Ibu Kuat Demi Anak Korbankan Segalanya Tapi Tak Pernah Minta Balasan


Ibu mana yang tidak mampu melihat anaknya bahagia. Malah seorang ibu sanggup berjuang apa sahaja demi melihat anaknya tertawa gembira dan bahagia. Itulah bahagia buat seorang ibu.
Perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi tentang kehidupan dan kecekalan ibunya membesarnya anak-anak sememangnya meninggalkan kesan yang cukup mendalam. Betapa besarkan jasa seorang ibu, sanggup mengorbankan apa sahaja demi cinta hatinya.

Ramai yang kongsikan keperitan hidup tanpa mak di ruang komen. Ada beberapa komen yang buat saya sebak. Antaranya, yang kongsikan kisah kehilangan pasangan.
Saya lemah betul bila kenang kisah macam ni. Especially wanita dengan anak-anak yang masih kecil. Seperti kisah wanita dan anak-anaknya yang ‘ditinggalkan’ suami dalam gambar ini. Auto teringat mak. Dan diri sendiri waktu masa kecil.
Ayah meninggal dalam kemalangan jalan raya. Masa tu saya baru umur 2 tahun. Abang 4 tahun dan adik baru beberapa bulan lahir. Saya masih teringat mak saudara cerita. Hari masa ayah meninggal, ahli keluarga semua dah tau. Tapi rupanya mak masih tak sedar. Asbab masalah pendengaran, dia tak dengar apa dah jadi kat ayah masa tu.
Sesampainya ayah saudara dari utara, mak terus tanya keadaan ayah. Berkerut ayah saudara saya. Sebab tak sangka mak tak tau lagi.
Bila dikhabarkan ayah dah tak ada, mak terus rebah.
Saya cuba letakkan diri saya di tempat mak saya. Saya dapat rasakan betapa gelap gelitanya dunia. Sekelip mata, kita terpaksa terima hakikat yang amat berat.

Orang yang paling disayangi, paling dekat di hati pergi meninggalkan dunia selama-lamanya. Pergi dalam keadaan anak baru nak belajar menyebut ayah. Sorang anak lagi, masih belum sempat merakam wajah ayah dalam memori.
Mak bukan saja hilang suami. Tapi hilang sahabat yang patut bersama membesarkan anak-anak yang masih kecil. Juga hilang insan yang menafkahi seisi keluarga.
Kesedihan yang amat dalam dan kepedihan yang amat menyakitkan juga buat diri mak ‘hilang’. Tenggelam dalam depresi. Mak seakan duduk dalam dunia sendiri. Kami yatim pada nama. Tapi yatim piatu secara realiti.
Setelah melalui episod dukacita yang panjang, mak kembali bangkit bekerja. Mak ambil masa yang lama untuk sedar bahawa dia perlu bangkit mengemudi keluarga tanpa ketuanya.
Kami pula, berbagi hak jagaan dengan saudara-mara. Mujurlah, kasih sayang dan sifat ihsan ahli keluarga lain menawarkan kami tempat berpaut. Dan beri kami kekuatan untuk terus hidup mendewasa. Walaupun di kelilingi tanggungjawab dengan keluarga sendiri, tetap tak ketepikan kami yang menumpang teduh.
Melihat ibu-ibu yang kehilangan pasangan ini, mengingatkan saya betapa hebatnya seorang mak berusaha. Walaupun terlalu lemah untuk berdiri, ibu-ibu ini akan terus usaha melangkah demi anak-anak yang masih memerlukan. Ya. Mak dah berkorban lebih dari apa yang kami faham pada masa itu.

Ketika saya melihat wanita-wanita lain yang kehilangan pasangan, saya faham betapa besar cabaran yang mereka hadapi. Terutama bila mereka terpaksa membesarkan anak-anak kecil tanpa suami di sisi. Saya tahu, perjuangan mereka jauh lebih berat daripada apa yang orang lain faham.
Mereka bukan sahaja terpaksa menggalas tanggungjawab membesarkan anak-anak sendirian. Tapi juga berjuang dengan emosi mereka sendiri.
Rasa kesepian, rasa rindu yang tak terungkap, dan rasa hilang arah. Dalam kesakitan itu, tetap usaha berdiri. Dan berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Berusaha buat anak rasa cukup, rasa disayangi dan dikasihi.
Ibu-ibu yang kuat ini, mengajar anak-anak bahawa walaupun kita diuji dengan kehilangan yang besar, kita masih ada satu sama lain untuk terus berdiri teguh.
Shout out to all the single mothers.
Pejuang luar biasa yang mendidik kita bahawa, dalam keadaan tempang, lemah dan hilang separuh diri, kita masih mampu berdiri dan melengkapi kehidupan insan yang kita
sayangi.
Wawa Shauqi
The post Ibu Kuat Demi Anak, Korbankan Segalanya Tapi Tak Pernah Minta Balasan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-kuat-demi-anak-korbankan-segalanya-tapi-tak-pernah-minta-balasan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Semua Ibu Yang Pernah Rasa Nak Mengalah Jangan Rasa Alone Terus Kuat

Buat Semua Ibu Yang Pernah Rasa Nak Mengalah Jangan Rasa Alone Terus Kuat

papar berkaitan - pada 28/4/2025 - jumlah : 122 hits
Kalau awak seorang isteri dan ibu mesti faham perasaan ni Kerja di pejabat belum habis balik rumah sambung pula kerja rumah yang tak pernah surut Kadang kadang kita tarik nafas panjang kadang kadang sampai mengeluh penat Semua nak kena jaga...
Ibu Dah Bersalin Tapi Nak Badan Slay Ini Cara Nak Bangkit Dan Jadi Lebih Hebat Dari Dulu

