Ramai Pegang Setiap Hari Tapi Tak Tahu Maksud Rekaan Gambar Pada Duit Kertas


Ramai Pegang Setiap Hari, Tapi Tak Tahu Maksud Rekaan Gambar Pada Duit Kertas
Dalam dunia yang serba moden ini, sesetengah orang mungkin tidak lagi memegang wang tunai dan lebih gemar menjalankan transaksi pembelian tanpa tunai.  Bagaimanapun, wang tunai juga masih lagi mempunyai nilai tersendiri dan sememangnya menjadi cara pembayaran yang kekal relevan.
Ya, transaksi tanpa tunai diakui memudahkan orang ramai, namun perasaan apabila dapat memegang duit sendiri adalah sesuatu yang berlainan.
Untuk pengetahuan, wang kertas di Malaysia mempunyai revolusi yang tersendiri dan rekaannya juga berubah. Tetapi apa yang tidak berubah adalah gambar Yang di-Pertuan Agong Pertama Persekutuan Tanah Melayu, Tuanku Abdul Rahman.
Selain wajah tersebut, wang kertas juga dihiasi dengan pelbagai lagi gambar yang mempunyai makna tersendiri.
Walaupun dibawa di dalam dompet setiap hari, pasti ramai yang belum tahu mengenai maksud gambar-gambar tersebut. Justeru, SK kali ini ingin berkongsi mengenai maksud gambar di wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100.
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), wang kertas Malaysia siri keempat ini adalah bertemakan ‘Keunikan Malaysia’. Ia memaparkan ekpresi tradisional yang diilhamkan dari seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna serta ekonomi dan tradisi.
Wang RM1 RM1 dihiasi dengan gambar permainan wau bulan yang merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu.
Kredit: Bank Negara Malaysia Secara tradisinya, permainan itu adalah suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik. Ia sekaligus merapatkan masyarakat tempatan di negeri-negeri tersebut.
Wang RM5 Jika anda perasan, wang kertas RM5 mempunyai rekaan gambar Burung Enggang Badak. Ia merupakan salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia.
Menurut Bank Negara Malaysia, burung tersebut melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.
Kredit: Bank Negara Malaysia Wang RM10 Beralih ke RM10 pula, terdapat spesies bunga Rafflesia Azlanii dipaparkan pada wang kertas itu. Bunga tersebut adalah spesies asli Semenanjung Malaysia dan ia mula ditemui di Hutan Simpan Royal Belum, Perak pada tahun 2003.
Namanya, Rafflesia Azlanii diberikan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah bagi memperingati penemuan itu.
Kredit: Bank Negara Malaysia Wang RM20 Pada RM20, ia memaparkan dua spesies penyu iaitu Penyu Karah dan Penyu Belimbing. Untuk pengetahuan, spesies-spesies penyu itu sangat terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia. Ia juga adalah lambang kepelbagaian hidupan laut di perairan tropika negara ini.
“Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.
“Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana,” kata BNM.
Kredit: Bank Negara Malaysia BACA JUGA: Ini Sejarah Penggunaan Mata Wang Ringgit Malaysia Wang RM50 Bagi RM50 pula, tema utama reka bentuknya ialah Misi Nasional bagi menggerakkan ekonomi dalam rantaian nilai yang mencerminkan transformasi ekonomi Malaysia dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan ekonomi.
Kelapa sawit dan bioteknologi yan dipaparkan pada wang kertas ini dianggap sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju.
Kredit: Bank Negara Malaysia Wang RM100
Duit yang paling digemari ramai ini dihiasi dengan rekaan gambar Gunung Kinabalu di Sabah dan lembah Gunung Api di Taman Negara Mulu, Sarawak.

Ia merupakan dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Sumber: Bank Negara Malaysia 
The post Ramai Pegang Setiap Hari, Tapi Tak Tahu Maksud Rekaan Gambar Pada Duit Kertas appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/13/ramai-pegang-setiap-hari-tapi-tak-tahu-maksud-rekaan-gambar-pada-duit-kertas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Sekolah Dia Patut Belajar Bukan Menangis Setiap Hari

Di Sekolah Dia Patut Belajar Bukan Menangis Setiap Hari

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 363 hits
Setiap pagi dia bangun dengan hati yang berat Bukan kerana malas ke sekolah tapi kerana takut Takut akan ejekan Takut akan tolakkan bahu di koridor Takut suara yang menjerit di belakangnya menuduh memperlekeh menghina Di tempat yang sepatut...
Cuktech Rai Kemerdekaan Dengan Peranti Untuk Kemudahan Setiap Hari

Cuktech Rai Kemerdekaan Dengan Peranti Untuk Kemudahan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 645 hits
Memperkenalkan Bank Kuasa Poket Terbaik Kabel Pengecasan Pantas OLED dan Kipas Mini Saiz Telapak TanganKetika Malaysia meraikan tahun kemerdekaannya yang ke 68 peneraju inovatif dalam tenaga bersih dan penyelesaian pengecasan termaju memper...
Prinsip 90 10 Bukan Hari Kau Yang Teruk Tapi Cara Kau Reaksi

Prinsip 90 10 Bukan Hari Kau Yang Teruk Tapi Cara Kau Reaksi

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 339 hits
Prinsip 90 10 Bukan Hari Kau Yang Teruk Tapi Cara Kau Reaksi Kadang kadang satu kejadian kecil boleh rosakkan seluruh hari Tengah breakfast anak tertumpah kopi atas baju kau Kau marah Anak menangis Isteri disalahkan Bergaduh Anak terlepas b...
Mak Ayah Tak Sempurna Tapi Cukup Baik

Mak Ayah Tak Sempurna Tapi Cukup Baik

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 332 hits
Ada hari anak tantrum tanpa sebab Ada hari anak tak mahu makan walaupun kita dah masak sedap sedap Ada hari anak tak mahu mandi tak mahu tidur tak mahu ikut cakap Kita rasa lemah Rasa gagal Rasa macam kita tak cukup bagus untuk jadi mak ata...
Cara Buat Serunding Halia Simple Tapi Power Untuk Buang Angin Dalam Badan

Cara Buat Serunding Halia Simple Tapi Power Untuk Buang Angin Dalam Badan

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 693 hits
Halia memang terkenal sebagai bahan super untuk buang angin dalam badan Tapi kalau makan halia segar terus kadang rasa letar yang agak kuat buat ramai kurang suka Jadi bagaimana nak nikmati khasiat halia dengan rasa yang lebih sedap dan mud...
Kami Tak Plan Tapi Rezeki Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga

Kami Tak Plan Tapi Rezeki Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 496 hits
Tahniah diucapkan buat pelakon Uyaina Arshad yang berkongsi khabar gembira apabila dia kini sedang hamil anak ketiganya Menerusi satu video temubual secara bersahaja Uyaina mencari kelainan mengumumkan kehamilan itu kepada semua pengikutnya...
Ini Bukan Pasal Happy Tun Tapi Tanggungjawab Selamatkan Periuk Nasi Rakyat

Ini Bukan Pasal Happy Tun Tapi Tanggungjawab Selamatkan Periuk Nasi Rakyat

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 302 hits
SITI NUR ZAWANIAugust 8 2025Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beberapa kenyataan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung rundingan perdagangan Malaysia...
Kisah Hidup Bukan Untuk Dibandingkan Tapi Dijalani

Kisah Hidup Bukan Untuk Dibandingkan Tapi Dijalani

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 1319 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Hidup manusia ni kan ibarat jalan yang tak pernah lurus Ada naik ada turun Kadang kita rasa di atas dunia esok lusa jatuh terduduk Hari ini senyum lebar esok menangis dalam diam Kadang kita mendaki tinggi...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dendam Cinta Ditolak Wanita Maut Ditikam Rakan Sekelas Suami

Don T Conflate Rm17b Federal Spending With Sabah S 40pct Share Lawyer

Ewon Benedick Remains Sabah Pakatan Chairman Despite Stepping Down From Federal Cabinet Position

Penjawat Awam Kedah Terima Bantuan Khas Kewangan Rm2 000 Sanusi

Kes Video Tular Zus Coffee Tampil Beri Penjelasan

Cabinet Reshuffle More Than Likely With Ewon Out And Zafrul S Term Ending