Zikir Dan Doa Hari Jumaat
Amalan zikir dan doa setiap hari sangat digalakkan untuk Umat Islam mengamalkannya. Zikir hari Jumaat sangat mudah dibaca dan diingati.
Zikir Jumaat ِيَا اللهُ
Ya Allah
Maksudnya : “Ya Allah.”
Zikir maksudnya mengingati Allah. Zikir dilakukan berulang-ulang menyebut dan memuji Allah Yang Maha Besar, maha Pengasih dan maha Penyayang. Jika kita kasihkan Allah, percaya segala takdir yang ditimpakan ke atas kita adalah atas kehendak dan rencananya, maka ketepikan sedikit masa untuk mengingatinya bersungguh-sungguh dengan berzikir.
Paling tidak, selepas solat fardhu, bacalah 33 kali zikir tersebut. Jika ada 5 waktu, anda dah buat 165 kali dengan mudahnya. Begitu mudah untuk berzikir
Zikir Ya Allah 1,000 kali sehariBacaan zikir Ya Allah yang dibaca berulang kali setiap hari sepanjang hari Jumaat, insha Allah akan memberikan kita ketenangan, semua rencana berjalan dengan mudah dan Allah membantu kita menyelesaikan segala masalah.
4 Kelebihan Zikir Ya Allah1. Mengamalkan sebanyak 5000 kali setiap malam. In sha Allah hajatnya tercapai.
2. Membaca sebanyak 5000 kali setiap hari. In sha Allah akan dimurahkan rezeki.
3. Membaca Sebanyak 66 kali selepas solat Fardhu selama 66 hari. In sha Allah sentiasa mendapat kebaikan.
4. Membaca secara Istiqamah akan memperolehi sifat positif.
Doa hari JumaatYa Allah pada pagi Jumaat yang mulia ini anugerahkanlah kami rahmatMu Ya Allah, tempatkanlah kami di dalam perlindunganMu Ya Allah.
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, seluruh keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin dan muslimat di dunia ini.
Ya Allah, kami memohon kurniakanlah kepada kedua ibu bapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah.
Ya Allah tenangkanlah hati kami dengan segala perkara yang menimpa kami Ya Allah.
Ya Allah, perkuatkanlah semangat kami untuk beramal kepadaMu Ya Allah.
Ya Allah kuatkanlah dan sempurnakanlah iman kami. Ya Allah, terimalah taubat kami.
Ya Allah, panjangkanlah umur kami, kurniakanlah kami keselamatan dan kesihatan yang baik.
Ya Allah tunjukkanlah kami jalan yang lurus dan benar.
Ya Allah berkatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat dan masukkan kami ke dalam syurga FirdausMu Ya Allah.
Ya Allah didiklah diri kami untuk menerima segala kepahitan hidup dengan sabar dan reda kerana setiap kepahitan itu Engkau telah janjikan ganjaran baik-baik.
Ya Allah bimbinglah kami dalam menjaga hati kami, bantulah kami dalam menjaga akhlak kami, pimpinlah kami dalam menjaga lisan dan perbuatan kami dan peliharalah diri kami daripada membeci dan dibenci.
Ya Allah janganlah kami dilalaikan daripada mengerjakan amal bakti oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapatkan harta benda, pangkat serta pengaruh.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon ke hadratMu, berikanlah kami kekuatan, taufiq dan hidayahMu supaya dapat kami memperbaiki diri kami.
Dorongkanlah kami utk mempertingkatkan keimanan kami, menambah ilmu kami serta amalan baik kami.Sesungguhnya kami adalah kepunyaanMu Ya Allah dan kepadaMu jualah kami kembali.
Masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dan hidayahMu Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.
Doa ini sumber daripada Datuk Wira Dr. Maznah Hamid. Wajar dijadikan contoh untuk kita berdoa kerana tidak ada doa yang khusus untuk hari jumaat melainkan doa yang ikhlas daripada hati kita tentang apa yang kita nak. Itu sahaja.
Dalam doa itu wajarlah diisi dengan rendah diri, minta keampunan, kerahmatan, hidayahNya dan kemudahan dalam menjalani kehidupan yang berliku-liku ini dengan jiwa yang tenang lagi selamat. Moga-moga Allah menjaga kita. Wallahu’alam.
baca juga : doa hari Jumaat quotes
Semoga perkongsian zikir dan doa hari Jumaat ini dapat memberikan manfaat untuk dijadikan amalan zikir harian sepanjang hari.
Sesungguhya zikir kita kepada Allah adalah untuk diri kita sendiri agar hati lebih tenang, fikiran dan jiwa lebih tenteram, diampunkan segala dosa, dan diberi kemudahan hidup di dunia dan akhirat
Wallahu’alam...
sumber : taqwa, akumuslim
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2023/02/zikir-dan-doa-hari-jumaat.html