Zynakal Didenda Rm2 800 Kerana Cekik Staff Stesen Minyak Halang Anggota Polis Jalankan Tugas


The Reporter


Semalam, seorang penyanyi yang dilabelkan sebagai 'budak baru nak up' (BBNU) ditahan polis kerana mencekik pekerja stesen minyak di Ampang dalam kejadian jam 4 petang semalam. 
Zynakal, 21, ditahan polis selepas pengurus stesen minyak di Pandan Prima, Ampang itu menghubungi pihak polis. 
Difahamkan, Zynakal datang ke stesen minyak itu bersama dengan Fareez Fauzi, 22, untuk mengisi minyak. 
Zynakal kemudian masuk ke premis itu untuk membeli pen dan air dan ketika mahu membuat pembayaran menggunakan kad kredit, kakitangan stesen minyak itu, Ahmad Mostaksdi (Bangladesh), berkata kaedah pembayaran itu tidak diterima oleh stesen itu. 
Penjelasan itu membuatkan Zynakal berang lalu menyerang dan mencekik leher mangsa. 
Pengurus stesen minyak yang melihat keadaan menjadi semakin tidak terkawal terus bertindak menghubungi polis yang kemudian tiba di lokasi dan cuba menenangkan keadaan. 
Malangnya, penyanyi BBNU itu enggan memberikan kerjasama menunjukkan MyKadnya kepada polis untuk tujuan siasatan. Malah, dia mencabar polis yang mengakibatkan dia ditahan dan dibawa ke IPD Ampang untuk siasatan lanjut. 
Sementara itu, Fareez berkata, dia tidak menyangka Zynakal akan bertindak di luar kawalan dan mengakui Zynakal berkelakuan pelik semalam di mana dia asyik marah. 
"Saya jumpa sebab dia minta tolong menghantarnya ke pejabat di Setapak. Dalam perjalanan saya singgah nak isi minyak, dia pula masuk dalam kedai nak beli pen dan air. 
"Selepas setengah jam menunggu dalam kereta, dia masih belum keluar. Jadi saya alihkan kereta ke depan kaunter pembayaran. Saya tengok dia sedang bercakap dengan pekerja di kaunter. 
"Tidak lama selepas itu dia keluar dan beritahu baru saja pijak kepala pekerja di situ. Saya terkejut dan ingat dia bergurau. Dia masuk semula dan kereta polis datang. 
"Saya cuba tenangkan dia tetapi tak boleh juga. Itu yang polis terus bawa ke balai," katanya. 
Menurut Fareez lagi, Zynakal ada memberitahu yang dia kemurungan kerana kerap dikecam oleh netizen. Malah mendakwa orang tidak boleh memahami dia. 
"Dalam masa sama, dia cakap ibunya sedang sakit dan bertungkus lumus nak cari duit," katanya. 
Akibat dari perbuatannya itu, Mahkamah Majistret Ampang menjatuhkan hukuman denda RM2,800 terhadap Zynakal kerana mencederakan pekerja stesen minyak dan menghalang polis dari menjalankan tugas. 
Zynakal atau nama sebenar Muhammad Raziq Rosli, mengaku bersalah di atas kedua-dua pertuduhan itu di mana bagi kesalahan mendatangkan kecederaan, Zynakal didenda RM800 dan bagi pertuduhan menghalang penjawat awam bertugas, dia didenda RM2,000. 
Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali memerintah tertuduh membayar denda itu atau berdepan dengan hukuman penjara enam bulan jika gagal berbuat demikian. Tertuduh membayar denda itu. 
Zynakal didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali

Bagi pertuduhan menghalang anggota polis dengan tidak menunjukkan kad pengenalannya bagi tujuan pemeriksaan, Zynakal didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memeperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya. 
Timbalan Pendakwa Raya, S Sangitaa terdahulu memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh. 
Namun, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu memohon mahkamah mengenakan hukuman denda yang rendah kerana dia tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan hanya bekerja sebagai penulis lirik dan komposer

