkan ia adalah simbol penolakan kepada Anwar Ibrahim sebagai pemimpin kerajaan Madani. 
Paling signifikan kekalahan DAP akan memberi harapan kepada PN untuk merampas Selangor pada masakan datang. Kemenangan PN di KKB nanti akan menjadi indikator serta membawa sinar kepada PN untuk menyebar luaskan daerah taklukan mereka selepas menguasai empat buah negeri, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Kemenangan PN juga memberi tanda sokongan Melayu kepada gabungan itu terutamanya di negeri-negeri Pantai Barat. Yang perlu dibimbangi kemenangan PN nanti akan tambah menyuburkan lagi penyemaian politik takfiri-khawarij oleh Pas yang merugikan bangsa negara. 
Yakin.

PN obses dan begitu yakin mereka dapat perlahan-lahan membesarkan kuasa dan mengemaskan kedudukan bagi merampas Selangor dengan berpandukan pencapaian dalam pilihan raya umum lalu, gabungan itu menguasai 22 daripada 56 kerusi Dun Selangor. Sokongan fundamental PN ialah Melayu. berasaskan peratus pengundi Melayu dominan di KKB mereka yakin akan menang.  

Jika ditilik kepada graf pencapaian PN di dalam pilihan raya lalu khasnya di Selangor, ia mencanak naik bukan mendatar atau menurun. Mengejutkan pencapaian itu kerana baru pertama kali PN yang diwujudkan dengan bantuan Pas. Gabungan PN itu adalah dimensi politik baru pembangkang di Selangor. Penguasaan calon PN dari Pas di luar Shah Alam mengkagumkan. Sebaliknya kemerosotan PH mencemaskan. Lantaran itu menjadi tugas utama kepada PH khasnya DAP menjamin agar kerusi itu dapat dipertahankan. 

Penilaian.
Untuk menilai pihak mana akan kalah dan menang di KKB itu, ada beberapa faktor asas yang mudah untuk dibuat penilaian. Kedudukan atau peratus pengundian mengikut etnik Melayu mendominasi dengan 46.4%, Cina 30.6%, India 18% manakala lain-lain 5%. Kedudukan itu biasanya boleh atau dibuat congakan awal meramalkan pihak mana akan kalah menang. Pengundi yang signifikan jadi penentuan di sini ialah Melayu dan Cina. India tidak boleh diambil kira kerana pengundian mereka mengikut angin dan hujan. 
PN sangat bergantung kepada peratus undi Melayu. Mereka berani meletakkan calon disitu kerana mengharap kepada pengundi Melayu. Misalnya kalau mereka yakin dengan undi Cina mereka akan letakkan calon Cina dari kerabat mereka Gerakan. Persoalannya dari 46.4% itu berapa peratuskah yang akan diraih oleh PN, atau berapa peratus undi Melayu terpesona dengan retorika politik PN yang dibawa oleh Mahiaddin dan dipaksikan pegangan artodoks oleh Pas

Katakan PN dengan politik doktrininasi dibuatkan Pas khasnya untuk pengundi luar Shah Alam dapat mengait sekitar 80% undi Melayu ini bermakna parti itu memerlukan sokongan pengundi Cina 15% hingga 20% untuk menang dengan majoriti tipis. Soalnya apakah undi Cina yang sinonim dengan DAP sebelum ini akan berubah sebanyak itu? Sekiranya PH dapat mengekalkan 90% undi Cina dan meraih sekitar 20 hingga 30% undi Melayu sudah cukup untuk membolehkan mereka mengekalkan kerusi KKB itu dengan kemenangan tipis.
Pihak PN menuar-uarkan mereka dapat mengekalkan undi Melayu seperti diperolehi dalam pilihan raya lalu, sambiri mendakwa undi Cina sudah mula memihak kepada mereka. Kononnya orang Cina sedang memberi perhatian kepada gabungan itu. Sejauh mana kebenaran dakwaan itu kita dapat ukurkan kepada perkembangan dan senario semasa politik dan negara. Dalam politik ini banyak sangat propangandanya. 
Undi Melayu di luar bandar masih tertompok kepada PN seperti pilihan raya lalu. Perlu difahami dalam pilihan raya lalu, orang Melayu dituba dengan politik perkauman, ancaman keagamaan serta pemberian RM baksis secara terang-terangan. Orang Melayu yang lapar dan pelahap ketika itu menerima apa sahaja sogokan tanpa mengira haram halal. Setelah dibentuk kerajaan Madani dibawa pimpinan Anwar Ibrahim, suatu naratif baru telah dibentangkan kepada orang Melayu

