Dulu Dia Terpaling Anti Kereta China Tapi Terkedu Lepas Test Drive Suv Ni

“Dulu Dia ‘Terpaling’ Anti Kereta China, Tapi Terkedu Lepas Test Drive SUV Ni”
Nak buat keputusan beli kereta ni bukanlah sesuatu yang mudah sebab kita nak melabur dan beri komitmen bulanan untuk tempoh yang lama.
Pelbagai jenama kereta zaman kini yang terjual di pasaran dalam pelbagai segmen. Ada jenama dari Jepun, Eropah dan tak lupa juga dari China.
Bila sebut jenama dari China ni, ramai yang takut dengan kereta buatan China atas pelbagai alasan. Resale Value la, tak berkualiti la, tak tahan lama la.
Hari ni SK nak berkongsi satu cerita dari seorang pengguna media sosial bernama Syakim yang menceritakan kisah kawannya Farid yang anti dengan kereta China tapi akhirnya beli kereta buatan China.
Nama aku Syakim, hari ni aku nak berkongsi cerita sahabat aku nama Farid yang dulu benci betul dengan kereta China tapi akhirnya dia jatuh cinta dengan SUV jenama China ni.
Farid ni punya benci, bila nampak je kereta China atas jalan dia akan kritik kereta buruk la, tak tahan lama la, teknologi dinosaur la, resale value teruk la dan macam-macam lagi la.
Aku faham je Farid punya anti ni asasnya dari mana. Semua ni punca dari model-model kereta China yang masuk Malaysia sekitar awal 2000-an dulu. Ketika tahun itu, mungkin aku boleh setuju dengan Farid.
Tapi ada satu hari ni yang jadi punca Farid berubah pandangan terhadap kereta China.
Ceritanya bermula aku dengan dia jalan-jalan di sebuah mall di Kuala Lumpur, tiba-tiba ada satu pameran SUV model baharu dari jenama OMODA & JAECOO iaitu model JAECOO J8.
Aku dah perasan Farid ni tenung je dari jauh lepastu dia tanya, “ni jenama dari China ke?” Aku jawab, “ ya, OMODA & JAECOO ni brand dari China. JAECOO J8 ni model SUV terbaru diorang.”

Kami pun mendekati pameran tu dan aku perasan boleh test drive kereta JAECOO J8 ni. Masa Farid tengah leka tengok dari luar kereta, aku dah jumpa sales advisor kat situ dan book sesi test drive.
Aku pun heret Farid ikut SA tu untuk test drive. Aku suruh Farid yang drive. Bila dia masuk je kabin JAECOO J8, terbeliak mata dia tengok interior JAECOO J8 ni dah macam kereta harga RM300,000.

SA tu terus kata, “kereta ni harga bawah RM200,000 je bang.” Terkedu Farid dengar. SA tu tambah lagi, “yang kita naik sekarang varian All Wheel-Drive dan ada satu lagi varian iaitu 2 Wheel-Drive yang tu murah lagi la.”
“Varian AWD ni adalah first class off-road SUV. Ada 7 mod pemanduan iaitu Eco, Normal, Sport, Mud, Sand, Snow dan Off-Road. Memang sangat sesuai untuk tuan nak drive atas apa-apa permukaan jalan. Nak rendah banjir yang manja-manja pun no problem,”

“JAECOO J8 ni guna enjin TGDI Inline 4 siap ada turbocharged dengan kuasa 245hp dan 385Nm of torque. 8 speed Automatic Transmission. Fuel consumption 8.1L/km. Untuk AWD ni datang dengan 6 seat Nappa Leather, memang sesuai untuk keluarga yang medium,” tambah SA tu.
“Saiz but JAECOO J8 ni juga memang besar, kapasiti dia 200L dan kalau turunkan third row seat boleh luas lagi sehingga 738L tuan.”

Kami pun leka mendengar, Farid yang tengah drive pun nampak seronok dan selesa dalam JAECOO J8. “Skrin infotainment ni pula saiz 12.3” siap dengan Wireless Apple Carplay dan Android Auto. Dalam JAECOO J8 ni ada 14 speaker jenama SONY termasuk kat headrest pun ada speaker tuan.”

“Seat pemandu pun siap ada fungsi pemanas kerusi, ventilated, memory seat dan fungsi urutan pun ada tuan,” kata SA tu. Lagi sekali Farid terkedu, kereta bawah RM200k siap ada fungsi massage.
“Bab safety pun tuan tak payah risau, JAECOO J8 ni siap ada level 2.5 ADAS, Ada 540 darjah HD view keliling kereta, tyre pressure monitoring system dan ada 10 beg udara. Memang top notch punya tahap keselamatan,” jelas SA tu.
Aku tengok brochure tu JAECOO J8 ni ada tiga pilihan warna untuk varian AWD iaitu warna Khaki White, Carbon Crystal Black dan Olive Grey dan beza dengan 2WD, varian AWD ni dapat colour dual tone, maknanya akan dapat bumbung berwarna hitam.

Habis sesi test drive tu aku tanya Farid best ke tak kereta China, dia tak jawab tapi dia senyum je. Dia tak komen apa-apa pun dengan aku pasal kereta tu.
Tapi lepas lebih kurang sebulan kemudian, dia bagitahu aku yang dia dah tempah JAECOO J8 AWD ni sebagai kereta utama dia. Masa aku dapat tahu berita tu, dalam hati aku berkata, “baru kau tahu penangan kereta China macam mana pergi dia.”
Dulu mungkin kita semua setuju brand China ni ada banyak kelemahan tapi lepas brand macam OMODA & JAECOO ni dah mula masuk pasaran, kualiti jenama China ni memang dah berubah 360 darjah lebih baik dan diyakini pengguna.
Kereta mewah tapi harga berbaloi berbanding pesaing yang lain. Macam JAECOO J8 ni, harga bermula RM178,800 je tapi dapat kualiti sama dengan harga kereta atas RM200,000.
Kalau korang tak percaya apa yang aku cakap ni korang boleh cuba pandu uji sendiri JAECOO J8 ni di mana-mana showroom OMODA & JAECOO berdekatan. Silap-silap korang pun jadi macam Farid.
Untuk maklumat lanjut boleh layari JAECOO J8 sekarang
The post “Dulu Dia ‘Terpaling’ Anti Kereta China, Tapi Terkedu Lepas Test Drive SUV Ni” appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/08/20/dulu-dia-terpaling-anti-kereta-china-tapi-terkedu-lepas-test-drive-suv-ni/