Zikir Hari Isnin Laa Hawlawalaa Quwwataillah Billahil Aliyyul Adziim
Zikir Hari Isnin - Laa Hawlawalaa Quwwataillah Billahil Aliyyul 'Adziim. Tiada Daya Dan Upaya Melainkan Dengan Izin Allah jua.
Mudahnya nak dapat pahala iaitu hanya dengan berzikir. Berzikir tak perlu waktu tertentu, dalam berbaring, tengah memandu, tengah makan sekalipun, masih boleh berzikir. Amalan zikir tak semesti kena laung kuat-kuat, tunjuk semua orang. Tidak ya kekawan. Cukup sekadar antara dirimu dengan Allah. Yang Maha Mendengar, walau kamu hanya membacanya di dalam hati sahaja. Mudah kan? Jomlah kita berzikir. Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicubaBaca : DIA TAK PERNAH MENINGGALKANMU WALAUPUN SESAAT
Zikir maksudnya mengingati Allah. Ia dilakukan berulang-ulang menyebut dan memuji Allah Yang Maha Besar, Pengasih dan Penyayang. Jika kita kasihkan Allah, percaya segala takdir yang ditimpakan ke atas kita adalah atas kehendak dan rencananya, maka ketepikan sedikit masa untuk mengingatinya bersungguh-sungguh dengan berzikir. Paling tidak, selepas solat fardhu, bacalah 33 kali zikir tersebut. Jika ada 5 waktu, anda dah buat 165 kali dengan mudahnya. Senang kan?
Jadi, apa amalan yang menenangkan hati tetapi mudah je nak buat. Tak perlu modal, tak payah pergi jauh-jauh untuk nak merawat hati yang risau tanpa sebab. Apa caranya? Ya... dengan berzikir maka hati jadi tenang.Baca juga:
1. Berdoa dengan asmaul husna ar Rahman2. Keberkatan Surah Yasin Dalam Kehidupan
Zikir Hari Isnin - Laa Hawlawala Quwwataillah Billahil Aliyyul 'Adziim
Marilah sama-sama kita buat amalan yang mudah ini sebagaimana yang diamalkan oleh Imam al-Ghazali, tak ada had masa dan tak perlu tempat istimwewa. Cukup dengan hati yang ikhlas dan penyerahan jiwa kepada Yang Maha Berkuasa.
Laa Hawlawala Quwwataillah Billahil Aliyyul 'Adziim Maksudnya : Tiada Daya Dan Upaya Melainkan Dengan Izin Allah
Bacalah 1,000 kali sehari
Bacaan zikir Laa Hawlawala Quwwataillah Billah yang dibaca berulang kali setiap hari sepanjang hari Isnin, insya Allah akan memberikan kita ketenangan, semua rencana berjalan dengan mudah dan Allah membantu kita menyelesaikan segala masalah
Zikir boleh diamalkan bila-bila sahaja atau hari apa sekalipun. Namun asbab disenaraikan zikir Laa Hawlawala Quwwataillah Billah sunat dilazimi dibaca pada hari Isnin supaya kita dapat membahagikan ia mengikut masa yang kita sempat. Namun jika dalam satu hari kita mampu membaca semua zikir yang diharuskan itu, maka amalkanlah semampu kamu.
Fadhilat berzikir Laa Hawlawala Quwwataillah Billahil 'Aliyyul 'Adziim
Bacalah Laa Hawlawala Quwwataillah Billah, ia akan membantu anda dalam banyak perkara
Antara fadhilatnya:
1. Satu kalimah disebut akan diberikan ganjaran pahala sebesar Bukit Uhud. 2. Selain itu, ia akan menghilangkan sifat sombong3. Membuang sifat riak dan cintakan perkara-perkara duniawi
Baca juga:
1. Doa Bila Mendengar Berita Kematian2. Ayat al Quran Pagar Diri Dari Orang Jahat
Fadhilat dan kebaikan berzikir
Ada banyak kebaikan dan fadhilat apabila kita berzikir memuji dan menyebut nama Allah walau di mana kita berada. Saya ringkaskan seperti di bawah:
1. Allah sentiasa mengingatinya2. Menghalau syaitan3. Menanam rasa syukur4. Menambah cinta kepada Allah5. Membersihkan hati6. Membuang kebimbangan7. Mendapat kebaikan di dunia8. Mendapat ganjaran dari Allah9. Mendapat kebaikan di akhirat
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat yang luas dan banyak kepada kita semua. Jika sebelum ini kita malas nak buat, tak tahu nak susun zikir kita, maka diharap mulai sekarang kita dah mula bergerak. Kita ni pendosa yang nak ke syurga, jika tak dapat menandingi amalnya ulamak, jadilah kita seorang pendosa yang menangisi kisah silamnya dan mengharapkan ampunannya
Baca : DIA TAK PERNAH MENINGGALKANMU WALAUPUN SESAAT
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2021/11/zikir-hari-isnin-laa-hawlawalaa.html