Orang Melayu telah sedar bagaimana mereka dimanipulasikan dalam pilihan raya demi kuasa. Mereka didedahkan dengan isu dan maklumat yang tidak benar dan berbentuk fitnah. Kesesatan fahaman dan kepercayaan itu sedikit demi sedikit terlerai apabila kerajaan Madani wujud. 
Ancaman kepada kedudukan bangsa dan agama Islam seperti dimainkan dalam grup-grup whastApp dan Tiktok sebelum ini tidak benar, dan fitnah mujadalah. Sehari ke seharian kerajaan Madani berusaha memperkukuhkan kedudukan bangsa dan negara. Kedudukan raja, bahasa Melayu dan hak bumiputera tidak berkurangan dan terancam sedikit pun seperti didakwa. 
Keadaan ekonomi negara juga pulih sedikit demi sedikit dengan meraih nilai pelaburan luar tertinggi sebagai sejarah apabila mencatat RM329.5 billion walaupun kerajaan baru berusia setahun setengah. Begitu juga rakyat marhaen lebih banyak menerima sumbangan kebajikan yang ditaja kerajaan

Pengumuman Mentega Mohd Na'im Mokhtar pembentangan kertas kerja untuk membaiki kedudukan mahkamah syariah, bagi memperkasa Mahkamah Syariah (RUU 355) menunjukkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam mendaulatkan undang-undang Islam yang sebelum ini dijanjikan Pas tetapi sudah hanyut ke Laut Cina Selatan. 
Segala tindakan, komitmen diambil itu merubah cara berifkir pengundi Melayu dan menolak naratif yang sengaja direkayasa untuk memburuk kerajaan Madani akan turut merubah pemikiran pengundi di di KKB. Pengundi Melayu yang celit komputer dan bijak membaca maklumat atau bersikap rasional untuk mengongsikan sesuatu yang benar dan tidak bersubahat dengan kemungkaran. 
Cukup kalau ada 15% Melayu sebegitu ia boleh mengurangkan undi PN. Mengambil kira berlaku perubahan dan anjakan itu PN dilihat sukar untuk mendapatkan undi Melayu setinggi sebelum ini, apa lagi mengharap undi Cina sampai 15%

Pengaliran undi Cina kepada PN juga boleh disangsikan. Tiada sebab untuk orang Cina sedia menyokong PN yang terus memainkan isu perkauman dan agama seperti dipelopori Pas itu. Walaupun mungkin ada setengah mereka tidak suka kepada DAP kerana mengenang kisah lampau atau sebab-sebab tertentu, namun masih banyak orang Cina yang skeptikal kepada Pas. Juga bagi masyarakat Cina, DAP adalah parti terbaik membawa suara mereka berbanding dengan parti lain, baik MCA maupun Gerakan. Orang Cina bersifat lebih praktikal untuk kebaikan mereka berbanding dengan bangsa Melayu

Selagi PN dipimpin Mahiaddin dan Tok Dor Hadi sukar untuk gabungan itu mempengaruhi undi Cina. Orang Cina yang masih ingat dengan kata-kata Mahiaddin berbunyi Malay first, sukar untuk menerima PN dibawah pimpinan Mahiaddin. 
Perkara utama akan menjadi penilian orang Cina, bahawa DAP kini berada dalam kerajaan dengan jumlah menjadi anggota kabinet lebih besar berbanding MCA dan Gerakan ketika kedua parti orang Cina itu berada dalam kerajaan suatu masa dahulu. Sebenarnya orang Cina memperolehi lebih daripada apa yang mereka dapat sebelum ini dari kerajaan Madani ini. Apa diperolehi masyarakat Cina sudah hampir optimum. 
Kesimpulan saya, pirake KKB itu adalah perlawanan di antara Melayu dengan Cina. Dalam perlawanan seperti ini selalu saya perhatikan orang Cina akan menang. Dua contoh boleh dijadikan bukti, pilihan raya Telok Intan dan Tanjung Piai. Kawasan Telok Intan ketika DAP meletakkan calon berbangsa Cina parti itu menang, selepas tukar kepada calon Melayu kalah. 
Begitu juga di Tanjung Piai, ketika BN meletakkan calon Melayu mereka kalah, selepas meletakkan calon Cina mereka menang kembali. Dari sini dapat diarifi bahawa politik perkauman masih berlaku di negara ini. Maknanya kawasan pengundian sama ada rata, soal menang kalah sangat bergantung kepada sentimen perkauman. Dan politik orang Cina jauh lebih licit dan bijaksana. [wk.kl. 12:03 26/04/2024]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2024/04/mentafsir-pilihan-raya-kecil-kkb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hilang Punca Umno Barangkali Akan Hilang Terus Di Pilihan Raya Akan Datang Siri 3

Hilang Punca Umno Barangkali Akan Hilang Terus Di Pilihan Raya Akan Datang Siri 3

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 63 hits
Sokongan kepada ahli politik Umno dari pengundi separa bandar semakin merudum sementara sokongan pengundi bandar sudah lama hilangOleh Sarajun Hoda Abdul HassanMalangnya sesetengah ahli politik terbawa bawa oleh emosi didorong oleh keangkuh...
Hilang Punca Umno Barangkali Akan Hilang Terus Di Pilihan Raya Akan Datang Siri 1

Hilang Punca Umno Barangkali Akan Hilang Terus Di Pilihan Raya Akan Datang Siri 1

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 78 hits
Hilang punca Umno barangkali akan hilang terus di pilihan raya akan datang Sokongan kepada ahli politik Umno dari pengundi separa bandar semakin merudum sementara sokongan pengundi bandar sudah lama hilang Oleh Sarajun Hoda Abdul Hassan Umn...
Bersih Selangor Govt S Hari Raya Event In Kkb Violates Election Laws

Bersih Selangor Govt S Hari Raya Event In Kkb Violates Election Laws

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 77 hits
The Hari Raya Aidilfitri open house planned by the Selangor state government in Kuala Kubu Baharu tomorrow evening is an election offence said Bersih The electoral reform group questioned the location and timing of the event given the nomin...
Warna Hitam Terpilih Untuk Pilihan Raya 2024 Kajian Santai Menunjukkan Warna Dipilih

Warna Hitam Terpilih Untuk Pilihan Raya 2024 Kajian Santai Menunjukkan Warna Dipilih

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 115 hits
Hitam Jadi Pilihan Raya 2024 Poll santai yang telah diadakan membuktikan warna hitam kekal menjadi warna tema raya paling popular untuk 2 tahun berturut turut Pemilihan warna hitam dilihat sebagai warna yang elegant menawan serta tidak lupu...
Hilang Punca Umno Barangkali Akan Hilang Terus Di Pilihan Raya Akan Datang Siri 2

Hilang Punca Umno Barangkali Akan Hilang Terus Di Pilihan Raya Akan Datang Siri 2

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 76 hits
Oleh Sarajun Hoda Abdul HassanSokongan kepada ahli politik Umno dari pengundi separa bandar semakin merudum sementara sokongan pengundi bandar sudah lama hilangSemua ini merujuk kepada kampung kampung di mana wujudnya keperluan Melayu minda...
No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 111 hits
The Selangor menteri besar has denied electoral watchdog Bersih s claim that his administration committed election offences by holding a Hari Raya Aidilfitri open house in Kuala Kubu Baharu yesterday Amirudin Shari assured there were no ele...
Prk Kkb Dap Bergantung Kepada Umno Untuk Menang

Prk Kkb Dap Bergantung Kepada Umno Untuk Menang

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 67 hits
PRK KKB DAP bergantung kepada Umno untuk menang ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be nkm1yQ9dRBs src in org https www youtube com embed nkm1yQ9dRBs wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube c...
Boycott Of Kkb Polls Will Come At A Price Mic Man Warns

Boycott Of Kkb Polls Will Come At A Price Mic Man Warns

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 78 hits
A large crowd of Pakatan Harapan supporters in Kuala Kubu Baharu on Saturday for the nomination of DAP s Pang Sock Tao as the PH by election candidate PETALING JAYA A divisional MIC leader has urged party members and Indian voters in Kuala ...
Bersatu Serah Notis Kosongkan Kerusi Kepada 7 Wakil Rakyat Selepas Prk Kkb

Bersatu Serah Notis Kosongkan Kerusi Kepada 7 Wakil Rakyat Selepas Prk Kkb

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 111 hits
BERSATU akan menyerahkan notis pengosongan kerusi kepada enam ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang menyokong Perdana Menteri selepas selesai Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu Setiausaha Agung BERSATU Datuk Seri Hamzah...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Ustadz Yang Membodoh Bodohi Jemaahnya Kata Frans Donal Di Bali By Dr H

Catat Nekad Berhaji Tanpa Visa Haji Bisa Dideportasi Dari Arab Saudi



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Sepuluh Perkara Tetap Mengalir Pahalanya Setelah Mati

Hobi Baru

Beli Saldo Paypal Via Bank Line By Bank Hana

Akhirnya Dapat Beli Sobek

Selesai Sesi Marhaban 2024 1445h

3 Ayat Pelaris Jualan Tak Perlu Sebut Brand