Zulfarhan Kata Jangan Semasa Ditekap Seterika Wap Di Paha


KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) —  “Jangan” kata Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain semasa tertuduh keempat menekap seterika wap yang panas dan berasap sebanyak dua kali di bahagian pahanya.
Tertuduh keempat itu, Muhammad Afif Najmudin Azahat, 23, memberitahu di Mahkamah Tinggi di sini bahawa Zulfarhan berkata demikian dengan suara yang kuat semasa dia melakukan perbuatan itu.
Selepas mengaku melakukan perbuatan itu, Muhammad Afif Najmudin turut menunjukkan cara dia meletakkan seterika wap tersebut kepada Zulfarhan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah selepas peguam Datuk Seri M. Ramachelvam yang mewakilinya memintanya berbuat demikian.
Muhammad Afif Najmudin berkata pada 22 Mei 2017, kira-kira pukul 4.30 pagi, dia menghampiri Zulfarhan dan mendapati keadaannya ketika itu berpeluh dan tiada kesan kecederaan selepas tertuduh kedua, Muhammad Azamuddin Mad Sofi menggunakan seterika wap ke atas mangsa.
“Kemudian ketika Zulfarhan disoal mengenai kes kecurian, keadaan menjadi tegang serta kecoh dan seseorang menyerahkan seterika wap kepada saya dan saya secara spontan guna seterika itu kepada Zulfarhan di bahagian pahanya sebanyak dua kali tetapi tidak sampai sesaat, ” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Ramachelvam pada prosiding membela diri dalam kes pembunuhan Zulfarhan.
Ditanya Ramachelvam bagaimana reaksi Zulfarhan ketika tertuduh menekap seterika wap itu di paha mangsa, Muhammad Afif Najmudin menjawab: “Zulfarhan tarik kaki dia dan dia seolah-olah mengerekot serta meninggikan suara.
“Selepas guna seterika wap, saya letak (seterika) atas meja dan tidak buat apa-apa lagi dan kemudian balik ke bilik saya di 3-3, blok penginapan asrama Jebat, UPNM sebelum waktu Subuh,” katanya.
Tertuduh itu berkata dia mengetahui terdapat kecederaan pada Zulfarhan akibat kejadian itu apabila dimaklumkan oleh rakan-rakannya pada 26 Mei 2017, yang mana pada masa itu waktu cuti.
Muhammad Afif Najmudin berkata dia bersama tertuduh pertama, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, tertuduh keenam Abdoul Hakeem Mohd Ali, saksi ke-12 Muhammad Sufi Mohd Mustapha membawa Zulfarhan ke Klinik As-Salam di Bangi menaiki kereta tertuduh ke-16 Muhammad Hasif Ismail pada 27 Mei 2017, 12 tengah hari.
“Setelah selesai rawatan di klinik, saya minta Muhammad Hasif menghantar saya ke Terminal Bas Selatan untuk saya pulang ke rumah saya di Negeri Sembilan,” katanya.
Tertuduh berkata selain sama kadet dan kelas asasi di UPNM, hubungannya dengan Zulfarhan baik dan tiada kebencian serta dendam terhadap mangsa.
“Saya langsung tiada niat untuk mencederakan dan menyebabkan kematian ke atas Zulfarhan. Saya tidak tahu kegunaan seterika wap akan menyebabkan kecederaan pada Zulfarhan ketika itu,” katanya.
Semasa disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim adakah seterika wap itu bersentuhan dengan kulit Zulfarhan kerana ketika itu mangsa hanya memakai “boxer” (seluar dalam longgar) tertuduh menjawab:” Betul Yang Arif”.
Ditanya perkataan yang disebut Zulfarhan semasa dia meninggikan suaranya, Muhammad Afif Najmudin berkata: “jangan”.
“Zulfarhan tidak lari dan dia duduk sahaja di lantai,” jawab Muhammad Afif Najmudin apabila ditanya Hakim Azman adakah mangsa lari semasa dia ditekap seterika wap.
Hakim Azman: Seterika itu ada keluar asap?
Muhammad Afif Najmudin : Ada Yang Arif, saya tahu dia (seterika) panas tapi tidak tahu panas yang macam mana.
Kepada soalan Hakim Azman sama ada tertuduh tahu secara logiknya asap yang keluar dari seterika wap sama seperti air yang mendidih, Muhammad Afif Najmudin menjawab “nak dikatakan keluar wap, tahap (suhu) paling rendah  pun keluar wap juga, jadi saya tak pasti.”
Pada 31 Julai lepas, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan 18 pelajar UPNM membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.
Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin Sabri menghadapi pertuduhan membunuh, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa atas pertuduhan bersubahat membunuh Zulfarhan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala Abdoul Hakeem dituduh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mereka bersama 12 lagi tertuduh iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.
Kesemua tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mang­sa bagi maksud hendak memerasnya, untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, universiti tersebut, Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi, 21 Mei 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azman bersambung esok.
Sumber: BERNAMA
The post Zulfarhan Kata “Jangan” Semasa Ditekap Seterika Wap Di Paha appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/04/zulfarhan-kata-jangan-semasa-ditekap-seterika-wap-di-paha/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Buat Lagi Tertuduh Ke 5 Dedah Zulfarhan Menjerit Ketika Dia Tekap Seterika Wap Ke Kaki

Jangan Buat Lagi Tertuduh Ke 5 Dedah Zulfarhan Menjerit Ketika Dia Tekap Seterika Wap Ke Kaki

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 645 hits
Tertuduh kelima dalam kes bunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain Mohamad Shobirin Sabri 23 mengakui menekap seterika wap ke badan mangsa sekali sahaja secara spontan Mohamad Shobirin menjelaskan perbuatan itu dilakukan di bahagian kaki mangsa ses...
Saya Tiada Niat Untuk Cederakan Zulfarhan Tertuduh Mengaku Tekap Seterika Wap 2 Kali Ke Paha Mangsa

Saya Tiada Niat Untuk Cederakan Zulfarhan Tertuduh Mengaku Tekap Seterika Wap 2 Kali Ke Paha Mangsa

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 1049 hits
https ift tt 2RgUTh7 Saya tiada niat untuk mencederakan Zulfarhan apatah lagi untuk membunuhnya demikian kata penuntut UPNM Muhammad Afif Najmuddin Azamat ketika perbicaraan semalam dalam kes bunuh Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain d...
Jangan Biar Isu Perkauman Jadi Barah Kata Tpm

Jangan Biar Isu Perkauman Jadi Barah Kata Tpm

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 291 hits
Jangan biar isu perkauman jadi barah kata TPM Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 30 Nov 2019 11 07PM
Kekecohan Semasa Kongres Nasional Amk Biadab Kata Anwar

Kekecohan Semasa Kongres Nasional Amk Biadab Kata Anwar

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 650 hits
By 6 December 2019Kelihatan kekecohan berlaku antara perwakilan pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre Ayer Keroh Melaka foto IQBAL BASRI 06 DISEMBER 2019...
Konvensyen Keadilan Perak Malam Tadi Jangan Uji Saya Kata Anwar

Konvensyen Keadilan Perak Malam Tadi Jangan Uji Saya Kata Anwar

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 320 hits
CnpWFAUZDIN NSKONVENSYEN KEADILAN PERAK MALAM TADI JANGAN UJI SAYA KATA ANWAR Terlebih dahulu tabik dan syabas saya ucapkan kepada MPN KEADILAN Perak yang telah berjaya melangsungkan Konvensyen KEADILAN bagi negeri tersebut yang merupakan k...
Bila Mendidih Jangan Jerit 80 Kata Kata Dari Mulut Mak Ayah Bentuk Peribadi Anak

Bila Mendidih Jangan Jerit 80 Kata Kata Dari Mulut Mak Ayah Bentuk Peribadi Anak

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 454 hits
Biasanya ibu bapa akan gunakan kuasa jerit bila rasa nak marah anak Alasannya cara ini baru buat anak cepat dengar kata Ye betul tapi lama kelamaan cara ini dah tak dihiraukan Kenapa bab menjerit pada anak tak elok untuk perkembangan anak y...
Tak Mau Dianggap Provokasi Penasihat Tsani Annafari Minta Pegawai Kpk Jangan Mundur

Tak Mau Dianggap Provokasi Penasihat Tsani Annafari Minta Pegawai Kpk Jangan Mundur

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 245 hits
Tsani mengundurkan diri lantaran posisinya sebagai penasihat hilang lantaran setelah diberlakukannya UU KPK Nomor 19 tahun 2019 Dalam UU hasil revisi tersebut posisi penasihat KPK diganti oleh dewan pengawas
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation