Konvensyen Keadilan Perak Malam Tadi Jangan Uji Saya Kata Anwar


Cnp
WFAUZDIN NS

KONVENSYEN KEADILAN PERAK MALAM TADI -  JANGAN UJI SAYA, KATA ANWAR 

Terlebih dahulu tabik dan syabas saya ucapkan kepada MPN KEADILAN Perak yang telah berjaya melangsungkan Konvensyen KEADILAN bagi negeri tersebut yang merupakan konvensyen terbaik sebelum Kongres Nasional bermula pada 6,7 dan 8 hb Disember ini di MITC, Melaka. 

Jelas, semakin Anwar Selaku Presiden parti ditekan dan diugut oleh petualang parti, semakin ramai penyokong Keadilan dan pejuang reformasi berada di belakang tokoh reformasi ini bagi mempertahankannya.  Kehadiran malam tadi di Perak pada pandangan saya yang mengikutinya secara langsung di FB adalah merupakan yang terbaik sekali.  Syabas warga Keadilan Perak.

Turut berucap adalah Pengerusi MPN Perak, Sdr Farhash yang menyentuh tentang pengorbanan beberapa pejuang Keadilan di peringkat bawahan yang berjuang tanpa meminta apa2 kedudukan, jawatan atau projek.  Pejuang seperti ini wajar dihormati dan tidak disisihkan, ujar beliau yang juga merupakan Pegawai Khas kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan Keadilan, Sdr Shamsul Iskandar (Dato' Seri) dengan lantang menyatakan bahawa Keadilan akan tetap menentang amalan rasuah tidak mengira sesiapa dan sekali lagi mengingatkan betapa setiap ahli parti betapa pentingnya menjaga disiplin parti dan menghormati kepimpinan parti.  Beliau turut memberi amaran terhadap sesiapa sahaja dari kalangan parti yang mahu mensabotaj Kongres Nasional yang akan diadakan hujung minggu ini di Melaka.  

Dr Xavier turut berucap dan beliau mengingatkan tentang sejarah Keadilan dalam menghadapi cabaran yang berliku.  Keadilan wujud atas pengorbanan Anwar dan kita menjadi sebahagian dari kerajaan sekarang adalah hasil dari perjuangan yang dibawa oleh Anwar Ibrahim.  Maka, wajar sekali Presiden Keadilan ini ditabalkan sebagai PM ke 8.  

Kemuncak konvensyen malam tadi adalah pidato dari Presiden.  Beliau mengingatkan tentang asas perjuangan parti.  Beliau bersyukur kerana diuji dengan penderitaan, kesusahan dan dipenjarakan.  Dalam ujian itu ada hikmahnya di mana beliau boleh merasai bagaimana seseorang itu tidak boleh tidur selesa, tidak boleh makan dan minum seperti orang lain mengikut cita rasa selera.  Di sini beliau dapat rasakan kehidupan rakyat yang miskin di luar sana.  InsyaAllah, jika ditakdirkan menjadi PM selepas ini, beliau berjanji nasib rakyat tidak mengira apa jua kaum dan agama akan beliau perjuangkan dan menjadi keutamaannya.  

Menyentuh tentang isu dalaman parti, sekali lagi beliau menyeru kepada semua ahli parti untuk bersatu dan tumpukan kepada kekuatan parti.  Usah biarkan diri kita dipergunakan oleh dua tiga kerat pemimpin yang berkepentingan, ujarnya.  Selaku Presiden, beliau berjanji untuk menjadi Presiden untuk semua bukan untuk satu2 puak atau kumpulan.  Beliau akan pastikan parti ini kuat dan tidak diganggu gugat oleh musuh samada dari luar atau dalam parti.  Justeru itu katanya, "  Jangan uji saya". !! 

Ayuh kita semua.  Kita berkampung di Melaka, kita berhimpun di MITC, Melaka.  Bumi Hang Tuah bakal menyaksikan kehadiran panglima kita Anwar Ibrahim.  

" Dari Perak menuju ke Melaka,
Jangan singgah di Kuala Lumpur,
Jangan biarkan cacing naik ke mata,
Derhaka Presiden akan kita gempur. 

Hang Tuah pahlawan negeri Melaka,
Sanggup membunuh Jebat derhaka,
Kesabaran Presiden ada batasnya,
Menyesal kemudian tidak berguna.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/12/konvensyen-keadilan-perak-malam-tadi_4.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Uji Saya Anwar

Jangan Uji Saya Anwar

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 292 hits
PETALING JAYA Presiden PKR Anwar Ibrahim memberi amaran mana mana pihak tidak menguji kesabarannya sehingga memberi gambaran partinya berpecah dan lemah Anwar berkata selagi bergelar presiden beliau bertanggungjawab untuk membina kekuatan P...
Apa Maksud Anwar Jangan Uji Saya

Apa Maksud Anwar Jangan Uji Saya

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 317 hits
Di Konvensyen PKR Perak semalam yang dihadiri lebih 3 000 orang dan di ketika parti itu sedang berdepan kemungkinan ada dua kongres berasingan hujung minggu ini Anwar Ibrahim melontarkan amaran agar jangan ada sesiapa cuba menguji kesabaran...
Zulfarhan Kata Jangan Semasa Ditekap Seterika Wap Di Paha

Zulfarhan Kata Jangan Semasa Ditekap Seterika Wap Di Paha

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 399 hits
KUALA LUMPUR 3 Dis Jangan kata Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Zulfarhan Osman Zulkarnain semasa tertuduh keempat menekap seterika wap yang panas dan berasap sebanyak dua kali di bahagian pahanya Tertuduh keempat ...
Kekecohan Semasa Kongres Nasional Amk Biadab Kata Anwar

Kekecohan Semasa Kongres Nasional Amk Biadab Kata Anwar

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 666 hits
By 6 December 2019Kelihatan kekecohan berlaku antara perwakilan pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre Ayer Keroh Melaka foto IQBAL BASRI 06 DISEMBER 2019...
Bila Mendidih Jangan Jerit 80 Kata Kata Dari Mulut Mak Ayah Bentuk Peribadi Anak

Bila Mendidih Jangan Jerit 80 Kata Kata Dari Mulut Mak Ayah Bentuk Peribadi Anak

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 461 hits
Biasanya ibu bapa akan gunakan kuasa jerit bila rasa nak marah anak Alasannya cara ini baru buat anak cepat dengar kata Ye betul tapi lama kelamaan cara ini dah tak dihiraukan Kenapa bab menjerit pada anak tak elok untuk perkembangan anak y...
Projek Tani Rm1 4 Bilion Tak Sepatutnya Ada Tender Kata Anwar

Projek Tani Rm1 4 Bilion Tak Sepatutnya Ada Tender Kata Anwar

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 428 hits
KUALA LUMPUR Projek pembekalan input pertanian sektor padi bernilai RM1 4 bilion yang mengundang kontroversi baru baru ini tidak sepatutnya ada tender kata Presiden PKR Anwar Ibrahim mengulas surat menteri menyokong tender diberi kepada Per...
Kata Ulama Untuk Orang Yang Berat Melaksanakan Sholat Malam

Kata Ulama Untuk Orang Yang Berat Melaksanakan Sholat Malam

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 303 hits
Shalat malam adalah sholat yang sangat istimewa Satu satunya sholat sunnah yang perintahnya langsung disebutkan dalam Al Qur an disertai dengan keutamaannya Meskipun demikian tidak semua insan bisa langsung menunaikannya Berhasrat untuk sha...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza