3 Ayat Pelaris Jualan Tak Perlu Sebut Brand
Olive Oil ni dah lama suami minta amalkan. Tapi, tu lah. Saya ni jenis kalau tak tahu kelebihan suplemen, memang saya abaikan jer. Bagi saya semuanya sama. Mungkin suami tak macam penjual kot, tiada ayat pelaris jualan yang sering digunakan oleh peniaga-peniaga online lain.
30x Ganda khasiat Olive Oil
Pernah satu hari tu, bangun je pagi. Tumit kaki sakit sangat. Masa tu, saya fikir. "Eh, umur baru pertengahan 30-an. Takkan sakit tumit dah."
Selepas berlarutan hari ke 9, sakit yang sama. Saya hairan tengok suami makan 1 sudu sebelum tidur, dan 1 sudu besar selepas bangun tidur .
Jadi, saya cuba-cuba telan Olive Oil tu. Pertama kali memang nak termuntah, sebab rasa original gitu.
Tak ingat berapa hari amalkan Olive Oil, sakit tumit hilang bila bangun pagi. Membuang lancar, dan masalah angin dalam badan kurang. Sebab sering kentut.
Paling best, masa tu masalah migrain pun hilang. Kalau diserang migrain, sikit je sakitnya tak melarat. Ni paling saya suka lah. Bulan puasa hari tu teruk mengidap, walaupun dah kurangkan kafein.
Secara keseluruhannya, berbaloi amalkan Olive Oil tu. Makanan sunnah pula tu kan? rugi kalau tak amalkan.
Apa ayat pelaris jualan dalam produk ini
1. Ciri - Mudah di amalkan buat mereka yang takut telan ubat, sebab ia berbentuk cecair. Penyerapan cepat.
2. Manfaat produk - Selesaikan masalah migrain dan sakit tumit saya. Memperbaiki masalah pencernaan saya, membuang dengan lancar. Punca migrain kerap berlaku disebabkan masalah pembuangan tidak lancar.
3. Kelebihan - Olive Oil produk berkualiti. Penggunaan daripada ekstrak buah Zaitun.
Jadi, pesan saya bagi sesiapa nak menjual. Jangan sebut bahan yang digunakan dalam produk untuk menjual ye. Sebab bukan semua orang tahu kelebihan bahan tersebut.
Sebut je manfaat produk kepada bakal pelanggan. Mudah terjual.
Sebagai contoh lain;
Saya menyelesaikan masalah pemilik bisnes individu dan syarikat yang mahu hasilkan content, copywriting, artikel dan e-book menggunakan format SEO ( Search Engine Optimization )
Ehh, tiber. Tapi, tu lah. Ini tawaran servis saya selain penulisan artikel SEO di web. Sebab itu saya meletakkan "Penyedia bahan penulisan dengan format SEO." setiap kali posting di media sosial milik sendiri.
Hubungi saya di whatsapp - servis penulisan
La hawla wala quwwata ilah billah.
Secara kesimpulannya, sesiapa yang berniaga atau affiliate dan suka review produk yang ingin mempromosikan sesuatu barangan dan servis boleh menggunakan ayat pelaris jualan ini.
Pastikan ketika mahu mempromosikan jualan, sebut kan Ciri produk , manfaat produk dan kelebihan . Dari sini, anda boleh tarik bakal pelanggan untuk membeli. Di akhir boleh sebuat fakta produk dan testimoni jika ada.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ehbelogaku.com/2024/05/ayat-pelaris-jualan-tak-perlu-sebut-brand.html