Ibu Dah Bersalin Tapi Nak Badan Slay Ini Cara Nak Bangkit Dan Jadi Lebih Hebat Dari Dulu

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 93 hits
Melahirkan anak bukan perkara kecil Ia satu perjuangan yang luar biasa ibarat bertarung nyawa Tapi selepas habis tempoh berpantang ramai ibu mula rasa letih lesu dan kadang kadang hilang semangat untuk jaga diri Eh tak boleh macam tu ya Ing...
Sebenarnya Anak Bangsa Kita Pandai Ibu Yb Syed Saddiq Kongsi Tip Anak Fasih Bahasa Inggeris

Sebenarnya Anak Bangsa Kita Pandai Ibu Yb Syed Saddiq Kongsi Tip Anak Fasih Bahasa Inggeris

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 78 hits
Ibu kepada YB Syed Saddiq Puan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Umi berkongsi tip menarik bagaimana beliau mendidik empat orang anaknya iaitu Sharifah Amani Syed Abdul Rahman Syed Salleh Syed Abdul Rahman Sy...
Pertama Kali Jadi Ibu Ini Cara Nak Jaga Mental Supaya Tak Koyak Tapi Jadi Lebih Cantik Dari Dalam

Pertama Kali Jadi Ibu Ini Cara Nak Jaga Mental Supaya Tak Koyak Tapi Jadi Lebih Cantik Dari Dalam

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 98 hits
Jadi ibu buat pertama kali ni memang roller coaster Kadang kita rasa tinggi macam mampu takluki dunia Tapi kadang rasa jatuh sampai tak tahu nak mula dari mana Semua berubah Diri kita berubah Badan hati fikiran semua tak sama Tapi perubahan...
Nampak Remeh Tapi Mak Ayah Tak Tahu Pun Benda Ni Buat Anak Bahagia

Nampak Remeh Tapi Mak Ayah Tak Tahu Pun Benda Ni Buat Anak Bahagia

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 92 hits
Dalam kesibukan kerja urusan rumah tangga dan kehidupan yang tak pernah habis kadang kadang kita terlupa anak anak tak perlukan benda mahal untuk rasa disayangi Apa yang mereka perlukan cuma kehadiran dan perhatian daripada kita Dan selalun...
Jangan Marah Kalau Tulisan Anak Cakar Ayam Tapi Bantu

Jangan Marah Kalau Tulisan Anak Cakar Ayam Tapi Bantu

papar berkaitan - pada 28/4/2025 - jumlah : 111 hits
Kenapa Tulisan Anak Anda Cakar Ayam Ini Rahsia Yang Ramai Tak Tahu Dalam dunia pendidikan awal kanak kanak tulisan tangan adalah kemahiran asas yang mencerminkan perkembangan motorik dan kognitif seseorang anak Namun bagaimana jika tulisan ...
Anak Kena Hfmd Jangan Panik Ini 7 Langkah Ibu Ayah Perlu Buat

Anak Kena Hfmd Jangan Panik Ini 7 Langkah Ibu Ayah Perlu Buat

papar berkaitan - pada 5/5/2025 - jumlah : 96 hits
Apa Perlu Ibu Bapa Buat Bila Anak Kena HFMD Jangan panik ini langkah penting yang ibu ayah kena tahu Bila anak tiba tiba demam lepas tu timbul bintik merah atau lepuh kecil di tangan kaki dan dalam mulut ibu bapa mana yang tak risau Itu tan...
Anak Dr Sheikh Muszaphar Tak Pernah Merungut Walau Jadual Harian Padat Sejak Umur 3 Tahun

Anak Dr Sheikh Muszaphar Tak Pernah Merungut Walau Jadual Harian Padat Sejak Umur 3 Tahun

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 118 hits
Memang padat Non stop Day in day out Dari pagi sampai malam Tapi tak pernah penat Tak pernah merungut Sebab dah biasa sejak umur 3 tahun Itu antara perkongsian santai tapi sangat memberi inspirasi dari Dr Sheikh Muszaphar Shukor di Instagra...
Sukan Berkuda Rahsia Anak Yakin Diri Dan Kuat Jiwa

Sukan Berkuda Rahsia Anak Yakin Diri Dan Kuat Jiwa

papar berkaitan - pada 5/5/2025 - jumlah : 83 hits
Berkuda kini semakin mendapat tempat dalam kalangan kanak kanak Dahulu dianggap sukan elit kini berkuda menjadi aktiviti pembangunan diri yang menyeluruh bukan sahaja untuk fizikal malah emosi dan mental Video Boleh Ke Kanak Kanak Join Suka...
Resepi Nasi Lemak Rendah Kalori Sarapan Sihat Mengenyangkan

Mahathir Treats Sabah And Sarawak As Piggybanks Says Analyst

Selamat Hari Ibu Buat Emak Saya Semua Emak Di Dunia

Anwar Rebukes Divisive Leaders In Sabah Who Stoke Conflict With Putrajaya

Filem Gayong

Understanding Artificial Intelligence A Malaysian Corporate Perspective

Pelbagaikan Kegunaan Khemah

Makan Di Gerai Tip Top Ikan Bakar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aplikasi Info Gempa Bumi Dunia

Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul

Mengurus Emosi Melalui 10 Surah Terakhir

Zahid Says Umno S Partnership In Unity Government Is About Stability Not Submission To Dap

Advice To Senior Citizens

Khaled In Turin To Inspect Work On Maritime Aircraft