Zulin Aziz Nafi Terdesak Mahu Kahwin






Zulin enggan lagi menjawab soal cinta dan perkahwinan secara terbuka kerana serik dengan kejadian perkahwinan tidak menjadi sebelum ini.

Penyanyi dan pelakon Zulin Aziz mendedahkan dia serik untuk bersikap terbuka perihal peribadinya kepada umum terutamanya berkaitan cinta.

Hal ini kerana, pengalaman lepas banyak mengajar wanita berusia 29 tahun itu untuk lebih berhati-hati.

Sebelum ini Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz pernah melalui episod duka apabila perancangannya untuk mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka yang dirahsiakan identitinya tidak menjadi.

Ikuti penjelasan daripada pelakon drama Cik Cinderella dan Encik Tengku itu ketika ditemui pada sidang akhbar Festival Gegar Gempak Raya (GGR2019) 2019 baru-baru ini.

Boleh kongsikan tentang penglibatan anda dalam GGR2019?

ZULIN AZIZ: Ini merupakan pengalaman pertama saya terlibat dalam festival jualan sempena Ramadan dan Aidilfitri. Saya menjual sambal bilis dan beberapa produk lain. Sebenarnya sebelum ini ramai rakan-rakan mengajak untuk berniaga, tetapi saya takut kerana tidak cukup ilmu. Bagi saya sebelum memulakan perniagaan kita perlu mempunyai belajar dan timba ilmu terlebih dahulu.Alhamdulillah, sekarang ada rakan perniagaan yang boleh membantu.



Bagaimanakah perjalanan karier anda selepas berhenti daripada stesen radio Suria FM?

Saya makin bebas kerana lebih banyak masa. Ketika bekerja di radio, pergerakan karier saya terbatas kerana ada sekatan tertentu. Sekarang tidak lagi dan saya bebas untuk lakukan apa sahaja. Maknanya, saya sudah dapat kembali kebebasan yang pernah disekat dahulu. Cuma itu bukanlah sebab kenapa saya keluar dari stesen radio tersebut. Saya sangat memahami konsep dan peraturan setiap stesen radio tidak akan memutarkan lagu penyampai stesen radio lain. Cuma saya ambil keputusan berhenti menjadi penyampai radio kerana terikat dengan banyak komitmen di luar.

Apakah fokus anda sekarang selain menyanyi?

Sebenarnya karier saya lebih terarah ke platform media sosial. Saya banyak komitmen di situ, antaranya bergelar duta untuk produk Maggi. Jadi, saya perlu untuk memuat naik video masakan. Bukan mudah untuk menghasilkan video masakan, tetapi perkara itu tidak menjadi halangan kerana saya memang minat memasak. Sungguhpun begitu, saya akui perlu membuat kemunculan di televisyen paling tidak tiga buah karya kerana bimbang peminat lupa pada saya.

Disebabkan kerap dilihat menyanyikan lagu sedih anda telah dilabel sebagai seorang yang terdesak untuk mencari jodoh selepas perancangan perkahwinan tidak menjadi. Apakah komen anda?

Jika diikutkan, ramai sahaja penyanyi di luar sana yang membawakan lagu cinta, tetapi kenapa mereka tidak dilabel sebegitu? Saya akui mungkin disebabkan ada sejarah lama kecewa dengan cinta secara tidak langsung memperlihatkan saya seperti terdesak. Namun, normal untuk penyanyi mendendangkan lagu sedih. Lagipun jenis suara saya memang sesuai untuk lagu bernada sedih.

Bagaimana dengan kehidupan peribadi, sudahkah anda bertemu dengan pengganti

Jodoh jangan dicari, biarlah ia datang sendiri. Kalau boleh, saya tidak mahu menjawab soalan jodoh atau cinta sebab nanti orang melabelkan saya terdesak lagi (ketawa). Apa yang saya mampu katakan, doakanlah yang baik-baik. Mungkin suatu hari nanti, tahu-tahu saya sudah berkahwin.

Maksudnya adakah anda ingin berkahwin secara senyap-senyap?

Sebabnya saya takut. Sebelum ini sudah terjadi, jadi saya fikir kalau jodoh sudah sampai nanti, terus kahwin sahaja. Tidak perlu untuk diheboh-hebohkan lagi seperti sebelum ini. Sebab kisah lama bukan memberi kesan kepada saya seorang, tetapi keluarga juga turut menanggung malu. Pendek kata, saya mengambil iktibar daripada kisah lepas untuk tidak mengulangi perkara yang sama sekali lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/05/zulin-aziz-nafi-terdesak-mahu-kahwin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Menteri Nafi Terlibat Skandal Yapeim

Bekas Menteri Nafi Terlibat Skandal Yapeim

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 357 hits
Bekas Menteri Nafi Terlibat Skandal YAPEIM Di tengah tengah kehangatan dakwaan skandal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Asyraf Wajdi Dusuki menafikan keterlibatannya dalam skand...
Hadi Nafi Beri Restu Pada Menantu

Hadi Nafi Beri Restu Pada Menantu

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 197 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan beliau tidak memberi restu kepada menantunya membuat pendedahan mengenai kartel dedak seperti yang berlaku sekarang Bercakap kepada media di Ampang Selangor hari ini Abdul Hadi berkata belia...
Yapeim Nafi Dakwaan Dana Rm1j Anak Yatim Disalah Guna

Yapeim Nafi Dakwaan Dana Rm1j Anak Yatim Disalah Guna

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 307 hits
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia menafikan dakwaan yang mengatakan dana RM1 juta yang dikhususkan untuk membantu anak anak yatim disalahgunakan bagi membayar yuran guaman pada 2017 Penafian itu dibuat selepas The Malaysian Insight...
Skmm Nafi Dakwaan Intip Telefon Individu Tertentu

Skmm Nafi Dakwaan Intip Telefon Individu Tertentu

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 229 hits
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menafikan dakwaan kononnya telefon milik individu tertentu dipantau dan diintip pihak berkuasa di negara ini Loading SKMM dalam satu kenyataan hari ini menegaskan dakwaan itu adalah palsu dan t...
Hiburan Pu Abu Nafi Sudah Bernikah Di Thailand Berhenti Sebar Fitnah

Hiburan Pu Abu Nafi Sudah Bernikah Di Thailand Berhenti Sebar Fitnah

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 556 hits
Selepas beberapa minggu nampaknya isu berkaitan PU Abu masih lagi berlanjutan Baru baru ini timbul pula berita mengatakan beliau sebenarnya sudah pun berkahwin dengan janda anak satu yang dikenali sebagai Hana Azraa Menurut laporan sebuah p...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini