Selesai Sesi Marhaban 2024 1445h
Selesai Sesi Marhaban 2024/1445H || Syukur! Lega telah Selesai Sesi Marhaban untuk Tahun ini. Berjaya jugak aku join Banyak hari! Lega! Alhamdulillah! Marhaban kawasan sini. Itu yang teruja jugak nak try. Sebab kitaorang baru beberapa Tahun pindah sini sewaktu musim COVID Dan musim PKP baru nak pulih. Teringin rasai keseronokan Dan kemeriahan Baraan wanita kat sini.
Tujuan aku join Baraan aka marhaban selain daripada berkenalan dengan insan insan hebat dalam taman perumahan ni, aku nak tengok interior design rumah dorang... Haha.. Sebab kadang kadang tu, ada yang kita tak berapa rapat, so takdalah pergi Beraya ke rumahnya.. Dengan adanya aktiviti Marhaban camni, barulah dapat singgah teratak mereka yang cantik belaka tu.. Aku Cuba sehabis baik nak join.. Sampaikan sanggup tak pergi open house sebab nak hadirkan diri ke Marhaban ni Tau! 😂 Tapi mak aku lah yang berjaya hadirkan diri tanpa gagal. Aku skip satu hari sebab balik kerja lambat...
Salah satu rumah yang dimasuki time marhaban. Haruslah bergambar, kan! Sebab cantik bagiku. Love betul! Meh, aku share lagi. Just compile and simpan sini as kenangan
Menarik semuanya! Nampak gambar kanan yang atas tu.. Yang timbul pasal football? Benda tu adalah sliding door ke dapur dorang. Lawa betul sliding door style gitu..Haha.. Aku teruja melihat dekorasi indah depan mata. I'm sure, bajetnya pun boleh tahan tu 😅 Rezeki mereka dapat cipta Dan hias rumah impian mereka secantiknya! Rumahku Syurgaku gitu! Satu hari Nanti, aku nak jugak hias hias rumah jadi cantik berseri Seri! Aamin! For now, simpan Dan cari idea Terbaik dulu 😄
Dari siling sampai ke dinding serta perhiasan lain semua aku ushar! Kahh
Goodies bag haruslah dapat Macam Macam sama ada makanan ringan atau menu berat atau duit raya atau barangan seperti bekas makanan kosong.. Tapi last day Marhaban baru ada duit raya untuk semua termasuklah untuk orang dewasa..Haha.. Selalunya specialities kat budak kecik je dapat duit raya.. Excited pulak dapat goodies best best..Kah! Bila dapat bekas makanan, kemain memasing menapau. Tak cukup dengan tu, tapau pakai plastik yang disediakan..Hahaha..Lepastu penuh peti ais, kena marah ngan mak 😆
And pada hari last marhaban, terdapat Anugerah untuk budak baik yang behave sepanjang Marhaban serta cenderahati untuk mereka yang bakal mengerjakan Haji 😍
Ni Salah seorang yang dapat Anugerah bersikap baik sepanjang Marhaban. Pandai dia amek hati orang tua. Tolong amekkan gambar sebab maknya suruh.. Sampaikan acik acik lain pun mintak tolong dia amekkan gambo.. Haha.. so Nampak muka dia selalu kehadapan semua orang sambil ikut sekali baca, Budaknya bukan jenis yang berborak kuat kuat dengan kawan kawan bercerita pasal goodies and so on. Ada budak yang jenisnya berborak kuat time orang bagi ucapan atau marhaban.. Confirm tak tercalon.. Haa..Mak mak pun dah tahu sangat lah.. Kira siapa yang dengar cakap, tak buat bising serta menghormati orang tua, dia lah yang dapat Anugerah budak baik tu..Huhu.. Alhamdulillah. Lega sangat bila dah Selesai. Rumah aku haritu, kami sediakan hidangan popia carbonara with cheese (Terpaling laku), Cocktail, Bahulu, Agar agar gula Melaka, Puding Jagung, karipap Carbonara Dan kek muffin coklat! Air sarsi Sejuk... Settle! Seronok bila tengok kemeriahan Baraan di semua tempat. Bukan mudah ya.. Kadang mood kelaut, malas dah nak join.. Ihiks
Teruskan berselawat walaupun bukan sesi marhaban. Tenang.
Why my face like that ehh? Macam nak nangis jerr~
Tak lengkap semuanya sebab ada yang dah bergerak ke rumah lain time ni.. Can u spot me?! 😁 Comel je aku sorokkan badan.. Maka dengan ini, Selesai Sesi Marhaban 2024/1445H kalini. Semoga berjumpa lagi Tahun hadapan. Raya 2025. InshaAllah Jika dipanjangkan usia semuanya di kawasan ini. Aamin ya Rabb! Thanks
Notakaki: Semoga semua dipanjangkan usia! Dan tabah! Syoknya tengok rumah cantik..
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2024/05/selesai-sesi-marhaban-20241445h.html