Sumber: Harian Metro

August 30, 2019 at 07:21AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2019/08/zynakal-didenda-rm2800-kerana-cekik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Lepas Pijak Kepala Pekerja Fareez Fauzi Dedah Cerita Artis Bbnu Cekik Staff Stesen Minyak

Baru Lepas Pijak Kepala Pekerja Fareez Fauzi Dedah Cerita Artis Bbnu Cekik Staff Stesen Minyak

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 1259 hits
Susulan daripada kejadian penyanyi BBNU mencekik pekerja stesen minyak di Ampang Rabu lalu penyanyi mendedahkan cerita sebenar apabila dia terpalit dengan kontroversi itu BACA Rupa rupanya penyanyi yang ditahan polis itu adalah rakannya yan...
Cekiik Pekerja Stesen Minyak Ini Yang Telah Disahkan Oleh Pihak Hospital Keadaan Zynakal Sangat Mengejutkan Ramai Pihak

Cekiik Pekerja Stesen Minyak Ini Yang Telah Disahkan Oleh Pihak Hospital Keadaan Zynakal Sangat Mengejutkan Ramai Pihak

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 773 hits
TINDAKAN penyanyi Zynakal menyerang seorang pekerja stesen minyak baru baru ini berkait rapat dengan masalah gangguan mental apabila komposer muda itu ditahan di wad psikiatri Hospital Besar Kuala Lumpur pada Sabtu Cekiik Pekerja Stesen Min...
Ipcmc Boleh Ambil Tindakan Tanpa Aduan Kepada Anggota Polis

Ipcmc Boleh Ambil Tindakan Tanpa Aduan Kepada Anggota Polis

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 222 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Anggota Dpr Apresiasi Metode Penanganan Tumpahan Minyak Pertamina

Anggota Dpr Apresiasi Metode Penanganan Tumpahan Minyak Pertamina

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 234 hits
Anggota Komisi VII DPR Kurtubi menegaskan bahwa upaya yang dilakukan Pertamina untuk mengatasi tumpahan minyak di Karawang sudah tepat meskipun diakui membutuhkan waktu untuk mematikan sumur YYA 1 sekaligus membersihkan seluruh ceceran miny...
Polis India Halang Ahli Politik Masuk Kashmir

Polis India Halang Ahli Politik Masuk Kashmir

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 342 hits
Polis India halang ahli politik masuk Kashmir Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 25 Aug 2019 11 40PM
Menyamar Sebagai Anggota Polis Dan Memeras Ugut Empat Lelaki Ditahan

Menyamar Sebagai Anggota Polis Dan Memeras Ugut Empat Lelaki Ditahan

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 420 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Lelaki Nyaris Rentung Sempat Keluar Dari Van Tiba Tiba Terbakar Di Stesen Minyak

Lelaki Nyaris Rentung Sempat Keluar Dari Van Tiba Tiba Terbakar Di Stesen Minyak

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 318 hits
Seorang pemandu van mungkin telah mengalami detik paling mencemaskan sepanjang hidupnya apabila kenderaan yang dipandunya itu tiba tiba terbakar ketika dia berada di dalamnya Melihat kepada rakaman video yang didedahkan api marak secara tib...
Utusan Advances Staff Rm2 000 Each To Ease Burden

Utusan Advances Staff Rm2 000 Each To Ease Burden

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 251 hits
There is speculation that Utusan Malaysia may finally be rolling out its last print edition tomorrow after 80 years PETALING JAYA Troubled Malay daily Utusan Malaysia which is expected to cease publication tomorrow said it will pay its empl...
Polis Siasat Insiden Anggota Tentera Maut Tertembak

Polis Siasat Insiden Anggota Tentera Maut Tertembak

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 297 hits
KOTA KINABALU Polis sedang menyiasat seorang anggota tentera berhubung insiden tertembak ketika membuat aksi gimik sempena Pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke 13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi di sini pagi tadi seh...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip